08
Jimin merasa tidak senang duduk di atas sofa . Tatapan tajam daripada Seokjin membuatkan lidahnya kelu untuk mengungkap sepatah kata .
" Hm besar juga rumah kau ni ek . Tapi tulah , rumah aku lagi besar hehe " Sempat lagi Seokjin mengangkat bakulnya sendiri sedangkan Jimin pula di dalam situasi yang begitu genting .
Mana taknya , Seokjin datang salah timing . Kalaulah jejaka itu tahu yang J-ae kini sedang dikurung di dalam bilik , mesti dia akan mengadukannya kepada Tuan Park dan Jimin bakal menemui ajal !
Senyuman palsu sedaya upaya diukir buat Seokjin walaupun hakikatnya Jimin kini sedang serabut memikirkan cara agar sahabat karibnya itu berambus secepatnya .
" K - Kau kata nak jumpa aku sebab ada benda urgent . So tell me , apa benda tu ? " Jimin cuba berlagak tenang . Rambut yang berjuntaian di dahi dikuak ke belakang sekaligus peluh yang mencurah di dahi diseka dengan tapak tangan .
Dia dah tak kisah dengan tapak tapaknya yang kini melekit dengan peluh sendiri . Fikirannya benar - benar kusut ketika ini !
" Rumah kau ni takde aircond ke apa ? Apesal kau mandi peluh ? "
" Eo ? Erm aku buat senaman naik turun tangga tadi . Nak bagi fit badan sikit . Tu yang berpeluh tu ha "
Seokjin sekadar menganggukkkan kepala , " I see . Anyways , mana bini kau ? Tak nampak pun . Baru ingat nak ajak berkenalan "
" S - shopping " Jawapan yang pendek dan ringkas , itu sahaja yang terlintas dalam kepala otak Jimin .
" Okay . Kalau macamtu , aku straight to the point jelah . Aku datang sini sebab nak minta pelan untuk next project kita . Bapa kau suruh aku ronda tempat tu , nak tengok sesuai ke tak untuk bina apartment "
Selesai Seokjin menghabiskan ucapannya , Jimin lantas menepuk dahi . Berang dengan J-ae punya pasal sampai dia terlupa tentang urusan kerja .
" Nasib kau bagitau ! Kau tunggu kejap , aku nak pergi ambil pelan tu " Dengan langkah yang pantas , Jimin mula menapak untuk ke biliknya di tingkat atas .
Setelah kelibat si tuan rumah itu hilang , Seokjin bangkit dari duduknya . Langkah dikorak untuk meninjau persekitaran dalaman rumah agam tersebut sementara menanti kedatangan Jimin .
" Tsk tsk ... "
Langkah jejaka itu terhenti betul - betul di hadapan sebuah bilik tatkala suara esakan wanita menyapa ruang pendengaran .
" S - Siapa yang nangis tu ? " Seokjin mula merasa tidak sedap hati . Air liur ditelan kelat . Sedaya upaya dia mengumpul kudratnya lalu dia melangkah merapati pintu bilik di mana suara esakan itu kedengaran .
Kunci yang sedia ada di dalam tombol dipulas perlahan - lahan lalu dedaun pintu ditolak . Seokjin sedar apa yang dilakukannya ini adalah salah kerana sesuka hati melakukan pencerobohan .
Namun kerana rasa ingin tahu yang menebal , Seokjin mengabaikan spekulasi tersebut .
Usai pintu dibuka , si jejaka hampir membeliakkan matanya . Sekujur tubuh yang sedang memeluk lutut di birai katil bersama lebam dan luka di wajah membuatkan dia terkejut beruk .
Adakah ini yang Jimin katakan ' shopping ' ?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro