Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

05

Jimin melajukan langkahnya menuju ke arah sebuah meja di penjuru kafe . Tanpa dipinta , Jimin melabuhkan punggungnya dan mengeluh perlahan . Seorang lelaki dihadapannya dipandang sekilas .

" Seokjin hyung nak apa call  aku tadi ? Maaf , aku sibuk bersihkan badan tadi " Seokjin meletakkan cawan yang masih tersisa bakinya di atas meja . Kini , gilirannya pula memandang Jimin atau lebih tepatnya lagi merenung tajam Jimin .

" Kau tak perlu nak sembunyi kan sesuatu dari aku , Jimin . Kau jangan fikir aku tak tahu " suara dingin Seokjin membuatkan Jimin mengerutkan dahinya . Tingkah laku Seokjin yang berada dihadapannya kini berbeza sekali dengan Seokjin yang dahulu .

" Eh hyung , kenapa nak marah aku pula ni . Aku sembunyikan apa ? Aku tak sembunyikan apa - apa " jelas Jimin . Seokjin menghela nafas berat . Jimin ditatap .

" Jimin , kau tahu kan aku pantang orang tipu aku ? "

" Masalahnya aku tak sembunyi kan ap - "

" Dah tu Song J-ae tu siapa , Park Jimin ? " soalan yang diutarakan oleh Seokjin membuatkan Jimin terdiam . Suasana kian menjadi sunyi tanpa sebarang reaksi daripada kedua - dua sahabat itu .

" Kau kenapa tak jemput aku , Jimin ? Aku kawan kau dah lama tau . Sanggup kau berahsia dengan aku ? Dasar anak Park ! HAHAHAHAHA " terletus tawa Seokjin setelah melihat Jimin terdiam lama sekali buat kali pertama .

' Aku fikir dia betul - betul nak marah aku . Tch , Dasar anak jin '

" Hyung ! Kau fikir lawak ke ? Tch " Seokjin yang masih tersisa tawanya melihat Jimin . " Chill  Jimin . Kenapa nak marah - marah ni ? Nanti cepat tua hahaha "

Jimin menghiraukan Seokjin dan mula memesan makanannya . Hendak tunggu Seokjin menghabiskan tawanya ? Huh tunggu abad ke - 30 agaknya tidak habis lagi gelaknya .

•  •  •  •  •

J-ae mengambil peti kecemasan di dapur dan dengan kadar segera dia merawat luka di tangannya kesan daripada tergeser dengan bucu sofa .

Bunyi enjin kereta yang mulai kedengaran membuatkan J-ae semakin tidak keruan merawat lukanya . Lantas dia menyimpan peti kecemasan tersebut setelah mendengar tombol pintu utama dipulas .

Jimin yang melihat J-ae berdiri statik dipandang dengan penuh minat . Otaknya ligat memikirkan cara untuk menyakiti J-ae lagi . Hatinya masih belum puas menyeksa isterinya sehingga dia berasa puas hati -

atau mati ?

Idea nakalnya terus terpadam apabila melihat tangan J-ae yang terluka sudah diletakkan ubat . Lantas amarahnya memuncak . Jimin melajukan langkahnya dan menarik rambut J-ae dengan kasar .

" Jahanam punya perempuan ! Siapa izinkan kau guna barang dalam rumah aku , ha ?! " J-ae hanya mampu diam dan menangis . Rasa sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu ketika itu .

" Jim - Jimin , saya sakit . Tolong lepaskan saya hiks " tangan Jimin yang masih setia menarik rambutnya cuba dirungkaikan .

" Sakit ? Pergi mati dengan kau punya sakit " genggamannya dikuatkan lagi . J-ae pula meraung kesakitan . Jimin tersenyum sinis melihat wajah J-ae yang kesakitan itu . Kemudian tubuh kecil gadis itu ditolak kasar ke lantai .

" Kau dengar sini perempuan ! Sekali lagi aku nampak kau guna barang aku tanpa kebenaran aku , kau memang nahas faham ?! " Jimin menendang kuat kaki J-ae sebelum beredar dari situ .

'  Tu baru sikit J-ae . Aku akan buat kau lagi sengsara . Itu akibat kau kerana merosakkan rancangan aku untuk bergerak solo '

[ BERSAMBUNG ]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro