11_LORD, I'M DEAD!
Chapter 11: Lord, I'm dead!
John pov
Mata aku tidak lepas memandang gadis yang sedang tertawa itu. Darn it! Kenapa dengan aku? Aku tak boleh halang mata aku dari berhenti memandang dia. Stop it, John. Just stop looking at her!
Marcella memerhati sekeliling lalu matanya berhenti dan memandang aku. Aku terus melarikan pandangan ke arah lain. No! Dia perasan aku tenung dia, kan? No!
Aku menjeling Marcella kembali. Gadis berambut coklat itu berjalan perlahan ke arah aku. No, no, no, no! She's coming here!
Aku membetulkan kolar kemeja lalu berlagak selamba. Mojito aku minum laju.
"Hai, boleh aku duduk di sini?"
Aku mengangkat wajah lalu memandang anak mata hitam Marcella. She got a beautiful pair of black eyes.
"Ya, sure. Have a seat."
Aku mengusap belakang kepala. Marcella mengambil tempat di sebelah aku.
"Aku Marcella, just call me Ella."
Marcella menghulurkan tangannya kepada aku. Aku tanpa teragak-agak menyambut huluran itu.
"John Cloneey."
"Nice name, John."balas Marcella seraya menguntum senyuman. Senyumannya aku balas.
"Thanks."
"Jadi kau kawan kepada Tyler juga?"
"Ya, something like that."
"I see. Boleh aku tahu siapa mamat berlagak kat sebelah sana tu?"
Marcella menyoal lalu menuding jari telunjuknya ke arah Chester. Berlagak, huh? Damn you, Chester. Orang yang tak kenal kau pun boleh agak perangai kau macam mana.
"His name is Chester Robert. Dan dia ketua pasukan Hero Club. Everyone in MMA world called him Evil. Evil Hawk."
"Evil Hawk? Aku tak rasa dia boleh terbang?"
"No. Bukan maksudnya dia boleh terbang. Dia ada tatoo helang di dada dia."
"Ohh, really? But, his tatoo looks amazing. Aku dapat rasakan dia kuat di gelanggang."
"Ya, you're right. Dia sangat kuat."
Marcella menganggukkan kepala seraya mendengar apa yang aku katakan.
"Jadi kau akan terus menetap di sini?"aku menyoal.
"Yes, aku akan pindah terus ke sini. Tapi aku tetap akan balik ke Korea bila cuti panjang."
"I see."aku berkata seraya menyeluk poket seluar. Dompet hitam aku keluarkan. Aku ambil sekeping kad peribadi lalu aku hulurkan kepada Marcella.
"Apa ni?"soal Marcella.
"Kad aku. Kau boleh hubungi aku kalau kau ada sebarang masalah."
Marcella mengambil kad tersebut lalu menatapnya lama.
"So, you're a doctor? Wow. What a nice job."kata Marcella teruja.
"Ya, aku ada buka klinik di resort ni. Dan resort ni juga kepunyaan ibu bapa aku." balasku sambil tersengih halus.
"Wow again! You're amazing. Selalunya orang seperti kau ni hanya wujud di dalam K-Drama sahaja. Hahaha, funny right?"
K-Drama? Apa kejadah tu?
"Yaaa, you're funny! Ha.. Ha.. Ha..."balasku sambil ketawa paksa. I don't get it. What was that? Apa yang kelakar sangat?!
Marcella masih lagi ketawa mengekek. Aku menatap dia seketika. She still beautiful. Walaupun sedang ketawa seperti mak lampir.
"John, I can smell something here!"
Aku memandang lelaki yang berdiri di hadapan kami. Marcella berhenti ketawa sejurus menyedari kehadiran Felix. Apa kau nak? Kau sekat keindahan yang aku nampak sekarang ni. Let her laugh and go a way!
"What? Apahal kau menyibuk kat sini?" soalku sambil memandang Felix dengan pandangan tidak berpuas hati. Tanpa sebarang jawapan, Felix melabuhkan punggung di sofa berhadapan kami.
"Aku nak berkenalan dengan teammate baru aku. Salah ke?"
"Kau ahli Hero Club juga?"Marcella menyoal.
"Ya. Aku Felix Logan, rakan sepasukan kau."
"Wow. Hai, aku Marcella. Call me Ella."
"Beautiful name! Wonderful!"
Marcella menahan tawa. Aku mengetap gigi. Mamat ni boleh tahan juga bila sibuk nak jual minyak kat sini.
"Felix, boleh ambilkan aku air?"
Aku memandang gadis berambut pendek yang sedang berdiri bercekak pinggang.
"Give me 10 minutes, Eve. Aku tak puas lagi..."
"I said now."Evelyn memintas sebelum Felix sempat menghabiskan apa yang dia ingin katakan.
Felix menjuihkan bibir bawahnya lalu bingkas pergi meninggalkan kami. Evelyn terus melabuhkan punggung di sofa.
Serve you right, Felix! Hanya Evelyn sahaja yang boleh hentikan apa yang kau nak buat.
"Hi, I like your hair."kata Marcella tiba-tiba kepada Evelyn. Evelyn memandang Marcella dengan muka serius.
"Thanks."balas Evelyn pendek.
Aku menggelengkan kepala. Aku tahu Evelyn tak senang dengan kehadiran Marcella.
"Siapa dia ni? Dia macam tak suka aku je?" soal Marcella kepada aku dengan nada berbisik.
"Nama dia Evelyn Summer. Dia teman wanita kepada Felix, mamat gatal tadi."
"Ohh, I see. But she's cute. Patut ke aku potong rambut macam dia?"
"No. Kau lagi cantik dengan rambut panjang."balasku secara spontan.
Aku tersentak. Apa aku cakap tadi? Stupid, John. Aku tersengih menampakkan barisan gigi putih. Marcella menguntum senyuman seraya memandang aku.
"Kau pun kacak. Aku suka dengan mata biru kau."
Wait! Did she? No. Dia cakap aku kacak? Seriously? Aku tak sangka ayat tu akan keluar dari mulut dia. And look at her smile.
Lord, I'm dead!
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro