
060 [Ending]
JLE : 060 [ENDING]
CHAPTER : COUNTING DAYS ❤️
+++
Assalammualaikum! Heyyoo!
Miss me?
I'm back guys!
Terima kasih sebab setia dengan cerita romantis ni.
Araa tahu, ramai yang tak gemar dengan cerita overdose romantis clingy macam ni.
Konflik pun tak besar.
Mmuahhh mmuahhh!!!
And yes, I'm sorry tak update utk beberapa minggu ni.
Need too facing some plastics.
Don't worry, I'm still can smile and
fight back!
Enjoy yahh!
Don't forget to
Vote and Comments
I need your feedback for this ff
❤️
❤️❤️❤️
Rambut hitam separas pinggang itu disanggul malas oleh Eunbyul. Tali halus gaun tidur bercorak arnab yang dihadiahkan oleh Jungkook dibetulkan sedikit. Susur tangga menjadi pegangan. Berhati-hati Eunbyul menuruni tangga.
Dimana suaminya itu?
Main nyorok-nyorok ke tu?
Seusai sahaja dia mandi kelibat Jungkook dalam bilik tidak kelihatan.
Suasana di tingkat satu riuh kerana ahjumma Lee dan seorang lagi pembantu rumah sedang menonton televisyen. Eunbyul hanya tersengih sahaja mendengar gelak tawa ahjumma Lee. Kehadiran ahjumma Lee dan seorang pembantu rumah cukup menghidupkan suasana rumah.
Eunbyul menuju kearah kolam renang apabila ternampak figura Jungkook yang hanya memakai t-shirt dan seluar pendek hitam sedang telefon seseorang.
“ Gookie~ ”
“ Gookieeeee~ ”
Panggil Eunbyul dari jauh tetapi Jungkook tidak perasan. Eunbyul hanya memerhatikan Jungkook yang terkekeh kecil . Nampak seronok ketika berbual dalam talian.
Eunbyul mula pelik, Jungkook jarang telefon seseorang sampai ke luar macam ni selalunya dalam bilik.
Langkah dimajukan ke sliding door
yang terbuka. Ingin mendengar perbualan Jungkook.
“ Arraseo nanti kita jumpa.
Kekeke baiklah.”
Eunbyul mengecilkan mata.
Apa? Nak jumpa dengan siapa?
Ish, Eunbyul tak mahu buruk sangka.
“ Eum, annyeong.
Hati-hati dah malam ni. Kalau ada masalah terus direct ke saya ya? ”
Panggilan dimatikan. Jungkook pusing kebelakang. Terus matanya terpaku kearah Eunbyul yang berdiri tidak jauh daripada nya.
“ Sayang? Buat apa dekat sini? ” Jungkook mendekati Eunbyul. Bahu isterinya itu dipeluk longgar.
Sebuah kucupan singgah di pipi kanan Eunbyul. Menghidu haruman vanilla yang dipakai Eunbyul.
“ Cari arnab. ”
Balas Eunbyul sambil menatap dalam anak mata Jungkook.
“ Call dengan siapa? ” Soal Eunbyul penuh curiga.
“ Kawan, jom masuk.
Dah malam ni nanti sayang masuk angin. ” Bahu Eunbyul dipaut manja.
Eunbyul hanya diam dan menyamai langkah Jungkook.
Jungkook pelik, kenapa malam ni Eunbyul hanya diam? Selalunya mulut
tu lah macam bertih jagung ada sahaja benda yang nak dicakap.
Wajah kecil Eunbyul ditenung lama.
“ Kenapa diam ni? ” Bibir munggil Eunbyul dicuit. Tangan Eunbyul ditarik supaya memaut pinggang Jungkook.
“ Nothing. ”
Jungkook mengerutkan dahi.
Eh, pelik sayang aku malam ni.
“ Sayang. ”
“ Sayang.. ” Panggil Jungkook sedikit panjang nadanya.
Eunbyul tetap abaikan panggilan
suami terchintahhh. Eihh malas layan!
Masuk sahaja dalam bilik, Eunbyul memanjat katil dan mencapai segelas susu kambing yang berada di atas meja kopi.
Kening Jungkook terangkat apabila dapat menangkap sesuatu. Oho, mak buyung cemburu!
Jungkook hanya tersengih kecil.
Haih sayang ni! Katil dipanjat dan Jungkook duduk di sebelah Eunbyul. Tubuh kecil Eunbyul dipeluk dari belakang.
“ Hey sayang. ” Jungkook menyembamkan wajahnya di ceruk leher kanan Eunbyul. Digesel-gesel hidung mancungnya pada leher jinjang Eunbyul.
Paha Jungkook dilepuk apabila geli. Eunbyul mendengus kecil.
Haaa pujuk pat!
“ Kau merajuk ke? ”
Boleh tanya lagi?!
Eunbyul berpaling sedikit dan menjeling tajam.
Geli hati Jungkook melihat wajah cemburu Eunbyul.
“ Aku call dengan owner kedai
kamera lah. Kamera aku ada masalah. ” Terang Jungkook. Ikatan sanggul Eunbyul dilepaskan.
“ Lelaki ke perempuan? ” Laju sahaja Eunbyul membalas.
“ Perempuan. ”
Eunbyul menyiku perut Jungkook. Pelukan dilepaskan dan gadis itu merebahkan badan. Malas layan!
Jungkook mengusap perut yang terasa senak. Aduh, ganas betul!
“ Hey, dia dah kahwin lah.
Siap anak empat lagi. Aku bukan jumpa dengan dia je tapi dengan suami dia sekali. ”
“ Hurm. ”
Gumam Eunbyul yang menutup mata acah-acah tidur.
“ I'm sorry okay? ” Perut memboyot Eunbyul diusap lembut. Eunbyul masih lagi mengabaikan Jungkook. Malah baring mengiring tidak menghadap Jungkook.
“ Tak apalah kalau tak nak layan.
Aku nak keluar lah. Pagi esok aku balik.”
Jungkook berura-ura turun dari katil
dan mencapai dompet atas kabinet kecil. Sengaja menghentak kaki ketika bertemu lantai bilik.
1..
2..
3..
“ Hiks.. awak ni! Jahat!
Pergilah keluar sana! Jangan balik!” Raung Eunbyul sambil menarik bantal kecil untuk menutup wajah yang sudah merah menangis.
Jungkook menahan tawa, hah itulah orang dah minta maaf , jual mahal pula!
“ Huwaaaa haaaaa! Hiks! ”
“ O.. rang mera..juk ma..cam tak ada us..aha .. nak pu..juk! ” Bebel Eunbyul dengan tersedu-sedan.
Biasalah, emosi tak stabil.
Perangai semasa awal mengandung makin menjadi-jadi sejak masuk 8 bulan.
Makin sensitif!
“ Shh shh sayang aku tak pergi. ” Pujuk Jungkook yang pada masa yang sama ingin menarik bantal kecil yang ditekup kemas ke wajah.
Risau juga dia lihat Eunbyul menekup wajah dengan tangisan tak henti-henti. Inilah dia, bila dapat menangis tu ha memang parah nak berhentikan.
Dengan segala kekuatan, bantal kecil
itu dicampak keatas karpet tebal. Wajah Eunbyul yang kemerahan berserta basah dengan air mata itu membuat Jungkook menggeleng.
“ Hey sayang.
Sudah jangan menangis. Muka dah merah tu.”
Telapak tangan besar Jungkook ditekup pada pipi gebu Eunbyul.
Eunbyul cuba menepis tetapi
Jungkook dahulu melagakan hidung mereka.
“ Aigoo comelnya isteri aku ni!
Cium sikit! ”
Bertubi-tubi ciuman singgah di bibir Eunbyul membuatkan dia sendiri tergelak.
Tak jadi nak merajuk lama-lama.
Bilik mereka penuh dengan gelak tawa.
🌼🌼🌼
Hampir seminggu, Eunbyul melihat Jungkook tidak lekat di rumah sejak kejadian dia merajuk sampai menangis tu. Asyik keluar dan kurang menghabiskan masa dengannya. Cuma Mia , Junghwa , Nara yang kerap datang ke rumah ketika Jungkook tiada. Keluar pun dengan minah bertiga tu.
Taehyung dengan yang lain pun sibuk.
Permandangan sungai Han yang
sentiasa meriah itu membuatkan Eunbyul berasa tenang dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
“ Hoi , termenung. ” Sergah Junghwa.
Eunbyul menjeling, terkejut dia.
Nasib tak terberanak dekat tengah sungai Han ni.
“ Ish, kacau lah hwa. ”
Junghwa hanya tergelak.
Tempat duduk disebelah Eunbyul diambil. Bahagian kiri pula diduduki oleh Mia.
Eunbyul mengangkat kening apabila terasa ada yang kurang.
“ Mana Nara? ”
“ Nara tak datang.
Dia balik rumah mak ayah dia. Kan weekend jadi dia nak luangkan masa dengan keluarga dia dekat Jeju. ” Jawab Mia.
Eunbyul mengangguk dan kembali termenung. Sesekali mengeluh.
Haih...
Mia melihat Junghwa dan masing-masing angkat bahu. Aduh, dia yang ajak keluar dia yang termenung.
“ Ui! Penguin! ” Tegur Junghwa.
“ Boleh tak jangan menjerit? Terkejut tahu tak! ” Dengus Eunbyul.
“ Kau kenapa monyok ni? Asal?
Nak cendol? ”
“ Dah cakap pasal cendol kan? Aku craving. Jom pergi kedai Mak Kiah. ” Eunbyul menepuk tangan lalu lengan sahabat-sahabatnya itu ditarik.
Sampai sahaja di kedai cendol Mak Kiah yang vogue kalah kedai Pak Mat seberang jalan mereka disapa baik dengan Mak Kiah.
“ Gadis-gadis manis!
Lama mak Kiah tak nampak! ” Mak Kiah , asalnya dari Malaysia. Hajatnya mahu bercuti sahaja tetapi disebabkan terlekat dengan pakcik Korea. Akhir sekali menetap dekat Korea.
Mereka berempat berpeluk.
The Ladies ni!
“ Sibuk sikit mak kiah. Lagipun Byul ni kan dah sarat. Nanti bawak jalan-jalan takut bersalin pulak dekat public. ” Seloroh Mia mendapat tumbukkan di bahu.
“ Aduh! ”
Mak Kiah hanya menggeleng.
Dah besar perangai macam budak-budak!
“ Selalunya datang dengan jejaka-jejaka kamu. Mereka sibuk ya hari ni? ” Ujar Mak Kiah bila perasan yang hanya tiga gadis itu sahaja yang datang.
“ Aah mak kiah. Jungkook tu tetiba sibuk sejak dua menjak ni. ”
“ Jimin pun. ”
“ Taehyung—ergh dia hari-hari dengan saya tapi harini ada hal pula. ” Sengih Junghwa.
Maka , macam biasalah berbual
sehingga tidak sedar sudah waktu menginjak 3 petang. Mereka membuat keputusan untuk pulang.
Junghwa sudah pulang bersama motor nya. Eunbyul pandang Mia yang masih mengikutinya ke kereta.
“ Eh, kau nak tidur rumah aku ke? ”
Mia menggeleng. “ Ni laki kau mesej aku. Dia cakap suruh aku solekkan kau. Dia nak bawak kau pergi satu tempat.”
Berkerut kening Eunbyul, eh sejak bila?!
“ Kenapa? Buang tabiat? ”
“ Eh kau ni, dia nak manjayhhh dengan kau lah. Kau tu tak reti nak buka telefon ke? Telefon canggih dah. ”
Eunbyul hanya menjuihkan bibir bila diperli sebegitu.
Kunci kereta yang berada dalam genggaman Eunbyul diambil. “ Biar aku drive. Kau duduk diam dekat sebelah. Aku taknak ada kes, ibu mengandung yang memandu mahu bersalin dalam kereta. ”
Kalau ya, memang Eunbyul akan letak nama anak kembar dia , Jeon Break dan Jeon Seat. Sempurna handbrake dan tempat duduk.
Cantekkkk!
🌼🌼🌼
Cermin yang berada dalam genggaman dilihat. Dibelek-belek wajah yang makin lama makin tembam. Ini berkat anak Jeon suap makan je kerja.
Nak apa?
Oyeah, petik jari!
Nah datanglah anak jeon dengan makanan. Tetapi selalunya mata disajikan salad kehijauan dahulu.
Barulah anak Jeon bawa makanan yang diinginkan itu. Baru-baru ini Eunbyul suka sangat makan coklat tetapi!
Coklat pelik!
Bentuk playar , spanar yang dimahukannya dan makanan pelik itu terjumpa sewaktu Eunbyul membuangkan masa dekat Instagram.
Usah dikata, dalam peti ais berlambak coklat tidak kira jenis. Tetapi dihadkan juga , Jungkook tak akan sewenang-wenangnya memberikan Eunbyul makan tidak ingat dunia.
Gaun berwarna merah jambu cair yang bercorak bunga-bungaan itu ditilik. Nasib cantik apabila dipadankan dengan tubuh berbadan tiga.
“ Dah siap? ” Tegur ahjumma Lee yang berada di muka pintu bilik. Eunbyul hanya mengangguk tanda mengiyakan.
“ Turunlah, Jungkook tunggu dekat bawah. ”
Sempat mencapai beg tangan dan Eunbyul melangkah keluar daripada ruangan bilik. Turun sahaja, Jungkook sudah menunggu di anak tangga terakhir segak dengan kemeja merah jambu dan seluar putih.
“ Nak buat apa pakai cantik-cantik ni? ” Tegur Eunbyul. Jungkook pandang Eunbyul atas bawah. Tercengang keranan baju tersebut kelihatan sempurna walaupun dengan perut memboyot.
Kelihatan comel. Dipadankan dengan kasut fila putih. Ditambah pula , rambut dibiarkan Lepas sehingga paras pinggang.
“ Saja, nak imbau kenangan waktu awal-awal kita berkahwin. ” Sengih Jungkook.
“ Ye ke.. ” Eunbyul pandang curiga.
“ Iya sayang, nampak macam muka aku ni nak menipu ke? ”
“ Sikit. ”
Jungkook kembangkan hidung dan mencapai tangan kanan Eunbyul lalu ditarik kearah pintu utama.
Nanti balas takut terasa hah baik Jungkook diam dahulu.
Sepanjang perjalanan ke suatu tempat. Eunbyul tidak berhenti menyoal mahu pergi mana? Hampir 50 kali lah perkataan itu disebut.
Jungkook jawab 10 yang pertama sahaja. 40 lagi Jungkook hanya abaikan. Letih cakap berulang kali.
“ Jungkook, baik cakap. Nak pergi mana ni? ” Tangan sebelah yanh sedari tadi berada dalam genggaman Jungkook digoyangkan sedikit.
Jungkook menoleh sebal kearah Eunbyul. Eah bini aku ni.
“ Sayang.. aku bukan nak jual kau pun. Tenang okay? Kita dating. Benda kejutan kalau bagitahu nanti tiada sebab aku sibuk rahsia kan daripada kau. ”
Eunbyul tersenyum simpul, ehe dia sebenarnya sengaja kerana mahu mendapat kan perhatian daripada suami. Barulah Eunbyul diam.
Seusai Jungkook memakirkan kereta, Jungkook bukakan pintu untuk Eunbyul. Baru sahaja Eunbyul ingin melangkah, ditahan dahulu oleh Jungkook.
Apa lagi? Detik Eunbyul dalam hati
“ Tutup mata. ” Arah Jungkook. Sehelai kain berwarna hitam ditunjukkan kepada Eunbyul.
“ Waeyooooooo ” Rengek Eunbyul tetapi merelakan Jungkook menutup mata nya dengan kain tersebut.
“ Shh, my sayang is good right?
Listen to your daddy. ”
Bisik Jungkook sentimental. Sisi kepala Eunbyul dipegang dan kucupan diberikan pada kedua-dua mata yang dilitupi kain.
Pipi tembam Eunbyul dicubit sedikit, geram mahu gomol.
Tangan eunbyul menarik lengan baju Jungkook yang dekat dengannya lalu tangannya melingkar di lengan sasa Jungkook. Mereka berdua berjalan seiring kearah sebuah ruangan dewan yang berada dalam hotel terkemuka milik Encik Jeon.
Keadaan dalam dewan yang penuh dengan kenalan rapat Jungkook dan Jiae itu sungguh meriah . Bertemakan seakan taman bunga menyebabkan suasana kelihatan segar.
“ SAYANG! TENGOK TAEHYUNG NI HAH BULI IMIN! ”
“ YAH KIM TAEHYUNG! ”
Telinga Taehyung dipiat oleh Mia. Terbongkok Taehyung dibuatnya.
“ KIM NAMJOON, BENGKOK SUDU TU! OPPA PEGANG MACAM MANA? ”
“ Oopsiee hehehe! ” Namjoon hanya mampu tersengih tidak bersalah sambil sebelah tangan memegang sudu yang sudah seperti kayu golf.
Apabila kehadiran merpati dua sejoli itu menghampiri, seisi dewan senyap. Tatkala melepasi pintu masuk, Jungkook menarik ikatan yang menutupi sebahagian mata Eunbyul.
PPOP!!!
“ SUPRISE!!!! ”
“ HAPPY BIRTHDAY MOMMY TO BE! ”
Eunbyul menekup mulut,
Ya Tuhan hari ini ulang tahun dia ke? Sungguh dia tidak ingat! Eunbyul tersenyum bahagia.
Dia tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya lagi.
Bukan sahaja parti hari jadi nya tetapi sekaligus majlis baby shower. Eunbyul melihat papan tanda bertulis itu.
Jungrien datang dengan selimpang
hitam yang bertulis ‘ Momma To Be’
dan memakaikan pada Eunbyul. Dua sahabat itu berpeluk sekejap.
“ Happy birthday babe! ” Pipi Eunbyul dikucup sekilas. Eunbyul tersenyum lebar.
“ Jemput makan ya semua . Terima kasih sebab luangkan masa untuk datang majlis ini. ” Ujar Jungkook lalu menunduk hormat.
Para tetamu mula bergerak untuk menjamu selera. Jungkook datang kearah Eunbyul dan menarik lembut tangan Eunbyul kearah bahagian luar dewan yang terdapat ruang santai. Bahu Eunbyul dipeluk dari tepi. Dengan spontan dibalas dengan pelukan di pinggang Jungkook.
“ Thank you Jung. ”
Ucap Eunbyul ikhlas.
Dilekapkan wajah pada dada bidang Jungkook.
“ Anything for my wife. ” Pundak kepala Eunbyul dikucup lama.
“ Selama ni awak— ”
“ Aku sibuk selama ni sebab nak uruskan majlis ni. ”
Makin terharu Eunbyul dibuatnya.
Pipi Jungkook dikucup sekilas tanda terima kasih.
“ Awak ni buat saya terharu je. Nanti saya balas balik.”
Jungkook geleng kecil. “ Kau jadi isteri yang terbaik untuk aku pun dah terlebih cukup. Aku tak nak benda lain, just you sayang. ” Ucap Jungkook penuh romantis. Mata dikenyitkan pada Eunbyul.
Pelukan dilepaskan. Kedua dua tangan mereka menggenggam erat satu sama lain. Mata tidak lepas menatap sesama sendiri.
Seorang mendongak dan seorang lagi menunduk sedikit. Perbezaan tinggi yang kelihatan comel.
“ Kau mengandung kan anak aku dan bakal lahirkan generasi Jeon. Pengorbanan kau lagi bermakna. Aku tahu mengandung kan kembar bukan senang. Sayang lalaui segala hal. I'm proud of you sayang. Berapa minggu je lagi kau nak melahirkan. Terima kasih sayang. ” Tangan kanan Eunbyul dikucup penuh kasih sayang.
“ Aku cuma nak kau tahu, kau hadiah paling bernilai yang tidak boleh digantikan dengan apa-apa walaupun mahal sekalipun sebab nilai kau tidak terkira. I really love you sayang. ”
“ Dengan segala hal yang kita lalui
untuk mencapai tahap bahagia seperti ini bukan mudah. Aku bersyukur yang takdir memihak kepada kita. Bersyukur yang kita dipertemukan. Kita sudah laluinya dengan sehabis baik. Aku harap walaupun rintangan yang datang kelak. Kita terus percaya satu sama lain dan bahagia sampai nafas terakhir. ” Senyum Jungkook.
Eunbyul hanya mendengar, menikmati suasana romantis dengan langit senja. Sebelah pipi Eunbyul ditekup dan diusap-usap. Tidak lepas anak mata hitam berkilat itu merenung dalam sehingga malu Eunbyul dibuatnya.
“ Hanya ajal dapat memisahkan kita. ”
Wajah mereka berdua saling mendekati. Saat hidung mereka berlaga , Jungkook tersenyum manis lalu bibir manis dua manusia itu bersatu. Penuh lembut dan gentle Jungkook mengetuai.
“ I love you husband. ”
“ I do love you more wife. ”
Kucupan manja mendarat berkali-kali
di bibir Eunbyul.
Pelukan erat, Eunbyul memandang matahari yang ingin melabuhkan tirai. Dia berharap cinta mereka akan kekal sehingga tua.
Jika Jungkook berkata, bukan senang mahu mendapat Eunbyul yang sangat memenuhi ciri-ciri idaman.
Eunbyul pula akan berkata, susah untuk memperoleh cinta sang Jeon Jungkook kerana hati sang dingin itu ego walaupun sudah saling terpaut dari kecil.
Jejaka yang berkebolehan segala hal. Sang dingin yang menjaganya dalam diam. Sentiasa di samping yang tercinta saat kesusahan walaupun dari jarak jauh.
Cinta yang diberikan, sungguh berharga. Walaupun beratur gadis lain yang lebih layak daripada Eunbyul.
Jika Jeon Jungkook sudah jatuh cinta.
Dia tidak akan berpatah balik.
Datanglah secantik mana gadis itu.
Cha Eunbyul , setia tersekat dalam hati. Dari perasaan mengusik kearah suka , sayang dan beralih kepada cinta.
Akhir sekali, suka sayang cinta bergabung menjadi satu.
Dia lah, Jejaka Limited Edition.
“ Two heart become one. ”
🌙 THE END 🌙
Happy 6’6’6❤️
Harap ending ni dapat sampaikan rasa yang sepatutnya.
Terima kasih sebab setia dengan cerita ni.
Segala sokongan anda semua sangatlah dihargai❤️
“ Jumpa di epilogue ❤️ ”
❤️🌼❤️🌼❤️🌼❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro