Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 16

RINE mengusap kepalanya yang terhantuk tadi. Cis, boleh pula dia tersadung jatuh sebab terkejut tadi. Cun cun ada dinding kat sebelah.

"Meow."

"Suara tu lagi..." Dengan sendunya Rine bersuara. Seekor kucing yang berada tidak jauh dirinya dipandang tajam. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak menunjukkan rasa takut.

"Kau jangan dekat, kalau tak pisau ni selamat masuk dalam perut kau," ugut Rine. Pisau yang diselit ke poket jaketnya dikeluarkan.

"Meow?"

Rine terdiam apabila mendengar bunyi tersebut betul betul di sebelah telinganya. Perlahan lahan dia menoleh.


"Nyaow?"

Secara lajunya Rine mengundur ke belakang. Pisau sudah diacu ke arah wajah haiwan tidak bersalah itu.

"Jangan dekat aku kata..." Bergetar nada suara Rine ketika itu. Melihat reaksi Rine itu, kucing tersebut terus mengundurkan diri. Seakan memahami rasa takut si manusia.

Rine menghela nafas lega. Pisau disimpan semula. Namun belum sempat dia ingin menormalkan semula degup jantung miliknya, beberapa bunyi kedengaran.

"Meow meow meow meow meow meow meow meow!"

Rine menoleh ke arah kakinya. Kenapa semua bunyi tu macam dekat...

"Kurang ajar punya Ika..." Gumam Rine geram. Entah mengapa nama budak baik tu disebut. Badannya mula menggigil apabila ada di antara mereka menggesel kepala ke kakinya.

"MEOW!"

Dan secara tiba tiba salah seekor dari mereka menerkam ke arah Rine.

SHRAK!

Nafas Rine mula menjadi tak stabil apabila dirinya hampir diterkam begitu. Pisau miliknya yang bersalut darah dilihat.

Dia... Tikam...

"Urgh... Sakit..."

Rine terbeliak apabila mendengar suara tersebut. Spontan dia menoleh ke arah kucing yang jatuh tadi.

Namun apabila melihat tiada lagi kelibat kucing di situ, dia terkelu. Kelibat seorang jejaka berambut hitam pekat yang terbaring lesu ke tanah direnung lama.

"Free... Kau ke tu?" Soal Rine. Tubuh itu didekati dengan teragak agak. Pisau masih di pegangan, mana tahulah kan ada bahaya yang mendatang.

Lelaki yang dipanggil Free itu membuka mata. Tangan yang menutupi luka tikaman di perut dialihkan.

Rine tergamam. "Aku... Aku tikam kau ke tadi?"

Free mengangguk lemah. Matanya semakin kuyu. Darahnya yang keluar semakin banyak. Wajahnya semakin memucat.

Melihat keadaan abangnya itu, Rine menggelengkan kepala. "Jangan mati Free! Aku takde sesiapa dah ni! Jangan tinggalkan aku lagi!" Jerit Rine sambil menggoncangkan tubuh abangnya itu.

Namun apabila mata Free terpejam erat. Rine terkaku. Tubuh Free mula memudar, meninggalkan Rine keseorangan di situ...

Rine mengetap bibir kuat untuk menahan tangis. Mindanya mula berfikir sesuatu...

Bagaimana arwah abangnya yang dah lama mati... Boleh pergi meninggalkannya sekali lagi?

Tudung di bahagian dada di cengkam kuat. Dia menoleh ke sekelilingnya. Sepi, sunyi...

"Aku keseorangan sekali lagi..." Bisik Rine perlahan. Rasa sakit di hati semakin menjadi jadi. Pisau di tangan dipandang lama.

"Aku akan berhenti rasa sunyi ke kalau aku dah mati?" Soal Rine. Pisau itu diangkat dan diacu ke tekak sendiri. Matanya jelas mempamerkan riak lesu dan putus asa.

Dia penat keseorangan...

"Meow."


Rine menoleh ke arah kucing tersebut.

" Meow pala otak kau. Kau mekap pahal sia?" Jerkah Rine geram. Pisau di tangannya tadi disimpan semula ke dalam poket.

Kucing tersebut disepak perlahan supaya menjauh. Perlahan dia menarik nafas, dan mindanya mula kembali fokus. Apabila dia mengangkat tangannya ke atas...

Grab!

Pergelangan tangannya di cengkam seseorang.

"Iane?"






"CEPATLAH perempuan! Aku nak organ aku!!"

Fiqa mencengkam kuat pankreas di tangannya. Cuba menahan rasa geram.

Wajah makhluk yang makin menggila itu dipandang benci. Tubuhnya pula dipandang. Kelihatan organnya hampir sempurna.

Pankreas tersebut diletakkan ke tempat sepatutnya. Sesekali dia menahan muntah apabila tangannya terkena lendir dan darah milik makhluk itu.

Okay, sekarang pankreas dah, jantung dah, hati dah, paru paru dah, usus dah, trakea dah, esofagus dah...

Fiqa melihat sekali lagi rangka makhluk itu. Apa lagi yang dia terlepas pandang?

Fiqa menoleh ke kirinya. Beberapa benda seperti ulat dilihat.

"Tu... Saraf?" Soal Fiqa. Perkara tersebut dipandang geli. Perlahan lahan dia mencapai benda itu.

"CEPATLAH PEREMPUAN!!"

BUK!

Fiqa mengalirkan air mata kesakitan. Sekali lagi kepalanya dihantuk kuat ke lantai. Memang makhluk jahannam sungguh, tak puas hati sikit terus nak hantuk kepala dia.

Kepala yang berdarah tidak dipedulikan. Saraf tersebut cuba disambung di tulang rangka makhluk itu.

"CEPATLAH!!"

Dush!

"Allah..." Fiqa beristighfar perlahan. Kepalanya yang semakin membengkak teruk kerana asyik dihentak diusap perlahan. Air mata mula mengalir deras.

Mengapa dia dilayan terlalu hina begini? Apa dosa dia sampai terperangkap di tempat macam ni?

"Ya Allah... Tolong aku..." Terketar ketar Fiqa bersuara sambil tangannya menyambung segala saraf. Benang dan jarum yang disediakan turut digunakan.

Wajahnya berkerut apabila melihat jarum tersebut mencucuk masuk ke setiap tulang dan saraf. Ya Allah... Seksanya rasa walau hanya melihat...

"Ya Allah... Tolong aku..." Fiqa merintih perlahan. Mengapa saraf ni susah sangat nak disambungkan?

"Gempa... Tolong Iqa..." Nama si ketua yang sering membantunya pula disebut. Air mata mengalir semakin laju sambil tangannya menjahit kulit makhluk itu supaya tercantum semula.

"Iqa takut, Gem... Tolong..."

"ARGH!! KAU LAMBAT LAH PEREMPUAN! BAGI AKU TUBUH KAU!" Jerkah makhluk tersebut. Bahu Fiqa dicengkam kasar.

"Argh!!"

BUM!!

DUSH!! DUSH!!

Fiqa terbeliak apabila makhluk tersebut melepaskan bahunya dan sudah terdampar lesu di atas lantai. Tiba tiba sahaja ada gerangan yang memecahkan pintu masuk dan memukul makhluk itu sekuat hati.

"Fiqa, kau okay tak ni?"

Fiqa menoleh ke arah sang penyelamat. Air matanya dilap apabila menyedari siapa yang berada di hadapannya ketika itu.

"Okay... Thanks Cier." Sebuah senyuman hambar dihadiahkan kepada jejaka itu.

Glacier menendang kuat kepala makhluk itu sebelum wajah dinginnya bertukar tenang di hadapan Fiqa. Botol air miliknya dihulur.

"Huh?" Fiqa membuat muka keliru. Kenapa hulur botol air pula ni?

"Pegang botol air ni, takut kau tak boleh berjalan. Nak pegang tangan, haram." Lembut suara Glacier ketika menerangkan. Fiqa yang mendengarnya mengangguk faham sebelum mencapai hujung botol air itu untuk bangun.

Glacier yang melihatnya merenung lama ke arah tudung Fiqa yang dipenuhi darah. Botol tersebut ditarik perlahan untuk keluar.

"Aku gembira aku jumpa kau dulu," ujar Glacier perlahan tanpa memandang Fiqa.

Fiqa berkerut hairan sebelum tersenyum. "Thank you."

Tanpa disedari mereka, seorang jejaka beriris Hazel sedang memandang tajam ke arah mereka berdua. Walkie talkie di tangannya diangkat sebelum dia mengatakan sesuatu.

"Jangan risau Sir, Glacier dah jumpa Fiqa dulu. Dia selamat." Ujarnya dengan nada lemah sebelum mengekori kedua mereka.

"Well... Nampak sepadan." Bisik dirinya perlahan apabila melihat Glacier dan Fiqa itu. Sebuah senyuman pahit diukir.

TBC

AUTHOR'S NOTE

Hurm... Triple update. Ngehehee

Btw, watak free milik Erica_Airine

Gambar dia ada tapi malaslah letak, Free Ika punya. Hohoho *gelak gedik*

Elyana : =_=

Btw, ya saya tahu kucing last sekali tu hencem. Wkwkwkw

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro