48_JUST THINK POSITIVE.
CHAPTER 48: JUST THINK POSITIVE.
Camellia pov
Roti bakar aku hidangkan di atas meja makan. Jem mentega kacang aku ambil lalu aku letakkan juga di atas meja tersebut.
"Sarapan sudah selesai, aku kena mandi."
Aku masuk semula ke dalam bilik untuk mengambil tuala dan pakaian. Setelah mengambil apa yang patut, aku menapak perlahan ke arah bilik air di bahagian dapur.
"Lucky him, ada bilik air sendiri dalam bilik tidur. Chill, Lia. He's the owner of this house."
Suis lampu bilik air di sebelah pintu aku hidupkan. Lampu berkelip berkali-kali dan tidak menyala.
"Eh, apasal pulak ni? Terbakar ke?"
Aku cuba sekali lagi namun masih sama. Lampu tidak menyala.
"Macam mana aku nak mandi dalam keadaan gelap? Tak memasal aku terjatuh waktu mandi."
Aku menapak ke meja makan semula bersama tuala dan pakaian di tangan. Kerusi aku tarik sedikit untuk aku melabuhkan punggung.
"Evan dah bangun ke belum? Kalau belum, baik aku guna bilik air dia."ucapku seorang diri sambil tangan menongkat dagu.
Aku bangun semula dan menapak ke arah bilik Evan. Pintu itu aku ketuk perlahan beberapa kali lalu aku menekap telinga di permukaan pintu tersebut.
There's no answer. Dia masih tidur lah ni.
Aku memulas tombol pintu dan pintu aku tolak ke dalam perlahan. Kelihatan Evan masih lagi lena di atas katilnya.
"Evan."aku mendekatinya dan cuba untuk mengejutkannya dari tidur.
Dia memberi reaksi dengan bergerak ke kanan perlahan. Aku cuba sekali lagi mengejutkannya.
"Evan. Wake up."
Dia membuka kelopak mata lalu memandang aku yang tercegat di hujung katilnya. Matanya digosok perlahan seraya mulutnya dibuka luas untuk menguap.
"Kau nak apa ni? Aku mengantuk."
"Aku nak guna bilik air kau. Lampu kat luar tak hidup, aku tak boleh mandi dalam gelap."
"What? Just go. Jangan kacau aku..."balas Evan dalam keadaan mamai lalu dia menutup kelopak matanya semula.
Just go? Itu jawapan atau bukan? It is Yes or No? Ah lantak. Yang penting aku dah mintak izin.
Aku menapak ke arah bilik air yang terletak di sebelah kanan di dalam biliknya. Lampu aku hidupkan. It's work. Aku melangkah masuk lalu pintu aku tutup rapat dan.. kunci. I need to lock it. Tak memasal Evan dapat tayangan percuma.
Aku mula membersihkan diri di bawah pancuran air pancut. Dikala aku sedang sibuk mencuci rambut, pintu bilik air tiba-tiba sahaja terbuka.
"Arghhhhh!"jeritan aku lepaskan selepas Evan membuka pintu tersebut. Tuala juga aku capai dengan serta merta lalu aku menutupi tubuh yang terdedah. Evan yang terkejut dengan jeritan aku terus menggosok kelopak matanya berkali-kali.
"Get out! Apa kau buat ni?!"
"Kau.. kau buat apa dalam bilik air aku? Apasal kau mandi kat sini?!"
"I said get out, pervert! Get out!!"
Aku baling botol sabun yang bersaiz kecil ke arah Evan. Dia segera keluar bersama bebelan yang dapat aku dengari. Pintu bilik air dia hempas kuat sebagai tanda protes.
"Kenapa pintu ni tak berkunci? Tadi aku dah kunci kan!" aku cuba untuk menguncikannya sekali lagi. But, it's not works!
"Pintu tu memang tak boleh lock lah!"jerit Evan dari luar.
"Rumah kau ni memang rosak ke semua benda?! I hate it!"
"Kalau kau tak suka, kau boleh berambus. Aku lagi suka."
Aku segera membilas rambut yang masih dipenuhi dengan buih syampu. Tubuh yang basah aku lap sehingga kering lalu aku menyarung pakaian ke tubuh.
Setelah selesai, aku membuka pintu bilik air tersebut. Evan yang sedang duduk di atas katil memerhati aku menapak keluar.
"Apasal kau tak ketuk pintu tadi? Apasal kau main terjah?"
"Hei, ini bilik aku. Kenapa aku nak kena ketuk pulak? Aku pun tak tahu lah kau kat dalam. Yang kau tu, apasal kau mandi kat sini?"
"Lampu bilik air luar tak hidup. Apa punya rumah lah, lampu tak hidup, pintu tak boleh lock."
"Watch your words, Elsa. Kira bersyukur aku bagi kau tinggal kat sini. Dan kau, aku dah cakapkan jangan banyak bunyi kalau nak tinggal kat sini?"
"Urgh! What ever!"Aku berkata dengan nada tinggi lalu melangkah keluar dari biliknya. Langkah kaki aku teruskan ke arah bilik aku.
Tak guna punya Evan! And good for him because he just saw me take a shower!
Aku menghempas tubuh ke atas katil. Siling putih aku tatap seketika.
"Relaks, Lia. Kau kena bersabar. Ingat semula apa tujuan kau ke sini. Kau nak bantu dia untuk ingat semuanya semula. Take it easy, sampai bila kau nak bergaduh dengan dia?"
Aku mengambil bantal panjang lalu aku peluk erat. Aku perlu lupakan apa yang berlaku tadi. Just think positive.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro