谁 Bab 6
谁 | Who
Lilies
A flower that represent sadness.
_______________
“EE, Er, San..”
Xiao Ren mula mengira beberapa tangkai bunga lili kedalam pasu bunga. Melihatkan bunga lili tersebut buatkan dirinya teringat akan Jimin.
Sudah dua hari tanpa berita dan mesej dari lelaki itu.
Tak tahukah dia betapa Xiao Ren rindukan dia?
“Ni hao?” tegur satu suara. Serentak Xiao Ren berpaling. Disitu dia lihat seorang lelaki dengan pakaian yang agak kemas sedang berdiri di hadapan pintu kedai bunganya.
“Jungkook? Apa awak buat kat sini?” soal Xiao Ren, sedikit terkejut dengan kedatangan kawan kepada tunangnya itu.
Senyuman bunny terbit di bibir, Jungkook melangkah masuk kedalam kedai bunga. Bungkusan berisi sandwich itu dia berikan pada Xiao Ren.
“Saja singgah, Ren.” jawab Jungkook. Lelaki itu melabuhkan punggung di meja sudut ruangan tersebut.
“Oh em. Tunggu kejap ya, saya buatkan teh.” kata Xiao Ren. Jungkook cuma membalas dengan deheman.
Bunga Lili yang berada diatas mejanya itu dia sentuh. Dahinya berkerut sedikit.
Bunga Lili melambangkan kesedihan. Xiao Ren sedang bersedih ke?
“How's your day, Ren?” soal Jungkook.
“Okay je, Jungkook. Awak?” soal Xiao Ren pula. Gadis itu kembali sambil membawa secangkir teh untuk Jungkook.
“Really?” ujar Jungkook, sedikit tak mempercayai ucapan gadis itu.
Yalah, mereka sudah berkawan agak lama, jadi wajar jika Jungkook mengetahui segala bentuk bicara gadis itu.
“Ya, kenapa?”
“Tak ada apa. Saya cuma risaukan keadaan awak, i know Jimin dah lama tak spend time dengan awak.” balas Jungkook.
Cawan yang dituang dengan teh itu diambilnya lalu diteguknya perlahan. Xiao Ren cuma diam, tangannya membelek cawan teh yang kosong itu.
“Awak tahu sesuatu ke?”
“Banyak sangat, Ren. Jimin akhir- akhir ni asyik termenung. Saya pun tak tahu nak nasihatkan dia macam mana lagi.” balas Jungkook.
Ren diam.
“Dia memang ada masalah ke?”
“Dia cakap.. dia belum move on.” jawab Jungkook serentak buatkan Xiao Ren sedikit tersentak. Gadis itu merenung wajah Jungkook dengan pandangan pelik.
“Belum move on.. dari siapa?”
“Kejap.” Jungkook menarik keluar telefon pintarnya, mencari- caru sesuatu sebelum dia terjeda seketika.
“Ini..”
Telefon pintarnya diserahkan pada Xiao Ren. Gadis itu mencapainya tanpa banyak soal. Dia terdiam, namun hatinya sudah dapat meneka siapa gerangan gadis tersebut.
Xiao Ren mendongak, anak matanya bertembung dengan anak mata Jungkook.
Menunggu penjelasan yang lebih lanjut dari lelaki itu.
“Dia Anna Fang, bekas kekasih Jimin.” terang Jungkook. Xiao Ren sedikit tersentak.
Matanya masih lagi menancap pada skrin telefon pintar Jungkook.
Wajah gadis yang baginya agak cantik jadi memang wajar jika Jimin tak dapat melupakan bekas kekasihnya itu, kan?
Tapi untuk 6 tahun? Semua layanan Jimin padanya itu tipu belakakah?
“They used to learn chinese together. Anna ni ada darah cina sikit, tapi dia tak berapa nak fasih sebab keluarga dia lebih kepada Amerika.” terang Jungkook lagi.
“Tapi.. Jimin nampak macam..”
“Itu saya tak tahu, Ren. Kalau awak bincang lebih lanjut dengan dia, dari hati ke hati, saya yakin yang pertunangan selama enam tahun awak berdua ni tak akan sia- sia.”
“Saya yakin dia tak gunakan awak.” ujar Jungkook. Lagi-lagi Xiao Ren diam.
“Tapi.. kenapa awak save gambar Anna?” soal Xiao Ren. Jungkook melepaskan keluhan berat.
“Jimin and I, used to love the same person back then.” jawab Jungkook sambil tersenyum hambar.
“Awak patut pulihkan dia, Ren.”
“Saya tak boleh halang dia kalau dia dah mula cintakan orang lain-”
“Masalahnya sekarang, Ren. Anna Fang tu dah tak ada. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya sebulan sebelum awak dan Jimin berjumpa.” ucap Jungkook lagi.
Sekali lagi Xiao Ren terdiam.
Mati kata untuk membalas ucapan lelaki itu.
.
Macam mana nak move on cepat eah?
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro