Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

53_NONSENSE!

CHAPTER 53: NONSENSE!

Evan pov

Aku cuba untuk bangun, namun lelaki bertatu ini lebih pantas mencekak kolar kemeja aku semula.

"Kau silap sebab dah cari pasal dengan aku, budak!"

Lelaki bertatu mengangkat penumbuknya tinggi ke udara.

"Chester! Evan! Apa korang buat ni?"

Tyler yang tiba bersama seorang perempuan berambut blonde bingkas meleraikan kami berdua.

"Kau tepi, Tyler. Dia makin kurang ajar. Dia hina Lia! Takkan aku nak tadah telinga je?"

"Tapi itu benda yang sebetulnya! Perempuan tu dah bunuh tunang aku!"aku mula memprotes.

"Dah. Diam! Kita dekat majlis Felix ni. Janganlah buat kecoh, orang dah mula pandang lah. Macam budak-budak. Ches, kau ikut aku!"

"Tapi, Del..."

Perempuan berambut blonde menarik Chester pergi jauh dari kami berdua. Aku mengesat kembali bibir yang sudah terasa pedih.

Darah! Tak guna betul.

"Kau pun ikut aku. Macam mana lah kau boleh bertumbuk dengan dia. Nasib baik aku sampai awal, kalau tak, masuk ICU lagi lah jawabnya. Jom masuk dalam rawat bibir kau tu."

"Aku tak sentuh dia pun. Dia yang bagi penumbuk kat aku. Kalau diikutkan, aku bolehlah saman dia."

"Dah. Diam."

Aku mengikuti Tyler dari belakang. Dia menapak ke arah homestay yang menempatkan pasangan pengantin.

"Gosh. Evan! Apasal dengan bibir kau?"

Elsa menghampiri aku pantas. Bibir aku yang luka ini dia sentuh perlahan.

"Sakitlah! Ini semua disebabkan kau! Aku dah cakap aku tak nak ikut, kan?!"

"Tyler, apa yang jadi tadi?"soal Elsa kepada Tyler.

"Baru kena makan buku lima."balas Tyler sambil memeluk tubuh.

"Siapa? Chester?"

Tyler menganggukkan kepala. Aku menjeling Elsa.

"Cakap dengan boyfriend kau tu, jangan nak cari pasal dengan aku!"

"He's not my..."

"Cukup! Aku taknak dengar apa-apa. Buang masa lah bercakap dengan dia ni."

Aku terus masuk ke dalam meninggalkan mereka berdua.

Dasar perempuan jalang. Kau dan kekasih kau sama je. Macam mana lah aku boleh terjebak kenal dia orang ni.

***

Felix dan Evelyn mula berkucupan selepas bergilir menyarungkan cincin perkahwinan ke jari mereka berdua. Para tetamu mula memberikan tepukan gemuruh bersama usikkan-usikkan nakal dapat didengari.

"Sepatutnya aku dah berkahwin kan sekarang? Mesti aku dah ada anak bersama Aurora."ucapku perlahan kepada Tyler di sebelah.

Tyler memandang aku sambil mengeluh kecil.

"Forget about her, Evan. Move on."

"Aku tak tahu. Aurora tetap muncul dalam ingatan aku. Senyuman dia, gelak tawa dia, semua tentang dia masih berlegar dalam kepala aku. Aku rindukan dia. Sangat."

"Balik Avondale nanti kita pergi ziarah Aurora. Aku bawa kau ke sana."

"Thanks, buddy."

Aku mengesat mata yang mula berair pantas. Gosh, I miss her a lot. Why you leave me alone?

"Evan."

Aku mengangkat wajah memandang perempuan yang tercegat di hadapan aku ini.

"Aku nak minta maaf pasal apa yang Chester dah lakukan tadi."

"Just go. Aku tak nak tengok muka kau sekarang ni. Hati aku sakit." balasku tegas tanpa memandang wajahnya.

"Tapi, Evan..."

"Lia, kau pergilah raikan dengan yang lain. Bagi Evan tenangkan diri dulu dengan aku."Tyler berkata kepada Elsa. Elsa tidak membalas apa-apa lalu berlalu pergi.

"Evan, kau pun satu. Janganlah angin sangat dengan Lia."

"Entahlah, bro. Aku nampak kematian Aurora dalam diri dia. Dia penyebab Aurora mati."

"Buka hati kau tu. Terima Lia. Aurora dah pilih Lia sebagai penerima jantung dia. Jadi, kau pun kena terima keputusan Aurora."

Aku memejamkan kelopak mata. Benda ni terlalu sulit untuk aku telan, Tyler. Semakin ditelan, semakin sakit.

"Jomlah makan. Kau kena makan benda manis. Untuk hilangkan serabut dalam kepala kau ni."

Kelopak mata aku buka kembali. Tyler sudah menapak ke Buffet makanan.

Sekarang ni hanya tinggal aku dan kau sahaja, Tyler. Yang lain semua sudah meninggalkan kita. Ketika aku leka melayani perasaan sendiri, bahu aku ditepuk perlahan.

Aku menoleh ke belakang. Seorang lelaki tersenyum memandang aku. Dia bingkas mengambil tempat di kerusi bersebelahan dengan aku.

"Who..."

"Aku John lah. Kau tak ingat aku? John Clooney."

"John? Clooney?"aku menggaru dagu sambil cuba mengingati nama tersebut.

Eh bukan ke dia ni lelaki yang tolong Aurora dulu? Aku rasa dia lah orangnya! Aku memandang wajahnya semula.

"Kau doktor yang bantu tunang aku dulu, kan? Is that you? Aurora pernah cerita dekat aku kau dan keluarga kau bantu dia. Am I right?"

Lelaki bernama John menganggukkan kepalanya.

"Nice to meet you, bro!"aku bersalaman dengannya.

"Rasa janggal lah pulak bila kau tak ingat apa-apa ni. Padahal aku dah pernah tengok kau bogel kot."balas John lalu tertawa.

Bogel? What?

"Apa maksud kau? Aku bogel? Aku?"

"Yes, bro. Aku dah pernah tengok kau bogel dan kita boleh dikatakan rapat sebelum ni."

"Hah? Apa kau merepek? Rapat? Maksud kau, kita ni..."

"Woaa! Bukan tu maksud aku! Come on! Aku anak jantan! Aku tak sebodoh tu nak jadi partner songsang kau. Hahaha. Gila!"

John melepaskan tawanya seorang diri. Aku terkedu seketika. Apa benda dia merepek ni? Habis macam mana aku boleh bogel depan dia?

"Relaks! Kau janganlah kerut kening macam tu! Maksud aku, kau pernah menginap dekat homestay aku ni. Pagi waktu aku nak kejutkan kau tu, kau tidur dalam keadaan kau berbogel. Dahlah salah masuk bilik orang! Kelakar betul lah bila ingat balik. Evan.. Evan.. Hahaha."

"Apa maksud kau salah masuk bilik?"

"Takkan Lia tak ada cerita dekat kau? Kau tidur sebilik dengan dia."

Apa?! Aku tidur sebilik dengan... dengan perempuan tu?! Apa yang berlaku sebenarnya?

Nonsense!

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro