Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

47_ARE WE CLOSE?

CHAPTER 47: ARE WE CLOSE?

Evan pov

Aku meneguk Jus Epal dikala mata memandang gadis berambut putih yang sedang mencuci pinggan di sinki.

Apa yang aku dah buat? Aku makan masakan dia? Kalau dia racun kau bagaimana, Evan? Kau kena ingat yang dia bunuh Aurora. Tak mustahil dia pun akan bunuh kau juga.

Well done, kau dah duduk sebumbung dengan dia. What a nice decision!

"Err, Evan. Aku dah selesai cuci pinggan. Kau ada nak suruh aku buat apa-apa lagi?"

Aku memandang gadis yang tercegat di hadapan aku ini. Mata biru-ungunya memandang aku tepat seraya dia mengesat tangannya yang basah menggunakan apron yang dia pakai.

"Excuse me, are you my maid?"

"No."

"Jadi kenapa kau nak kena buat semua benda? And one more, jangan bercakap dengan aku. Just shut you mouth. Kita buat hal masing-masing dalam rumah ni. Kalau kau bersuara, aku akan halau kau."

Aku bingkas bangun dari meja makan dan meninggalkannya sendiri di sana. Aku masuk ke dalam bilik lalu pintu aku hempas kuat.

Aku melampau ke? I guess not. Dia lagi melampau sebab dia dah bunuh tunang aku dan dia berani jejakkan kaki kat sini.

Meja di penjuru bilik aku hampiri lalu aku duduk di kerusi bulat. What should I do now? Aku tak boleh nak buat apa-apa sebab dia ada kat sini.

And Tyler, siap lah kau bila kau datang ke sini! Kau tak cakap pun minah tu sampai hari ni.

"Aku rasa sekurang-kurangnya aku kena lakukan ini."

Laci meja berkenaan aku buka. Ada beberapa helai kertas A4 di dalam. Aku mengeluarkan sehelai kertas lalu aku letakkannya di atas permukaan meja. Pen hitam juga aku ambil untuk mula menulis.

Perkataan 'Peraturan' aku tulis di atas hujung kertas dengan huruf dan saiz besar.

"Nombor satu, jangan bercakap dengan Evan walaupun satu huruf. Dalam kurungan 'silent'. Bunyi bernafas dibenarkan..."

"...memandangkan dia berlagak rajin tadi, ha ambik kau. Wajib kemas segala pelusuk rumah setiap hari."aku menuliskan arahan itu sebagai nombor dua.

"Nombor tiga, dilarang masuk ke dalam bilik Evan melainkan sudah mendapat keizinan dari Evan."

"Masakkan Evan setiap pagi... Eh kejap, dia bukan isteri aku!"

Aku menggaru kepala sambil menongkat dagu.

"Ahh lantak! Kau kan rajin tadi nak buat semua benda. Itu untuk nombor empat."

Pen hitam aku ketuk perlahan di atas permukaan meja. Apa yang patut aku tulis untuk nombor lima?

Zass! Bagaikan kilat idea menjelma dalam kotak fikiran.

"Jangan jatuh cinta dengan Evan. Finish."

Sebagai tambahan aku menulis sepotong ayat'Kalau saya melanggar peraturan di atas, saya harus keluar dari rumah ni' di bahagian bawah sekali.

All finish! Selesai. Aku bangun dari kerusi dan menapak keluar dari bilik.

Kelihatan gadis itu sedang duduk di sofa sambil menonton Televisyen. Aku mengambil remote control lalu menekan butang off.

Kertas yang berada di tangan, aku hulurkan kepadanya.

"Kau baca dan hadam. Ini rumah aku, jadi kau kena ikut peraturan dalam rumah ni."

Aku melabuhkan punggung di kerusi kayu sambil memandangnya yang sedang membaca isi kertas itu.

"One more, siapa nama kau?"

Dia memandang aku tanpa sebarang kata lalu dia menepuk dahinya sekali.

"Kau kenapa? Aku tanya nama je sampai nak tepuk dahi pulak."

Dia membuat pergerakkan menutup zip di mulutnya. Ahh, patutlah.

"Kalau aku tanya tu, jawablah. Kau cuma tak boleh bersuara kalau aku tak mulakan. Sebab aku memang tak nak berbual dengan kau dalam rumah ni."

"Camellia. Nama aku."

"Camellia?"

Aku menggosok batang hidung. Dia mengingatkan aku kepada Aurora. Kenapa nama dia boleh kebetulan sama? Bunga Camellia bunga kesukaan Aurora. And she... Urgh!

"Aku tak nak panggil kau Camellia. Nama tu tak sesuai dengan kau. Maybe, aku patut panggil kau dengan panggilan lain. Let me think..."

Aku mula memikirkan nama panggilan lain untuk Camellia. Nama apa yang patut aku berikan untuk dia? Aku memandang Camellia kembali. She got a white hair. Just like...

"Allright. Aku akan panggil kau 'Elsa'."

"Elsa?"

"Jangan buat-buat bodoh pula. Kau tak pernah tengok Movie 'Frozen' ke? Disebabkan rambut pelik kau ni, so tak salah aku panggil kau 'Elsa'. Kau patut bersyukur sebab aku tak panggil kau 'Olaf'."

Camellia tertawa perlahan di sana. Did she laugh?

"Hey, aku tak suruh kau ketawa pun, kan? Dalam kertas tu tertulis hanya bunyi bernafas sahaja yang dibenarkan."

"Tapi kau kelakar. Olaf... What a cute name! Dan Olaf pun comel dalam cerita tu. That's why I'm laughing. Hahaha."

Damn. Dia berani ketawakan aku! Dia tak takut ke kalau aku halau dia keluar? This girl. Dia nampak selesa dengan aku. Sebenarnya, apa hubungan aku dengan dia sebelum ni?

Are we close?

***

Camellia (Rival) Trailer on Youtube.
Check it out❤


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro