'2'
Author's Point Of View.
Belum sempat Taehyung hendak menghabiskan ayatnya, Evelyn dengan pantas memeluknya menyebabkan kepala Taehyung tersembam di bidang dada Evelyn.
"A-andwae, love tak boleh tinggalkan Lyn! Sama sekali tak! N-nanti siapa nak sayang Lyn? Siapa nak jaga Lyn?"
Ayat Evelyn dipotong apabila pintu bilik diterjah oleh Soobin.
Evelyn segera melihat Soobin tajam. Dia tidak suka diganggu lagi - lagi saat penting macam ni.
Belum sempat Evelyn membuka mulut, Soobin terlebih dahulu memulakan percakapan.
"Hah! Hah! Hah! L-lyn, Y-yeonjun hyung! D-dia hah! DIA BUAT HAL LAGI!" Soobin memegang lututnya, penat lepas berlari, rumah Evelyn besar sangat tu yang penat apabila dia berlari.
Evelyn membesarkan matanya, dengan pantas dia mengambil baggy hoodie yang sangat besar sehingga atas lututnya. Dia memakainya dan berlari keluar daripada bilik meninggalkan Taehyung dan Soobin.
"Encik kim! Jomlah ikut!" Soobin mengajak Taehyung dengan mesra walaupun dia sedang terburu - buru pada saat ini.
Taehyung teragak - agak untuk mengangguk. Tanpa persetujuannya, Soobin terus - menerus menarik tangan Taehyung untuk ikut bersama.
Apabila dia keluar daripada bilik sahaja, mulutnya ternganga. Memang sumpah besar gila. 'Ni dah macam cantuman 3 gudang dah aku tengok'
Dan baru dia perasan, dia berada di tingkat yang paling atas. Dia segera memandang lain dan tidak mahu memandang bawah.
Fact : Taehyung takut akan ketinggian.
Soobin meneruskan lariannya bersama Taehyung ke arah elevator besar, sebab Evelyn dah guna elevator pertama yang terdekat dengan biliknya, jadi terpaksalah Soobin menggunakan elevator utama yang sangat jauh dari bilik Evelyn.
Taehyung hanya menurut tanpa banyak bunyi.
Dari jarak 100 meter, Soobin menekan remote elevator. Dan terbukalah elevator tersebut. Sekali lagi Taehyung ternganga.
"Ni elevator ke jaccuzi?" Soal Taehyung sambil melihat sekeliling.
[Korang bayangkan elevator dia macam elevator Squilliam (Spongebob Squarepants)]
Soobin tersenyum.
"Ni elevator utama, keluasan dia sama macam bilik Evelyn. Besar dan dilengkapi peralatan penting. Macam yang encik kim-"
"Panggil Taehyung je" Taehyung senyum.
"Ah nae, macam yang encik- eh.. macam yang taehyung ssi sebut tadi tu, jacuzzi.. disebabkan dia besar dan luas, elevator ni tak menggunakan elektrik, sebab tu ada jacuzzi."
Taehyung terkejut.
"Tak ada elektrik? Macam mana tu?"
Soobin ketawa kecil, dimplesnya terbentuk.
"Elevator ni gunakan kuasa solar je dan elevator ni berfungsi waktu siang sahaja. Kalau malam pula, kita terpaksa guna elevator yang lain yang menggunakan elektrik."
Taehyung mengangguk faham sambil mulutnya mengukir perkataan O.
Selepas itu, kedua - dua mereka mendiamkan diri. Tiada idea nak cakap apa dah.
Soobin mengerling ke arah jamnya.
Taehyung pula masih melihat sekeliling.
"Awak-"
"Taehyung ssi-"
Soobin mengusap belakang lehernya.
"Taehyung ssi cakaplah dulu"
Taehyung mengangguk.
"Nama awak apa eh? Kat sini saya cuma kenal dua orang je. Evelyn dan Yeonjun." Terang Taehyung.
"Ohh, nama saya Soobin. Choi Soobin. Saya bukan adik kepada Yeonjun ke apa, cuma nama keluarga kami memang Choi dan ada juga sorang nama keluarga dia Choi, nama panjang dia Choi Beomgyu. Ada lagi yang Taehyung ssi tak kenal. Ada 2 orang lagi."
"Nae?? 3 orang Choi, kalau macam tu peninglah saya ಠ_ʖಠ .. Dalam rumah ni, memang korang berenam je ke?"
Belum sempat Soobin menjawab, elevator mula terbuka.
(Elevator lambat sebab ikut kekuatan kuasa solar)
"Ah kita dah sampai kat basement, jomlah!"
Soobin dengan senang hati memegang tangan Taehyung. Taehyung hanya menjongketkan bahunya.
Jalan, jalan, jalan, dan jalan. Akhirnya sampai.
Taehyung mengerutkan mukanya, seram dengan apa yang dilihat. Hidungnya dikepit menggunakan jarinya. Busuk!!
"Kenapa-"
"Tempat ni tempat kami semua melepaskan stress. Dan kalau Taehyung ssi nak tahu.." Soobin melihat sekeliling sebelum mendekatkan mulutnya ditepi telinga Taehyung.
"Kat sini ada bangkai .. manusia"
Taehyung membulatkan matanya, air liurnya diteguk.
"N-nae? B-b-bangkai? W-w-wae?"
Soobin menjauhkan dirinya dari Taehyung, dia hanya tersenyum sumbing sambil menjongketkan bahunya. Senyumannya jelas mengatakan sesuatu.
"Dahlah, jom kita masuk."
Pintu besi dihadapan mereka diketuk sebanyak tiga kali. Dari dalam Beomgyu memerhati melalui lubang kecil sebelum membuka pintu.
Langsung tiada senyuman dibibirnya malah jelingan maut diberikan kepada Taehyung.
Taehyung hanya menunduk.
Masuk sahaja, dia terkejut melihat seluruh badan Yeonjun. Yang mana, awalnya baik - baik sahaja, sekarang penuh dengan cuts. Mata Yeonjun pula tidak habis mengeluarkan tangisan. Bibirnya digigit sehingga berdarah.
Evelyn dihadapannya tidak dihiraukan.
Taehyun, Hyuka dan Beomgyu hanya mampu memerhati dari tepi.
Apabila Yeonjun melihat Taehyung, dia segera berdiri dan hendak meluru ke arah Taehyung, namun sempat ditarik oleh Evelyn membuatkan mereka berpelukan.
Evelyn mengusap kepala Yeonjun berulang kali dan membisikkan ayat - ayat yang manis.
"Gwaenchanha, Lyn ada kat sini.."
Yeonjun lama - kelamaan semakin tenang, dia mendaratkan mukanya dileher Evelyn.
Evelyn mengarahkan Beomgyu dan Taehyun untuk mengambil Yeonjun melalui ekor matanya.
Sesudah Yeonjun keluar dari bilik ditemani Beomgyu dan Taehyun, Evelyn memandang Taehyung tajam.
Cutter diambil secara senyap - senyap.
Dia mendekati Taehyung. Soobin dan Hyuka hanya melihat pergerakan Evelyn, mereka tahu, sesuatu yang tidak baik akan berlaku sebentar lagi.
"Kau buat baby aku marah?" Tiada lagi panggilan manja, hanya kau aku yang digunakan oleh Evelyn. Matanya gelap.
Taehyung menunjuk dirinya sendiri.
"S-saya? B-bila?"
Sesekali mata Evelyn mengerling ke arah pergelangan Taehyung.
"Kau buat dia rasa tak dihargai, kau buat dia rasa tak berguna, kau, AAAAAAAAAAARRRRGGHHHHHH!" Evelyn segera menghiris pergelangan Taehyung sambil menjerit.
"Ahh! Tskkk" Taehyung menjauhkan dirinya daripada Evelyn.
"Taehyung lari!!" Soobin menjerit dari tepi.
Hyuka segera cuba menghalang Evelyn dari mengejar Taehyung. Manakala Taehyung segera melarikan dirinya kemana sahaja yang dia rasa selamat.
"Argh! Lepaskan aku! Arggggh! Soobin, tolong!" Disebabkan mereka bergelut sesama sendiri, dengan tidak sengajanya Evelyn terhiris pipi hyuka.
Hyuka terundur kebelakang sambil memegang pipinya.
Evelyn terkejut dan menjatuhkan cutter itu. Dia mendekati Hyuka dan memegang kedua - dua pipinya.
"B-baby, y-you alright?"
"G-gwaench-chanha" Hyuka lap pipinya yang tidak berhenti mengeluarkan darah pekat.
Back to Taehyung's situation.
Dia melihat kiri dan kanan, tidak tahu dimana dia harus pergi. Dia teruskan lariannya sehingga dia jumpa almari yang penuh dengan pakaian.
Laju sahaja dia menyorok disitu. Hatinya berdegup cukup laju. Dia melihat gelang tangan nadinya.
Nadinya menunjukkan 198 kadar degupan jantung. Dadanya semakin sesak. Allergynya pasti akan datang bila - bila masa sahaja lagi. Dia menghirup untuk udara namun bau bangkai itu semakin kuat.
Tanpa dia sedari, sesuatu benda ditepinya jatuh secara tiba - tiba dihadapannya.
Taehyung jatuh terduduk, dia membuntangkan matanya.
Bangkai itu betul - betul berada ditepinya.
"AARRRGHHHHHHHHHH TOLONG!!"
TBC
----------------------------------------------------
Hallo world,
maap lambat update, dan maap kerana tidak menunaikan janji.
Aku janji korang aku akan sambung Byuntae World tu juga, tapi serius tho, aku dah takde idea dengan ff tu.
Lagipun aku busy dengan contest berlambak, hw tak siap - siap, puasa lagi. PENAT THO.
Maap juga kerana tidak 2000 lebih, malaslah.
Dahla malas nak berleter, btw vomment au, dw aku akan layan juga korang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro