Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17:00 [ END ]

“Saddam marah kau?” Aisyah menggeleng menafikannya.

“Tipu. Aku kenal Saddam. Dia pasti marah kalau libatkan ibu dia dalam hal macam ni.” Syifa memeluk Aisyah erat. Afif pula hanya bermain dengan pennya.

“Ibu Saddam datang sini, ada tempat nak tinggal ke?”

“Aku tumpangkan dorang kat rumah parents aku. Parents aku pun okay je.” Aisyah mengeluh. Tipulah kalau cakap dia tidak terasa dengan tuduhan yang Saddam berikan padanya. Tiba-tiba Afif berdiri dari tempat duduknya.

“Biar aku bercakap dengan Saddam.” Aisyah menahan Afif yang ingin menuju ke wad Saddam.

“Hal ini akan bertambah teruk kalau Afif pergi sekarang. Biarlah Saddam tenangkan fikiran dia. Saddam menangis teruk waktu ibu Saddam datang tadi.” Afif tidak hiraukan kata-kata Aisyah. Wad Saddam dimasukinya.

“Apa kau nak tiba-tiba terjah wad aku?” Saddam menutup buku yang dibacanya tadi sebelum diletakkan di laci meja bersebelahan katil. Kolar baju hospital Saddam ditarik Afif.

“Kau takde hak untuk marah Aisyah! Lagipun, aku yang beritahu dekat ibu kau pasal kau! Kau boleh tak pandang positif tentang tindakan kitorang? Ni untuk kau jugak! Aku tau kau rindu ibu kau!” Saddam menepis tarikan Afif itu.

“Kalau ibu aku sakit, kau nak bertanggungjawab? Ibu aku ada darah tinggi! Aku taknak darah dia naik sebab risau tentang aku! Kau tak kesiankan ibu aku datang jauh-jauh dari Terengganu? Lepas tu, negeri kita antara negeri yang kes tinggi! Kalau ibu aku terjangkiti jugak macam mana?!” Afif terdiam. Dia sendiri tidak terfikir apa yang diberitahu Saddam. Aisyah dan Syifa hanya berdiri di hadapan pintu wad membiarkan Afif dan Saddam berbincang sendiri.

“Tolong. Aku sayangkan ibu aku lebih dari nyawa aku sendiri. Aku--” Saddam terbatuk kuat sebelum tubuhnya rebah mencium lantai.

•••

Ibu mana?” Saiy hanya diam. Kini, Saiy lengkap memakai pakaian nyahkuman demi berjumpa dengan aku.

“Along boleh tak pentingkan diri sikit? Keadaan Along pun macam ni, tapi masih bertanya tentang Ibu.” Saiy tertunduk bagi menyorokkan air matanya yang mengalir. Haih.

“Takyah nak pura-pura kuat. Aku sihat nanti, aku balik lah. Bawa ibu balik kampung esok.” Saiy masih menangis. Haih lemah lah aku tengok budak ni menangis. Saiy jarang-jarang je menangis. Happy go lucky katakan.

Macam mana nak balik kalau Along tak sembuh lagi? Hiks. Along kalau kawan Along tak beritahu semalam tentang Along, mesti kitorang kat kampung tu tak tahu lagi tentang Along.” kepala Saiy aku usap perlahan.

Kalau kau datang nak nanes je, baik kau balik. Aku takde masa nak pujuk kau nanes.” Saiy mengelap air matanya.

Along tak rasa along kejam? Marah kak Aisyah sebab beritahu tentang keadaan along. Perkara yang dia buat tu betul. Lepas tu nak tengking dia.” aku tergelak sinis. Aku marah Aisyah. Yang lain pulak yang melenting.

Takyah sibuk lah hal aku. Yang penting, esok kau balik. Faham? Aku taknak kau berlama dengan Ibu kat sini. Kesian ibu. Aku tengok, teruk dia terketar semalam.” Saiy mengangguk faham. Dia bangun dari kerusinya. Haih. Nak cakap ke tak? Aku menarik perlahan tangan Saiy.

Saiy. Andai aku pergi dulu, jagakan ibu untuk aku. Ayah pun dah tua. Bahagiakan ibu dan ayah. Cakap dengan ibu yang aku sangat sayangkan dia. Ayah pun. Kirim salam kat ayah bila dah balik. Jangan lupa apa yang aku pesan. Belajar elok-elok. Aku sayang kau jugak.” Saiy mengangguk perlahan. Aku tersenyum nipis. Setelah Saiy keluar dari wad, aku menyambung aktiviti aku iaitu tidur.

•••

Aisyah yang mengemas barangnya dipanggil seseorang. Dia menoleh melihat pemanggil tersebut. Ianya seorang jururawat yang bertugas untuk menghantar ubat dan memeriksa keadaan Saddam.

“Ya saya. Kenapa akak panggil aisyah?” sekeping surat dihulurnya. Surat yang sudah disanitasi. Berkerut dahi Aisyah.

“Surat apa ni?”

“Saddam suruh akak berikan dekat Aisyah.” Aisyah masih hairan. Surat itu diambilnya sebelum dia mengucapkan terima kasih kepada jururawat itu.

Surat? Kenapa Saddam nak beri surat? Tanpa menunggu lagi, Aisyah membuka sampul surat itu.

Dear Aisyah,

Assalamualaikum. Ini Saddam. Haha mestilah kau dah tahu. Em, aku ni sangatlah pemalu dan ego orangnya sehingga terpaksa buat surat untuk meluahkan kata-kata.

First at all, aku nak mintak maaf. Untuk setiap salah aku sebab selalu sakitkan hati kau. Dan seterusnya, aku cuma nak kau tahu. Aku tetap sayangkan kau. Aku dah lama on crush kat kau sejak kita sekolah menengah. Mesti kau pelik kenapa aku selalu layan kau dingin dulu kan? Semuanya sebab aku taknak tonjolkan perasaan aku. Maaf lah.

Aku harap, selepas ni, kau carilah mamat lain yang boleh gantikan aku dalam hidup kau. Aku mintak maaf. Tak dapat kotakan janji aku untuk mengahwini kau. Jika ini kali terakhir aku dapat bercakap dengan kau, aku harap.. kau boleh tengokkan ibu aku sekali sekala. Bukan mintak kau tinggal dengan dorang. Cuma datang melawat. Ibu aku suka sangat dengan kau. Berkenan teruk lah. Haha aku sendiri tak tahu apa tujuan aku buat surat ni sebenarnya. Mungkin lebih kepada mintak maaf. Aku doakan kau dapat kecapi kebahagiaan dan dapat jumpa dengan lelaki yang lebih baik daripada aku. Itu sahaja yang aku nak cakap. Terima kasih sebab terima cinta aku. Assalamualaikum.

Air mata Aisyah tidak henti mencurah. Dia berlari menuju ke wad Saddam. Masuk sahaja di wad tersebut, kelihatan beberapa doktor berdekatan sedang bercakap sesuatu.

“Muhammad Saddam Hanif bin Hamidi, meninggal pada hari Khamis, bertarikh 14 Mei 2020, jam 7.36 malam.” lantas Aisyah terduduk di lantai. Pemergian Saddam yang secara tiba-tiba itu cukup menyentakkannya.

“Cik? Cik okay?” Aisyah bangun sambil berpaut pada dinding dan keluar dari wad Saddam. Kakinya terketar dan akhirnya dia duduk di kerusi yang disediakan di luar wad.

Ya Allah Saddam. Apa Aisyah nak beritahu ibu Saddam?” Syifa dan Afif yang baru sampai dipandang Aisyah. Aisyah memeluk Syifa sambil menangis teresak-esak.

“S-syifa. Sa..Saddam dah.. dah takde.” Afif dan Syifa turut tersentak dengan berita itu. Aisyah menangis sepuasnya di dalam pelukan Syifa.

“Aisyah pun sayangkan Saddam.”

•••

[ Ahad, 24 Mei 2020 ]

Baju melayu berwarna merah tergantung sayu di dinding. Saiy atau nama sebenarnya, Saiyida mengetap bibir. Laungan takbir raya yang berkumandang sedikit pun tidak dihiraukannya. Dia rindukan arwah abangnya, Saddam.

Along. Saiy penat-penat belikan Along baju raya. Tapi Along tak pakai pun. Membazir duit Saiy tau.

Air matanya mengalir deras. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Cepat-cepat Saiy mengesat air matanya.

“Saiy. Dah siap belum? Kita nak pergi surau kejab lagi nak solat raya. Ke Saiy tak boleh solat?” Ibu Saiy mengambil tempat di hujung katil sebelum punggungnya dihenyak di situ. ( •ิ_•ิ) berbelit semacam-

“Haih Saiy. Senyumlah. Harini hari raya. Saiy menangis ke? Nanti cairlah make up Saiy.” Saiy memeluk tubuh ibunya erat.

“Saiy rindu Along.. sangat-sangat.” belakang tubuh Saiy diusap ibunya lembut.

“Haih dahlah tu. Apa orang cakap nanti nampak mata Saiy bengkak. Mati laki ke? Ha cepat bersiap. Ayah dah nak gerak dah tu. Takmolah sedih-sedih. Nanti akak Aisyah nampak, Saiy geram pulak bila kena usik.” akhirnya Saiy mengukirkan senyuman nipis. Dia bangkit dari duduknya dan membetulkan sedikit tudungnya di hadapan cermin. Telekung disarungkan melitupi kepala manakala kain dipegang di tangannya.

“Jomlah ibu. Nanti Saiy nak bawak kak Aisyah raya satu kampung hehe.” baru sahaja Saiy keluar dari bilik, dia sudah terlihat Aisyah yang bermain bersama adiknya. Lantas tubuh Aisyah pula didakapnya.

“Eh eh Saiy. Rosak tudung akak Aisyah ni.” makin eratlah Saiy memeluk Aisyah. Sengaja ingin mengusik rakan arwah abangnya itu.

“Wah cantiknya baju raya Saiy.” Saiy tersengih.

“Memanglah cantik. Warna merah kan. Merah mu bara semangat waja HEHE” tergelak mereka berdua. Ibu Saiy hanya melihat mereka dari jauh.

“Eh cepatlah. Bergelak lagi. Ayah dah nak gerak ni.” Saiy dan Aisyah pantas berlari turun dari tangga rumah untuk masuk ke kereta.

“Ehm Assalamualaikum.” pandangan mereka kini tertancap pada seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna merah. Saiy sudah tersenyum sendirian manakala Aisyah masih keliru.

“Siapa tu?”

“Pakwe saya EHEHEH” siapa dia? Awuck rasa? *smirk*

❝ Saya datang nak raya hehe.❞

TAMAT

Maka tamatlah sudah short story ini. Sape yang nanes baik angkat ketiak. AHAHHAHAHA tak. Sedih ke weh? Aku tak feel sangat kesedihan tu HAHA. Baiklah dengan ini, Cerita Uri Frontliner kini bakal melabuhkan tirai. Terima kasih kepada awuck-awuck yang setia membaca cerita ni. I wuv u wkwk. Lepas ni, kalau aku rajen, aku publish lah cerita baru. Kalau tak rajen, aku sambung update ACRG dulu. WKWK Bye okayy. Jumpa kat story lain ehehehhe Assalamualaikum.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro