Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

36_DEEP FEELING.

CHAPTER 36: DEEP FEELING.

Camellia pov

Tubuh kaku Evan aku pandang lama. Sudah dua bulan Evan terlantar di katil putih ini. Tanpa makanan, hanya susu hospital sahaja yang disalurkan ke dalam tubuhnya menggunakan tiub lutsinar melalui hidungnya.

Aku dan Tyler bergilir-gilir setiap hari untuk menjaga Evan. Ada kala, John yang mengambil alih tempat kami. Ada kala, Tuan Alexander yang datang. Yup, his father. Ayah Evan balik ke Eastardom dari Melbourne untuk mengikuti perkembangan anaknya yang sudah dua bulan koma.

Tuan Alexander mahu membawa Evan pulang ke hospital Avondale, namun dia juga agak sibuk dan akan pulang ke Melbourne jika ada mesyuarat penting di sana. Jadi, tiada siapa yang akan menjaga Evan.

"Kau Camellia? Tyler jelaskan kepada saya bahawa awak penerima jantung Aurora. Sekarang awak dan Evan sudah berkawan?"

Tuan Alexander menyoal. Aku berdiri di tepi katil putih bersama sebakul bunga lily putih di tangan.

"Ya. Saya Camellia. Saya dan Evan sudah beberapa bulan berkawan. Saya juga orang yang menerima jantung Aurora."

"Good to see you. Saya ayah kepada Evan. Awak boleh jaga Evan jika saya tiada di sini? Saya mungkin akan berlepas ke Melbourne jika ada panggilan penting. So what is your answer?"

Aku mengangguk perlahan. Sudah tentu aku akan menjaganya. He's my friend. Friend?  Yaa. That sounds better.

Tangan sejuk itu aku gapai. Wajah Evan sudah mula mencengkung. Rambutnya juga sudah panjang.

Wake up, Evan. I'm here for you.

Pintu wad kedengaran dibuka. Aku menoleh ke belakang. Delyra masuk ke dalam bersama satu bungkusan plastik di tangan.

"Makan Lia. Aku bawakan bekalan makanan yang Mama masak di rumah."

"Thanks, Del."

"Bagaimana dengan keadaan Evan? Masih sama?"soal Delyra lalu meletakkan bekalan ke atas meja. Dia melabuhkan punggung di sofa kuning.

Aku mengangguk perlahan. Evan masih lagi seperti ini. Dia sepertinya tak mahu bangun.

"Can I ask you one question?"soal Delyra tiba-tiba.

Aku memandang Delyra.

"Apa dia?"

Delyra kelihatan teragak-agak untuk menyoal. Nafas dalam dia ambil lalu dia hembus perlahan.

"Are you guys together?"

Who? Us? Erm. This question. Aku tahu ramai yang sudah mula tertanya-tanya dengan hubungan aku dan Evan. Sudah tentu mereka pelik kenapa aku yang jaga Evan.

"Nope. Kami masih kawan macam biasa. Kenapa?"

"Nothing. Just asking."balas Delyra lalu membelek majalah yang ada.

Aku memandang ke arah lelaki yang sedang lena itu kembali. I don't know, Evan. Aku tak tahu nak jawab apa dengan mereka. Yes, it is true. Memang kita berkawan.

Tapi apa yang berlaku malam tu... We're totally like a couple. Tapi kejadian 2 bulan lepas itu memang tak dirancang. Kita mabuk waktu itu. But I don't know... Aku dapat rasakan kau pun sukakan aku. I feel you.

"Lia. One more question."

Delyra kelihatan serius di sana. Apa yang dia mahu tanya ni? Dia seperti teragak-agak mahu mengajukan soalan itu.

"Aku dah lama nak tanya benda ni. Tapi, aku tak tahu nak tanya macam mana. Apa yang berlaku malam tu?"

"Hah? Malam? Bila?"aku menyoal kembali. Malam bila? Tak mungkin dia tahu pasal malam tu.

"Malam kemenangan Felix. Di homestay John."

I'm right. Delyra tahu pasal ni.

"Jadi kau tahu pasal tu? How did you know?"

"Know what? I'm asking you. Aku nak dengar dari mulut kau sendiri."

"Yes. Aku dan Evan terlanjur. Kami tidur bersama, Del."

Delyra tersentak. Mungkin jangkaan dia tepat. Dia kelihatan amat terkejut. Aku memandang Evan sekilas lalu mata aku beralih ke Delyra semula.

"Tapi waktu itu kami tak sedar, Del. Aku dan Evan mabuk. Semua orang mabuk dalam rumah tu. Dan kau. Kenapa kau baru tanya sekarang? Kau simpan benda ni dan aku macam orang bodoh sorok benda ni dari kau."

"No. Aku tak tahu apa-apa. Cuma John yang cakap kat aku hari tu. Dia yang kejut Evan di bilik kita. So he asked me. Aku tak tahu apa-apa. Sebab aku tidur di sofa bawah."

"Jadi John lah yang tahu pasal ni? Hurm. I don't know, Del. Aku tak tahu nak buat apa. Aku buntu."

"Lia. Do you love him?"

Aku memandang Delyra kembali lalu aku menganggukkan kepala perlahan. Yes, I love him. Tapi... Tak mungkin dia terima aku.

"Tunggu dia bangun. You need his answer."

Tangan Evan aku usap perlahan. Kau betul, Del. Sampai bila aku nak sorok perasaan aku daripada dia? Dia perlu tahu. Apa reaksi dia belakang cerita. Aku tak peduli asalkan dia tahu perasaan aku.

Aku menyembamkan wajah ke tapak tangannya. Tolonglah bangun, Evan. You need to know this. About my deep feeling. I love you, Evan Alexander.

"E..excuse m..me?"

This voice. Ini suara Evan? Aku mengangkat wajah lalu memandang lelaki berkenaan. Matanya terbuka seraya memandang aku. Aku menekup mulut. Dia terjaga!

"Del, he's awake! Evan. Are you okay?"

"Hold on, aku pergi panggil doktor."balas Delyra lalu keluar dari wad.

Tangan Evan aku genggam seraya mataku mula mengalirkan air mata. He's awake! Thanks God. Kau dengar permintaan aku.

"K..kau siapa?"

"Apa maksud kau?"aku menyoalnya kembali.

Evan larikan tangannya dari genggaman aku secara tiba-tiba. Reaksi wajahnya jelas kebingungan. Dia seperti melihat aku seperti orang asing. Apa yang berlaku? Dia tak kenal aku?

"Kau siapa? Aku kenal kau? Dan mana Aurora? Mana tunang aku?"

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro