Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30_PARTY TIME.

CHAPTER 30: PARTY TIME.

Evan pov

Signal kanan dihidupkan lalu kereta memecut laju selepas membelok ke kanan. Aku menjeling gadis berambut putih di sebelah. Kelopak matanya tertutup rapat.

"Tidur?"aku menyoal perlahan.

"Hah? Apa dia?"soal Camellia gelabah.

"Hey, take it easy, girl. Aku tanya, kau tidur ke? Thats all. Hahaha. Cara kau bangun tu macam ada gempa bumi yang berlaku."

"Hurm."

Camellia hanya mengeluh lemah. Dia tidak membalas apa-apa. Matanya dibuka besar dan memandang ke arah jalan raya gelap di hadapan.

"So cute."ucapku dengan nada perlahan.

"Kau cakap sesuatu ke?"soal Camellia pula.

"No. Aku tak cakap apa-apa pun."aku balas bersahaja.

Camellia memuncungkan mulutnya selepas mendengar jawapanku. Aku menyimpul senyuman halus. She's too cute!

"Oh ya! Kau tak semak update? Siapa yang menang? Felix?"

"Gosh. Aku lupa!"

Camellia menepuk dahinya perlahan lalu mengeluarkan smartphone dari begnya. Skrin gelap itu mula bercahaya dan menerangi suasana gelap kami di dalam kereta.

"He's won! Felix's won!!"sambung Camellia dengan girang seraya tangannya menghulur smartphone yang bernyala itu kepada aku.

Aku menoleh ke arahnya lalu membaca berita online yang terpapar di skrin smartphonenya itu.

Sorakkan daripada kami memecahkan kesunyian sepanjang perjalanan kami ke Eastardom.

"This is insane! He's going to be a dad! Oh my god. Evelyn's pregnant! Dia buat pengumuman berita kehamilan Evelyn selepas pertarungan tadi."

Barisan gigi putih Camellia kelihatan. This girl very happy for her friend. I can see it.

"Wow! He won twice today."

"Masih lama lagi ke? Aku tak sabar nak peluk Felix! I'm so happy for him."

"Relax. Sekejap je lagi. Around 10 minutes."

"Awhh. Alright."balas Camellia perlahan.

Pedal minyak aku tekan agar kelajuan kereta semakin bertambah.

"So, Chester macam mana? Aku dengar dia dah tak boleh kembali ke gelanggang." aku mulakan perbualan baharu.

"Dia memang dah tak boleh bertarung lagi. Slipped disc. Dia boleh lumpuh kalau dia berdegil."

"I think he needs you, Lia. Kau kawan dengan dia sejak kecil. Beside, dia sukakan kau."

Gadis berambut putih mengeluh perlahan. Rambut panjangnya itu diikat tinggi dan menyerlahkan lagi leher putih miliknya.

"Aku dah jumpa dia hari tu. We are okay now. Semua salah faham di antara kami dah selesai."

"Apa yang berlaku seterusnya? Kau dan dia..."

"No. Kami kawan sahaja macam biasa." celah Camellia pantas seraya memandang aku sekilas.

Fuhh. Jadi dia masih tak terima Chester, huh? Kenapa? Kau memang tak mahu bercinta ke?

"Can I know why? Kenapa kau tolak dia?"

"Aku tak boleh bersama dia. Dengan orang lain pun tak boleh. Aku dah berjanji dengan seseorang, Evan."

Janji? Jadi dia sudah ada seseorang dalam hati dia? Gosh. I'm late.

"Kau ni penuh misteri, Lia. Aku rasa kau ni memang suka berahsia, kan?"

Camellia mendiamkan diri. Tiada jawapan daripadanya.

"Look. You have nothing to say to me."

"Hurm. Sebenarnya aku sukakan seseorang. Tapi aku tak berani nak ungkapkan benda ni kat dia. Aku tak ada keyakinan diri."

Like I said. She likes someone!

"Just say it to him. Kalau tak, mungkin kau akan melepas. Like me."

"Huh?"

"Hahahah. Just joking. Sorry!"

What the hell, Evan?! Kau hampir terlepas cakap. This is not the right time, dude. Kau dah pun melepas! Dia sukakan lelaki lain. Dah tentu dia akan reject kau jugak bila dia tahu perasaan kau ni.

Just shut up your mouth. Shh.

"Aku takut dia tak boleh terima aku. Aku takut dia tak bersedia."sambung Camellia lagi.

"Kenapa pula? Sebab kau albino? Kira teruklah lelaki macam tu kalau disebabkan..."

"Eh! Taklah! Aku tak cakap pun disebabkan aku albino. Tapi sebab hati dia untuk perempuan lain. He loves someone else. Semua orang tahu benda tu. So what can I do? Nothing."

"Mana kau tahu? And plus, semua orang tahu? Apa maksud kau dengan semua orang tahu? Who the hell that guy actually? Aku kenal dia ke?"

"We arrived!"Camellia mencelah dan menyimpul senyuman lebar setelah kami tiba di resort milik John.

She ignored my questions again. What the...

Pintu dibuka dan Camellia melangkah keluar. Aku mengikuti untuk keluar juga.

Camellia memejamkan kelopak matanya. Angin malam yang nyaman ini dia hirup sambil tersenyum.

"Perempuan ni penuh dengan misteri."aku berkata perlahan lalu berjalan ke arah boot belakang. Beg galas aku keluarkan. Camellia juga tidak lupa mengambil beg pakaiannya.

Kami berjalan bersama ke arah rumah dua tingkat yang disewa Tyler itu. Lagu rancak diputar dari dalam dan didengari sehingga ke luar.

"Party time."kata Camellia sambil memandang aku sekilas.

Tombol pintu kami buka, kelihatan mereka semua sibuk menari di ruang tamu.

"So where is the winner tonight?!"

Mereka berhenti menari dan memandang aku dan Camellia.

"You're late, Lia! Felix dah balik. Dia tak sabar nak jumpa Evelyn."jerit Delyra dengan kuat agar kami dengar.

Bunyi lagu yang dimainkan memang betul-betul membingitkan telinga aku. Dia orang ni semua pekak ke apa?

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro