KEM • 10
PINTU kelas tersebut dikuak perlahan sebelum kakinya menapak masuk ke dalam ruang tersebut.
Kosong...
Ini dunia kau dan aku... Hey hey hey hey
"Bunyi tu lagi." Mendengar bunyi seakan nada telefonnya lagi sekali, dia terus melangkah masuk dengan penuh yakin. Sudut kelas di mana terdapatnya sebuah meja dituju.
"Woah! Phone aku!" Dengan wajah teruja, Husna mengambil gajet yang berada di atas meja tersebut. Skrin telefon yang memancarkan panggilan dari satu nombor yang tidak dikenali ditolak. Kata laluan terus dimasukkan.
Tit!
"Yeay! Dah dapat buka!" Husna tersenyum riang. Baru sahaja dia berniat ingin membuka media sosialnya, dia berkerut hairan.
"Eh jap... Kenapa ni?"
"AKU... Aku nak tolong Miss Kay cari Husna jugak!"
Buk!
Satu ketukan hinggap di kepala Solar. "Tak boleh ke kau ikut je arahan Miss Hana? Dia suruh stay, stay jelah!"
Solar menjeling Supra. "Tapi macam mana kalau Husna cedera ke apa?!"
Supra berundur sedikit saat dirinya ditengking. Wajah bengang Solar dipandang tajam.
"Kau rileks boleh tak? Miss Kay boleh handle insya Allah. Kau tak ingat ke macam mana miss pernah handle waktu ada orang mabuk mengamuk kat sekolah dulu? Kan okay je tu?" Nadz yang dari tadi menahan geram dipandang mereka berdua.
Solar terdiam sebentar sebelum mengangguk perlahan. Jelas wajahnya kelihatan resah dan muram.
"Kau kenapa caring sangat ke Husna?" Soal Nadz hairan. Dari tadi dia duk perati je Solar ni.
Hurm... Suspicious...
Solar memandang ke arah lain saat memikirkan jawapan soalan tersebut. Belakang tengkuknya diusap perlahan.
"Kalau dia takde, siapa lagi nak tangkap gambar aku?"
Jawapan Solar itu dibalas dengan pandangan datar.
ARGHHH!!
"Woi, siapa menjerit tu!!" Blaze yang sedang berbual dengan Ice terus memeluk rakannya. Ice pula hanya mampu pasrah digelakkan oleh rakan rakannya yang lain.
"Suara Husna!" Telahan Fiqa menyentakkan Solar yang masih resah. Tanpa meminta izin sesiapa, dia terus berlari ke arah punca jeritan tersebut.
"Solar! Kau nak pergi mana weyh?!" Supra menjerit nama kawannya apabila dia semakin menjauh.
"Ya Allah... Kenapa boleh jadi macam ni..." Gumam Hana dengan wajah penat. Pintu bilik dewan yang ditunjuk Glacier ditolak perlahan. Kelibat Iane, Kai dan Gempa yang sedang membersihkan tempat tersebut dipandang lemah.
"Eh, Hana! Okay, beritahu kat murid murid tandas kat hujung tu boleh digunakan. Ambil wudhu' siap siap semua tu then kita solat jemaah." Arahan yang diberikan oleh Iane itu dibalas dengan gelengan lemah.
Iane membuat muka hairan. "Kenapa ni?"
"Iane... Kai... Tolong aku..."
"VI...video apa ni?"
Skrin telefon yang sudah menayangkan sebuah video yang tersekat sekat dan korup dipandang pelik. Berkali kali jarinya menekan butang 'kembali' atau 'tutup' namun video tersebut masih setia terpancar.
Krikk... Nhhje.... Kwuwkqm....
Beberapa perkataan yang tidak difahami sebutannya turut kedengaran dari video tersebut.
"Eh, geramnya aku... Kenapa dengan phone aku ni?" Soal Husna geram.
"Skreeet... Hai... Husna...."
Selepas beberapa minit menunggu, video tersebut bertukar semakin normal. Gambar yang kabur dan rosak mula semakin jelas kelihatan, begitu juga dengan suaranya.
BAM!
"ALLAHUAKBAR! APA NI?!" Phone yang digenggam erat tadi dicampak jauh darinya saat gambar tersebut bertukar jelas. Bunyi skrin telefon pecah akibat dibaling kuat itu langsung tidak merisaukannya lagi. Tangan diletakkan di dada yang sudah naik turun dengan lajunya akibat terkejut.
Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!
"Ya Allah, bunyi orang enjoy main roller coaster ke apa tu weyh?" Dengan nada cemas Husna bertanya pada diri sendiri. Telefon yang masih bercahaya itu dipandang dengan perasaan takut. Makin lama, frekuensi bunyi tersebut semakin bertambah tinggi.
EEEEEEEEEEKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!
Kedua belah telinga ditekup kuat. Mata Husna dipejam, cuba untuk menghilangkan rasa sakit yang amat tika mendengar bunyi tersebut.
Peritnya ketika itu... Seakan gegendang telinganya mampu pecah pada bila bila masa!
"ARGHHHHHH!!!!" Husna menjerit kesakitan. Tubuhnya kini sudah terbaring mengiring di atas lantai sambil kedua tangan kekal memegang telinga yang terseksa.
Tiada pilihan! Husna tahu satu satunya jalan keluarnya ketika itu adalah menutup bunyi tersebut. Dengan pandangan yang semakin kabur akibat kesakitan, dia memandang ke arah telefon yang tidak jauh darinya. Sedaya upaya dia mengengsot ke arah tersebut namun rasa sakit di telinganya menghalang.
Air mata mula mengalir. Rasa seperti ada darah yang mengalir keluar dari telinganya. Namun tidak dia tahu pula sama ada itu adalah nyata ataupun hanyalah bayangan semata mata.
Saat itu, apa yang dia mampu lakukan hanyalah mengucap perlahan. Seakan redha yang ajalnya sudah hampir tiba.
KRASH!!
Bunyi benda dihancurkan menyentakkannya. Kedengaran bunyi berfrekuensi tinggi tadi mula beransur hilang.
Satu kelibat tubuh yang berdiri di hadapannya dipandang. Ingin sahaja dia mendongak memandang wajah si penyelamat dan berterima kasih, namun...
Buk!
"Ya Allah, Husna!"
"MACAM mana kakak aku boleh hilang, Hana?!"
Hana hanya mampu membisu saat dirinya disoal Kai. Ketika itu, dia dan semua murid muridnya sudah selesai menunaikan solat Maghrib dan Isya'.
Jama'.
Kai meraup wajahnya yang mula memerah. Perasaan geram kepada Hana cuba diusir. Iane yang sedang menenangkan anak murid yang lain dipandang.
"Iane, aku pergi cari kakak aku sekejap."
"Suruh Halilintar ikut." Pesanan Iane dibalas dengan anggukan oleh kedua pihak. Baru sahaja Kai ingin membuka pintu untuk keluar, seseorang telah membukanya kasar.
"Tolong rawat Husna!" Miss Kay yang memapah Husna ketika itu dipandang semua. Tanpa membuang masa, terus Miss Hana dan Fiqa dan mengambil Husna yang tidak sedarkan diri itu.
Miss Kay terduduk lesu. Rasa sakit di kepala akibat bunyi tadi masih tidak sepenuhnya hilang. Alhamdulillah, dia dan Solar sempat sampai ke tempat Husna berada sebelum perkara lebih buruk terjadi.
"Akak, akak pergi solat dulu ya." Kay mengangguk lemah apabila diingatkan. Perlahan lahan dia melangkah menuju ke arah tandas sambil dipapah Kai yang sudah membuat wajah risau.
Solar yang sudah tercungap cungap akibat penat berlari pula duduk di sebelah Supra. Botol air mineral kepunyaannya diambil. Penutup botol tersebut dibuka sebelum dia meneguk air tersebut dengan rakus.
"PUFFFF!!!"
"Woi! Pengotor sia kau!" Supra menjauhi diri dari Solar apabila jejaka itu menyemburkan air yang diminumnya keluar semula.
"Uhuk uhuk! Kenapa air aku rasa macam bedak woi?!" Soal Solar sambil mengelap air yang tersisa di mulutnya. Tekaknya mula berasa mual apabila rasa bedak masih tersisa.
Haiz yang melihat dari jauh hanya tergelak nakal melihatnya.
Kalaulah Solar tahu siapa yang buat begitu pada dirinya...
TBC
AUTHOR'S NOTE
CAK!
TERKEJUT TAK? WKWKWKWK
Btw, Ika memang noob buat cerita horror atau thriller. Sorry QwQ
KBYE~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro