11
' Seokjin kau terlalu baik '
Song J-ae hanya melemparkan senyuman manis kepada Seokjin yang setia menantinya . Kepala ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat kepada Seokjin atas pemberiannya . Setelah itu , lantas dirinya diloloskan ke dalam rumah .
" Jimin , tak sangka sepandai - pandai kau dalam uruskan hal perniagaan kau tetap kurang bijak dalam hal cinta " setelah J-ae hilang dari pandangannya , Seokjin terus memecut membelah jalan raya yang sunyi pada malam itu .
J-ae membawa kotak pizza tersebut kedalam biliknya . Kotak pizza tersebut dipandang lama dengan penuh minat . Dirinya memang dari tadi menahan lapar tapi dia juga bimbang akan sesuatu .
Jimin .
J-ae bimbang jikalau Jimin mengetahui yang dirinya mencuri - curi makan di rumah itu walhal dia mempunyai hak untuk makan . Masih terngiang - ngiang lagi akan pukulan yang diberikan oleh Jimin semasa dia sedang minum segelas susu .
Jimin memukulinya tanpa belas kasihan . J - ae menitiskan air matanya yang sudah tidak dapat dibendung lagi dari kelopak matanya . Jarinya dengan perlahan membuka kotak pizza tersebut .
' Jimin , maaf . Saya lapar '
• • • • •
" Kenapa kamu mahu jumpa dengan uncle Seokjin ? Seperti ada pekara penting ingin disampaikan " Seokjin tersengih sambil menggosok belakang lehernya .
" Takdelah uncle , Seokjin cuma nak minta nombor telefon isteri kepada Jimin . " hanya sengihan yang menghiasi wajah Seokjin semenjak dia menuturkan kata - katanya tadi . Tuan Park hanya menggelengkan kepalanya .
" Itu sahaja ? Uncle fikir ada pekara yang penting tadi . Rupanya hanya sebab kamu ingin nombor telefon J-ae je " Tuan Park mula mengorak ke sesuatu tempat . Ditinggalkan Seokjin berseorangan di ruang tamu rumahnya .
Setelah beberapa minit kemudian , Tuan Park berjalan menuju ke Seokjin bersama buku nota kecil di tangan . Buku nota tersebut dihulurkan kepada Seokjin . Seokjin memandang Tuan Park kehairanan .
Minta nombor telefon tapi dapat buku pula .
" Dalam buku nota itu ada nombor telefon J-ae . Kamu cari sahaja namanya . Uncle dah tua jadi takut lupa atau berlaku kecemasan mereka boleh hubungi melalui buku nota yang disediakan " Seokjin hanya mengangguk menandakan dia sudah faham .
Setelah dia telah mendapat kehendaknya , Seokjin memulangkan kembali buku nota itu kepada Tuan Park .
" Terima kasih , uncle . Seokjin minta diri dulu ye . " kepala ditundukkan seketika . Setelah itu , lantas kakinya menuju ke ruangan kereta . Seokjin memasuki perut keretanya dengan girang . Dirinya sendiri sukar menafsirkan tentang perasaannya ketika itu .
Tanpa menghidupkan enjin keretanya , jari - jemari Seokji pantas menaip sesuatu . Nombor telefon J - ae ditekan . Kemudian butang call ditekan . Hanya kedengaran bunyi deringan di gegendang telinga Seokjin .
on call
' Hello , siapa ini ? '
' Ini saya Seokjin . Awak masih ingat saya lagi kan , Song J-ae ? '
' Oh Seokjin ! Ye , saya masih ingat . Terima kasih atas makanan pizza tempoh hari '
' Sama - sama . J - ae , awak sihat tak ? Jimin ada pukul awak ? '
' Oh tiada . Jimin tak balik dari semalam . Saya sihat sahaja tak perlu risaukan saya '
' Jimin tak balik ? J - ae ada pekara yang saya nak bincangkan dengan awak '
' Apa dia , Seokjin ? Saya merayu pada awak tolong jangan bagitahu Tuan Park tentang tingkah laku Jimin terhadap saya '
' Tidak perlu bimbang hal itu . Saya akan simpan rahsia Jimin '
' Jadi , apa pekara yang awak nak bincangkan dengan saya ? '
' J - ae , saya nak awak lari dari Jimin . Saya boleh tolong awak untuk lari daripada Jimin . J - ae ini tentang diri awak . Dia akan seksa awak
end call
Panggilan yang dibuat oleh Seokjin tiba - tiba sahaja terputus . Sudah semestinya J - ae yang mematikannya . Sudah jelas J - ae terkejut akan rancangan Seokjin kerana J-ae sendiri tidak sama sekali berkata - kata apabila dia mencadangkan rancangannya itu .
Tangannya dihempas kuat di stereng keretanya . Perasaan menyesal menyelubungi dirinya . Sepatutnya dirinya tidak perlu tergopoh gapah .
' Maafkan aku , J - ae . Aku buat itu untuk kau selamat dari neraka ciptaan Jimin '
Special tag
qnynaa
She made a new cover for our collabration's . Thankyou ! ♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro