49_WHO ARE YOU ACTUALLY?
CHAPTER 49: WHO ARE YOU ACTUALLY?
Evan pov
Setelah selesai menyapu gel ke rambut, aku melangkah untuk keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup semula lalu aku memerhati segenap ruangan ruang tamu. Tiada sesiapa. Aku memandang ke sebelah kiri pula yang menempatkan bilik Elsa.
Elsa? Perempuan berambut putih tu lah. Nama tu lagi sesuai dengan dia.
Aku menapak ke dapur pula. Langkah kaki terhenti di hadapan meja makan. Roti bakar yang ada di atas meja aku pandang.
"Dia buat breakfast hari ni? Good. Boleh harap."
Aku terus menarik kerusi ke belakang sedikit lalu aku melabuhkan punggung di situ. Roti bakar tersebut aku ambil dan aku masukkan ke dalam mulut.
Dikala aku sedang menikmati sarapan yang sudah dikira lewat, bunyi pintu dibuka kedengaran. Aku memandang ke arah ruang tamu.
Elsa melangkah ke ruang tamu lalu dia melabuhkan punggung di sofa. Televisyen juga dia hidupkan menggunakan remote TV.
"Hei, kau dah makan belum?"aku menyoal dengan nada sedikit tinggi agar dia dengar.
Elsa memandang aku sekilas lalu dia memandang ke skrin televisyen semula.
She ignored me? Lantak. Kalau kau mati kebulur, bukan salah aku.
Teh susu di dalam teko aku tuang ke dalam cawan. Lalu aku minum perlahan. Setelah selesai, aku menapak untuk ke bilik semula.
"Evan."
Langkah kaki aku terhenti lalu aku memandang Elsa.
"Lusa Felix akan berkahwin. Sebagai kawan dia, kita kena pergi. Jadi, aku saing kau..."
"Felix? I'm not his friend. Jadi kau pergi je lah sendiri."
"Kecik hati dia kalau dia dengar apa yang kau cakap ni. Boleh tak jangan nak keras kepala sangat? Dengarlah apa yang aku cakap."
"Aku keras kepala? Aku tak ingat apa-apa pasal aku dan dia. Jadi aku dan dia bukan kawan. Kenapa kau nak paksa aku ni? Kau tu sepatutnya jaga perangai kau. Kau kat sini menumpang."balasku tegas lalu aku melangkah masuk ke dalam bilik.
Kunci kereta di atas meja aku ambil lalu aku keluar dari bilik semula.
"Eh, kau nak pergi mana?"
"Keluar."
"Nak ikut. Aku bosan duduk rumah."
Aku terus melangkah ke pintu rumah. Dikala aku menyarung kasut, aku menoleh sekilas ke arah Elsa yang sedang duduk di sofa.
"Cepatlah. Tunggu apa lagi?"
Elsa mengukir senyuman tatkala mendengar balasan yang aku berikan. Dia bingkas bangun dari sofa berkenaan.
"Kejap, aku nak tukar baju."
"Lambat. Aku tunggu kat kereta."
Pintu rumah aku buka lalu aku melangkah keluar. Pintu lift yang sudah terbuka aku masuk untuk turun ke tingkat G.
Wait. Kenapa aku bagi Elsa ikut? Apa kena dengan kau, Evan? Sekejap mood baik, sekejap mood tak okay. Apa yang ada dalam kepala kau sebenarnya?
Pintu lift terbuka tatkala tiba di tingkat G. Aku terus melangkah keluar dan pergi ke arah kereta biru yang baru Papa belikan selepas kemalangan dua bulan lalu.
Lampu hadapan berkelip selepas aku menekan butang lock. Pintu aku buka lalu aku terus masuk ke dalam. Selepas enjin dihidupkan, aku menyandarkan kepala ke seat.
"Mana minah ni? Lambat betullah. Aku tinggal karang!"
Kelopak mata dipejam seraya menikmati udara sejuk dari penyaman udara yang sudah dihidupkan.
"Sorry I'm late."
Aku membuka kelopak mata kembali apabila pintu penumpang di sebelah terbuka. Elsa yang tergesa-gesa bingkas masuk ke dalam.
"Aku hampir nak tinggalkan kau tadi. Seatbelt please."
"But you didn't."
Aku memutar bebola mata lalu menurunkan brek tangan lalu memijak pedal minyak. Kereta meluncur perlahan meninggalkan tempat letak kereta bawah tanah kondominium.
"Kita nak ke mana?"
"Kita? Aku yang nak ke mana. Oh ya, kau jangan nak membuta pulak dalam kereta aku. Aku bukan driver kau."
Elsa memuncungkan bibirnya sebagai tanda tidak berpuas hati. You pissed, right? Good. Itu yang aku mahukan. Aku nak kau sakit hati dengan aku dan berambus dari hidup aku. Sebab apa? Sebab aku tak perlukan parasit dalam hidup aku.
"Em.. Evan."
"Apa?"
"Peti ais kat rumah kau dah kosong. Apa kata kita beli bahan mentah sebelum kita balik nanti?"
"Tu lah kau. Sibuk sangat nak tinggal dengan aku. Habis semua makanan dalam rumah tu licin. Tak padan kurus, makan mengalahkan raksasa."
"What? Kau salahkan aku? It's not my fault. Rumah kau memang tak ada apa-apa."
"It's your fault. Walaupun kau tak salah, tapi tetap juga salah kau. Fullstop!"
"What a childish!"
"Say what you want, El. I don't care."
Elsa memeluk tubuh sebagai tanda protes. Matanya dibiarkan merenung ke luar tingkap.
"Nanti aku nak kau duduk dalam kereta je. Aku tak nak kau jejakkan kaki di sana. Sebab aku nak ke rumah lama aku."
Elsa tertawa perlahan. Aku mengerlingnya sekilas. Why she's laughing?
"Untuk pengetahuan kau, aku dah pernah ke sana. Kaki aku dah jejak dah pun kat sana."
"What? But how?"
Lampu isyarat di hadapan bertukar merah. Kaki perlahan-lahan memijak brek.
"Sudah tentu kau yang bawa aku. I forgot, you didn't remember anything. Pity you, Mr. Jerk."
Aku memandang Elsa selepas mendengar apa yang keluar dari bibir gadis berambut putih ini.
"Nonsense! Now tell me, siapa kau sebenarnya? Kenapa aku nak kena bawa kau ke sana pula? Kau hanya perempuan yang memiliki jantung Aurora. Tak mungkin aku berkawan dengan kau. It's doesn't make sense at all. Who are you actually? Tell me!"
***
Agak-agak boleh dapat 3K views tak malam ni?😅
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro