Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 20

"ASSALAMUALAIKUM anak anak pokok sekalian!"

Automatik Rine dan Haiz memandang datar ke arah Nadz.

"Dah kena benda sampai lebam lebam pun boleh buat lawak hambar lagi?" Haiz mengangkat sebelah keningnya.

Nadz tersengih malu. Pipinya digaru. "Err... Salahkan makhluk kaktus dalam cerita BoBoiBoy tu."

Fiqa tergelak kecil mendengar jawapan selamba Nadz itu. Haiz menggulingkan anak matanya. Rine pula hanya berdiam tanpa membalas. Pintu bilik kelas perempuan dibuka.

Contohi lah Nadz, tak buka pintu lagi dah beri salam kuat kuat.

Kreekk...

"Ouh... Baru balik? Pergi mana tadi?"

Gulp. Melihat wajah 'tenang' milik miss Kay itu, kesemua mereka menelan air liur gerun.

"Tandas, cikgu." Jawab Haiz takut takut.

"Tandas apanya sampai Kai report banyak benda ke saya?"

Dan suara miss Kay mula memetir.

#pasrahjelah


AINA terkelip kelip mata bundarnya melihat kemarahan Kay itu. Masih meremang lagi bulu romanya akibat jerkahan garang milik cikgu muda itu. Walaupun Kay tidak menujukan kepadanya, rasa takut tetap terasa.

"Adik dengan kakak sama je. Dua dua garang." Rungutan Husna disebelah nya yang sudah lama bangun tadi hanya dibalas dengan senyuman kekok. Tidak berani ingin turut mengkritik. Sekali kantoi mereka umpat cikgu, mampus!

"Aku bosanlah... Bila diorang akan habis kena marah ni..." Husna menulis sesuatu ke atas lantai dengan menggunakan jarinya.

"Aku rasa kemungkinan esok. Jadi, jom lah tidur. Mengantuk ni." Ika menggosok matanya yang sudah merah. Kepalanya dirasakan berpusing. Ha, degil lagi nak tidur lewat. Macamlah dia tak tahu yang dia perlukan banyak rehat.

Aina mengangguk setuju. Beg sandangnya diletak ke atas lantai. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Nana dan Nuura yang sudah tidur sambil duduk. Melihat Nana melentokkan kepalanya ke atas bahu kiri Nuura, Aina tersenyum.

Bahu kirinya tiba tiba dicuit seseorang. Spontan dia menoleh ke arah kanannya. Wajah Husna yang sedang mengetap bibir dipandang hairan.

"Kenapa?"

"Teman aku pergi tandas," bisik Husna. Bahagian luar bilik kelas ditunjuk.

Aina menelan air liurnya yang kelat. Bahagian luar yang tampak suram dan menakutkan itu dipandang sekilas.

"Tak boleh ke tunggu esok?" Soal Aina. Rasa takut pula melihat keadaan luar, apatah lagi ingin berjalan di sana.

Husna menggeleng laju. "Please Aina... Tak tahan dah ni..."

Aina mengeluh perlahan. Tangan Husna ditarik ke arah Miss Hana.

"Miss, izinkan kami pergi ke tandas." Sopan Aina meminta. Miss Hana yang hanya memerhati kemarahan Miss Kay dari tadi melihat Aina dan Husna silih berganti. Satu anggukan kecil diberikan.

"Boleh, tapi saya ikut sekali. Nak ambil wuduk satu, nak jaga si Husna ni satu," terang Miss Hana tanpa dipinta.

Aina mengangguk faham. Ya tak ya juga, Husna baru bangun dari pengsan tadi, mestilah kena ada pengawasan lebih.

Seusai miss Hana mencapai lampu suluh dan jaket miliknya, mereka terus berlalu ke arah tandas di hujung koridor. Tanpa disedari mereka bertiga, setiap langkah dah perbuatan mereka ketika itu diperhati penuh khusyuk oleh seseorang...



ICE menguap perlahan. Lena pula rasanya tidur di tempat terpencil macam ni. Tiada gangguan, tiada bunyi bising, tiada ancaman...

Okay, mungkin ancaman tu ada. Tapi fikir positif dulu wahai pembaca pembaca semua~ ahahahah.

Air liur yang meleleh di pipi dilap menggunakan hujung lengan baju. Kasut yang dicabut tadi dipakai semula sebelum dia terus berjalan.

"Sekolah apa ek ni? Kenapa macam tiber je ada sekolah kat tengah tengah hutan?" Gumamnya hairan sambil meneliti segenap arah. Langkahnya kekal tenang dan santai. Langsung tidak gerun dengan persekitaran nya yang lain macam.

Psst...

Ice berkerut apabila mendengar bunyi sesuatu bergerak. Kiri kanannya dipandang.

"Ngeh, takde apa apa." Kedua belah bahu diangkat. Perjalanannya ke tempat tidur yang sepatutnya diteruskan.

Kreek...

Bunyi pintu terbuka.

Ice mengeluh perlahan. Ada benda yang bermain dengan dia ke sekarang ni? Mulutnya sudah terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran. Tidak pula dipandang pintu bilik yang terbuka itu.

Bump!

Bunyi pintu dihempas kuat pula kedengaran. Ice masih meneruskan bacaan ayatnya. Langkahnya dilajukan sedikit.

Dan selepas beberapa meter menjauhi tempat itu, semua bunyi itu tidak lagi kedengaran. Ice tidak berhenti, langkahnya semakin laju apabila merasakan sesuatu sedang mengekorinya.

Lorong koridor di sebelah kanan dituju laju sebelum dia menyorok di situ. Diintai tempat di mana dia mendengar bunyi bunyi tersebut.

Berkabus. Pelik...

Sreet...

Ice beristighfar perlahan apabila merasakan seakan ada benda meraba kaki dan badannya. Tangannya digenggam kuat. Ya Allah, siapa pula yang nak buat kerja tak senonoh pi cabul anak teruna orang malam malam?

Grip!

Ice mencengkam 'tangan' yang semakin meliar itu. Namun apabila melihat perkara yang mengusiknya dari tadi, matanya terbuntang.

SHRAKK!!


PILI air ditutup sebelum dia merenjis lebihan air di tangannya di sinki. Imej maya yang terbias di cermin ditatap sekali lalu.

Seram pula tengok cermin pecah malam malam...

"Husna dah siap?" Husna yang baru sahaja keluar daripada kubikel tandas itu disoal. Anggukan kecil diterima.

"Aina mana, miss?" Soal Husna pula apabila melihat Aina tiada di situ. Hana menoleh ke luar sebelum memandang Husna kembali.

"Dia kata dia nak pergi tengok cahaya bulan tadi, nak tengok sekali ke?" Soal Miss Hana.

Husna berkerut hairan. Cahaya bulan? Tak seram ke? Mereka berada di tengah tengah hutan kut.

"Bole..." Belum sempat Husna menjawab, lidahnya kelu. Matanya tertancap pada satu kelibat asing di belakang Miss Hana. Melihat kelibat itu menghayunkan sebatang kayu besar ke kepala Miss Hana, Husna menjerit.

"MISS!"

BUK!

Miss Hana rebah. Impak kuat yang mengena di kepalanya menyebabkan dia terbaring tidak menyedarkan diri.

Husna mencengkam erat sinki di tepinya. Takut. Takut apabila kelibat itu kini tersenyum ke arahnya... Sebelum turut menghayunkan kayu itu ke ke wajahnya.

PANG!

Kepala Husna terhantuk kuat ke bucu sinki sebelum rebah bersama Hana. Kulit kepalanya yang terkopek akibat mengenai benda tajam dan keras dengan kuatnya mula mengeluarkan darah yang banyak.

Semakin lebar kelibat itu tersenyum saat melihat keadaan tragis Husna itu.

"Bagus, sekarang mana perempuan tu?"

TBC

AUTHOR'S NOTE

Maaf hambar. Tata!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro