Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21_PLEASE START WORKING MY BRAIN!

Chapter 21: Please Start Working My Brain!

Camellia pov

"Err.. Evan, aku dah tak mahu sembunyikan apa-apa daripada kau lagi. Aku penat. Sebenarnya, aku dah berjanji dengan Aurora, dia mahu aku bahagiakan kau. Dia nak kau bahagia walaupun dia tidak bersama kau."rahsia yang selama ini aku pendam aku muntahkan jua kerana Evan berhak tahu.

Aku menatap wajahnya yang telah setia mendengar seraya mendiamkan diri. Tiada jawapan yang diberikan. Aku mengeluarkan loket bunga Camellia yang tersembunyi di sebalik baju yang dipakai.

"She gave me this necklace. Sebagai janji aku akan bahagiakan kau."sambungku.

Evan meraup wajahnya. Rambut hitamnya digosok kasar.

"Now it makes sense. Patutlah aku pelik kenapa Aurora bagi kau rantai ni dulu sedangkan waktu itu aku diberitahu bahawa Delyra yang terima jantung Aurora. Aku yang bodoh tak sedar benda ni dari awal." Evan berkata.

"No. Bukan kau yang bodoh, tapi kami yang biadap tak jelaskan perkara yang betul. You know nothing. Sekarang kau dah tahu semuanya, aku nak kau dengar sesuatu, Evan."

Aku bingkas berdiri dan berjalan mendekatinya. Perlahan aku memeluk Evan. Kepalanya aku lekapkan di dada kiri aku untuk Evan mendengar degupan jantung yang sedang laju mengepam darah di dalam tubuh aku.

"She still alive inside my body. Aurora sebahagian daripada aku."

Aku mengukir senyuman selepas Evan membalas pelukkan aku.

"Thanks, Lia. Terima kasih jelaskan semuanya."ucap Evan perlahan.

DING DONG!

Aku dan Evan pantas melepaskan pelukkan tatkala mendengar bunyi loceng menandakan ada tetamu yang datang.

"Err.. Aku pergi buka pintu sekejap."ujar Evan pantas lalu menapak perlahan ke arah pintu rumahnya.

DING DONG!

Aku bingkas melabuhkan punggung di sofa semula. Pipi aku terasa bahang seketika. Kenapa dengan aku ni? Aku pantas menepuk kedua pipi aku perlahan.

"Jemputlah duduk, Del."

Aku pantas memandang Evan dan seorang perempuan yang cukup aku kenali. Delyra melabuhkan punggung di sebelah aku.

"So how? Everything allright? Kenapa muka kau merah, Lia?"soal Delyra.

"Huh? Merah? Mana ada!"

"Your face just like my favourite tomato, Lia! Dari jauh aku dah perasan muka kau merah. Whats going on?"

"Okay, girls. Better aku ke dapur bawakan minuman untuk korang berdua. Jus okay, kan?"Evan mencelah lalu berjalan perlahan ke dapur.

"Apa-apa okay untuk aku! Thanks by the way."jerit Delyra.

Aku hanya mengunci mulut tanpa membalas apa-apa. Macam mana Del boleh perasan muka aku merah? But! Kenapa muka aku merah?

"Lia, kau perlu jelaskan dekat aku sekarang."sambung Delyra.

Gosh this girl! Aku ingatkan dia dah lupa apa yang dia soalkan tadi. But, meh... Dia masih nak cungkil apa yang dia tak tahu.

"Nothing happen. Aku cuma jelaskan semuanya dekat Evan. And stop asking me dumb question, Del."

"Ya lah tu! What ever, aku tahu ada sesuatu yang berlaku."

What? Apa yang berlaku? Nothing, okay! Aku cuma peluk Evan je. Is that weird. Aku menepuk dahi perlahan. Idiot, Lia. It was fucking weird! Kenapa pulak kau nak kena peluk Evan dan bagi dia dengar bunyi jantung kau?

"Oii. Kau pahal? Eh peliklah kau ni!" tegur Delyra lagi.

"Pelik apanya? Aku cuma peluk Evan sebab nak bagi dia dengar bunyi jantung aku je, itu pun pelik..."aku pantas menekup mulut aku dan menghentikan apa yang aku lontarkan sebentar tadi.

You're crazy, Lia! Darn crazy!

"What?! Hahaha!"

Delyra ketawa terbahak-bahak di sebelah aku. Aku pantas menutup muka aku dengan bantal kecil. Apa yang aku buat ni?! I'm dead! Mesti Del jadikan ni bahan ketawa dia lepas ni.

"Bagi dia dengar bunyi... Hahaha! Silly, Camellia! Hahaha!"

"Stop, Del. Nanti Evan dengar."

"It's fucking funny, Lia. Aku tak boleh berhenti ketawa. Hahaha!"

Aku menekup muka Delyra dengan bantal. Namun, bunyi gelakannya masih lagi kedengaran.

"Apa yang kelakar? Sampai macam tu kau ketawa."

Aku tersentak apabila Evan muncul sambil membawa dua gelas jus oren. Aku dan Delyra pantas membetulkan posisi duduk kami.

Sengihan nakal masih terukir di bibir Delyra. Delyra memandang aku sambil mengecilkan matanya.

"Nothing! Cuma Del teringat cerita kelakar. Ya, thats all."balasku teragak-agak kepada pertanyaan Evan.

"Oh really? Pasal apa?"soal Evan lagi.

"Em... Pasal..."

"Lia suka kau!"celah Delyra. Aku dan Evan serentak memandang Delyra.

What?! Delyra!!!

"Huh? Aku salah dengar ke apa tadi?"Evan menyoal.

"Camellia Edisson suka kau. Suka kau, Evan. Kau tak perlu pandang aku macam tu, Lia. Aku malas dah nak tengok kau main tarik tali. Just admit it. You like him, right? Am I right?"

Del! What are you saying just now?! Perempuan ni memang betul-betul gila!

"Hold on. Betul ke, Lia?soal Evan pula.

Aku suka Evan, ke? I need the answer. Tapi, jawapannya aku masih lagi tak tahu. Please, start working my brain!

***

Cute kan dia orang jadi watak anime? I just wonder how their look if they in anime version.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro