Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

50_ANNOYING.

CHAPTER 50: ANNOYING.

Camellia pov

Kereta biru meredah masuk ke dalam perkarangan rumah agam. Aku masih memandang ke luar tingkap. Kenapa? Sebab persoalan Evan sebentar tadi. Dia tak percayakan aku langsung.

"...Who are you actually? Tell me!"

"Okay, Evan. Relaks. Kita cuma kawan sahaja. Thats all."

"Kawan? Tapi kenapa aku nak kena bawa kau ke rumah yang banyak simpan kenangan-kenangan aku?"

"Habis kau nak aku cakap apa kat kau? Kau nak aku cakap yang kita ni pasangan kekasih? Fine, untuk puaskan hati kau, ye memang kita pasangan kekasih. Puas hati kau?!"

"Nonsense."balas Evan pendek lalu dia memijak pedal minyak semula apabila lampu isyarat bertukar hijau.

"Tu yang kau nak dengarkan? Aku nak kena buat apa lagi? Kau yang degil tak nak percaya cakap aku."

"Enough. Shut your mouth. Apa yang keluar dari mulut kau ni semua memang tak boleh pakai."

"Suka hati kaulah! Dasar keras kepala."

"Hoi! Kau termenung apa lagi? Dah sampai!"

Aku tersentak lalu menarik nafas dalam. Tak guna punya Evan. Kalau aku ada sakit jantung dah mati kejung aku kat sini.

"Tadi sibuk sangat suruh aku duduk dalam kereta. Ni nak aku keluar pulak."

Evan terus menutup pintu kereta. Aku membuka seatbelt dan pintu di sebelah juga aku tolak keluar.

Aku memandang sekeliling perkarangan rumah agam ini. Still same like before this. Evan pula sedang berbual bersama seorang lelaki yang sudah berusia di hadapan rumah. Aku menapak untuk menghampiri mereka.

"Thanks in advance."ucap Evan lalu bersalaman dengan lelaki tersebut.

"Itu dah memang kerja saya, Encik Evan. Ini siapa? Setahu saya Encik anak tunggal. Teman wanita?"

Evan melepaskan tawa kuat. Aku memberi jelingan kepada lelaki yang dari tadi tidak berhenti ketawa.

"Agak-agaklah pakcik. Takkan lah dia ni teman wanita saya? Nahh, dia cuma makhluk parasit. Abaikan je dia ni. So, boleh kita masuk ke dalam?"

Parasit? Sejak kau hilang ingatan, memang berubah habis perangai kau kan? Urgh!

Aku mengikuti mereka masuk ke dalam. Evan pula meneliti segenap ruang di sini.

Di sinilah semuanya terungkap. Macam mana lah aku boleh sakit kat sini waktu tu? Terus kantoi dengan Evan.

"Kau tercegat apa kat situ? Banyak berangan betullah minah ni."

Evan tertawa perlahan lalu berlalu pergi. Kau memang menjengkelkan, Evan.

***

Troli aku tolak perlahan. Evan yang sedang memilih daging cincang aku dekati.

"Cepatlah sikit. Tolak troli pun lembab."

"Kau ni memang kan!"

"Kenapa? Kau tak tahan dengan aku? So get lost. I don't care."

Aku mengetap gigi rapat. He was the worst jerk!

Daging cincang dia letak ke dalam troli. Kemudian Evan pergi ke bahagian makanan laut pula.

"Aku dah macam orang gaji nampaknya. Siap kena tolak troli."

"Hei, cepatlah."

"Coming!"

Evan letak bungkusan udang segar ke dalam troli. Aku mengikuti gerak langkahnya dari belakang. Evan bergerak ke bahagian sayur-sayuran pula.

"Kau boleh masak apa? Any suggestion nak beli sayur apa?"soal Evan sambil memandang aku.

"Aku rasa kita perlukan salad, tomato, lobak merah, dan labu!"

"Labu? Kenapa nak beli labu? Kau bukannya Cinderella."

"Aku nak buat pancake labu untuk sarapan."

"Pancake? Sedap ke? Kau jangan macam-macam."

"Belum  cuba belum tahu."balasku sambil mengenyitkan mata kanan kepadanya.

Evan yang terkejut dengan apa yang aku lakukan, terus membelek sayur kobis di hadapannya.

"Oh ya! Evan, kau tunggu sini sekejap. Aku nak cari barang sekejap."kataku lalu menapak pergi.

"Eh, troli ni macam mana? Elsa!"

Aku tertawa kecil dan tidak mengendahkannya. Itu cuma troli, Evan. Bukannya hal besar pun. And my name was not Elsa! He keep calling me with that name!

Aku melangkah ke bahagian pekakas elektrik. Mata aku melilau melihat pekakas yang tersusun mengikut kategori di situ.

Em. Apa yang patut aku beli untuk Felix dengan Evelyn?

"Kau cari apa?"

Aku menoleh ke belakang apabila terdengar suara Evan.

"Barang kat rumah aku tu dah complete rasanya."sambungnya lagi sebelum aku memberi jawapan.

"Aku nak belikan sesuatu untuk Felix dan Evelyn. Nanti kan dia orang nak berkahwin."

"Ohh."

"Ohh je? Kau memang tak nak ikut ke?"

"Tengoklah macam mana."balas Evan sambil mengikuti aku dari belakang. Aku mendekati Microwave yang ada di atas rak besi.

"Oh ya, tolong cari lampu baru untuk bilik air rumah kau tu. And! Tukar sekali tombol pintu bilik air kau."

"Aku dah call technician."

Aku cuba untuk mengangkat kotak Microwave tersebut, namun Evan menyuruh aku ke tepi. Dia mengangkat kotak tersebut lalu diletakkan ke dalam troli.

"Maaflah pasal pagi tadi."ucap Evan sambil dia membetulkan kedudukan kotak Microwave di dalam troli.

"Pagi tadi?"

"Yelah. Kan aku ceroboh masuk waktu kau mandi."

Aku menjeling Evan. Tahu pun nak mintak maaf!

"Tapi tak luak pun lah. Tak payah risau." balas Evan lagi lalu dia mengenyitkan mata kanannya kepada aku.

"Kau ni memang kan!"

"Aku kenapa?"

"Annoying. Dan biadap."

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro