01:00
Keesokannya; Ahad, 7.30 pagi
TOK TOK TOK
Bunyi ketukan pintu buat aku terjaga. Haih ingat cuti boleh lah nak bergolek sorang ii kat umah. Ada gak pengacau.
KETOK KETOK KETOK
Eyy tak sabaq ii mamat ni. Aku bangun sambil membawa selimut menutupi bahu. Sejuk kut. Pintu rumah aku buka. Dah agak. Mata aku yang sepet masih boleh mengecam budak ni. Aku nak tutup pintu balik namun tangannya menahan pintu tersebut.
"Woi lek lek. Biar aku masuk dulu." Afif terus melangkah masuk dalam rumah aku tanpa izin aku. Aku hanya mengeluh melihat perangai childish dia. Pagi ii dah datang umah. Aku duduk di sofa bersebelahan dengannya.
"Kau mimpi ape pagi ii dah serbu umah aku?" afif sekadar tersengih sambil melihatku. Remote tv dicapai sebelum dia memasang siaran tv 3.
"Aku mimpi crush aku huehue. Tu cepat ii aku datang sini. Alah rilek lah. Kau baru bangun ke?" afif bercakap sambil menukar ii siaran tv.
"Aku dah bangun subuh tadi. Aku tdo balik ah. Bapak kau tak marah ke kau datang sini? Biasanya dia marah kau lepak ii rumah orang." afif sekadar menggeleng bagi menjawab pertanyaanku. Perut terasa lapar pulak. Kalau afif ni rajin belikan makanan, takdelah kelaparan aku pagi ii.
"Kau stay umah aku jab. Aku nak gi beli sarapan." baru sahaja aku ingin bergerak ke bilik, afif menarik tanganku sambil mencebik. Aku dah paham dia nak ape.
"Ha yeye. Aku beli untuk kau skali." terus tersengih budak afif tu. Lantas aku mencapai hoodie dan seluar panjang. Muka dibasuh sedikit sebelum aku mengambil kunci motor dan dompet. Aku pun keluar rumah dan mengunci pintu. Aku sewa rumah flat je. Takdelah bayar mahal. Flat tu pulak tak pakai lif. Ade tangga je. Lagilah murah. Aku turun tangga cepat ii. Malas nak lama ii kat luar. Gerai ii kuih kat bawah flat aku singgah.
"Saya nak karipap 3 ketul dengan donut coklat dua biji." makcik tu terus membungkus karipap dan donut kedalam dua plastik. Aku menghulurkan duit kepada makcik tu. Tiba ii ada seorang perempuan datang dari tepi yang aku tahu dia pun ingin membeli di gerai yang sama. Aku memandang ke arahnya. Hmm budak U sme ngan aku. Aisyah. Aku terus menaikkan hoodie bagi menutup wajah.
"makyam. Aisyah nak mee goreng dua bungkus tau. Satu lagi si Syifa suruh belikan. Pagi ii je lapar." aku turut tersenyum mendengar cara percakapan Aisyah. Aisyah seorang yang lemah lembut dan berpakaian sopan. Tapi hmm. Dia keluarga berada. Mana nak dengan aku. Makcik gerai tu menghulurkan duit baki.
"Terima kasih" aku terus pergi dari gerai tu dan naik semula ke tingkat atas. Mana boleh tinggal si Afif tu sensorang. Bersepah umah aku jabgi.
TBC♥
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro