02:00
Selasa, jam 9 malam
Solat Isya' di Masjid Almunawwarah selesai juga. Aku berjalan seorang keluar dari masjid sesudah selesai solat. Tiba ii afif datang dari belakang menyergah aku. Nyaris pecah jantung.
"Yah fif. Kau mmg takleh an kalau tak kacau aku sehari? Semak betul" kalini dia mencebik. Heh. Simpati aku mahal :D
"kau ni tak sporting ah. Tanak kawan" aku terus tinggal dia. Aku malas layan. Tiba ii aku stop bila nampak Aisyah ngan Syifa kat seberang jalan.
"yah- umaigod Syifa aku." Aisyah dan Syifa memandang ke arah kami juga. Aisyah melambaikan tangan pada aku. Aku terus berpaling dan blah dari situ.
Aisyah Point Of View
Aku pelik dengan saddam. Kenapa dia cam nak lari? Allahu aku baru teringat nak bagi barang dia tertinggal kat kedai kuih tadi. Afif pun datang dekat kami.
"Assalamualaikum Syifa. Assalamualaikum Aisyah." Syifa dah malu ii.
"Waalaikumussalan Afif" kali ni afif pula yang tersenyum sendiri.
"Afif. Kenapa saddam tadi tiba ii lari lepas nampak Aisyah ngan Syifa?" berkerut dahi afif.
"lari? Kau takyah amik hati dengan saddam. Dia memang macam tu. Kan Syifa?" Dua orang ni kalau jumpa, mesti macam ni.
"btw korang balik dengan apa? Motor? Kereta?" aku memandang Afif.
"jalan kaki je. Afif? Balik dengan Saddam?" afif menggeleng.
"Saddam balik dengan motor dia sendiri. Aku balik dengan motor aku. Ha apakata aku teman korang balik? Korang jalan kaki, aku teman naik motor. Bahaya perempuan jalan malam ii takde orang lelaki teman. Kalau pape jadi kan susah." betul juga kata afif. Aku mengangguk tanda setuju dengan kata ii afif.
"marilah mula berjalan. Lambat ii nanti kesian kat afif pulak balik rumah lambat. Jum Syifa." kami berjalan seiring di tempat pejalan kaki. Rumah sewa kami tidaklah terlalu jauh dari masjid. 5 minit jalan kaki pun sudah boleh sampai. Syifa dan afif dari tadi tidak habis menyembang. Aku hanya senyap sambil melihat mereka. Kemudian pandanganku dialihkan dijalan raya. Tiba ii aku ternampak sebuah motor terlanggar tiang lampu dan terbalik. Allahu akbar. Syifa dan afif turut terkejut. Aku berlari ke arah orang yang terbalik motornya tadi.
"Encik okay tak?" sebaik sahaja dia membuka topi keledarnya, baru lah aku perasan siapa. Saddam. Kakinya berdarah di bahagian betis. Seakan kulitnya terkoyak. Afif juga datang ke arah Saddam.
"Ya allah Saddam. Kau bawak motor macam mana sampai boleh jadi camni?" afif memapah saddam supaya Saddam boleh berdiri. Saddam berjalan perlahan menaiki motor afif sambil dipapah afif. Kebetulan rumah kami pun hanya di seberang jalan sahaja.
"Afif. Aisyah balik dulu. Rumah Aisyah ngan Syifa pun depan tu je. Bawak Saddam pergi hospital. Baik ii tau afif. Motor Saddam nanti Afif ambil. Biar parkir motor depan rumah Aisyah dulu. Aisyah mintak diri dulu. Assalamualaikum." motor Saddam, aku dan Syifa tuntun sambil melintas jalan. Akhirnya kelibat Saddam dan Afif pun hilang. Aku harap semua baik ii je. Aamiin.
TBC🍎
Sorry semalam tak hapdet. Huehue.
(╥_╥)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro