40_YOU'RE SO MEAN.
CHAPTER 40: YOU'RE SO MEAN.
Camellia pov
Pintu lift terbuka tatkala aku tiba di tingkat 2. Aku melangkah keluar dari lift seraya membetulkan rambut putih yang menguraikan ke hadapan.
Masuk sahaja di koridor luar wad Evan, aku melihat Tyler sedang duduk di bangku luar. Dia menatap smartphonenya seorang diri di situ.
Dia menoleh ke arah aku apabila aku semakin hampir dengannya.
"Hey."ucapnya perlahan seraya menepuk permukaan bangku di sebelahnya untuk mempelawa aku duduk. Aku melabuhkan punggung di situ.
"Macam mana keadaan Evan?"aku mulakan pertanyaan pertama. Tyler mengeluh lemah.
"Masih sama. Tiada perubahan."
Aku merenung ke arah lantai,"I see."
"Kau okay ke nak jaga dia sekejap? Aku keluar tak lama ni, aku nak uruskan sidang media untuk esok."
Aku memandangnya. Sidang media untuk apa?
"Sidang media untuk Chester."sambung Tyler yang seakan dapat membaca kata hati aku.
"Oh. Semalam dia tak buat hal kan?"
"Tak. Aku dan Felix sempat menghalang. Jadi esok adalah hari di mana Chester telah bersara dari MMA..."
"...Herm, he such a great fighter. Aku sebenarnya sedih dengan apa yang berlaku kepada dia." sambungnya lagi dengan wajah yang sayu.
"Maybe dia boleh jadi trainer kat Gym kau? Aku rasa dia sesuai. Apa pandangan kau?"
"Sejak bila kau bijak ni? Dia terlebih sesuai untuk tugas itu. Thanks for the idea, Lia."
Aku hanya membalas dengan ukiran senyuman halus di bibir.
"Lia, kau dan Evan dah...."
Mata aku beralih ke arahnya sekali lagi. Tyler teragak-agak untuk menghabiskan ayatnya itu. He knows?
"Dah tidur bersama? The answer is Yes. Chester bagi tahu kau kan?"aku mencelah sebelum Tyler sempat menghabiskan pertanyaan itu.
"God. Aku rasa keadaan semakin rumit. Apa yang berlaku sebenarnya?"
"It just a mistake. Malam kemenangan Felix, kami semua mabuk, kau pun ada kan malam tu? Tapi kau balik awal dengan lelaki korea tu. Selepas kami semua mabuk, Evan masuk ke dalam bilik aku. And yaa, itu yang berlaku akhirnya. Tapi aku tak ambil pusing pun pasal hal tu. Chester je melebih semalam. Kau tak perlu risau, Tyler. I'm okay."
It's definitely not okay, Lia. Kau menangis setiap kali kau terfikir tentang perkara itu.
"Are you sure? Ches cakap kau menangis."
Oh my god, Chester! Apa lagi yang kau bualkan semalam?!
"Betul, aku menangis. Tapi aku menangis sebab Evan. Aku sedih tengok keadaan dia. Thats all."
Camellia Edisson, sejak bila kau pandai berbohong? Menangis sebab sedih keadaan Evan? Pheww, alasan yang bagus. Just tell him you love Evan, idiot.
"Tapi aku risau ni nak tinggalkan kau berdua dengan Evan. Aku takut dia tak boleh terima kau. Dan aku dah bagi tahu siapa kau sebenarnya. Dia dah tahu kau penerima jantung Aurora."
Tyler memandang aku dengan reaksi wajah kerisauan. Aku menepuk bahunya perlahan.
"Kau tak perlu risau. Aku dah bersedia nak berhadapan dengan dia. Dan pasal tu Evan berhak tahu. So, nevermind. You don't need to worry."
Tyler memejamkan kelopak matanya. Lalu dibuka semula. Nafas baru dia tarik perlahan.
"Baiklah. Aku gerak sekarang tau. Kalau ada apa-apa hal, kau call je aku."
Aku mengangguk pantas. Rambut putih aku dia usap lalu dia berlalu pergi. Now, sudah tiba masanya aku masuk ke dalam. Pintu wad tersebut aku pandang lalu aku bangun dari duduk.
Kaki mula melangkah perlahan mendekati pintu itu. Tombol dipulas lalu pintu aku tolak ke hadapan.
Evan sedang baring mengiring menghadap ke dinding. Aku melangkah masuk perlahan lalu pintu ditutup semula. Mata aku masih merenung keadaan Evan di sana.
Dia memusingkan badannya serta merta apabila bunyi pintu ditutup kedengaran. Aku terkaku seketika di sini. Kaki aku bagaikan berat untuk menapak selangkah ke hadapan. Mulut aku pula bagaikan dikunci dan tidak boleh dibuka.
Mata Evan memandang aku tajam. Dia mengambil beberapa saat sebelum membuka mulut dan berkata,
"Kau buat apa kat sini?"soalnya dengan reaksi muka beku di sana. Evan cuba untuk bangun dari berbaring. Aku segera melangkah perlahan untuk membantu.
"Jangan dekat dengan aku."ucapnya tiba-tiba. Langkah kaki aku terhenti secara automatik. Evan menyandarkan badannya dengan bantal di belakang.
"Evan."aku memanggil namanya perlahan.
"Aku tak nak dengar nama aku keluar dari mulut kau."balasnya.
Aku terpempam. Sebegini bencinya kau dekat aku, Evan?
"Take this chair. You can sit over there."sambungnya lagi seraya jari telunjuk kanannya diarahkan ke sebelah kiri katil. Lebih tepat lagi 3 meter dari katilnya.
Aku mengambil kerusi tersebut lalu aku letak di tempat yang Evan maksudkan. Punggung aku labuhkan disitu.
"Kenapa kau datang sini? Kau nak apa dari aku?"
"Aku..aku nak melawat kau."
Sengihan sinis terukir di bibirnya. Aku menggigit bibir bawah. Kening aku mula berdiri ke atas kerana kerisauan yang terasa sekarang ini.
"Melawat? Aku tak suka kau datang sini. Kau tak puas lagi ke dah ambil orang yang aku sayang?"
"Apa maksud kau?"
"Jangan buat-buat tak tahu. Kau tu pembunuh! You killed Aurora!"kata Evan dengan nada tinggi. Perkataan 'pembunuh' juga ditekankan dengan nada tinggi di situ.
Perasaan bercampur baur mula terdetik di hati. Telinga aku terasa panas. Mata aku pula sudah mula berair. Hanya sekali kedipan sahaja, air mata boleh jatuh menuruni pipi.
Pembunuh?
Evan memberi jelingan tajam lalu dia memandang ke arah tingkap.
"Kenapa kau cakap aku macam tu? Ini semua salah faham."aku memberanikan diri untuk bersuara.
"Ini bukannya salah faham! Kau jangan nak berlagak baik depan aku. Urgh, I don't like to see your face. Just get out."
Aku memejamkan kelopak mata. Air jernih laju menuruni pipi. Esakkan perlahan aku cuba untuk tahan. But, I can't.
You're so mean.
"I said get out!"teriak Evan lagi. Aku mengesat pipi yang sudah dibasahi air mata. Evan, how could you...
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro