谁 | Prologué
Who | Prologue
XIAO Ren membelek telefon bimbitnya, menunggu- nunggu mesej dari tunangnya bernama Park Jimin itu.
Dia melepaskan keluhan kecil.
Mesej tak balas, call tak angkat, busy sangat ke? Soal Xiao Ren dalam hati.
Dia menongkat dagu, sesekali dia menjenguk ke luar tingkap restoran, manalah tahu Jimin sudah ada diluar, kan?
Bunga mawar yang berada diatas meja makan itu dia belek- belek. Sudah hampir sejam dia duduk disitu, tanda-tanda Jimin mahu datang pun tak ada.
Busy ke?
“Ren! Maaf lambat. Dah lama tunggu?” soal Jimin seraya menarik kerusi lalu melabuhkan punggung diatasnya. Lelaki itu jongket kening.
“Taklah, saya pun baru sampai. Mei guan xi (it's okay)” balas Xiao Ren sambil tersenyum. Bohong sikit tak apalah, kan?
“Dui bu chi (sorry)” ucap Jimin sambil mempoutkan bibirnya. Xiao Ren senyum sebelum menggeleng kecil.
Kemudian riak wajah Jimin berubah, walaupun taklah ketara sangat namun Xiao Ren yang sudah hampir 6 tahun bergelar tunang kepada lelaki itu dapat mengesan dengan sekali pandangan saja.
“Wei she ma? (Why?)” Soal Xiao Ren, Jimin mengangkat wajah. Lelaki itu menggeleng kecil. Petanda bahawa tak ada apa- apa yang perlu dirisaukan.
Tapi Xiao Ren bukan senang untuk diperdaya, riak wajah Jimin nampak tak gembira dan langsung tak ada mood.
Dia penat ke?
“Jimin, awak okay?”
“Em..” jawabnya dan tanpa sempat Xiao Ren mahu menyoal banyak, pelayan datang membawa buku menu. Terus saja lelaki itu membukanya tanpa mengucapkan sepatah kata.
Weird.
“Awak outstation lagi ke Jimin?” soal Xiao Ren, sengaja mahu menjernihkan suasanya yang agak suram dan hambar.
Jimin mengangguk kecil.
“Berapa lama?”
“Seminggu.”
Xiao Ren diam. Wajah kacak Jimin direnungnya, yang dia perasan dengan tunangnya ialah, lelaki itu sudah banyak berubah.
Dari segi layanan, ucapan serta mesej.
Mana tak peliknya, dulu bila Xiao Ren menyoal sepatah, satu karangan jawapan dia. Dulu bila Jimin mesej, tak senyap telefon. Sekarang, Jimin dah lain.
Dia dah jarang mesej, call tu taklah sebab Jimin tak suka on call. Panggilan sayang dia dah tak gunakan lagi.
Yang ada hanyalah awak dan saya.
Dan.. Jimin pun dah jarang luangkan masa dengan Xiao Ren.
“Awak dah banyak berubah, Jimin.” ucap Xiao Ren selepas Jimin selesai memesan makanan. Kening lelaki itu terjongket.
“Em? Tak adalah, Ren. Saya macam biasa je.” ucapnya.
“Awak ada wanita lain?” soal Xiao Ren.
Bukan tujuannya nak menuduh tapi kalau Jimin ada wanita lain, alangkah baik kalau lelaki itu mengatakan hal yang sebenar?
“Kenapa tanya macam tu?” soalnya lembut.
“Awak ada wanita lain?”
“Tak ada, Xiao Ren.” balasnya dingin seraya mengalihkan pandangan.
“Then why are you acting like this?”
“Hati manusia boleh berubah, Xiao Ren.”
Mereka berpandangan sesama sendiri. Xiao Ren diam.
Jimin cuma tersenyum.
Senyuman yang agak hambar dari pandangan mata Xiao Ren.
“This is not you.”
.
Character:
Park Jimin
You as Xiao Ren
Cai Xukun
Xiao Mei as Xiao Ren sister
Okay itu saja buat masa kini. Sebarang pertambahan watak akan dimaklumkan nanti.
.
A Park Jimin's fanfiction.
Disclamer; This is a work of fanfiction.
Sebarang watak dan peristiwa yang terdapat didalam cerita ini tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah tidak ada.
Dilarang meniru atau mengambil apa-apa didalam karya ini tanpa keizinan saya dan jika ada kesamaan, ianya hanyalah suatu kebetulan.
Peace✌
Dan disini saya nak cakap yang i'm not really good at chinese, so if you see some mistake, kindly greet me and tell me my mistake.
Thank you❤
Who | Park Jimin
Written by, heitsmehari.
[Complete]
Wattpad story 2020.
Do follow my ig
@heitsmehari
©heitsmehari2020
All rights reserved.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro