Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KEM • 12

"KAU memang gila, Taufan. Gila gila gila." Kedengaran rungutan daripada seorang jejaka yang sedang berdiri di hadapan sebuah pintu bilik. Rakannya yang berada di sebelah dijeling.

"Shhh, senyap senyap dah ah Frostfire... Aku tengah tenangkan diri nak ajak diorang ni..." Ujar Taufan apabila Frostfire tidak henti henti mengutuk dirinya dari tadi. Pintu bilik kelas di mana pelajar dan guru perempuan menginap direnung lama.

Nak ketuk ke tak ek?

Ke nak terjah masuk terus?

"Malam malam ni kut! Buat apanya nak ajak girls?"  Soal Frostfire dengan riak tidak puas hati.

"What? Best apa lepak dengan diorang?" Taufan tersenyum nakal sambil mengangkat sebelah keningnya. Pintu kelas tersebut dipegang.

"Okay, aku tolak pintu ni, kau tarik je mana mana pelajar yang kau nampak ek? Jangan bagi Miss Hana dan Miss Kay sedar pulak." Arah Taufan. Frostfire yang mendengarnya terbeliak.

"Gila, kalau diorang free hair macam mana?" Frostfire memandang ke arah lain apabila merasakan pipinya mula berbahang. Uih, otak... Hang jangan nak pikiq macam macam na...

Taufan tergelak kecil. "Rezeki kita lah tu nampaknya~"

"Rezeki apa? Tak sabar sangat nak masuk neraka ke apa?"

Automatik jejaka berdua itu menoleh ke arah pintu yang sudah terbuka sedikit. Haiz yang memandang tajam ke arah mereka berdua sedikit sebanyak menimbulkan perasaan gentar mereka.

Ha, tahu takut...

Frostfire menggelengkan kepala laju. "Jangan salahkan aku, salahkan mamat angin ni. Gatal dia kalah orang tak mandi seminggu."

"Weyh, sesedap hati je ek kau kutuk depan depan..." Taufan menjeling tajam wajah acah tak bersalah Frostfire.

Hiks, inikah member?

Frostfire mengangkat kedua belah bahunya. Wajah Haiz yang masih membuat muka garang dipandang "Hurm, kau. Kau tanya jelah ke Taufan ni apa dia nak. Aku takde kaitan. Cao!"

Dan dengan selambanya dia terus pergi meninggalkan Taufan yang terkebil kebil.

"Dasar ngok punya member..." Bisik Taufan geram sebelum memandang Haiz semula.

"Err..."

"Dah lewat ni, baik kau pergi balik je." Tanpa salam mahupun sapa, Haiz terus menutup rapat bilik tersebut.

Kcak!

Bunyi pintu dikunci.

Taufan membuat muka datar. Segera dia merapat ke arah pintu dan berkata sesuatu.

"Weyh... Keluarlah kejap... Aku ada benda nak cakap ni..." Rayu Taufan dengan nada acah sayu. Dalam hati tidak henti henti dia mengutuk diri sendiri dan orang sekeliling. Ambik kau, padah berdegil nak ajak geng perempuan lagi.

"Takde alasan yang munasabah, so... Nope."

Taufan membuat muka sendu. Pintu tersebut dipandang geram. Kalau bolehlah, dia nak sangat tendang pintu tu.

Okay, sekarang mood dia nak tengok perempuan takut waktu main ujian keberanian dah hilang. Just sebab dia nak paksa girls join sebab tak nak kena perli dengan member member dia yang lain bila balik dengan tangan kosong.

Pergh, ego dia yang tinggi tu memang tak boleh tercalar babe!

"Haiz... Aku nak jumpa Ika sekejap boleh? Aku ada hal kejap dengan dia..." Rayu Taufan lagi. Kalini nama member perempuannya pulak yang di mention. Hurm... Mintak penampor...

Kcak! Kreekk...

Bunyi kunci dan pintu dibuka.

"Kau nak apa sebenarnya weyh?" 

Taufan tersenyum. Wajah kawannya itu dipandang dengan pandangan merayu. "Jom join member member aku main dengan ujian keberanian nak? Jangan risau, Hali pun ada."

"Ujian keberanian? Nope, aku penakut orangnya."

"Ika..." Terus senyuman Taufan memudar.

"Tapi kawan kawan aku yang lain boleh join kut..." Sambung Ika lagi. Senyuman nakal terukir apabila melihat tiga orang remaja perempuan sudah keluar dari kelas.

"Ujian keberanian? Sekarang aku menyesal sebab kalah game tadi." Keluh seseorang dari mereka.

Taufan yang mendengarnya memandang Ika dengan wajah hairan. "Tak sangka aku yang perempuan pun sama je main game malam malam..."

Ika tersengih malu. Manakala Haiz yang turut berada di situ menggulingkan anak matanya.

"So, girls... Jom main sekali jom." Taufan mengalihkan pandangan ke arah tiga murid yang dipaksa tersebut.

'Erica Airine, Nadzelyia Floria, Aira Afiqah... Wait, Fiqa? Crush Gempa pun ada? Mampus aku...' Getus hati Taufan perlahan. Senyuman manis diukir.

Haiz mengetuk kepala Taufan menggunakan beg sandangnya. "Kau lah yang ajak siapa yang bermain tu ke sini. Aku tak percayakan kau untuk bawa diorang ke bilik lelaki."

"Weyh, seram pula aku mendengarnya. Tarik baliklah. Lelaki zaman now mana boleh percaya sangat," kata Ika sambil berura ura ingin menarik semula Nadz dan Rine masuk ke dalam. Pandangan yang penuh prejudis diberi kepada sahabat baiknya itu.

Taufan membuat muka menyampah. Lah... Banyak pula pantang larang perempuan ni... "Haih... Yalah yalah, aku bawa sesiapa yang bermain ke sini."

"Cun!"












LORONG yang gelap dan sunyi itu dilalui dengan penuh berhati hati. Cahaya lampu suluh dihalakan ke segenap penjuru arah untuk memastikan tiada rintangan di hadapan mereka.

"Weyh, asal kau yang pegang lampu suluh? Aku nak pegang jugak..." Wajah minta kaki milik Blaze dipandang menyampah.

"Kau pegang jelah walkie talkie tu.  Boleh borak borak dengan orang lain kan?" Jawab Supra acuh tidak acuh. Matanya kembali fokus memandang hadapan.

"Kalau benda lain yang jawab macam mana?"

Buk!

"Kau jangan merapu benda bukan bukan nyah, aku tendang kau jatuh bangunan nanti." Garang nada Haiz ketika berbicara. Siku yang digunakan untuk meluku belakang kepala Blaze diusap perlahan. Keras jugak kepala mamat seorang ni... Hshshsh.

Blaze mengaduh perlahan tika menyentuh tempatnya diluku. Ouch, dia rasa dia baru je benjol tadi. Huhuhu...

"Apa? Aku just kata 'kalau'," ujar Blaze lagi. Tak faham faham bahasa nampaknya yang seorang ni.

Supra mencengkam kuat bahu Blaze. Matanya masih fokus memandang hadapan. "Kalau kau nak kena tinggal seorang kat sini, cakaplah lagi benda bukan bukan."

"Kalau aku kena tinggal kat sini, aku doakan kau supaya kena kacau sampai mati," balas Blaze dengan nada bengang.

Supra mengetuk kuat kepala Blaze. "Nauzubillah lah woi! Kau sedar tak kita ni kat mana?"

"Sedarlah! Kat tingkat tiga sekolah ni kan? Macam aku tak dengar apa Taufan kata tadi!" Jawab Blaze lagi.

Supra beristighfar perlahan. Ya Allah... Kurniakanlah kekuatan untukku mematikan hamba Mu yang sorang ni... Tak faham keadaan sungguhlah mamat api ni.

Eh, macam silap doa...

Haiz yang mendengar segala pergaduhan mereka hanya mendiamkan diri. Malas mahu masuk campur. Dahlah patutnya dia tak perlu pun sertai benda ni, tapi risau punya pasal Fiqa kena berkumpulan dengan dua orang lelaki, dia tabahkan diri untuk mengikut juga.

Yup, mana boleh biarkan seorang perempuan dengan dua orang lelaki. Jadi macam macam nanti siapa nak tanggung?

Fiqa yang berada tidak jauh di belakang dikerling sekilas. Dari tadi gadis itu hanya mendiamkan diri. Kalau Haiz bertanya atau berbual, hanya anggukan atau gelengan yang diterimanya.

Jadi disebabkan rasa bosan dan tidak selesa, dia pun meminta diri untuk pergi ke depan sikit di mana para lelaki ini pula berada. Tapi tetap dia tak lupa untuk sentiasa memantau Fiqa.

"Hurm... Kenapa dia senyap je ek? Takut ke?" Gumam Haiz dengan nada tidak puas hati. Malas mahu melayan perasaan tertanya, ruang koridor di sekelilingnya ditinjau.

Barulah dia menyedari, tempat di mana mereka semua berjalan ini, agak berbeza dengan tempat mereka menginap. Kelihatan di tempat ini lebih baru dan megah tetapi dia punya bau dan ruang... Fuh... Macam tempat berhantu.

Gulp... air liur ditelan. Rasa takut perlahan lahan mula hadir di hati Haiz. Dipejam mata erat untuk menghilangkan bayangan seram yang mula bermain di fikiran.

"Weyh Haiz, kau pergi nasihatkan sikit shuben kau ni."

Haiz membuka mata semula. Wajah bosan ditayangkan apabila mendengar gelaran yang diberikan Supra.

"Shuben pala otak hang..." Jawab Haiz. Matanya kembali mengerling ke tempat Fiqa berada.

"Jap jap jap... Gais, korang nampak tak mana Fiqa pergi?" Soal Haiz apabila menyedari Fiqa tidak lagi bersama mereka. Wajahnya mula memucat risau. Wajah Blaze dan Supra dipandang dengan penuh harapan. Harapan supaya mereka tahu di mana Fiqa berada.

Blaze yang dari tadi ber karaoke lagu 'bangau oh bangau' versi parodi memandang hairan ke arah Haiz. "Bukan ke dia dengan kau?"

Haiz mengangguk sebelum menggelengkan kepala semula. "Nonono, tadi dia ada... Pastu sekarang tak ada. Supra, kau nampak dia pergi mana?"

Supra yang mengetuai kumpulan mereka terdiam. Kepalanya digeleng perlahan, menambahkan rasa risau di hati gadis tersebut.

"Astaghfirullahalazim... Macam mana ni?" Haiz sudah terduduk lemah. Badannya menggigil risau sambil mindanya sibuk menyalahkan diri sendiri.

Kata nak ikut sebab nak jaga Fiqa, ni Fiqa hilang macam mana?

Blaze melutut di hadapan Haiz. Walkie talkie di tangannya digunakan untuk menolak dagu Haiz ke atas. Hingga wajah Haiz bertentangan dengan wajahnya. Jelas gadis tersebut dalam keadaan celaru.

"Listen here, Haiz... Rileks, kau ada aku. Mamat Supra pun ada kat sini. Kitaorang akan tolong kau cari kawan kau yang hilang tu. Okay?" Soal Blaze sambil tersenyum manis ke arah Haiz. Mahu menenangkan hati milik gadis tersebut.

Haiz menarik nafas panjang. Cuba ditenangkan hati yang gelisah. Mindanya kini cuba berfikir secara waras. Dia tahu yang sekarang bukanlah masa untuk berfikiran negatif.

"No. Aku rasa baik kita bagitau benda ni ke sir. Takut kita pulak yang sesat nanti." Supra membantah dengan wajah tegas. Langkahnya terus dituju ke arah tempat mereka menginap.

Blaze dan Haiz yang mendengarnya mengangguk setuju. Terus mereka bangun dari duduk dan mengikut Supra.

"Please Fiqa, tolong selamat..." Bisik Haiz sayu. Sesungguhnya, dia rasa dirinya seakan kawan yang tidak berguna sekarang ini.

Bahu Haiz ditepuk perlahan dari arah sisi. Walkie talkie yang digunakan untuk menepuk bahu gadis tersebut ditarik semula apabila gadis itu menoleh ke arahnya.

"Don't worry... Kita doa je banyak banyak, okay?"

TBC

AUTHOR'S NOTE

Comellah friend ship haze ni. 🥺

Sorry tau tak buat sweet sweet, Ika honestly minat friendship camni... Nampak cute gituw 🤧

Ngek, aku cakap macam aku buat cerita romance. Wkwkwkwk

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro