
7_WHAT A RICH GUY!
Chapter 7: What A Rich Guy!
Felix pov
BAM! BAMM!
Punching bag aku tumbuk dan tendang bertubi-tubi. Aku menjeling Evelyn yang sedang duduk di bangku kayu. Dia sedang asyik minum Jus epal yang aku belikan untuknya.
"Eve, can you call Chester for a second?"
Aku berkata lalu berhenti menghadap punching bag. Aku berjalan ke arah dumbell yang tersusun di rak.
"I don't have any credit right now."
"Use my phone. Jangan cakap kau lupa password aku pula."
"Fine. Kenapa aku yang kena call that beast. Urgh."
"Aku dengar apa yang kau bebel, Eve. By the way, I'm the beast. Dia Evil. Pinned that in your big head."
Dumbell aku ambil menggunakan tangan kanan. Aku menjeling Evelyn, dia memaparkan reaksi muka masamnya di sana. Evelyn masih rasa janggal dengan Chester.
Because what? Aku pernah cedera dahulu ketika aku dan Chester sparring match. Sejak dari kejadian itu lah, Evelyn tidak lagi ramah dengan Chester.
"He don't pick up his phone. Okay, I'm done!"kata Evelyn. Aku menggelengkan kepala.
"Sorry guys, I'm late."
Aku dan Evelyn memerhati lelaki bertatoo yang baru sahaja masuk ke dalam Gym. Chester segera melangkah ke Dressing room.
Aku meletakkan dumbell di rak semula lalu berjalan ke arah Evelyn. Evelyn memuncungkan mulutnya.
"Eve, behave yourself. Aku tahu kau masih tak reda lagi dengan kejadian lama. Aku dan Chester sepasukan. Cedera sudah menjadi adat dalam dunia gelanggang, Eve. Kau kena hadam juga apa yang bakal terjadi dekat aku."
"Aku risaukan kau. Apa kata kau berhenti sahaja? Aunt Kayla pun ada syarikat pengeluaran minyak wangi, kan? Kau akan ambil alih syarikat tu. So, like I said, why not..."
"No. Aku tak minat dengan business Mama. Ini dunia aku, Eve. Aku seorang fighter. Tak mungkin aku tinggalkan kerjaya aku sekarang ni."aku membidas kata Evelyn.
Evelyn menundukkan kepala memandang lantai. Mukanya bertukar masam.
"Take your time. Masuk ke dalam dunia aku semula seperti kau yang dahulu." sambungku lalu bangun dari kerusi kayu.
Pintu Dressing Room terbuka, Chester berjalan keluar sambil membalut penumbuknya dengan kain nipis.
"Let's start it."kata Chester. Aku terus berdiri dan berjalan ke gelanggang. Evelyn turut mengikuti aku dari belakang dan berdiri di luar gelanggang.
Chester sudah tetapkan posisi. Manakala aku berdiri di hadapannya sambil memandang Evelyn. Jelas kerisauan terpancar di wajah gadis berambut pendek paras bahu itu.
Eve, kau kena faham kerja aku. Seperti sebelum ini.
***
Usai melakukan sparring untuk hari ini, kami bertiga pergi meluangkan masa makan tengahari bersama.
Chester menikmati dada ayam bakar. Evelyn pula menyuap makaroni ke dalam mulut.
"Eve, kau cuti ke hari ni?"soal Chester. Aku memandang Evelyn sambil menyuap sup ayam ke dalam mulut.
"Kilinik tutup hari ni."jawab Evelyn pendek sambil menatap makaroninya sahaja. Gosh, this girl. Aku tak tahu kalau dia ni teruja sungguh dengan makaroni tu atau dia tidak mahu memandang muka Chester langsung?
Chester tidak membalas kerana sibuk mengunyah dada ayam bakarnya.
"So, Ches. Apa rancangan kau? Kau tak sepatutnya tipu mamat tu. Lia adalah orang yang terima jantung tunang dia. Dia berhak tahu, bro."
"Aku cuma nak cegah benda yang aku tak suka berlaku. Biarlah sampai bila-bila dia fikir Delyra penerima jantung tu. Aku tak nak kehilangan Lia."balas Chester bershaja.
"Tapi Lia bukannya hak kau pun. Dia tak hadap kau pun. Dia cuma anggap kau sebagai kawan sama macam aku dan John."
"Usaha tangga kejayaan. Aku tetap akan berusaha dapatkan hati dia. Mark my words, dude."
Aku melepaskan helaan panjang selepas Chester selesai berkata. Lelaki ni memang pantang menyerah. Yang pasti aku tak nak masuk campur kalau apa-apa berlaku lepas ni.
Smartphone di atas meja bergetar. Aku meletakkan sudu dan capai smartphone. Nama boss tertera di skrin.
"Lary call."kataku kepada Chester.
Skrin ditolak ke kanan lalu smartphone aku lekapkan ke telinga.
"Hello Felix. Kau kat mana?"
"Aku tengah makan ni dengan Ches. Kenapa?"
"Boss baru dah sampai. Kau balik semula ke Gym. Dengan Chester sekali."
"Ohh macam tu? Okay, boss. Kami gerak sekarang."
"Hahaha. Ex-boss, dude. Aku dah tak pegang Hero Club lagi."
"Hahaha. Baiklah, Mr. Lary."
Panggilan itu aku matikan segera. Smartphone aku simpan ke dalam poket seluar. Chester dan Evelyn memandang aku.
"Boss baru dah sampai. Lepas ni kita kena gerak ke Gym semula."
Chester menganggukkan kepala. Evelyn meneruskan menyuap makaroni ke dalam mulutnya selepas aku berkata.
New boss, huh? Kawan Evan dan John? Mesti dia dari keluarga jutawan. Lelaki yang berusia lebih kurang aku boleh pegang Club MMA terbesar di Eastardom.
What a rich guy!
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro