Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

33_AM I GOING TO DIE?

CHAPTER 33: AM I GOING TO DIE?

Evan pov

"I think I love you, Evan. Yaa, I love you."

"Shhh... Just enjoy it."

Bukkk!

Aku membuka kelopak mata serta-merta. Apa benda hinggap atas muka aku ni? Aku memandang gerangan yang sedang terpacak di sebelah aku.

"What the..."

"Bangun pun! Berkali-kali aku kejut, dengan balingan bantal tu jugak boleh bangunkan kau. Apahal kau bogel? Kau buat apa semalam?"soal John bertalu-talu.

"Hahh? Bogel?"aku memutar perkataan 'Bogel' itu berkali-kali di dalam kepala. What do you mean? Aku pantas menyelak selimut yang menutupi separuh tubuhku.

"Kau bogelkan aku, John?"soalku yang masih lagi dalam keadaan mamai.

"Hahahah. This dude was insane! Apasal aku nak bogelkan kau pulak?! Kau gila ke apa? Jangan cakap kau mabuk lagi. Aku masuk-masuk tengok kau dah macam ni. Dengan baju seluar bersepah kat lantai." jelas John panjang.

"Shit. Apa pulak yang berlaku semalam?" aku bingkas duduk dari berbaring.

"You asked me? I'm asking you. Apa kau buat? Dan kenapa kau tidur dalam bilik ni? Bilik kau kat hujung sana, bukan di sini."

"Habis ni bilik siapa?"soalku lagi sambil memandang muka John.

"Lia dengan Del."balas John dengan wajah tidak berpuas hati.

What?! Macam mana aku boleh tersesat kat sini pulak? Aku meraup wajah kasar.

"Gosh! What are you guys doing?! Apahal kau tak pakai baju?"

Pandangan aku dan John beralih ke arah Marcella yang sedang tercegat di tepi pintu sambil menekup mukanya.

"Get out, Ella. And close that fucking door." arah John.

"But why?"soalnya lagi. Aku menepuk dahi. Did she ask why? I'm totally naked now.

"Just do it."sambung John lagi.

"Fine!"Marcella membalas lalu menutup pintu dengan kuat.

John memandang aku semula. Since when this guy looks scary?

"Pakai balik pakaian kau. Aku tunggu kau kat bawah."balas John perlahan lalu melangkah untuk keluar.

What the heck? Aku seperti budak kecil yang baru sahaja dimarahi ibu dan bapanya. Tanpa berlengah, aku gagahkan diri bangun menuruni katil. Pakaian yang bersepah di atas lantai aku kutip lalu aku sarung ke tubuh kembali.

Aku yakin mesti ada sesuatu yang berlaku semalam. Sebab aku tak pernah lagi tidur berbogel dalam sejarah hidup aku! There must be something.

Tapi aku tak ingat! Evan, please remember back! Apa yang terjadi? Fikir! Aku dalam bilik dua orang perempuan! Lia and Del. Aku kena rogol?

Pakk! Aku menampar pipi aku sendiri. Apa kau merepek, setan!

"I think I love you, Evan. Yaa, I love you."

Suara tu! Suara dalam mimpi aku sebentar tadi terasa terngiang-ngiang semula di dalam kepala. Suara Lia, kan? Was that real?

"She said she loves me. Tapi semalam waktu dalam kereta di cakap dia sukakan orang lain?"

Aku melabuhkan punggung di atas katil selepas selesai berpakaian.

"Kalau apa yang aku dengar tu betul, jadi lelaki yang dia maksudkan dalam kereta semalam adalah aku? Aku?"

Aku menggaru dagu seraya memikirkannya kembali.

"...hati dia untuk perempuan lain. He loves someone else. Semua orang tahu benda tu. So what can I do? Nothing."

Hati aku untuk perempuan lain? Aku cintakan perempuan lain? Siapa?

Pakk! Satu lagi tamparan hinggap di wajah sendiri.

"That girl was Aurora! Aku masih cintakan Aurora. Yaa! I'm the man who loves someone else. Jadi, betul lah Lia sukakan aku? Aku lelaki yang dia maksudkan semalam? Gosh, Evan. What have you done, idiot?! Apasal kau lambat pick up?"

Aku bingkas bangun dan menapak keluar dari bilik. Tangga aku turuni satu persatu. Tiba di tingkat bawah aku pantas menyambar kunci kereta yang ada di atas meja makan.

"Hey, Evan! Kau nak ke mana? Don't you dare to run!"teriak John yang baru sahaja keluar dari bilik tidur.

Aku pantas keluar tanpa mengendahkan dia langsung. I need to go now. I need to ask Lia about this.

Selepas lock pintu kereta dibuka, aku pantas masuk ke dalam perut kereta. Tanpa berlengah, aku langsung menekan pedal minyak seusai  gear dimasukkan.

We need to hurry, guys! Aku tak mahu Lia fikir bukan-bukan pasal aku.  Aku sudah mengingati kembali apa yang berlaku malam tadi.

Gosh, kenapalah kau tak boleh kawal diri kau semalam? You ruined the plan, idiot. Planning kau nak dapatkan hati Lia musnah. Mesti sekarang ni dia fikir aku lelaki tak guna!

"Arghhh!" aku menjerit lalu aku menghentak stereng kereta kuat.

Kereta meluncur laju di selekoh tajam. Brek ditekan perlahan untuk mengurangkan kelajuan. Aku membuntangkan mata apabila ada kereta yang laju di hadapan. Kereta itu sedang cuba untuk memotong lori di hadapannya dan masuk ke lorong aku.

"Shit!!"

Aku cuba untuk mengelak daripada terlanggar kereta berkenaan namun masa terlalu singkat! Tidak sempat! Hon kereta, aku tekan sekuat-kuatnya.

BAMMM!

Hadapan kereta aku hancur akibat pelanggaran kuat itu. Manakala, kepala aku terhentak kuat ke stereng kereta, kaki aku pula sudah tersepit di bawah. Asap hitam mula berkepul memenuhi udara. Darah pekat mengalir di kepala bagaikan air terjun.

Pandangan aku mula kabur dek kerana basahan darah. Aku memejamkan kelopak mata. Nafasku terasa bagaikan mahu terhenti.

Kesempatanku untuk bertemu Camellia kini terbantut. Adakah kami sempat berjumpa? Atau kami ditakdirkan untuk berjumpa di syurga? Am I going to die?

"I think I love you, Evan. Yaa, I love you."

Kata-kata terakhirnya itu terngiang-ngiang kembali di kepala lalu aku mula tidak sedarkan diri.

***

How is it going? Sorry for the twist!😝
*evil laugh*
Dah boleh dah letak buku ni kat RL korang, senang lah nanti nak baca sambungan apa yang berlaku kat Evan. Huhu
Like I said before, now was the right time for the conflict. Konflik terbesar. Lets wait and see what's gonna happen to Evan Alexander and Camellia Edison.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro