Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

54_JUST GET IT OVER, LIA.

CHAPTER 54: JUST GET IT OVER, LIA.

Camellia pov

Lagu-lagu rancak memeriahkan lagi majlis penutupan perkahwinan Felix dan Evelyn. Kedua-dua pengantin menari bersama-sama tetamu di tepi pantai.

Aku memerhati mereka dari jauh. Mata aku beralih kepada Tyler dan Delyra. Wait! What? Tyler dan Del?

Mereka berdua berpelukkan sambil tertawa. What is going on? Sejak bila mereka berdua rapat? Siap berpeluk lagi!

"Hei."

Aku menoleh ke sisi. Chester mengambil tempat duduk di sebelah aku. Lalu dia meneguk whine merah yang ada di dalam gelas yang dia pegang itu.

"Ches. Aku ada benda nak cakap dengan kau tapi sekejap! Kau tengok Del dengan Tyler, sejak bila diorang rapat?"

Chester tersengih sambil memejamkan kelopak matanya.

"Sejak bila aku tak pasti. But, they are together."

"What? How?"

"Kau kan dah tinggal dekat Avondale. So don't ask 'how'. Kau buat apa duduk sana? Sampaikan update pasal kakak kau pun kau tak ambik tahu. Kau tak baca news? Artikel? Delyra Edisson with The One."

"Hah? I just don't know. Del pun tak bagi tahu aku."

"Sudahlah. You just too busy with some stranger, Lia."

"Ches..."

Chester meneguk whine merah itu lagi. Aku melepaskan keluhan.

"What a lovely couple here."

Aku dan Chester memandang seorang lelaki yang terhuyung hayang di hadapan kami. Evan menepuk kedua tangannya sambil tertawa.

"Evan? Are you drunk?"aku menyoal. Evan memandang kami dengan pandangan tajam.

"Shhhhhhh. Shut that mouth, weirdo. Kau.. Ye kau.. Kau yang berambut putih tu, what are you doing to me? Kenapa kita boleh tidur sebilik?!"

"Hah? Tidur sebilik?"

"Jangan buat-buat tak tahu! We sleep together, right? Dalam hidup aku, aku tak pernah lagi curang dengan perempuan yang aku sayang. Tak mungkin aku dan kau boleh tidur sebilik. Apa yang kita buat malam tu? Tell me!"

Aku tersentak apabila Evan mula menengking. Chester sudah mula bangun dari kerusinya lalu aku sempat menahan dengan menarik lengan lelaki bertatu. Air mata mula memenuhi ruang di tubir mata.

"Kita.. Kita dah..."

"Kita dah apa?!"

"Kita dah terlanjur. You fucked me, Evan! Yes, you did!"aku membalas dengan tengkingan. Air mata aku laju menuruni pipi apabila aku memejamkan kelopak mata.

"Hahahahahaha. This is insane!"Evan mula ketawa tidak berhenti.

Aku mengesat air mata laju. Chester pula meraup wajahnya kasar. Jelas kelihatan di wajahnya bahawa dia sedang menahan geram terhadap Evan.

"Kau tipu. Aku tak percaya. Aku takkan buat benda tu! Aku tak mungkin menduakan Aurora. Lagi-lagi dengan pembunuh macam kau!"

Chester laju berdiri dan menerjah Evan. Satu tumbukan hinggap di wajah Evan. Beberapa tetamu yang berdekatan dengan kami mula panik. Aku bingkas berlari ke arah mereka.

"Ches! Stop! Enough!"

"Dia dah lebih, Lia!"

Chester sekali lagi cuba untuk menumbuk Evan namun aku sempat menahan buku limanya.

"Stop, Ches. Orang pandang. Ni majlis Felix. Kau nak malukan dia ke?"

Chester melepaskan kolar kemeja Evan. Evan terus terjatuh tidak sedarkan diri di atas pasir pantai.

"Evan! Chester, tolonglah aku!"aku memangku kepala Evan.

"Alah mamat ni. Baru kena sekali dah tumbang! Menyusahkan aku betul."

"Dia tengah mabuk kau pergi tumbuk dia buat apa? Cepatlah, tolong aku! Bawa dia ke kereta, then kita orang balik terus."

Setelah keluhan demi keluhan akhirnya Chester setuju membantu mengangkat Evan. Evan terus dibawa ke kereta dikala aku mengikuti Chester dari belakang.

Setibanya di kereta milik Evan, aku langsung membukakan pintu penumpang bersebelahan pemandu. Chester meletakkan Evan di situ lalu menoleh memandang aku.

"Kau jaga diri. Jangan campak diri kau kat dia. Buka mata kau, dengan layanan macam ni, aku tak yakin kau dan dia ni."

Belum sempat aku membalas, Chester terus meninggalkan kami. Batu kecil dia sepak berkali-kali.

"Aku minta maaf, Ches."

Pintu kereta aku tutup lalu aku terus berlari ke pintu bahagian pemandu. Pintu aku buka dan aku masuk ke dalam. Evan di sebelah aku pandang sekilas.

"Siapa yang bagi tahu kau, Evan? Mengenai kejadian malam tu?"bisikku perlahan lalu enjin kereta aku hidupkan.

Aku merapatkan sedikit tubuh aku dan Evan untuk mencapai seatbelt Evan. Wajah kami terlalu hampir, hanya beberapa sentimeter sahaja jaraknya. Kelopak mata yang terpejam itu terbuka secara tiba-tiba. Mata Evan tepat memandang wajah aku yang hampir dengan wajahnya itu. Mata kami akhirnya bertemu.

Tangan Evan perlahan-lahan mengusap pipi aku lalu dia tertawa. Aku terus membetulkan kedudukan dengan memandang ke hadapan semula, tangan aku juga langsung memegang stereng kereta.

Evan berhenti ketawa.

"Aku rasa aku dah gila. Apa yang aku fikirkan sekarang? Macam mana kau boleh jadi secantik ni? Everything is insane. Tell me, what have you done to me?"

"A..aku tak buat apa-apa..."

"Habis takkan aku dah jatuh cinta dengan kau? Tak masuk akal, kan?"

Evan jatuh cinta dengan aku? Memang tak masuk akal. He hate me! Aku memandang Evan, matanya ditutup kembali.

Did he sleep or what? Apa semua ni?

That's right! Dia mabuk! Apa yang dia katakan tadi semuanya diluar kawalan dia. Tak mungkin dia dah jatuh cinta dengan aku.

Just get it over, Lia.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro