Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 15

"KALAU nak keluar..."

Makhluk tersebut mengengsot perlahan ke arah objek yang berada di atas lantai itu. Objek yang berlendir dan penuh dengan cecair merah hanyir itu dipegang sebelum disumbat ke dalam kepala melalui lubang yang ada.

Splash! Slurp... Slurp...

Lendir dari objek yang tersisa di tangannya dijilat. Wajah Fiqa yang kelihatan mual dan jijik dengan perbuatannya dipandang.

"Kau kena kumpulkan semua organ aku sampai lengkap. Hehehe..." Makhluk tersebut menyenget kan kepala sebanyak 190 darjah.

Fiqa menelan air liur. Makhluk tadi... Makhluk tadi baru sahaja masukkan satu otak ke dalam kepalanya.

Arghh, gross!

Makhluk itu merangkak ke arah Fiqa. "Kalau tak, biar aku je yang ambil badan lengkap kau tu. Hehehehehehehehehe!!"

Fiqa berundur ke belakang. Matanya mula mencari bahagian organ lain. Nafasnya mula menjadi tidak teratur apabila mendengar ugutan makhluk itu. Dia takut! Dia geli!

Jantung yang masih berdegup di atas sebuah almari dipandang lama. Dengan langkah yang teragak agak dia menuju ke organ tersebut.

"CEPAT!! AKU NAK BENDA TU CEPAT!!" jerkah makhluk tersebut sebelum mengilai semula.

Fiqa mengetap bibirnya kuat. Jantung tersebut dicapai dengan tangan yang terketar-ketar. Cuba ditahan rasa loya akibat tekstur melekit dan lembik organ tersebut.

Dia berpusing semula ke arah makhluk yang sudah berdiri semula. Bahagian tulang rusuk yang kosong direnung.

Jadi.. dia kena dekati makhluk tu dan masukkan sendiri organ ni?

"Apa yang kau tunggu?"

"Argh!!" Fiqa terjerit kecil apabila makhluk itu sudah berada di hadapannya. Jantung yang berada di dalam genggaman dihulur ke arah tulang rusuknya.

Krak! Krak!

Tulang rusuk itu terbuka perlahan. Ruang di mana jantung perlu berada kini ditunjukkan.

Dengan tangan yang menggigil laju akibat geli bercampur takut, Fiqa memasukkan lengannya ke dalam tubuh makhluk itu.

Krak! SPLASH!

Jantung tersebut tiba tiba sahaja pecah di tangannya.

"Jantung aku..." Dengan nada acah sayu makhluk itu berkata. Kepalanya dihantuk kuat ke dinding berulang kali sehingga tempurung kepalanya pecah. Darah mula terpercik ke sana sini. Apabila dia berada puas, dia memusingkan kepalanya ke arah Fiqa.

"JANTUNG AKU!!" Dengan wajah tiada perasaan dia menjerit kuat. Kepala Fiqa dihempas kuat ke arah dinding.

"Allah!!" Fiqa meringis kesakitan. Air matanya mula mengalir. Tangan yang masih berada di dalam tulang rusuk makhluk tersebut ditarik kuat.

"AKU NAK ORGAN AKU!!"  Sekali lagi makhluk itu menjerit.

"KAU INGAT AKU PEKAK KE, MAKHLUK?! SABAR BOLEH TAK?!!"

Ha sudah, Mama kita dah marah...





RUANG bilik kaunseling yang gelap itu diperhati dengan pandangan selamba. Namun setenang tenang rupa luarannya, tetap sahaja hatinya menyoal hairan.

Apabila merasakan tiada apa yang menarik di bilik gelap tersebut, dia mengeluh perlahan. Sia sia je masuk dalam bilik ni.

Lampu suluh yang dari tadi terpadam diketuk perlahan. Pelik... Kenapa lampu ni tiba tiba mati bila dia masuk bilik ni?

"Lantaklah, yang pasti sekarang ni aku nak balik dan tidur. Nadz, Hali. Balik jom." Dia menoleh ke arah belakang, namun apabila melihat tiada sesiapa berdekatan... Dia terdiam.

Kepala yang dilitupi tudung digaru perlahan. Mana pulak dua ekor tu pergi?

"Diaorang ada kat luar kut," gumam Rine. Kedua belah bahu diangkat tanda dia tidak kisah. Laluannya kini bertukar arah ke pintu bilik semula.

"Meowww."

Deg!

Automatik Rine terkaku. Langkahnya terhenti, jantungnya berdegup semakin laju.

"Aku salah dengar je tu..." Gumam Rine, cuba untuk menenangkan diri.

"Meowwwwwwwww~"

Dengan harakat yang makin panjang, bunyi itu kedengaran lagi.

Rine menarik nafas panjang. Cuba diusir jauh perasan takut yang hadir. Langkahnya dibuka semula, malah semakin dilajukan.

Jujur dia tak nak duduk kat sini lama lama...

"Meowwww~ meowwww~"

Rine cuba tidak menumpukan perhatian pada bunyi tersebut. Langkah semakin laju, namun pintu bilik masih lagi tidak didapati.

"Ngek ah, mana pulak pintu ni?" Geram. Itu apa yang Rine dapat rasakan. Berapa jauh dia berjalan, pintu mana pintu?

"Meow!"

Gulp-

Rine terdiam apabila merasakan bahu sebelah kanannya bertambah berat. Dengan ekor mata dia mengerling ke arah sisi.


"Meow."  Ujar makhluk comel itu dengan wajah inesen.

"HUARGHHHHH!! JAUHKAN DIRI DARI AKU!!!"





HALILINTAR menggaru pipinya yang tidak gatal apabila langkahnya dihalang dengan sebuah almari.

"Hurm... Lama dah aku masuk ke dalam ni. Balik jelah." Ujar Halilintar sebelum memalingkan badan ke belakang semula. Mahu berjalan keluar dari situ.

Grab!

"Siapa pula main pegang pegang bahu aku ni..." Halilintar membuat muka datar. Air liur ditelan perlahan. Dalam hatinya, sudah setuju mahu mengetuk sahaja kalau kalau di belakangnya ini ada entiti halus atau apa apa yang bahaya.

Berani yini anak...

Dengan kiraan 1 hingga 3, dia berpaling ke arah si pemegang.

"Nak belon?" Soal lelaki bertubuh belon itu. Satu belon dihulur ke arah Halilintar dengan senyuman ramah.

Eh, belon mana boleh senyum...

Automatik wajah Halilintar bertukar pucat lesi.

Tak berani ketuk dah. Hohoho, padan muka dia :v



"MANA diorang niiii?" Nadz mengetap gigi geram apabila menyedari dia telah ditinggalkan keseorangan. Kelibat Halilintar dan Rine sudah tidak kelihatan.

Sebenarnya, dari tadi diorang tak kelihatan. Yalah, tempat tu gelap. Hohoho~

"Rine! Hali! Korang tak prank aku kan?" Soal Nadz sekali lagi, mengharapkan soalannya kini berbalas.

Senyap...

"Eeee!! Tak lawaklah! Jawablah soalan aku! Jangan membisu!" Sekali lagi Nadz bertanya. Kini wajahnya bertukar geram bercampur takut.

Geram jika dia dikenakan...

Takut jika dia benar benar keseorangan...

Nadz terduduk lemah di penjuru bilik itu. "Aih! Macam manalah aku boleh leka sangat sampai korang tinggalkan aku?"

Air matanya mula mengalir. Kawasan yang gelap itu menambahkan rasa resahnya.

"Kau lah ni Hali! Kau heret sangat aku datang kem ni, kata boleh enjoy konon! Dari mula aku tak enjoy!" Ujar Nadz melepaskan amarah.

"Kenapa kau orang tinggalkan aku..." Nada Nadz mula bertukar sayu. Air mata dilap kasar.

"Aku tak nak duduk seorang seorang kat tempat macam ni! Hali! Kau kata kau selalu ada dengan aku? Kenapa kau takde sekarang?" Soal Nadz lagi sebelum dia cuba menenangkan diri.

Klang!

Bunyi benda disepak menyentakkan lamunannya. Spontan dia berdiri. "Rileks Nadz, takde masa nak jadi crybaby. Tu ada orang tu."

"Tapi kalau bukan orang macam mana?" Soalnya lagi sebelum dia menampar mulutnya sendiri. Eyyy, ada jugak dia cabai mulut sendiri kan!

Beberapa langkah dia berjalan, kakinya terpijak sesuatu. Posisinya ditukar ke duduk mencangkung, perkara yang dipijaknya tadi diangkat.

"A...apa benda ni?"

Rekod ujian tahunan pelajar.

Nadzelyia Floria : 7A 1 B

"Kenapa... Keputusan ujian aku ada B?" Automatik tangannya menyimpan kertas tersebut ke dalam poket. Wajahnya bertukar pucat apabila mindanya mula membayangkan sesuatu.

Pap!

Pipinya ditampar perlahan, cuba untuk menyedarkan diri dari rasa takut yang tiba tiba hadir.

"Rileks Nadz... Kalau kau tak beritahu diorang markah kau, kau takkan apa apa..." Gumam Nadz. Senyuman paksa terukir di wajah.

"Markah apa?"

Dan apabila Nadz menoleh ke arah gerangan yang bertanya, wajahnya mula bertukar pucat dan menggigil perlahan.

"Kau... Gagal?"

TBC

AUTHOR'S NOTE

LOLOLOLOL, Makin merapu nyahhhhh TAT

Saya jujur, saya gelak bila taip chapter ni. Tu merapu chap ni. Hohoho~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro