Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

44_LAST FOREVER.

CHAPTER 44: LAST FOREVER.

Evelyn pov

Ruang dapur aku masuk. Tiada sesiapa di sini, mana Aunt Kayla? Tengok TV? Wait! Tak silap aku sekarang siaran langsung sidang media Felix and the gang.

Aku menepuk dahi perlahan. Macam mana kau boleh lupa ni, Evelyn Summer?

Aku bingkas membuka peti ais lalu mengeluarkan sekotak Jus Oren. Gelas jernih yang tersusun dalam rak sebelah kanan peti ais aku capai. Jus Oren sejuk aku tuangkannya ke dalam gelas berkenaan.

"Evelyn? Where are you, Sweety?"

Suara Aunt Kayla kedengaran memanggil nama aku.

"Eve kat dapur ni!"aku menyahut dengan nada sedikit tinggi seraya menyimpan semula kotak Jus Oren ke dalam peti ais. Kaki pantas melangkah keluar dari ruangan dapur dan menuju ke ruang tamu.

"Here you are. Duduk sini, sebelah Aunt." ucap Aunt Kayla sambil menepuk sofa di sebelahnya.

Aku terus melabuhkan punggung di situ. Segenap ruangan ruang tamu itu aku pandang sekilas.

"Mana Uncle?"aku menyoal.

"Dia kat garaj luar. Tengah sibuk menggilap motor kesayangan dia. Eve tahu-tahu jelah hobi pelik Uncle tu."

Aku tertawa mendengar jawapan Aunt Kayla. Peha aku ditepuk perlahan lalu Aunt Kayla menjuihkan bibirnya ke arah televisyen yang bernyala.

Mata aku beralih ke arah hadapan. Ngam-ngam pula Felix menjadi sasaran Jurukamera dengan memenuhi ruangan kaca TV.

"Ek ehem.. Ketua? There is no one can fit that position after Chester. Kami semua dah sepakat, kami takkan lantik sesiapa sebagai ketua..."

Aku hampir terlupa Chester sudah bersara. Felix betul, tiada siapa yang layak jadi Ketua selepas Ches.

"...boleh saya tambah ucapan saya sedikit? Around one minutes, I think? Without further, okay..."

Apa dia nak cakapkan? Mata kami bagaikan bertentang seketika apabila Felix memandang ke arah kamera disana dan aku pula memandang skrin televisyen di sini. Aku dapat rasakan seperti dia sedang memandang tepat ke dalam mata aku. This is weird. Jus Oren di tangan kanan aku minum perlahan.

"...for the second time in Live on TV, Evelyn Summer, please marry me..."

Aku tersedak apabila perkataan 'Marry' keluar dari mulutnya. Aunt Kayla pantas menepuk perlahan belakang badan aku apabila menyedari aku tersedak dan batuk berkali-kali di sebelahnya.

Felix! Aku hampir mati!

"...Call me and give me the answer. Tapi bukan sekarang, call aku selepas sidang media ini tamat. Ya, I love you, you know that... So the answer must be 'Yes'."

Sudah tentu jawapannya adalah 'Yes'! But you almost killed me, idiot. Aku mengesat mata yang tiba-tiba sahaja berkaca. Stupid, Felix. I almost crying too!

"Aunt tak tahu pula anak Aunt romantik macam ni. So, what is your answer, Sweety?"soal Aunt Kayla.

Aunt Kayla aku pandang. Segaris senyuman aku ukir di bibir.

"It's definitely 'Yes'."balasku lalu aku memeluk erat wanita di hadapan aku ini.

"Aunt dah boleh biasakan panggil kamu, Mrs. Logan. Welcome to the Club, Sweety."

Aku melepaskan tangisan bahagia di dalam pelukan ini. Pelukan daripada wanita bergelar ibu ini sungguh hangat. I miss my Mommy.

"Hey, kenapa menangis?"

Aunt Kayla melepaskan pelukan lalu memandang aku. Pipi aku yang sudah mula basah, dia kesat perlahan.

"I'm very happy, Aunt. And your hug reminds me to my Mommy. I miss her."

"Awh, sayang. Aunt adalah Mommy Eve mulai sekarang. You can call me 'Mommy'."

Rambut coklat aku dia usap perlahan.

"What happened? Kenapa Eve menangis? Kau marah dia, Kayla?"

Aku dan Aunt Kayla menoleh ke arah Uncle Micha yang baru sahaja masuk ke ruangan ruang tamu.

"Felix dah propose Evelyn."balas Aunt Kayla.

"Huh? Bila? Mana dia sekarang?"

"Silly. Dia kan ada sidang media sekarang. Tu kat TV, dia propose secara Live. So romantik, kan?"

Aku tertawa kecil. Aunt Kayla dan Uncle Micha sudah berbalas kata bersama. They are so cute. Dah berusia tapi jiwa mereka masih muda.

"Hey, kau tak ingat ke waktu aku propose kau dulu? Aku lagi romantik dari anak kita. And plus! Dia warisi daripada aku."

Uncle Micha dengan bangga lalu melabuhkan punggung bersama kami di sini.

"Stop, babe. Evelyn, better you go wait Felix in your room. Makin melalut Uncle kamu ni."

"Hahaha. Come on, Eve nak juga dengar kisah Aunt dan Uncle. Pleaseee..."aku memujuk wanita itu.

"No."balas Aunt Kayla sepatah. Wajahnya merah bagaikan tomato yang sedang ranum.

"Look. Your face was so red, Kayla. Sama je macam dulu. Evelyn, sebenarnya..."

"Michael, stop."celah Aunt Kayla pantas.

Awhh, come onnnn! Let me know.

"She's crying at that time. Dia menangis semasa Uncle melamar dia. Just like a little baby. And her face, merah macam ni lah."

"This guy! Why you told her? Aku malu, babe! Eve, jangan dengar cakap Uncle ni. Dia cuma nak kenakan Aunt je."

"Hahaha. You guys was so funny and cute! Eve harap Eve dan Felix pun akan jadi macam korang berdua. Last forever."

***

Asal update lambat? Sebab mood tak ada, wattpad buat hal! But, I keep tryingg. So ya, this is for you guys T.T
Next chapter? inshaAllah esok, sama ada pagi, petang atau malam :)

P/s, nak tahu kisah Kayla dan Michael? Diana dan Joseph? Celine and Dylan?
Lebih tepat lagi, mereka adalah ibu bapa kepada watak utama buku ini.
Boleh baca 'Beautiful Angel'
💗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro