KEM • 18
'WHAT the... Main tarik tarik baju pulak. Ingat sweet?" Supra membuat muka geli apabila melihat tindakan Halilintar itu. Sah pengaruh novel wattpad.
Ngehhhh....
Apabila melihat Nadz dan Halilintar hanya berlalu pergi meninggalkannya, dia berdecit geram. Dasar member, penat penat dia lari ke sini sebab nak tolong, last last kena tinggal. Puih!
Huishhhhhh!
ZAK! Tiba tiba sahaja bulu romanya berdiri tegak. Anak matanya mengerling sekilas ke sisi di mana angin hembusan itu datang.
Kosong.
Dengan lafaz bismillah, terus Supra melarikan diri ke luar tanpa toleh kiri kanan. Surah Al Baqarah turut dibaca tanpa henti sehingga dia selamat keluar dari situ.
"Hehehe... Tahu takut..."
"KAU okay tak ni, Rine?"
Rine hanya berdiam saat disoal begitu. Matanya yang sembap kerana mengantuk itu mengerling ke arah lain.
"Erica Airine, kau okay tak ni?" Soal Iane sekali lagi. Dari tadi dia tarik Rine keluar dari bilik kaunseling lama tu, sehinggalah dia duduk elok elok kat sini... Langsung tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut kecil itu.
Rine mengangguk lemah. Wajahnya masih beku tanpa perasaan, matanya pula hanya memandang kosong ke arah dinding di sisi.
Tak sangka dinding ni lebih menarik dari muka abang dia. Tch tch tch...
Iane mengeluh. Memang dia perasan, sejak permulaan dia muncul kan diri, Rine tidak pernah pun bercakap dengannya. Sangkanya, mungkin adiknya terlalu sibuk untuk berjumpa dengan dirinya walaupun dia baru pulang selepas bertahun tahun tinggal di luar negara, tetapi mungkin ada motif lain adiknya begitu...
Sah, Airine marah padanya kerana pergi begitu sahaja...
Iane mengeluh sebelum memandang Rine semula. Kedua belah pipi adiknya ditekup lalu ditarik supaya menghadap wajahnya.
Ambik kau. Muka iane dah depan mata pun sibuk nak pandang dinding berlumut. Wkwkwkww.
Maaf, author ter gila sikit. Uhuk uhuk.
"Kenapa kau diam je ni?" Soal Iane. Mata dingin itu dipandangnya tenang.
Rine hanya membisu. Wajah lelaki berambut putih itu cuma dipandang tanpa riak. Walaupun hatinya sudah berkecamuk dengan seribu satu perasaan yang sukar difahami...
Pipi adiknya diusap perlahan. Hurm... Lepas hampir sedekad tak berjumpa, makin cengkung ya adiknya itu?
Iane tersenyum nipis. "Kau marah aku ke?"
Rine kekal berdiam tanpa sebarang reaksi. Namun matanya mula bertukar arah pandangan.
"Kau kecewa dengan aku?" Soal Iane lagi.
Sepi. Rine masih menyepi.
"Kau terasa dengan perbuatan aku ke?"
Rine mengangkat kedua belah bahu. Entah, sejujurnya dia pun dah lupa kesemua perasaan itu.
Bukan dah dibuang namun dia pilih untuk mengabaikan segala perkara itu.
Hanya manusia lemah yang menangis kerana ditinggalkan. Itulah apa yang selalu difikirkannya setiap hari.
Satu keluhan berat terlepas dari mulut Iane apabila adiknya masih berdegil untuk menjawab.
"It's okay... Aku faham kalau kau marah atau benci kan aku. Kau memang patut pun," ujar Iane sambil tersenyum pahit.
Rine mengerutkan dahinya apabila mendengar kata kata atuk tua itu.
*Abang maaf typo.
"Normal kalau kau marah lepas apa yang aku dah buat..." Sambung Iane lagi. Makin pahit senyumannya.
Rine berdecit.
Iane menggaru pipinya yang tidak gatal. "Kesalahan aku memang besar, jadi sebab tulah kan kau marah ter..."
"Aku tak rasa tu ayat yang sepatutnya kau kata ke aku sekarang."
Iane terdiam. Wajah dingin adiknya dipandang tidak percaya.
Woah, adik dia cakap ke tadi? Lepas dah palau dia bagai nak rak?
"Apa maksud kau tu bukan ayat yang sepatutnya?" Soal Iane.
Rine mengangkat kedua belah bahu. "Aku tak tahulah... Tapi aku tak rasa ayat kau tadi tu ayat yang betul."
Iane mengangkat kening apabila mendengar jawapan Rine itu. Jadi ayat apa lagi?
Melihat abangnya seperti keliru, Rine membuat muka datar. Dahi Iane yang duduk melutut di hadapannya ditunjal perlahan.
"Dengar sini Iane..." Rine memandang tajam wajah keliru Iane. Hurm... Macam ada yang nak diajar malam malam buta ni.
"Kau tinggalkan aku secara tiba tiba waktu aku perlukan kau sangat sangat. Dengan pengalaman seram aku dengan makhluk kucing tu lagi, dengan kehilangan Free tu lagi, aku memang perlukan seseorang di sisi..." Rine mengetap bibirnya seketika apabila mengingati segala peristiwa yang disebutnya itu.
Wajah Iane yang sudah terdiam itu dipandang kosong semula.
"Tapi malangnya bila waktu aku perlukan sokongan seseorang, satu satunya orang penting bagi aku dah tinggalkan aku. Tiba tiba pulak tu."
Iane menundukkan wajahnya. Rasa bersalah mula menyelinap masuk ke hatinya.
"Dan thanks to you, aku dapat belajar untuk survive tanpa bantuan sesiapa. Yeah... Aku boleh hidup seorang diri," sambung Rine dengan nada selamba.
"Tapi tak dinafikan walau sebanyak mana aku cuba untuk abaikan rasa negatif bila ingatkan kau, aku tetap manusia. Yep, aku marah. Aku marah gila dengan kau. Aku sedih, aku sedih bila teringat kau. Aku kecewa, kecewa bila sedar yang ada abang pun macam tak guna je..."
Spontan Iane menoleh ke Rine semula apabila mendengar pengakuan gadis kecil itu. Tangan sendiri digenggam kuat, mahu menahan diri dari terus memeluk adiknya.
"Tapi bila aku nampak kau semula kat sini, aku jadi terkejut. Plus dendam. Aku geram bila nampak kau tenang je walaupun dah buat salah pada aku," ujar Rine dengan wajah yang masih dingin tanpa riak.
"Rine... Aku ada sebab..."
"Nope. Aku tak nak dengar apa apa alasan kau. Aku tak nak dengar apa apa teori kau sama ada aku patut marah ke tidak." Tegas Rine bersuara.
"Dah tu kau nak aku kata apa lagi?" Soal Iane perlahan. Wajahnya bertukar kesal apabila mendengar segala pengakuan adiknya tadi.
lahai adik... kenapa kau buat orang konfius sangat ni?
Rine menarik nafas perlahan. Wajah abangnya dipandang tajam sebelum pandangannya bertukar sayu.
"Just say sorry... Susah sangat ke nak minta maaf?"
Iane terkelu. Wajah separa sayu adiknya dipandang sebelum dia terus menarik gadis itu ke dalam dakapan. Erat.
"Aku minta maaf sebab abaikan kau..."
Rine tersenyum nipis.
"Itu apa Rine nak dengar dari abang."
"MAMA!!"
Fiqa yang masih lesu itu terus membuat muka datar apabila mendengar panggilan dari Thorn itu. Blaze yang masih dalam keadaan terbalik dipandang pelik.
"Kenapa..."
"Denda. Baik jangan tahu." Sampukan tiba tiba dari Glacier dibalas dengan anggukan janggal. Glacier yang sekejap sopan, sekejap dingin. Siapa yang tak janggal?
Bukan Fiqa of course. Hshshshs.
"Fiqa okay tak ni?"
Kai yang sudah berdiri di hadapan dipandang pula. Jelas wajah lelaki itu kerisauan yang amat.
Fiqa tersenyum tawar sambil mengangguk mengiyakan. Tangan yang penuh dengan cecair merah akibat perkara tadi disorokkan ke belakang badan.
"Kenapa dengan tangan kau?" Soalan tiba tiba dari seseorang menyentakkan Fiqa. Kai yang mendengarnya membuat muka hairan.
Fiqa mengetap bibirnya apabila melihat reaksi Sir nya itu. Ya Allah... Kantoi!
"Tangan kau cedera ke?"
TBC
AUTHOR'S NOTE
kalau ada typo, tegur tau.
Ika mengantuk sikit. Tu mengarut ayat. Eh jap, memang ayat ika selalu mengarut kan? Eh, abaikan
Nite! Assalamualaikum!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro