17_BELIEVE IN YOURSELF, DEAR.
Chapter 17: Believe In Yourself, Dear.
Camellia pov
"Ya, ma. Cakap dengan papa tak perlu datang ke sini. Lia okey je ni tengah tidur. Doktor pun cakap kalau Lia dah bangun, dia boleh discharge."
Aku membuka kelopak mata perlahan apabila suara bualan seseorang menjengah ke dalam telinga. Aku terlihat Delyra sedang duduk di sofa sambil bercakap dengan seseorang melalui panggilan telefon.
"Del."aku memanggil namanya dengan suara yang serak. Delyra menoleh ke arah aku lalu bingkas bangun untuk menghampiri aku.
"Ma, ni Lia dah bangun dah. Nak cakap dengan dia tak?"
Aku pantas menggeleng kepada Delyra menandakan tidak mahu. Delyra menaikkan sebelah keningnya.
"No, no, Ma, Lia cakap dia nak pergi toilet. Nantilah Del suruh Lia call mama balik. Okay? Okay, bye Ma. See you at home later."
Panggilan dimatikan. Delyra pantas menyimpan telefon bimbitnya ke dalam handbag lalu menghampiri aku.
"Kau okay? Nak apa-apa?"soal Delyra.
"Mana Evan?"aku membalas soalan Delyra dengan soalan baharu. Delyra yang mendengar soalan aku terus melabuhkan punggung ke kerusi di sisi katil.
"Evan? Di...dia dah tahu semuanya, Lia. Dan sekarang ni dia tak mahu jumpa dengan kita lagi. Dia sangat marah sampai tak mahu dengar penjelasan daripada aku."jelas Delyra panjang.
Aku menarik nafas lemah. I knew this gonna be happen. Aku perlu minta maaf dengan Evan.
"Del, bawa aku berjumpa dengan Evan. Please?"aku meraih tangan Delyra lalu aku genggam kuat.
"No, Lia. Itu takkan berlaku. Biarkan dia."
Aku dan Delyra segera memandang ke arah susuk tubuh yang sedang berdiri di pintu wad. Chester yang sedang memeluk tubuhnya berjalan menghampiri kami.
"Suruh dia keluar, Del. Semua ini salah dia. Dia yang mulakan semua ni!"
"Aku akan bawa kau balik ke Eastardom, Lia. Kau takkan berjumpa dengan Evan sebab aku takkan benarkan perkara itu berlaku. Mark that in your head."
"Aku tak nak! Kau keluarlah, Ches. Aku tak mahu ikut kau. Kau tak faham bahasa ke?"
Aku memeluk tubuh lalu berpaling dari memandang lelaki itu. Delyra yang sedang duduk terus bangun dan berjalan ke arah Chester.
"Chester, you better leave now. Kalau Lia balik ke Eastardom sekalipun, aku yang akan bawa dia bukan kau. So, go."jelas Delyra perlahan.
Aku menjeling Chester yang masih tegak berdiri di sana. Dia masih lagi memandang aku dengan reaksi tidak berpuas hati di wajahnya. He's so stuborn! I just don't want to believe he was my friend.
"Aku akan pergi. Tapi kau tetap takkan jumpa Evan. Kalau kau bertekad juga nak jumpa dia, kau tunggulah apa yang akan aku lakukan."balas Chester lalu melangkah keluar dari wad.
Do I care? Just go, bullshit! Aku dah muak dengan perangai kau.
Delyra segera menutup rapat pintu wad lalu dia melangkah mendekati aku semula.
"Now tell me. Apa yang berlaku? Macam mana boleh berlaku?"
Aku memandang wajah sayu Delyra serta tangan aku digenggam erat olehnya. Aku menarik nafas lemah lalu aku hembus perlahan.
"Aku tak tahu. Dada aku sakit secara tiba-tiba. Evan bawa aku ke rumah lamanya. Di sana adalah tempat di mana sisa kenangan antara dia dan Aurora tersimpan. Aku tak tahu kenapa aku terasa sebak dan dalam pada masa yang sama dada aku sakit. Sakit bila tengok wajah ceria gadis bermata biru yang tersenyum lebar dalam frame gambar di sana. I don't know. It's hurt, Del. Aku sedih sangat. Aku macam nak menangis sepuasnya waktu itu. Jadi sekarang macam mana, Del? Apa aku nak buat? Evan dah bencikan aku, kan? Macam mana aku nak masuk ke dalam hati dia?"
"Wait! Jadi kau betul-betul sukakan dia? Aku ingatkan kau bergurau! Dan aku pun layankan gurauan kau tu."
"Yaa, I think I like him. Even tho aku tahu tiada ruang untuk aku dalam hati dia. Dia masih sayangkan Aurora. Aku sedar perkara itu. Semua terpampang di wajah dia. Dari cara dia senyum bila melihat gambar Aurora. Cara dia sebut nama gadis mata biru itu. She still love her. I just don't know what to do, Del. Aku pernah terfikir, patut ke aku putus asa sahaja? Aku tak yakin aku boleh melangkah masuk ke dalam hati dia. You know what I mean, right?"
"Enough, Lia. Kau tak boleh cakap macam ni. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Past is past. Aurora masa silam Evan. Dan hari ini, harta berharga Aurora ada dalam tubuh kau. Dan janji kau dengan Aurora. Kau kena tunaikan. Bahagiakan Evan. Memang pada mulanya aku tak yakin dengan janji antara kau dan Aurora. Tapi, sekarang, aku tahu janji tu akan tertunai juga. Believe in yourself, dear."
Aku melepaskan helaan panjang. Mungkin Delyra betul. Aku perlu percaya dengan diri aku.
"Help me, Del. Bawa aku berjumpa dengan Evan."
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro