Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

46_HE IS WEIRD!

CHAPTER 46: HE IS WEIRD!

Marcella pov

Zip sweater ditarik ke atas lalu aku mengikat rambut ala ponytail.

Tokk.. Tokk...

Pintu diketuk dari luar kedengaran. Aku menapak perlahan lalu membuka pintu berkenaan.

"Bila Tyler sampai?"Phillip yang tercegat di hadapan dressing room menyoal.

"Aku tak tahu, tapi dia pergi Avondale siang tadi. Aku rasa dia tak singgah sini kut. Kenapa? Ada apa kau cari dia?"

"Oh. Tak ada apa, just asking."balas Phillip lalu berlalu pergi.

Just asking? Em. Aneh juga kau ni, Phill. Aku terus menapak keluar dari dressing room. Felix yang baru tiba, berjalan masuk ke dalam dari pintu utama.

"Korang dah panaskan badan? And Phillip, kejap lagi kita spare macam biasa."

Aku memandang Felix. Dia melangkah masuk ke dalam dressing room miliknya selepas berkata.

"Dia tanya kita kan pasal panaskan badan? Tapi dia terus melulu masuk ke sana, aku tak sempat nak jawab pun."aku mengambil tempat di sebelah Phillip di bangku panjang.

Phillip membuka penutup botol mineral lalu air tersebut dihulurkan kepada aku.

"Thanks."

Air mineral aku teguk tanpa memandang Phillip.

"Ella, kau muda dari aku, kan?"

"Iya, kenapa?"

"Kenapa kau tak gunakan bahasa formal dengan aku? Aku lagi tua dari kau kut."

Aku hampir melepaskan tawa namun aku cepat-cepat menutup mulut.

"Hello! We are not in Korea. Lagi pun aku dengan kau dah kenal lama. What's wrong with you?"

"Alah, bukan apa. Cuma..."

"Cakap je lah yang kau nak aku panggil kau 'Oppa'. Kan?!"

"Nonsense. Aku cuma nak kau hormat aku je."

"Alasan! Sebelum ni tak ada apa pun? And one more! Kenapa kau nampak pelik sejak kau datang ke sini?"

Aku memandang wajah Phillip. Dia tertunduk memandang lantai simen buat seketika.

"Hei, korang tak ready lagi ke? Masih duduk dekat situ lagi? Korang borak apa kat sana?"

Aku dan Phillip tersentak dengan suara Felix yang menegur kami. Alah, Felix ni! Kacau betul lah. Aku letak air mineral di bawah dan mahu mula memanaskan badan.

"잊어 버려. 농담이야.."
-Lupakan hal tadi. Aku bergurau je..-

Aku memandang Phillip apabila terdengar bisikkan yang keluar dari mulutnya. Apa yang aku nak kena lupakan? Hal tadi?

Phillip bangun dari bangku kayu lalu menapak pergi.

"Hey, Phillip."aku memanggil namanya namun dia tidak menoleh ke belakang.

Pelik. And one more! Sejak bila dia reti nak guna bahasa Korea dengan aku? Sebelum ni elok je guna bahasa lain? Kali terakhir kami bercakap dengan menggunakan bahasa Korea semasa di Seoul.

"Kenapa dengan dia? Kau buat dia marah ke? Muka dia merah semacam je?"Felix menyoal lalu dia duduk di sebelah aku di bangku panjang.

"Entahlah. Aku pun kadang-kadang tak faham dengan dia."

Phillip mula meregangkan tubuhnya di sebelah sana seorang diri. Aku memuncungkan mulut seraya memikirkan apa yang tidak kena dengan lelaki itu.

"Aku rasa dia sukakan kau, Ella."

Mata aku beralih kepada Felix yang sedang menyarung kasut training di kakinya. What did he said just now? Phillip likes me? Merepek!

"Merepeklah kau ni. Aku dengan dia kawan dah lama. Dan kami kawan je, tak lebih."

"I don't know. Aku cuma teka je."

"Tapi itu tekaan yang paling tak masuk akal, Felix."

"Kenapa pula? Soal hati orang ni kita tak tahu, Ella. Lagi-lagi bila dia buat perangai pelik dengan kau. Tambah pula kau dengan dia dah kenal lama."

Seusai menyarung kasut, Felix melangkah pergi dan bergabung dengan Phillip di sana.

No way! Tak mungkin Phillip ada hati dekat aku.

***

Setelah setengah jam berlari anak di atas trademill, aku menekan butang off seraya kaki mengurangkan kelajuan larian. Nafas yang mula tercungap-cungap kembali teratur setelah mesin berhenti.

Tuala putih, aku capai untuk mengelap peluh yang sudah membasahi kepala dan leher.

Felix dan Phillip masih lagi melakukan sparing di dalam gelanggang. Aku mendekati mereka.

"Korang tak selesai lagi ke?"

"Shut up, Ella. I need to win on this sparing."balas Felix lalu memangkung kaki Phillip sehingga terjatuh.

"What ever. Aku nak rehat kat luar sekejap."

Aku terus menapak ke pintu utama. Pintu ditolak dan mata aku berhenti ke arah kereta yang baru tiba di hadapan Gym.

"Awhhh, apa dia buat kat sini?"

Lelaki yang baru keluar dari kereta itu aku hampiri lalu aku memeluknya.

"Wait a minute! Kenapa kau bau masam ni? Kau tak mandi?"

Aku pantas memukul lengan John. Dia ni memang selalu sangat kenakan aku.

"Come on! Aku baru selesai berlari, John. Macam lah kau tak biasa."

"Hey, jangan dekat dengan aku. You smell worst!"

John mula mengundur beberapa tapak ke belakang untuk menjauhi aku.

"John, how could you?! It's not that worst, aku cuma berpeluh. Come here, silly!"

"No."

"Hahaha. Please, jangan bergurau!"

"It's still 'no', Ella."

"Aku merajuk!"

Aku menghentak kedua kaki sambil tangan memeluk tubuh. Mulut pula aku muncungkan ke hadapan seperti anak kecil yang sedang merajuk.

John yang dari tadi menjauhi aku kini datang menghampiri aku dengan tawa yang tiada henti.

Look! He love to tease me. I think you got a new hobby, Mr. Doctor.

"나는 거의 구토했다."
"-I almost vomited.-"

Aku menoleh ke belakang. Phillip berjalan keluar seraya memegang sepuntung rokok yang sudah berasap.

"Kau cakap apa tadi? I heard you, Phill."

"Kau dengar? So, why you asked?"

Phillip menghembus kepulan asap keluar dari mulut dan hidungnya.

"Hey, dia cakap apa tadi? I don't know any Korean word, Ella."

Soalan John tidak aku endahkan. Aku masih lagi merenung Phillip tajam. Dia hampir muntah? Because of what? Disebabkan rokok dia tu?

"내가 다시보고 싶지 않기 때문에 안으로 들어 가라."
"-Masuk ke dalam sebab aku tak nak tengok benda tu lagi.-"

"What are you talking, man? Speak English. Aku tak faham Bahasa Korea."John menyoal Phillip.

Like I said before, aku tak faham dengan Phillip. Sumpah, dia memeningkan kepala aku sebab.. dia pelik! He is weird!

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro