Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

INTRODUCTION OF ALBINISME

Hi, peeps😊

Sekali lagi, Author menulis karya berkenaan sesuatu penyakit. Seperti karya yang lalu (TDIY), Author memperkenalkan Multiple Personality Disorder (Gandaan Personaliti).

Kali ini, Author akan bawa anda ke dunia Albinisme atau lebih dikenali, Albino. Mesti ada dikalangan anda pernah berjumpa dengan individu ini. Yes, Author pernah terserempak dengan individu Albino di shopping compleks. Kulitnya putih pucat, malah rambut, bulu mata dan kening juga berwarna putih.

Albinisme/Albino adalah seseorang individu yang tidak mempunyai warna atau pigmentasi. Individu albino adalah individu yang mempunyai penyakit metabolik kongenital yang diwarisi daripada kedua ibu bapa.

Perkataan albino berasal daripada bahasa yunani atau 'albus', yang bererti putih. Sesetengah individu albino mempunyai mata bewarna merah, merah jambu atau ungu, namun kebanyakannya mempunyai mata biru.

Individu albino sering mempunyai masalah penglihatan iaitu tahap rabun jauh atau rabun dekat yang ekstrem. Mata albino sangat peka terhadap cahaya. Jadi, individu albino selalunya membuka kelopak mata sedikit sahaja dan sering berkedip.

Kulit mereka juga sensitif terhadap sinaran matahari. Mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan pada kulit. Mereka juga berisiko untuk menghidapi kanser kulit. Pendedahan sinaran matahari untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan kulit menjadi kasar dan tebal (Pachydermia).

Rambut albino berwarna putih di seluruh tubuhnya. Bahkan jaringan di dalam tubuhnya seperti otak dan saraf tulang belakang juga berwarna putih.

Baiklah, selesai juga pengenalan terhadap penyakit albino. Harap semuanya dapat memahami tentang penyakit ini. Terima kasih kepada penulis artikel di google. Hehe. Jadi di dalam karya Camellia (Rival) mempunyai watak di mana seorang gadis penghidap penyakit albino iaitu Camellia Edisson.

Puas jugalah search punya search, akhirnya jumpa juga cast yang sesuai untuk watak Camellia. Natsya Zhidkova seorang individu albino di Russia yang menjadi seorang model.

Bagi sesiapa yang baca karya Author yang lalu, mungkin akan perasan beberapa perkara semasa membaca Camellia (Rival). Yes, peeps. Camellia (Rival) adalah sequel untuk The Devil's Inside You dan juga Beautiful Angel. Author tiba-tiba dapat idea untuk gabungkan sequel antara dua karya itu. Jadi Author harap, Camellia (Rival) dapat diterima baik oleh warga wattpad.

Bismillah🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro