4_CHESTER, YOU'RE CRAZY!
Chapter 4: Chester, You're Crazy!
John pov
Meja makan selesai dikemas. Aku berjalan ke balkoni apabila melihat langsir berterbangan ditiup angin. Angin malam aku hirup perlahan seraya mata aku pejam. Bunyi kekekkan tawa kedengaran, aku buka kelopak mata lalu aku tunduk memandang ke arah pantai.
Dua orang lelaki sedang rancak berbual di batu besar sambil menghisap rokok.
"Aku ingatkan dah tidur dua mangkuk ni. Haih."aku berkata perlahan lalu berjalan ke arah tangga.
Tiba di tingkat bawah aku jeling seketika bilik di tepi tangga. Cahaya lampu bilik tersebut sudah terpadam. Maksudnya Camellia dan Delyra sudah masuk tidur.
Aku meneruskan langkah ke arah pintu lalu aku memulas tombol pintu ke dalam. Jalan berbatu aku tatap seraya kaki menapak ke arah Felix dan Chester.
Bahu Chester aku tepuk lalu aku melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Apesal kau lambat? Orang dah habis borak dah."kata Felix lalu tertawa mengekek.
"Aku ni pembersih. Aku kemas benda kat dalam tu, bukan macam korang."
"Pembersih lah sangat. Lia dengan Del dah tidur kat dalam?"soal Chester.
"Lampu bilik dah gelap. Dah tidur lah tu." jawab aku sambil memandang bentangan pantai di hadapan kami.
Chester menghembus asap lalu menjatuhkan puntung rokok yang sudah pendek. Kakinya pantas memijak rokok yang sudah jatuh ke atas pasir.
"Kau nak cakap apa dengan aku waktu dekat Gym siang tadi?"soal Chester kepada Felix.
Felix memandang Chester dengan reaksi muka blurrnya.
"Pasal apa ek?"dia membalas pertanyaan Chester dengan pertanyaan juga.
"Eh kau ni. Aku hempuk jugak kejap lagi."
"Hahaha. Chill! Pasal Gym kita lah. Owner dah bertukar. Aku dengar jutawan muda yang pegang sekarang. Nama dia Tyler Davis."
Tyler? Tak mungkin.
"Baguslah orang muda yang pegang. Sekepala sikit dengan kepala kita."balas Chester.
"Tyler Davis tu dari Avondale kan?"aku menyoal secara tiba-tiba. Chester dan Felix memandang aku.
"Ha'ah, dari Avondale. Kau kenal ke?"
Aku terdiam. Apa jadi kat mereka sekarang? Semenjak kematian Aurora, aku sudah tidak berhubung dengan mereka lagi.
"Woi, kau kenal ke?"Chester menyoal setelah menyenggol lengan aku.
"Aku kenal dia. Dia baik orangnya. Korang tak perlu lah risau."balas aku laju.
Chester mengangguk lalu bersiul. Felix menyedut rokok lalu menghembus kepulan asap.
Suasana mula sepi dan ditemani bunyi siulan Chester.
"John, kawan lama kau datang ni."satu suara menegur. Aku segera menoleh ke belakang dan memandang Papa. Lalu lirikkan mata aku beralih ke arah seorang lelaki.
Apa dia buat di sini?
"Hi, John. Lama tak jumpa."Evan bersuara. Aku bingkas berdiri dan bersalaman dengan Evan.
"Evan... Kau.. kau buat apa kat sini?"
"Aku nak jumpa kau."balas Evan. Chester dan Felix turut berdiri di sebelah aku.
"Oh ya, kenalkan ini kawan-kawan aku. Chester dan Felix."
"Wait! Aku rasa aku macam kenal kau. Tatoo kau ni... Kau lelaki yang Chloe cium dahulu tu kan? Aku ingat tatoo kau ni."Evan bersalaman dengan Chester.
"Huh? Chloe? Siapa?"Chester memandang aku.
"Kau cium perempuan lain, Ches?! Aku report dekat Lia!"Felix mencelah lalu tertawa mengekek.
"Shut up, asshole! Aku tengah tanya diorang ni. Chloe siapa?"
Felix terus terdiam selepas dimarahi Chester.
"Chloe perempuan yang kau jumpa 3 tahun lalu. Waktu tu kami main game, Truth or Dare."jelasku kepada Chester.
"Oh that girl, I see. Mana dia sekarang?"
Kami melabuhkan punggung di batu besar semula. Aku memandang Evan untuk menunggu jawapan daripadanya. Aku pun tak tahu apa dah jadi dengan korang. So answer his question, bro.
"Chloe dah mati. Hukuman gantung tahun lepas."jawab Evan.
"What? Hukuman gantung? Apa dia dah buat?"soal Chester bertalu-talu.
"Panjang ceritanya, Ches. Done talk about Chloe, okay? Aku nak tanya Evan pula. Kenapa kau ke sini?"aku menyoal.
"Aku nak cari orang yang terima jantung Aurora. Kau tahu, kan? Aku nak jumpa dia." jelas Evan.
Strike! Jangkaan aku tepat. Aku tahu dia akan cari Camellia.
"Ohhh. Del... Delyra yang terima jantung tu." Chester mencelah sebelum aku sempat menjawab.
Aku memandang Chester tepat. What are you talking?! Delyra? Camellia yang terima jantung tu, idiot? Apa kau buat?
"Ches, aku rasa kau..."
"Stay quiet."Chester memintas kata-kata Felix. Felix segera zip mulutnya serapat yang boleh selepas menerima jelingan Chester. Aku masih terdiam dan tidak tahu mahu berkata apa. Apa yang kau fikirkan, Ches?
"Delyra?"soal Evan.
"Yes, Delyra Edisson."Chester membalas lagi. Aku dan Felix seakan bisu di sini. Kami tidak berani hendak membuka mulut.
"Delyra Edisson? That model? Aku jumpa dia siang tadi. Are you serious? John, betul ke apa mamat ni cakap?"Evan memandang aku pula.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Chester memandang aku tajam.
Chester, you're crazy!
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro