59_IT DOESN'T MAKES SENSE.
CHAPTER 59: IT DOESN'T MAKES SENSE.
Tyler pov
"Ches, tunggu!"
Chester berhenti dari melangkah lalu memandang aku tepat.
"Apa maksud kau Lia akan menyesal? You will do something bad to her? Tell me."aku menyoal sambil memegang bahunya. Namun tangan aku ditepis pantas olehnya.
"I'm not that bad, Tyler. Just forget about it. Tak ada maksud apa-apa pun. Aku terlalu marah tadi jadi semua benda keluar dari mulut aku."
"Aku tak percaya. You had something in your head."
"Terpulang dekat kau. Aku tak paksa kau percaya atau tak. Dah, aku nak balik."
"Balik mana? Kau baru je sampai dari L.A."
"And you better tell her that I'm just got back from L.A, and she did this to me. Stupid blind love. Semua yang ada depan dia cuma Evan. Aku kawan dia dari kecil diketepikan. Lebih baik aku balik. There is nothing to do here."balas Chester panjang lebar.
"Kau nak balik ke L.A semula?"soalku lagi.
"Are you crazy? Of course not. Dah lah, aku nak gerak."balas Chester lalu dia sambung melangkah pergi. Aku menggelengkan kepala sambil melihat kelibat dia menghilang.
Tanpa berlengah, aku terus melangkah semula ke arah wad Camellia.
"Chester really love Lia. But, there is nothing he can do."tuturku perlahan. Setiba di hadapan wad tersebut, aku terus membuka pintu untuk masuk.
Tiada sesiapa di dalam, hanya Lia sahaja yang ada. Lia membuka kelopak matanya. Dia memandang ke arah aku yang baru sahaja hendak masuk ke dalam.
"Siapa?"soal gadis berambut putih tersebut.
"It's me, Tyler."balasku pendek.
"Dia dah balik?"soal Lia lagi. Aku melangkah mendekati katilnya lalu aku melabuhkan punggung di kerusi di sisi katil tersebut.
"Dia dah balik."
Lia menganggukkan kepalanya. Senyuman halus terukir di bibirnya.
"Lia, aku rasa kau tak sepatutnya layan Chester macam tu. Aku tahu dia macam tu, tapi dia tetap kawan kau. Del bagi tahu aku, yang Chester sukakan kau sejak kau lahir ke dunia. Dan aku pun tahu yang kau sukakan kawan aku, Evan. But you need a balance between them. Kau tak boleh berat sebelah. Kau pun nampak apa yang berlaku tadi. Kalau salah seorang buat silap, kau kena nasihatkan dia. Talk softly to him. It's true that Evan was your first love. Tapi kau juga adalah cinta pertama kepada Chester. Kau akan faham perasaan Chester kalau kau letak diri kau di tempat dia. I'm so sorry to say all of this. But, I have to."luahku berjela.
Camellia melepaskan keluhan lemah. Rambut putih panjangnya itu diikat kemas.
"Aku tak tahu macam mana nak lakukan. There is Evan on my right side. But also there is Chester on my left side."
"Dia terus balik ke sini dari L.A, Lia. Kau pun tahu dia sepatutnya menerima rawatan di sana. Tapi Chester ketepikan dulu hal dia. He put you first in the first place. Macam apa aku katakan tadi, kau perlu balancekan dua orang lelaki dalam hidup kau."
Pintu wad dibuka. Delyra masuk ke dalam bersama senyuman di bibir.
"Kau hantar Evan ke wad dia semula?"soal aku kepada Delyra.
Delyra menganggukkan kepala.
"How about Ches? Dia balik ke L.A semula?" soal Delyra kepada aku.
"I don't know. Maybe not. And maybe yes." balasku.
"Sebenarnya aku pun tak tahu nak buat apa dengan Chester. Yes, he's childish. Tapi dalam waktu yang sama, dia pentingkan Lia dahulu dalam segala hal. Jika aku di tempat Lia pun, aku tak tahu nak pilih siapa. Evan was your first love, but Chester always there for you and he was your childhood friend."ucap Delyra.
Pintu bilik dibuka perlahan. Seorang lelaki berbaju putih masuk ke dalam.
"Cik Camellia, saya ada berita gembira untuk kamu."ucap doktor yang merawat Camellia.
"Apa dia, doktor?"
"Ada seseorang yang mahu mendermakan matanya kepada kamu. Tarikh pembedahan akan diberitahu nanti."
"What?! No way. Oh my god, Lia. Kau akan melihat semula!"jerit Delyra lalu memeluk adik perempuannya itu.
"Can I know who is that person?"soal aku kepada doktor tersebut.
"Saya minta maaf, dia meminta agar identitinya dirahsiakan. Jadi kami tidak boleh memberitahu maklumat peribadi penderma mata itu kepada sesiapa."
"That sounds weird. So, we won't pay anything to that person for that pair of eyes?"
"Ya, dia tidak mahu apa-apa bayaran memandangkan identitinya diminta dirahsiakan. Jadi, saya minta diri dahulu jika tiada sebarang pertanyaan lagi."balas doktor itu lagi lalu dia meminta diri untuk keluar setelah memberi tahu maklumat tersebut.
"Sure, you can go. And thanks for the information."
"Sudahlah, Tyler. Siapa pun dia, kita patut bersyukur ada orang sebaik dia."tutur Delyra.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal, "Pelik. Siapa yang mahu dermakan matanya dan menjadi buta dengan tanpa bayaran? Melainkan dia akan mati."
"I wish I can meet that person."ucap Camellia.
"Itulah yang aku maksudkan. Kita semua terhutang budi dengan orang itu. Lia mahu berjumpa dengannya. Tapi bagaimana? Dan kenapa perlu dirahsiakan? It doesn't makes sense."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro