Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5_WELL DONE, SISTER!

Chapter 5: Well Done, Sister!

Camellia pov

"Lia! Wake up. Dah pagi, sayang."

Kelopak mata aku buka kecil lalu merenung tepat gerangan di hadapan aku.

"Mama, Lia masih mengantuk lagi. Can I sleep a few minutes more?"kataku perlahan seraya tangan menggosok mata perlahan.

"No, wake up now. Kita kena balik ke rumah kita. Lupa ke kita kat resort sekarang?"

Aku terus membuka kelopak mata besar lalu memerhati sekeliling. Damn, it was true! Kami tidur di resort lepas majlis semalam.

"Del mana?"aku menyoal lagi.

"Del tengah mandi. Oh ya, Ches datang tadi. Dia cakap dia balik lambat sikit. Ke nak saing dia je?"

"Okay, Lia saing Ches je lah. Mama dengan papa balik lah dulu."

"All right. You can continue your sleep now."balas Mama lalu bangun dan menapak ke pintu.

"Tapi Lia dah tak ngantuk!"aku berkata lalu baring semula ke atas katil.

Bunyi pintu bilik mandi dibuka kedengaran. Aku memerhati Delyra melangkah keluar sambil mengelap rambut blondenya menggunakan tuala itu.

"Pergi mandi, Lia."kata Delyra.

"Aku balik dengan Ches. Kau balik bila?"

"Aku? Aku pun balik lambat sikit kut."

Tokk.. Tokk..

Delyra dan aku saling berpandangan setelah mendengar pintu bilik kami diketuk.

Delyra melangkah ke arah pintu lalu membuka pintu tersebut.

"Del, kau kena tolong aku."kata seseorang. Aku bangun semula dan menjengah dari jauh. John? Apa dia nak?

"Kau kenapa? Masuk lah dalam."kata Delyra lalu memberi laluan untuk John masuk.

John menapak masuk lalu melabuhkan punggung di kerusi. Delyra bercekak pinggang sambil memerhati John. Aku pula terduduk di birai katil seraya mata memerhati mereka berdua.

"Evan datang ke sini."kata John.

"Evan? Siapa tu?"soal Delyra. Aku mengerutkan dahi. Evan? Aku macam pernah dengar nama tu. Tapi aku tak berapa nak ingat.

"Evan Alexander, tunang Aurora Rose."

"Aurora Rose? Aurora yang dermakan jantung kat Lia? And Evan, Evan Alexander jurugambar terkemuka tu?"

John menganggukkan kepala. Mata aku tak lepas memandang mereka berdua. Evan? Dialah orang yang Aurora sebut dulu. Orang yang aku kena bahagiakan.

"Aku baru jumpa Evan tu semalam! Tak sangka pula dia tunang Aurora."tambah Delyra lagi.

"Sekarang ni dia cari Lia. Dan Chester dah serabutkan keadaan. Ches pergi cakap kau yang dapat jantung tu!"

"What?! That asshole are insane. Kenapa petik nama aku pulak? John, why?"Delyra berkata lalu menyoal.

Apa yang berlaku sekarang ni?

"Aku rasa dia cemburu dengan Evan. Dan sekarang ni kita terpaksa ikut rancangan Ches. Kau tahu kan kalau Chester mengamuk macam mana? Kita tiada pilihan, Del, Lia."John bangun dari kerusi lalu berjalan mundar-mandir.

"No! Aku tak mahu! Gila ke? Lia yang dapat jantung tu. Bukan aku. Aku tak nak bersubahat!"Delyra memeluk tubuh seraya memandang aku.

"Del, please. Lia, say something. Kita tak main game siapa jadi patung sekarang ni." John merayu.

"I don't know. But, Chester are too much." balasku pendek.

"Lia. Takkan aku nak pura-pura terima jantung tu?"soal Delyra.

"Aku janji Del. Ini sementara je. Please."kata John pula. Delyra melabuhkan punggung di sofa.

Aku terkelu dan terdiam. I'm speechless. Tapi, Chester tak habis lagi dengan aku. Siap kau, Ches!

"Fine. Aku tolong. Tapi kalau jadi apa-apa, kau bertanggungjawab, John Clooney!" kata Delyra.

John menelan air liur,"Baik, semua bawah kawalan aku. Thanks, Del."

***

Lelaki bernama Evan memandang aku dan Delyra bersilih ganti. Aku memapar reaksi biasa kepadanya. Chester pula merenung aku tajam seraya duduk bersebelahan Felix dan John.

"Guys? This was not a stare competition." John mula bersuara.

"Aku rasa aku dah kenal semua yang ada di sini kecuali..."Evan berkata lalu memandang aku.

"...dia."sambungnya lalu memuncungkan bibir kepadaku.

"This is my girlfriend, Camellia Edisson." Chester mencelah sebelum sempat yang lain bersuara.

Evan menoleh ke arah Chester. Aku memutar bebola mata. Stop it, Ches! Kau buatkan keadaan semakin rumit. What's wrong with you?!

"No, aku bukan girlfriend dia. Kami cuma berkawan."aku membidas lalu menjeling Chester. Chester mengetap gigi selepas mendengar jawapan aku.

"Ohh. Jadi kau adik kepada Delyra? And your hair? Is that real?"soal Evan.

"Yes, I'm her youngest sister. This is my real hair colour. Aku albino."aku selesai menjawab segala soalan yang diajukan Evan.

"Albino? Wow! Amazing. Aku tak pernah jumpa Albino sebelum ni. Kening dan bulu mata kau juga berwarna putih."Evan mula teruja.

Aku menyimpul senyuman kelat. Chester masih merenung aku dengan reaksi masam.

"Look, Evan. Kau nak jumpa aku, kan?" Delyra berkata. Evan berhenti memandang aku lalu mengalihkan pandangan matanya kepada Delyra pula.

"Yaa. Aku nak jumpa kau. Jadi, kau bagaimana? Sihat?"soal Evan. Felix dan John memandang Evan dari jauh.

"I'm good now. Thanks to your fiancee, Evan. Aku masih hidup sehingga kini."ucap Delyra. Delyra such a good actress! Well done, sister!

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro