KEM • 17
LANGKAH gadis yang berulang alik di sekitar bilik itu dipandang bosan. Sejak kawan kawan mereka keluar bermain ujian keberanian, tidak henti henti gadis di hadapannya itu membebel kerisauan.
"Aina, boleh tak kau duduk rileks? Serabut tahu tak bila tengok kau tak duduk diam macam ni. Macam cacing kepanasan," tegur Nuura. Di sebelahnya, Nana sudahpun bersandar dengan mata separuh terbuka. Mengantuk mungkin kerana masih berjaga walaupun sudah 4 pagi waktunya.
Aina menggaru pipinya yang mula memerah akibat malu. Haih... Kena tegur pulak dah. Ika yang sedang bermain botol flip seorang diri dipandang.
"Ika, Aina risaulah dengan diorang..."
Ika yang mendengarnya hanya tersenyum. "Nak risau apanya Aina oiiii?"
"Macam mana kalau tempat ni tak selamat? Bahayalah diorang berempat meronda tempat ni malam malam..." Ujar Aina sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Ika.
Ika tergelak kecil. Botol yang dipegangnya dicampak sekali lagi sehingga berjaya terbalik dengan sempurna. Senyuman manis terukir di wajah.
"Rileks... Diorang akan okay..."
"NYAHLAH kau makhluk! Jangan dekat dengan aku!!" Teriak Halilintar bengang. Belon yang dihulur ditolak jauh.
"Ala... Kenapa nak jauh jauh kalau boleh dekat?" Soal lelaki belon itu dengan muka tak faham bahasa.
Okay, di sini kita akan gelarkan dia balloonman. Eh jap, betul ke cara eja ni? Lantaklah. Huehuehue~
"Ya jugak kan? Kenapa nak halau halau kalau boleh pecahkan?" Soal Halilintar dengan wajah geram. Tiba tiba sahaja, entah bagaimana dia memegang satu jarum.
Woah, magik!
"Tunggu apa lagi? Pecahkanlah," kata balloonman sambil menghulurkan beberapa belon lagi.
Halilintar terdiam. Jarum di tangan digenggam kuat.
Masalahnya, part paling dia takut kat sini yang pecah pecah tu lah woiiii!
"Eh, kenapa diam? Pecahkanlah. Nak sangat tadi kan?" Sindir balloonman. Belon di tangannya dicengkam sebelum dia menonyoh wajah remaja itu.
"Eh, sengal. Kau kenapa..." Halilintar sudah memucat wajahnya. Suaranya pula hampir tidak kedengaran akibat ketakutan. Jarum di tangan sudahpun dirampas oleh balloonman.
Ala, makhluk getah ni...
Pop!
Halilintar memejamkan mata saat bunyi belon pecah kedengaran.
Pop! Pop!
Dua lagi dipecahkan dengan selambanya di depan Halilintar.
"Budak... Kau bukak mata sekarang..." Bisik balloonman. Jarum diserahkan semula je tangan Halilintar yang sudah sejuk.
Halilintar tidak bersuara. Arahan balloonman tidak diendahkan.
"HALI! Kau okay tak ni?"
"Huh?" Halilintar tersentak. Suara itu... Suara Gempa!
"Hali, jom keluar dari sini. Sir tengah tunggu kau tu." Suara Taufan pula kedengaran.
Halilintar mengemam bibirnya. Matanya dibuka perlahan, rasa lega mula bertandang di hati apabila menyedari yang...
"Ha, buka pun mata kau."
Sesungguhnya... Makhluk getah ni memang kuat scam orang...
"Kau datang sini cepat. Biar aku letup letupkan satu satu anggota badan kau. Datang sini cepat. Datang!"
Dan apa yang jadi selepas itu... Terlalu mengerikan untuk makhluk makhluk getah semua... :v
< WARNING! Negative Words.
Sesiapa yang mudah koyak atau hati tisu tu... Mohon sabar. >
"KAU... gagal?"
Cepat cepat Nadz menundukkan wajahnya memandang lantai. Wajah lelaki yang bengis di hadapannya tidak berani dipandang.
"Mana kertas keputusan markah kau?" Soal lelaki itu sambil menghulurkan tangannya.
Nadz masih mendiamkan diri. Kertas tersebut digenggam kuat. No, lelaki tu tak boleh tengok markah dia!
Melihat gadis muda itu masih tidak mempedulikannya, lelaki itu berdecit geram.
"Tch, kau pekak ke pulak sekarang woi?" Soal lelaki itu sambil menunjal dahi Nadz kuat. Lengan kecil milik gadis itu dicengkam kasar sebelum dia menarik gadis itu bangun secara paksa.
"Janganlah ambil!" Jerit Nadz apabila kertasnya tiba tiba dirampas. Sedaya upaya dia cuba mengambilnya semula namun kerna kudratnya lebih sedikit, dengan senangnya lelaki itu menolaknya jatuh.
Nadz mengetap giginya. Rasa risau mula bertambah di hati saat melihat wajah lelaki yang dipenuhi jambang itu sudah berkerut kerut wajahnya membaca gred Nadz.
"B? Kau dapat B?" Suara garau yang bertanya itu menyentakkan Nadz. Soalan tersebut dibalas dengan anggukan lemah. Lantai direnung lama.
Sak.
Tudung Nadz dicengkam dan ditarik sehingga gadis itu terdongak ke atas secara paksa. Wajah Nadz mula bertukar mual apabila menghidu bau alkohol yang kuat dari mulut lelaki itu.
"Kenapa kau dapat B huh?" Soal lelaki itu dengan nada dingin. Cengkamannya pada tudung Nadz, dikuatkan.
Nadz meringis kesakitan. "Maaf uncle, Nadz janji tak buat lagi!"
Lelaki yang dipanggil uncle itu tersenyum sinis mendengarnya. "Janji je pandai... Dasar menyusahkan," ujarnya sebelum mengambil sebuah botol kaca.
Air liur takut ditelan perlahan saat Nadz melihat botol kaca di genggaman lelaki itu. Hujung baju diramas kuat, cuba untuk menghilangkan debar di hati.
Lelaki itu mengetuk perlahan dahi Nadz menggunakan botol tersebut sebelum membuka penutupnya.
"Ni... Hukuman sebab kau dapat markah yang aku tak nak."
Splash!
Nadz memejamkan matanya erat. Isi botol tersebut kini sudahpun membasahi tubuh dan wajahnya.
Argh! Bau alkohol! Gross!
Secara tiba tiba, rahang Nadz dicengkam kasar. Nadz terbeliak apabila lelaki tersebut cuba pula untuk memaksanya menelan minuman keras itu.
"Uncle!! Saya tak nak!!"
Tawa sinis mula kedengaran dari lelaki itu apabila Nadz terkapai kapai untuk melepaskan diri. Botol air keras itu dicampak ke atas lantai.
"Rilex, baby... Aku rasa dah takde function kau pergi sekolah semua tu... Bukan boleh dapat duit pun, kawan aku ada tempat kerja untuk kau. Tengok diri kau sekarang ni... Hurm... Laku je rasanya," ujar lelaki itu selamba. Rahang Nadz dilepaskan. Tubuh gadis itu dipandang atas bawah dengan pandangan liar sehingga gadis itu mula berasa tidak selesa.
Nadz menjengilkan mata. Kata kata lelaki itu benar benar membuatnya meremang, ditambah lagi dengan pandangan yang diberikan...
"Tak nak! Sia sia je Nadz belajar ada biasiswa semua tu!" Jerkah Nadz.
Pang!
Wajah putih mulus itu terus terdorong ke sisi apabila pipinya ditampar kuat. Matanya terbeliak, terkejut dengan rasa pedih yang hinggap secara tiba tiba.
"Don't shout to me, dear. Btw, biasiswa kau dah ditarik semula."
Bagai ingin pecah hati Nadz apabila mendengar kenyataan tersebut. Biasiswa yang cuba dipertahankannya dari beberapa tahun lepas, dah ditarik balik?
"Jadi mulai hari ni, aku yang kena tanggung yuran sekolah kau semua tu. Menyusahkan betul."
Nadz mengetap bibirnya kuat mendengar kata ayah angkatnya itu. Rasa sebak dihati cuba dipendam.
Dia menyusahkan?
"Tak... Uncle tipu... Takkanlah sebab Nadz dapat B, terus kena tarik?"
Lelaki itu membuat muka bosan melihat reaksi anak angkatnya yang masih terkejut. Tali pinggang kulit yang melilit pinggangnya dicabut.
"It's a fact, Nadz. Dan kau dah uji kesabaran aku dengan kegagalan kau yang kali ni."
Slash!
"Argh!!" Nadz menjerit sakit apabila tubuhnya dilibas kuat. Wajah ayah angkatnya yang teramat dingin ketika itu dipandang takut. Perlahan dia mengundur ke belakang, cuba untuk melarikan diri.
Namun tatkala langkahnya dihalang dengan sebuah dinding gergasi, dia tergamam.
Tiada jalan keluar...
Slash! Slash! Slash!
Nadz hanya membisu pabila setiap libasan mengenai tepat tubuhnya. Rasa pedih dan sakit di kulit membuatkan dia menggigit bibirnya kuat.
Ni bukan kali pertama dia kena perkara sebegini, maka baginya, tiada sebab untuk menangis merayu meminta untuk berhenti. Semua itu sia sia sahaja...
Slash!
Tepat di muka. Bibir Nadz mula berdarah apabila pecah. Nadz memejamkan mata erat, berkerut wajahnya menahan sakit.
Biarkan lelaki itu memukulnya sehingga puas. Semakin melawan, semakin teruk keadaannya nanti... Fikir Nadz.
Setelah puas membelasah anak angkatnya itu, lelaki itu terus berlalu pergi. Sempat dia menjeling tajam Nadz yang sudah terduduk lemah.
"Beban. Memang patut mak ayah kau mati awal, takdelah diorang terbeban dengan kewujudan kau."
Deg!
Nadz mengemam bibirnya kuat, cuba untuk menahan air mata yang dah bergenang dari jatuh. Kata kata lelaki tadi teramatlah menghiris perasaannya.
"Betul ke aku ni menyusahkan?" Gumam Nadz perlahan.
"Betul ke ibu bapa aku anggap aku macam beban?" Gumamnya lagi. Apabila minda cuba membayangkan perkara itu benar benar berlaku, air matanya mula mengalir jatuh.
Wajahnya yang kelihatan muram diraup. "Aku ni memang takde guna dah kan untuk hidup?" Soalnya. Satu senyuman perit mula terukir.
"Hidup pun kerja nak susahkan orang je... Baik aku mati, takdelah yang terseksa sebab aku." Nadz tergelak kecil apabila memikirkannya. Air matanya masih lagi laju mengalir ketika itu...
Jelas yang hatinya sedang sakit, namun mindanya masih tidak serik menipu...
Serpihan kaca di sudut bilik dilihat. Perlahan dia mengengsot ke tempat itu untuk mencapai alatan tajam tersebut.
Kaca tersebut diangkat lalu direnung lama. Malang sekali kerana akalnya sudah tidak dapat berfikir dengan waras, bisikan syaitan mula mendominasi. Dia tersenyum sinis. "Kalaulah aku mati kan... Mesti aku akan terus stop susahkan semua..."
"Kalaulah kau mati... Kau akan menyusahkan aku sebab buat aku sedih."
Nadz terkaku apabila mendengar suara itu. Spontan dia menoleh ke sisinya di mana tempat Halilintar sudah duduk memeluk lutut di situ. Mata beriris ruby jejaka itu dari tadi hanya memandang sayu ke arahnya.
"Dan bukan tu je, kau akan buat aku sunyi sebab tak boleh dengar kau membebel marah dah... Kau akan buat aku bosan sebab tak boleh kacau kau dah..." Sambung Halilintar lagi. Kaca di tangan Nadz ditarik perlahan sebelum dicampak jauh.
"Kau akan buat aku berhenti senyum juga tahu tak?" Halilintar membuat muka tidak puas hati. Wajah gadis itu masih dipandang.
Nadz berkerut hairan. "Sebab?"
"Sebab kau lah punca aku senyum selama ni," jawab Halilintar. Sebuah senyuman kecil mula terlorek di wajah jejaka itu.
Nadz terdiam. Rasa sebak dan terharu mula hadir perlahan lahan apabila mendengarnya. Kepalanya ditundukkan.
"Tapi aku menyusahkan semua..." Gumamnya sayu.
"Ya Nadz, kau memang menyusahkan. Aku tak nafikan." Halilintar mengangguk setuju.
Automatik Nadz mengangkat wajahnya. Bahu Halilintar ditumbuk geram. "Kejam lah kau!"
Jejaka itu cuma tersenyum melihat Nadz ketika itu. Tangan kecil yang tidak henti menumbuknya dari tadi ditepis perlahan.
"Tapi... Walaupun menyusahkan mana pun kau, kau tetap mempunyai manfaat dalam hidup kau. Mungkin kau fikir yang tiada sesiapa pun hargai kau tapi percayalah, mesti akan ada dalam hidup salah seorang dari kenalan kau, yang jadikan kau insan penting dalam hidup diorang."
Nadz menggulingkan anak matanya dan membuat wajah menyampah. Cuba untuk sorok perasaan terharu. Yelah, mana tahu Halilintar main tembak je cakap ni. Last last semua bo'ong. Tak ke sakit hati tu?
Senyuman mengejek diukir. "Siapalah yang anggap aku penting tu. Kesian pula diorang sebab..."
"Aku. Aku anggap kau penting."
Nadz terdiam. Wajah tenang Halilintar dipandang tidak percaya.
"Kau selalu ceriakan aku, gembirakan aku, jadi kawan aku, buat aku tak sunyi..."
Wajah Nadz merona merah. Eh, kepujian apakah ini?
"So... Don't give up okay?" Soal Halilintar dengan nada lembut.
Nadz tersenyum simpul. Perlahan lahan dia mengangguk. "Insya Allah... Thanks Hali, kau selalu ada waktu aku perlukan kau..."
Halilintar tergelak kecil. "Takde hal Nadz, aku kan pelindung bersayap kau macam kau kata dulu."
"Dah tu, mana sayapnya?"
"Entahnya, kenapa kau bagi aku nama macam tu ek Nadz?" Halilintar mengangkat sebelah kening.
"Err... Aku tengah ganggu ship author ke sekarang ni? Saje nak cakap, jom keluar. Tak baik berdua duaan lama lama, sebab nanti ada yang ketiga." Supra yang tiba tiba muncul di situ memotong perbualan mereka berdua. Dari tadi dia duk perati je dua orang rakan sekelasnya ni borak.
Halilintar yang tadinya tersenyum, bertukar dingin semula wajahnya. Terus dia bangun dari duduk. Hujung lengan baju Nadz ditarik supaya gadis itu terus mengikut nya keluar.
"Aku tak nak kau hilang dari pandangan aku lagi."
TBC
AUTHOR'S NOTE
Saya mengaku saya sendu jap tulis babak di atas.
Tetapi entah kenapa saya turut bersorak riang dan berfangirling sorang bila tengok ship author ni 🌚
Hehehe~
Btw, ni jenis ii phobia yang ada dalam phobia room kalini.
RINE
Ailurophobia - fobia terhadap kucing.
Monophobia, autophobia - fobia untuk keseorangan
HALI
glophobia - fobia terhadap belon
NADZ
... sebenarnya yang Nadz ni, Ika tak tahu mana. Sebab bagi Ika, dia takut jadi tak penting pada semua macam tu... Dan dia takut dimarahi, atau tak jadi sempurna Kut...
So... Kemungkinan dia ada monophobia jugak ...
Atau dia ada atelophobia. Iaitu fobia kalau tak jadi sempurna atau fobia kalau melakukan kesalahan.
Entahlah, Ika pun tak pasti. Sebab waktu Ika search pasal takut dia ni,yang keluarnya dalam Google tu anxiety, bukan fobia. Hiks--
Btw sorry sangat sangat kalau Ika buat hancur scene takut ni. Ika takde fobia yang ketara mana actually, tulah Ika tak dapat feel sangat TvT
Tapi just nak bagi pesanan, jangan pernah nak main main dengan fobia orang, mungkin awak ingat yang benda tu kecik atau simple je, tapi bagi yang ada fobia tu...
Awak tak rasa apa dia rasa.
Lah... asal Ika bebel ni?
Okaylah, tu je. Jumpa lagi di next chap! Bye!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro