2_SUCH A WEIRDO COUPLE!
Chapter 2: Such A Weirdo Couple!
Camellia pov
Tiupan angin pantai semakin kuat membawa pukulan ombak ke atas batu. Langit biru menjadi tatapan aku tatkala menunggu kemunculan Chester.
"Kepala kau akan sakit Lia kalau kau mendongak macam tu."
Aku memalingkan muka apabila seseorang menegur. Lelaki bertatu mengambil tempat di sebelah aku.
"Aku tak tahu kenapa, aku tenang kat sini. Kau dah jumpa John?"
Chester menggeleng.
"John tak ada. Aunt Jasmien cakap John ke pekan. "
"I see. Jadi kau nak ke mana lepas ni?"
"Sekejap lagi aku ada training. Kau nak ikut aku ke Gym kami?"
"Boleh juga. Aku pun dah lama tak jumpa Felix. Dia ada kat sana, kan?"
"Si idiot tu memang selalu kat sana. Jomlah gerak."
Chester bingkas berdiri lalu menghulurkan tangannya kepada aku. Aku menyambut huluran itu lalu bangun dari duduk.
Leher aku terasa seperti kosong. Aku segera meraba sekitar leher.
"Rantai aku!"aku berjalan kembali ke batu yang menjadi tempat aku duduk tadi. Rantai berloketkan bunga Camellia ada di tepi batu itu segera aku capai.
"Rantai aku dah rosak patutlah selalu tercabut sendiri."
"Buang je lah rantai tu. Nanti aku belikan rantai baru."balas Chester.
"No. Rantai ni pemberian orang yang terpenting dalam hidup aku."
"Siapa?"
"Pemilik kepada jantung yang ada dalam badan aku ni. Dia yang beri pada hari terakhir dia hidup."
"Benda dah lama. Kau simpan jelah elok-elok. Tak perlu pakai lagi."
Aku diam membisu seraya membelek rantai tersebut.
"Jomlah gerak. Kau bukannya boleh kena panas sangat."
Aku terus menuruti dan berjalan di belakang Chester. Tibanya di kereta Ford Ranger hitam miliknya, Chester membukakan pintu untukku. Aku tersenyum halus dan langsung masuk ke dalam.
Chester sememangnya seorang yang baik. Dia mempunyai perasaan kepada aku sejak dahulu lagi. Namun, aku cuma menganggap dia sebagai abang sahaja.
Kami menjadi akrab pun kerana ibu dan ayah kami berkawan sudah lama. Sebelum kami wujud di dunia ini lagi.
Entahlah. Aku tak tahu hendak putuskan apa. Chester tetap menanti jawapan daripada aku. Jawapan untuk aku menerima dirinya.
Namun, aku masih teringat janji 3 tahun lalu. Janji di mana, aku harus membahagiakan seseorang.
"Okay, Lia. Aku nak kau bahagiakan tunang aku bila aku dah tak ada. John kenal dia."
"Tapi..."
"Aku tak minta banyak. Tu je yang aku mahukan. Tolong aku."
Gadis berambut blonde mencapai tanganku. Aku hanya terdiam seraya otak ligat memikirkan apa yang dia mahukan.
What should I do? Dia sudah korbankan nyawa dia sendiri untuk membantu aku, dan aku pula? Apa aku buat untuk dia? Idiot, kau kena tolong dia, Lia. No need to think twice or more. Just do it. Kau cuma kena bahagiakan tunang dia. Bukan dia minta kau mati pun? Girl, talk now.
"Baiklah."aku berkata sambil tersenyum kelat.
"Camellia!"
Aku tersentak lalu memandang Chester di sebelah. Chester memandangku dengan pandangan hairan seraya sebelah keningnya diangkat.
"Sorry. Aku okay."
"Are you serious? Aku panggil kau banyak kali. Dan kau takda renspon langsung. Kau kenapa? Tell me."
"No. Aku tak ada apa-apa. Cuma teringat benda lama."
"Okay. Kita gerak sekarang?"soal Chester. Aku langsung menganggukkan kepala. Kereta meluncur perlahan meninggalkan resort Eastardom.
***
Pintu Gym ditolak lalu Chester memberi laluan untuk aku masuk.
"Ladies first."
Aku melangkah masuk ke dalam. Kelihatan Felix sedang mengangkat dumbell menggunakan tangan kanannya. Felix menoleh dan memandang tepat ke arah aku.
"Hey, Camellia. Long time no see."
"Hai. Kau sorang je?"aku menyoal.
"Aku tunggu Evil belakang kau tu."jawabnya lalu meletakkan dumbell di rak besi. Felix melangkah ke arah kami lalu kami bersalaman.
"Kau dah warming up?"soal Chester.
"Dah. Oh ya! Aku ada hal nak bincang dengan kau lepas ni."jawab Felix bersahaja lalu melabuhkan punggung di bangku kayu. Aku turut duduk di sebelahnya. Chester pula masuk ke dalam Dressing Room untuk menukar pakaian.
"Mana Eve? Dia tak datang?"aku menyoal.
"Eve? Dia merajuk dengan aku. Kenapa ha perempuan ni suka merajuk?"
"Merajuk? Bagi tahu aku dulu kenapa dia merajuk. Kau buat apa kat dia?"
"Aku tak belikan hamburger dia semalam. Aku penat lepas training. What a weird girl I got..."jawab Felix.
"Hahaha. So funny la you guys. Alaa, dia merajuk sekejap je tu. Dia cuma mahukan perhatian daripada kau, itu sahaja. Apa kata, lepas training ni kau pergi belikan hamburger yang dia nak tu."
"Fine. Aku belikan dua terus, nak sangat melantak burger, kan? Kau tunggu Eve."
Felix membalut penumbuknya dengan kain nipis seraya mulutnya berkata sesuatu. Dia membebel perlahan seorang diri. I think you guys yang pelik. Kau dan Evelyn pasangan terpelik sekarang ni. Such a weirdo couple!
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro