CHAPTER 31: SHE STILL ALIVE.
Felix pov
Enjin kereta dimatikan. Kepala disandarkan ke seat kereta. Smartphone yang tidak berhenti berdering aku tatap.
Tanpa berlengah, skrin ditolak ke kanan untuk menjawab panggilan tersebut. Smartphone aku lekapkan ke telinga kanan.
"Felix! Where are you, son?" suara lembut Mama kedengaran di hujung talian.
"Hey, Ma. Fel baru sampai rumah Evelyn ni."aku membalas lalu memandang bangunan Kondo yang berada di hadapan aku.
"Is that true? Evelyn hamil? Mama baru sahaja tengok news online tadi."
Kau tak perlu pelik macam mana Mama tahu pasal ni, Felix. Satu dunia dah tahu pasal ni.
"Ya, macam tu lah. You're going to be granny, Ma."
"Bring Evelyn back to our house. Dia perlu dijaga, Fel. Mama risau dia tinggal sendiri di Kondo dia tu."
Bring her back? Evelyn mahu ke? I think the answer was no. Sebab dia dah selesa tinggal sendirian.
"Alright, Ma. Nanti Fel pujuk Eve."
"Good. Papa nak cakap ni. Dari tadi sibuk pasang telinga kat tepi Mama je ni."
"Hey, son! Congratulations. Kami bangga dengan kamu."suara ceria Papa pula kedengaran.
"Hey, Pa. Thank you. Fel perlukan nasihat dari Papa. I don't have any experience yet, Fel tak tahu macam mana nak handle benda ni."
"Bring her back. Papa akan ajar segala selok belok untuk menjadi seorang ayah yang baik."
Aku melepaskan tawa kecil. Diikuti dengan Papa juga. Like father like son.
"Silly, Papa. Alright, I will. Suruh Aunty Lelly siapkan bilik untuk Evelyn."
"For what? She doesn't need other room, Felix.."
What? But why? Tadi bukan main suruh Eve balik sana. Habis dia nak tidur mana?
"..She will sleep in your room. Beside, kamu berdua akan berkahwin hujung bulan ni."
"What?! Are you kidding me?"aku tersentak. Gosh, this old man.
"Kidding? Of course no. There is a little Logan in her womb, son. Jadi kau nak tunggu apa lagi? Jangan cakap yang kau tiada perancangan mahu berkahwin dengan Evelyn?"
"No. Of course I wanna marry her. Tapi ini tak terlalu awal ke?"
"Kau yang terlebih awal hamilkan dia, idiot."
Aku menepuk dahi perlahan. It was me, aku yang tak berhati-hati.
"Alright, Pa. Felix akan bawa Evelyn pulang ke rumah secepat mungkin."
"Good. See you soon."
Talian aku matikan. Aku meraup wajah kasar. Aku bakal berkahwin. Tapi aku tak propose lagi!
Evelyn pasti tersinggung kalau aku ungkapkan hasrat Mama dan Papa tanpa melamar dia terlebih dahulu. Arghhh!
Pintu kereta aku buka lalu aku menapak keluar. Kaki melangkah perlahan masuk ke dalam Kondo milik Evelyn.
Setibanya di hadapan Lift, Lift terbuka selepas aku menekan butang yang ada. Aku melangkah masuk ke dalam. Pintu Lift tertutup kembali lalu aku menekan butang nombor 5. Lift mula bergerak menaiki tingkat seterusnya.
Macam mana aku nak propose dia? I need time and I need a ring! Itu benda paling penting! Kalau tiada cincin, kan pelik. Mana ada orang melamar tanpa cincin.
Pintu Lift terbuka apabila tiba di tingkat 5. Aku melangkah keluar lalu menapak ke arah pintu rumah Evelyn. Padlock aku tekan lalu pintu tersebut terbuka. Tanpa membuang masa, aku melangkah masuk ke dalam.
"Evelyn? Apasal gelap semacam je ni?"
Pintu ditutup kembali. Aku menapak ke dapur. Dapur pun gelap. Dia mesti ada kat bilik. Membuta je kerjanya!
Aku mengatur langkah ke bilik utama. Aku cuba memulas tombol pintu itu, namun tombol pintu tersebut dikunci dari dalam.
Pintu tersebut aku ketuk perlahan seraya namanya aku panggil.
"Evelyn? Hei, buka pintu ni. Ni aku, Felix."
Tiada jawapan. Senyap.
"Takkan dia tiada di rumah? Dia ke mana malam-malam ni?"
Tokk tokk tokk!
"Evelyn, open the door."aku mengeluarkan smartphone lalu nombor Evelyn aku dail pantas.
Kedengaran lagu Whatcha' Say nyanyian Jason Derulo kedengaran. Itu bunyi telefon Evelyn. Dia ada kat dalam lah kan? Takkan dia keluar tak bawa phone pula?
"Evelyn! Kau buat apa kat dalam? Bukak pintu ni!"aku mula cemas. Pelbagai perkara yang tidak diingini berputar di dalam kepala. Apa yang terjadi dengan dia?
"Tak boleh jadi ni." aku menapak tiga langkah ke belakang. Pintu bilik Evelyn aku rempuh kuat lalu pintu tersebut berjaya terbuka.
Aku masuk ke dalam bilik gelap tersebut. Suis lampu aku hidupkan. Mata aku beralih ke arah susuk tubuh yang sedang terbaring di atas lantai.
"Evelyn!" aku mendekati gadis itu lalu aku mencempung tubuhnya dan membaringkannya ke atas katil.
"Hey, wake up. Kau kenapa ni?"aku menepuk pipinya perlahan. Tiada reaksi darinya. Aku cuba mencari lokasi nadi di tepi lehernya. Jumpa!
"Thanks godness, she still alive." aku bingkas mencempung tubuhnya semula untuk membawanya ke hospital.
Evelyn, apa yang dah berlaku dengan kau? Macam mana kau boleh pengsan kat lantai tu?
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro