谁 Bab 7
谁 | Who
Peonies
A flower that resemble nobility and value
_______________
"HAI!" Sapa Jungkook sebaik tubuhnya selamat masuk kedalam ruangan kerja milik Jimin.
Jimin merenung tajam wajah Jungkook. Dia berikan renungan tak suka buatkan Jungkook mengerutkan dahinya.
"Oi, pehal kau tengok aku macam nak telan?" soal Jungkook. Kerusi dihadapan meja Jimin ditariknya.
"Kenapa kau jumpa Ren kelmarin?" soal Jimin tanpa berselindung lagi. Jungkook jongket kening, sedikit terkejut sebelum dia ketawa kecil.
"Oh, pasal tu. Kenapa?"
"Kenapa kau jumpa tunang aku kelmarin?" soal Jimin sambil menekan perkataan tunang buatkan Jungkook tersengih kecil.
"Saja singgah. Aku nak cari bunga, tiger lili for my girlfriend. Tapi aku tak jumpa. End up, aku pergi kedai bunga, tunang kau." balas Jungkook.
Sengaja menekan perkataan tunang agar Jimin sedar yang dia itu sudah bertunang.
"Kenapa mesti jumpa Ren?"
"Habis tu? Jumpa adik dia si Xiao Mei yang sekarang ada kat China?" balas Jungkook lagi. Jimin menjeling Jungkook. Lelaki itu ketawa kecil, ketawa menang kerana dapat mengenakan Jimin.
"Wei, aku tengok Ren makin cantik. Dan juga dia makin stress gara- gara perangai kau ni." kata Jungkook, tubuh disandarkan pada kerusi.
"Kau ada cakap apa- apa ke dekat dia?" soal Jimin, dingin.
Jungkook menggeleng kecil.
"Tak adalah." Jungkook tersengih kecil hingga menampakkan barisan gigi putihnya. Sekali lagi Jimin menjeling.
"Kau tak kasihankan dia ke?"
"Aku bukannya bercadang nak putuskan tunang pun, kan?" balas Jimin. Pen yang berada diatas meja dicapainya lalu dibelek.
"Yalah, tapi kau seksa hati dia. Perempuan ni lain Jimin, kalau mereka dah setia, mereka akan setia sampai bila- bila.
Tapi bila mereka terasa tak dihargai, they will go. Slowly." ucap Jungkook.
Jimin mendiamkan diri.
"Aku tahu apa aku buat."
"Ye ke tahu? Kalau kau tahu, kau dah lamar dia sekarang. Masalahnya kau ni yang cari masalah. Dah bertunang dan pun, masih lagi nak buka cerita lama tu dah kenapa?" balas Jungkook.
Geram pula dia dengan Jimin ni.
"Diamlah, bagi aku masa untuk move on-"
"Move on kepala otak kau- eh. Ish! Sedarlah Jimin, Anna tu dah tak ada!" pekik Jungkook.
Jimin memejamkan matanya.
"Aku tahu.. tapi kalau aku tak marah dia masa tu, kemalangan tu takkan berlaku. Ka- kami mungkin.."
"Eih, malas aku dengan kau ni." potong Jungkook. Dia mengangkat punggung. Tangannya menekup telinga, tak nak dengar ucapan Jimin.
Drama aje lebih.
"Oh ya. Sebelum aku terlupa, Xiao Ren nampaknya banyak peminat.
Yalah, mana tahu salah seorang pembeli bunga tegar dekat tempat Ren jatuh cinta dekat dia. Masa tu kau jangan datang dekat aku meroyan." kata Jungkook, dia melangkah keluar dari ruangan tersebut.
Meninggalkan Jimin berfikir sendiri.
Xiao Ren, takkan berpindah hati.
Dia yakin itu.
Jimin menoleh memandang telefon pintarnya yang berada diatas meja, tak ada mesej lagi dari tunangnya itu.
Dia mengeluh kecil.
Telefonnya dicapai lalu nombor Xiao Ren didail. Tapi hasilnya kosong.
Xiao Ren tak mengangkat panggilannya!
.
Semenjak movement control ni, otak tak berkembang ke sampai nak plagiat cerita orang?
Ingatlah, kami yang menulis ni fikir tak penat ke? Idea datang dari buah fikiran sendiri. Kalau tak ada idea, rasa macam tak tidur malam, rasa tak senang hati. Mood terus jadi down.
Fikir senang ke buat cerita?
Haih, like mommy sha say, please munasabah diri.
Eyy, maaf ter-bebel pula.
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro