Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

43_MUST BE A 'YES'.

CHAPTER 43: MUST BE A 'YES'.

Felix pov

Lampu kamera daripada para wartawan dan pihak media tidak berhenti berkelip tatkala Chester masuk ke dalam dewan sidang media. Semua mata tertumpu kepada lelaki bertatu itu.

Chester membuka kaca mata hitamnya. Dia mengangkat tangan kanan separa bahu sebagai tanda hormat kepada mereka yang hadir lalu dia pantas mengambil tempat di sebalah aku dan Tyler.

Pengacara majlis terus memulakan kerjanya apabila Chester selamat duduk di hadapan mikrofon yang tersusun di atas meja panjang.

"Kenapa kau lambat, Ches?"soal Tyler kepada Chester.

"Bangun lambat."balas Chester bersahaja.

"It's your day. And you late. Setengah jam kami tunggu."bebel Tyler seketika. Aku menggelengkan kepala melihat mereka berdua.

"Dipersilakan Mr. Davis untuk memberikan penjelasan tujuan utama sidang media ini berlangsung."ucap pengacara perempuan itu.

Tyler mengukir senyuman lalu membetulkan posisi mikrofon yang ada di hadapannya.

"The first thing, I wanna say thank you to all of you. Terima kasih sudah hadir ke sidang media last minute ini. Baiklah, saya selaku Pemilik Hero Club ingin menjelaskan di mana seorang ahli pasukan kami iaitu Chester Robert atau dikenali Evil Hawk, akan bersara mulai detik ini."ucap Tyler terus.

Semua para wartawan yang ada di dalam dewan ini sungguh terkejut. Mereka saling berpandangan di antara satu sama lain dan bertanya sesama sendiri tentang kebenaran ini.

"Kenapa ini boleh berlaku?"soal seorang lelaki selepas dia mengangkat tangannya tinggi.

"Ini disebabkan oleh kecederaan yang dialami Mr. Robert di perlawanan terakhirnya. Di mana, dia dirempuh dari belakang dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri selama 2 hari. Doktor mengesahkan dia mengalami 'Slipped Disc'. Semua orang tahu 'Slipped Disc' itu apa. Sesiapa sahaja tidak mahu mengalaminya. Kerana semua kerja-kerja akan menjadi terbatas. Chester sudah tidak boleh masuk ke gelanggang lagi."jelas Tyler.

Aku memapar reaksi sedih di wajah. Of course, I'm sad. Tiada lagi Chester, tiada lagi Evil Hawk.

Chester yang berlagak selamba membuka penutup botol mineral lalu dia teguk perlahan. Aku tahu kau sedih, Ches. Kau ketua pasukan kita. Kita mula dari bawah sehinggalah kita mula terbang ke atas bersama.

God. Kenapa ini semua terjadi?

"Boleh saya bertanya kepada Mr. Robert? Bagaimana keadaan anda sekarang?"

Chester merapatkan tubuhnya ke meja panjang. Dia memegang salah satu mikrofon di hadapan.

"Hai semua. Thanks for coming. Keadaan saya sekarang? Dari segi mental, it's good. Tapi dari segi fizikal, nope. Saya perlu jalani rawatan susulan di Los Angeles pada bulan hadapan nanti. And to my fans,  sorry guys. I can't go into that cage again. But I can stay outside the cage. Ahli pasukan saya masih lagi ada, our Beast. So, keep supporting the club. Spread your loves to us."

"Mr. Davis, bagaimana dengan Hero Club? Adakah akan dibubar atau bagaimana?"

Kami tertawa perlahan. Bubar? Nonsense.

"Tak mungkin dibubar. Tapi saya sudah membawa dua orang Fighter baru ke dalam pasukan ini. Let them in, please."

Dua orang pengawal membuka pintu utama. Marcella dan Phillip masuk ke dalam beriringan. Tyler bangun dari kerusi dan menyambut mereka berdua.

Marcella dan Phillip mengambil tempat di sebelah kanan Tyler. Para jurugambar laju mengambil gambar ahli baru Hero Club.

"Perkenalkan Marcella Song and Phillip Lee."

Marcella dan Phillip berdiri tegak sambil memandang ke arah wartawan yang ligat mengambil gambar mereka berdua. Mereka lantas melabuhkan punggung.

"Boleh kami tahu, mereka berdua berasal dari mana? Mungkin Ms. Song dan Mr. Lee boleh perkenalkan diri."ujar seorang wartawan perempuan.

Marcella merapatkan mulutnya dekat dengan mikrofon setelah Phillip memberi laluan kepadanya terlebih dahulu.

"Hello everyone. Saya Marcella Song berasal dari Korea Selatan. Saya dikenali sebagai Born Killer dalam dunia MMA di Korea. And now, I'm here. New things new learning, I'm glad to be here. Phillip, your turn."

Lelaki berambut coklat yang mengenakan Jaket hitam sudah mula untuk memperkenalkan diri. Senyuman sinis sempat diukirkan sebelum mula berkata-kata.

"Like Tyler said just now, my name is Phillip Lee. Saya juga berasal dari Korea Selatan. Saya tak sabar nak mulakan debut sebagai Ice Cold di sini. Thanks to Tyler, beri peluang yang saya tak akan sia-siakan. I'll make sure this club will be known around the world."

Satu dewan memberikan tepukan gemuruh. What a nice word, dude.

"Jadi jika tiada lagi Chester Robert dalam Hero Club, siapa yang akan menyandang posisi ketua dalam pasukan ini? Mr. Logan, can you tell us?"

My turn, huh?

"Ek ehem.. Ketua? There is no one can fit that position after Chester. Kami semua dah sepakat, kami takkan lantik sesiapa sebagai ketua..."

"...boleh saya tambah ucapan saya sedikit? Around one minutes, I think? Without further, okay..."

Aku memandang kamera siaran televisyen yang sedang merakam siaran langsung sesi sidang media ini.

"...for the second time in Live on TV, Evelyn Summer, please marry me. Call me and give me the answer. Tapi bukan sekarang, call aku selepas sidang media ini tamat. Ya, I love you, you know that... So the answer must be 'Yes'."

***

Sung Hoon as Phillip Lee
Ahli pasukan Hero Club yang baru. Seorang lelaki yang berwajah dingin dan kawan lama kepada Marcella sewaktu di Korea. Dikenali sebagai Ice Cold.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro