29_CONGRATULATIONS!
CHAPTER 29: CONGRATULATIONS!
Tyler pov
Aku memberi sebotol mineral kepada Felix sebelum dia berjalan keluar untuk masuk ke dalam dewan pertarungan. Felix mengambil lalu meneguk air tersebut.
"Evelyn dah sampai belum?"aku menyoal Felix. Felix menggeleng tatkala dia masih menelan beberapa tegukkan air. Botol tersebut ditutup semula lalu dia menghulurkannya kepada aku semula.
"She's not feeling well. But it's okay, aku masih dapat sokongan dan kekuatan daripada mereka berdua walaupun Evelyn tiada di sini."balas Felix lalu menyimpul senyuman leret.
"Berdua? Siapa lagi seorang?"
Felix tidak membalas pertanyaan daripada aku. Malah, dia masih lagi tersenyum. Apa maksud senyuman dia ni? Is he drunk or what?
Belum sempat Felix membalas pertanyaan daripada aku, lampu merah sudah menyala.
"Good evening ladies and gentleman! Malam ini kita akan menyaksikan perlawanan persahabatan di antara Beauty Beast dan Predator! So are you ready?!!"
Sorakkan gemuruh bergema dalam dewan besar yang akan menyaksikan kemunculan semula Felix dan Predator. Predator, huh? I know him. He was the predator from France.
"In the red corner, we have our Beauty Beast! Make some noise, guys!"
Lagu nyanyian Roy Jones Jr bertajuk Can't Be Touched diputar. Lampu merah bersilih ganti menerangi ruangan gelap dewan. Aku dan Felix melangkah keluar dan berjalan menyusuri lantai merah. Kaki diatur mendekati gelanggang oktagon.
Para jurugambar mula menangkap gambar sebanyak yang mungkin. Lampu flash kamera mereka tidak berhenti berkelip.
"I smell something good, Tyler. Bau haruman sebuah kemenangan."bisik Felix.
"What a nice joke, dude. Kau jangan main-main pulak dalam gelanggang tu nanti."aku membalas dengan nada berbisik.
Tiba sahaja kami di pintu masuk ke dalam gelanggang, lelaki bersuit hitam mula memberi laungan untuk Predator pula.
"In the blue corner, make some noises for Predator! One of the strongest fighter from France."
Sementara Predator berjalan keluar, aku memberi mouthguard kepada Felix.
"This is your comeback, so you must finish him. Jangan berangan teringat Evelyn pulak dalam gelanggang ni. Focus and focus!"
Felix mengangguk kepalanya lalu dia masukkan mouthguard ke dalam mulutnya. Peluh yang mula membasahi badannya ini aku lap menggunakan kain putih.
"Do the best, dude. Kalau kau kalah, you see me in the gym, Felix!"
Aku dan Felix menoleh ke arah tempat duduk penonton. Chester yang sedang duduk di kerusi roda memberi renungan tajam ke arah kami.
" Don't let him come to the gym. Mati lah aku."bisik Felix dengan butir perkataan yang hampir aku tidak fahami.
"Stop talking! Masuklah cepat. Fokus!"aku membalas lalu menolak Felix masuk ke dalam gelanggang. Pintu ditutup dan aku segera mengambil tempat di tepi jejaring.
Pengadil sudah mengambil tempat di tengah gelanggang, manakala Felix dan Predator menyiapkan diri di kanan dan kiri pengadil tersebut.
"Are you ready?!"soal pengadil kepada Felix.
"Yes, I am!"balas Felix lantang seraya mengekalkan posisi bersedia.
Pengadil memandang ke kirinya pula,"Are you ready?!"
"Ready."balas Predator. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
Ting ting ting!
Pertarungan bermula. Felix pantas mendekati Predator lalu...
Krakk!
Dia menendang rahang lelaki Perancis berkenaan dengan kuat sekali dan tendangan tersebut membuatkan Predator jatuh terduduk ke lantai.
Belum sempat Felix menerjah Predator, pengadil sudah menghentikan langkahnya. Kesempatan untuk bangun diberikan untuk Predator. Namun, dia tidak menunjukkan bahawa dia mahu berdiri. Malah, dia menjerit dan mengerang kesakitan.
Ting ting ting!
What?! Dah selesai?!!
Felix melompat kegembiraan di dalam gelanggang. Semua penonton bersorak selepas mendengar loceng yang menandakan pertarungan sudah tamat. Felix berlari ke jejaring lalu memanjat pagar jejaring tersebut. Jeritan kemenangan dilontarkan Felix seiring dengan sorakan penonton.
"Felix! Well done buddy!"aku bingkas masuk ke dalam gelanggang lalu memeluk Felix erat.
"It is insane! Aku menang!"
Pembantu perubatan selesai memeriksa keadaan rahang Predator. Lalu lelaki Perancis itu bingkas berdiri dan berjalan ke tengah gelanggang.
Lelaki besuit hitam masuk kembali ke dalam gelanggang lalu menjulang tangan Felix ke udara.
"The winner for this tonight is Beauty Beast! It's took 5 seconds only! Please cheer for our winner!"ucap lelaki bersuit hitam itu lantang.
Para penonton menjerit kegembiraan. Jurugambar pula sibuk memulakan kerja mereka menangkap gambar-gambar detik yang ditunggu-tunggu itu.
"Mr. Logan, berikan ucapan sedikit untuk semua penonton kita malam ini. Dan juga, penonton yang berada di rumah."
Mikrofon diserahkan kepada Felix. Felix menarik nafas sedalam yang mungkin, "First of all, to my fans. Thank you so much. Terima kasih kerana setia bersama saya sepanjang tempoh kecederaan saya tahun lalu. Di sini, saya kembali untuk anda semua..."
Penonton bagaikan dirasuk menjerit dan memberikan tepukan gemuruh buat Felix.
"Tidak lupa juga, ibu bapa saya, kawan sekumpulan saya, dan juga dua orang yang saya cintai. Evelyn, aku tahu kau sedang tengok aku kat Tv sekarang ni. As you can see, I won tonight without any injury at all. I love you so much, babe. And of course to our coming baby. I'm going to be a dad, guys! Thank you so much!"
"What?! Baby? Evelyn hamil?"aku menyoal dengan nada berbisik kepada Felix. Felix memberikan mikrofon semula kepada Pengacara itu lalu menganggukkan kepalanya kepada aku.
"Congratulations!"ucapku sambil tersengih lebar lalu memeluk Felix.
***
Guys, korang tahu tak? Saya sebenarnya tak tahu langsung apa itu MMA. I know nothing! Hahaha. Disebabkan saya pilih untuk berjinak-jinak dalam dunia action, jadi saya pilih untuk buat buku pasal Fighter. So ya, this is the book. Saya banyak buat research pasal MMA, cara dia orang berlawan, pakaian dia orang, me as a girl watch MMA kat youtube? Hahaha. Sumpah, saya tak tengok sampai habis. Ngeri weh tengok dia orang bergaduh😥 but for Camellia, saya teruskan jugak walaupun perit untuk dilihat. So sorry, kalau tak memuaskan seperti apa yang korang bayangkan🙏
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro