Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

059 [Rindu tak?]

JLE : 059 ❤️
CHAPTER : Thanks God ❤️

🌼🌼🌼

OH SEBENTAR! JANGAN SKIP!

Terima kasih sebab setia dengan cerita mengarut ni hehehe.

Btw.

Tak keberatan..

Mcm di selingan chapter MINTA TOLONG.

Harini aku nak minta tolong lagi.

Perkara yg sama.

Boleh tak tulis VOTE dekat
BTS MAGIC BOOK AWARD chapter
House Of Army 02 *2*

Aku dah letak link dekat announcements.

Alhamdulillah, dengan berkat Komen vote korang buku ni lepas ke pusingan kedua.

Sokong ya😬❤️


Yeyey 62K❤️

🌼🌼🌼

    Range rover milik Jungkook dipakir
di garaj rumah banglo dua tingkat gaya tradisional korea. Berkerut dahi Jungkook, serta merta Eunbyul yang berada di tempat pemandu di pandang.

Dipandang isterinya itu meminta penjelasan.

“ Eunbyul kita buat apa dekat rumah keluarga aku ni? ” Pelik dibuatnya apabila Eunbyul menanggalkan tali pinggang keledar.

Mengabaikan pertanyaan nya.

“ Kau kata nak pergi rumah Namjoon hyung. ”

Makin tidak elok mood jejaka bermata
bulat itu apabila dapat mengesan kereta milik neneknya. Jelas sangat yang Jeon Hyesun berada di rumah. Eunbyul hanya mengabaikan soalan Jungkook.

Fakta .
Jungkook, tidak suka diabaikan oleh Eunbyul.

“ Sayang. I'm talking to you. Aku tanya kau dari tadi lagi. ” Lengan Eunbyul dicengkam lembut untuk meraih perhatian. Nafas dihelakan apabila Eunbyul hanya memandang nya lama.

“ Jungkook.. ”

Panggil Eunbyul bila Jungkook sudah melarikan pandangan. Tangan Jungkook diusap sedikit.

“ Kita masuk dulu. ” Ujar Eunbyul lembut.

Jungkook hanya akur. Sesuai keluar, pintu kereta ditutup dan mengikut langkah Eunbyul dari belakang. Protes tidak mahu buat sebarang sentuhan fizikal dengan Eunbyul .

Merasakan langkah Jungkook yang perlahan dan seperti siput itu Eunbyul terus pusing belakang dan capai tangan kekar Jungkook kemudian ditarik.

“ Lambat. ”

Jungkook merengek tidak suka.

“ Sayang.. aku nak balik. ”

“ Aku nak balik.. ”

Bahu Eunbyul direngkuh erat dari belakang. Wajah disembamkan pada ceruk leher jinjang Eunbyul yang terdedah disebabkan rambutnya diikat. Keluhan terlepas juga di bibir merah gadis itu.

“ Janganlah macam ni Jungkook. Kita masuk ya? Halmeoni saya pun ada sekali bukan hanya kita berdua. ”

Eunbyul pusing menghadap Jungkook. Pipi suaminya itu ditekup dan melagakan hidung mereka. Memujuk bayi tua.

“ Kita masuk ya? ” Pujuk Eunbyul.

Akhirnya Jungkook mengangguk.
Pipi Jungkook dicubit manja sebelum lengan kekar jejaka itu ditarik laju kearah pintu utama rumah.

“ Yah yah— janganlah laju sangat nanti kau tersadung! ”

Teriak Jungkook disebabkan risau. Haihhh mak buyung ni! Tangan kecil Eunbyul dicapai dan dia sendiri yang mengetuai langkah. Eunbyul hanya tersengih.

Setelah memasuki rumah mereka menuju kearah ruang tamu. Jungkook yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ini tersentak apabila namanya dipanggil oleh suara yang amat dikenalinya.

“ Jungkook.. Eunbyul.. ”

Langkah Jungkook terhenti. Serta merta Jungkook melarikan pandangan apabila anak mata Jeon Hyesun yang kelihatan sayu menatap nya.

“ Huh..apa semua ni? ”

Dia...

Dapat rasakan suasana hening sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke ruang tamu.

“ Duduk dulu Jungkook. ” Tegur Encik Jeon kepada Jungkook yang seperti ingin berpatah balik.

Eunbyul menatap anak mata hitam berkilat Jungkook. Lengan Jungkook dicapai. Memberi isyarat mata mengatakan semuanya akan baik-baik sahaja. Keluhan dilepaskan jua, Eunbyul menarik tangan Jungkook kearah sofa.

Kelat, dingin dan kosong. Itulah riak wajah Jungkook sekarang. Apa lagi yang nenek mahu?

Cha Damhee berdehem bagi menyentakkan suasana janggal kuasa dua ini. Dia rasa dia tetamu tetapi dia pula yang bercakap lebih.

“ Tujuan saya kumpulkan semua ke sini untuk jelaskan satu persatu perkara yang menjadi semakin rumit ni. Saya sendiri tak boleh berdiam diri lagi bila keadaan masih tidak berubah. ” Keluh Puan Cha. Melirik kearah Jeon Hyesun yang menunduk apabila dijeling tajam oleh Jungkook.

“ Jungkook, halmeoni kamu dah jelaskan semuanya dekat keluarga Jeon. ” Tegur Puan Cha.

Terus Jungkook menoleh kearah nenek mertuanya itu. Serius? Jungkook berpeluk tubuh, entah lah makin lama dia tidak mudah percaya dengan nenek kandungnya sendiri.

Kemarahannya sudah mencecah kepala setiap kali terkenangkan satu persatu muslihat dan kejahatan neneknya.

Paling terusik hati Jungkook, dia hampir kehilangan anaknya disebabkan sifat pentingkan diri masih berbakti dalam diri Jeon Hyesun membuatkan Eunbyul merelakan diri untuk menjadi mangsa.

“ Walaupun susah untuk appa percaya tetapi halmeoni Jeon dah mengaku semua. ” Sampuk Encik Jeon.

Benar, hampir pengsan dia mendengar kisah pahit itu. Selama ini dia tahu yang ibu nya itu memang sombong tetapi tidak lah sampai bersubahat membunuh.

Ya, Jeon Hyesun menceritakan dari permulaan semuanya itu berlaku. Dari dirinya curang dengan suami Cha Damhee sehinggalah dia bertindak ingin meracun Yeonju teman wanita Jeon Junghyun.

Sejahat manapun manusia dihadapannya ini tetap ibu kandungnya. Jeon Hyesun tetap ibunya.

Mahu berdendam?

Jeon Jaesung tidak mampu.

Tidak terkira masalah yang Hyesun lakukan bermula dengan curang dengan suami kawan baiknya, merancang pembunuhan, terlalu mengawal hidup anak-anak , kemudian dia mempunyai madu. Bermula dari situ dia bertindak lebih berdendam, tidak mahu ada kena mengena dengan keturunan Cha Damhee.   Dapat tahu pula cucunya Jeon Jungkook jatuh cinta dengan cucu Cha Damhee membuatkan dia bertindak tidak terkawal.

Sedikit demi sedikit ingin memutuskan ikatan tali merah antara Jungkook dan Eunbyul dan dia berjaya membuatkan pasangan itu berpisah namun hanya tiga tahun sahaja pasangan itu kembali bersama.

Kerana? Takdir.

“ Eunbyul, maafkan halmeoni. ”  Jeon Hyesun menuju kearah Eunbyul. Sehingga melutut wanita tua itu ingin memohon maaf.

Eunbyul yang mengusap perut itu terkesima melihat nenek Jeon sudah melutut disampingnya. Tangan Jeon Hyesun yang menggosok antara satu sama lain menandakan meminta maaf digenggam.

Eunbyul melutut juga dihadapan Jeon Hyesun. Bibir diketap. Dia pula terpalit rasa bersalah.

“ Eh, halmeoni janganlah macam ni. Eunbyul dah lama maafkan halmeoni. Bangun halmeoni. Eunbyul rasa teruk bila halmeoni melutut dekat Eunbyul macam ni. ”

“ Ma..maafkan halmeoni. ” Ucap Hyesun dengan nada tersekat menahan tangis.

Hari ini dia habis ‘dibasuh’ oleh Cha Damhee. Membuatkan dia sedar tentang semua kesilapannya.

Teresak-esak Jeon Hyesun menangis.
Meratap kesalahan yang dilakukannya. Sebak

Jungkook tidak suka permandangan sekarang. Dia sedikit terusik melihat neneknya yang angkuh itu melutut sekarang.

“ Eunbyul, get up. ” Tegur Jungkook. Lengan Eunbyul ditarik lembut supaya duduk kembali atas sofa. Pinggang Eunbyul dirangkul, menolong isterinya itu tanpa memandang neneknya.

Jeon Hyesun mengelap air matanya.
Kini dia benar rasa yang cucunya itu memang makan hati dengannya.

Jeon Hyesun . Dia perlu baiki keadaan sepenuhnya. Meratapi kesalahan tidak bawa kemana jika tiada usaha untuk berubah.

“ Jungkook.. ”

Baru sahaja Jeon Hyesun mahu menyambung ayatnya dengan pantas Jungkook mencantas.

“ Kook nak cakap dengan halmeoni. Berdua. ”

Jungkook bangun tanpa memandang neneknya dan melangkah kearah taman halaman rumah. Dia perlukan ruang untuk bercakap dengan neneknya berdua.

Eunbyul menahan tangan Jeon Hyesun.
Tangan itu diusap lembut. Senyuman manis menghiasi wajah cantik itu.

“ Eunbyul bersyukur kalau halmeoni sudah berubah. Eunbyul banyak belajar dari perbuatan halmeoni, ianya menjadi tabah. Kita bina keluarga bahagia ya? Semua manusia tidak lari dari membuat kesilapan. Perkataan maaf dan ikhlas itu kelihatan mudah tetapi perkataan itulah memberi impak yang besar dalam diri kita. ”

Ayat itu telah menyentuh hati semua orang.

“ Halmeoni cakap baik-baik dengan Jungkook ya? Dia dingin sebab sayangkan halmeoni. Nanti Eunbyul cuba pujuk Jungkook ya.. ”

“ Terima kasih, Eunbyul. ”

Selepas memberikan senyuman. Hyesun menuju kearah dimana cucunya itu ingin berjumpa dengannya. Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan apabila melihat tubuh Jungkook yang duduk di meja batu.

“ Halmeoni nak cakap apa? ” Tegur Jungkook apabila neneknya duduk di hadapannya.

“ Halmeoni sudah banyak ubah kamu. Sebab halmeoni lah semua ini berlaku. Halmeoni mengaku yang dari dulu halmeoni bongkak, penting kan diri dan tamak. Halmeoni buat perkara kotor supaya kamu dan Eunbyul berpisah. Bukan itu sahaja, dari dulu halmeoni pentingkan diri . Semuanya berlaku disebabkan halmeoni. ”

“ Halmeoni insaf. ”

Jeon Hyesun menunduk kepala.

Rasa teruk bila mengenangkan kisah lama.

Jungkook merenung tidak lepas neneknya. Mencari secebis keikhlasan yang selama ini dia cari.

“ Halmeoni betul-betul berubah? ”

Jeon Hyesun mengangguk.

“ Terima Yeonju noona dalam keluarga kita. Kami pun ada hak untuk tentukan kehidupan masing-masing. Seteruk mana halmeoni cuba pisahkan kalau sudah tertulis takdir.. Usaha halmeoni untuk pisahkan selama ini sia-sia. ”

“ Jungkook kurang ajar sebab halmeoni. Jujur, kepercayaan Jungkook pada halmeoni dah tiada tapi... Terima kasih dekat Eunbyul yang sedaya upaya pujuk Jungkook supaya ingat yang halmeoni darah daging Jungkook. Berhentilah berdendam kerana tiada membawa manfaat yang baik. ”

Jeon Hyesun benar terdiam. Dadanya dipegang, terasa sebak. Berapa banyak dosa yang dia lakukan?

Buta dengan dendam.

“ Banyak kali Jungkook beri halmeoni peluang. Jungkook harap kali ini peluang tu tidak diambil mudah. ” Mata bukan sabit Jungkook mula bergenang dengan empangan air mata.

Tolonglah, dia paling nantikan saat ini.

“ Jungkook, maafkan halmeoni. Peluang itu hanya sekali. Kalau halmeoni masih tidak berubah. ”

“ Tiada lagi peluang. ”

🌼🌼🌼

    Pasangan suami isteri ini sudah bersiap sedia untuk belayar ke alam mimpi. Jungkook menepuk-nepuk bantal yang sudah lama tidak digunakan itu tetapi dia yakin ibunya sentiasa membersihkan biliknya ini.

Mata bulan sabit Jungkook terarah pada Eunbyul yang berpakaian blouse tidur paras bawah paha. Menatap si isteri sambil bersandar pada kepala katil.

Segala tingkah laku Eunbyul ditatap penuh minat walhal perkara itu sering dilihatinya.

“ Sayang, mari sini aku tolong sapukan. ” Tegur Jungkook apabila Eunbyul sudah mencapai sejenis losyen yang sentiasa disapu setiap malam di perut.

Setelah Eunbyul duduk ditepi Jungkook. Losyen tersebut bertukar tangan. Dengan tertib beberapa bantal disendal belakang badan Eunbyul supaya selesa ketika menyapu losyen.

Belly button~

Pusat Eunbyul sengaja disentuh tanda mengusik. Eunbyul hanya tertawa kecil. Ada-ada sahaja Jungkook ini.

Bibir didekatkan pada perut memboyot Eunbyul dan dikucup beberapa detik. Sayang, dia sayangkan bayinya ini. Teramat. Tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

T

erasa lama dia merenung perut bulat itu terus Jungkook meletakkan losyen dan menyapu lembut.

Eunbyul memerhatikan riak wajah Jungkook yang kelihatan sangat tenang dan sangat gembira.

Dalam hati memanjatkan rasa syukur, menjadi juga rancangannya dan neneknya Cha Damhee yang ingin menyatukan kembali keluarga keadaan yang asal.

Damhee tahu Hyesun dalam keadaan yang goyah dengan dendam. Percayalah makin bertambah umur makin dia mahukan keluarga yang bahagia dan sempurna. Jauh disudut hati memang Hyesun sudah menerima Eunbyul tetapi masih ada sifat mengongkong yang melebih-lebih itu.

Eunbyul harap bahagia ini berkekalan dan bukan sementara.

Tangan kecil Eunbyul mengusap pipi Jungkook.

“ Macam mana? Nyaman tak hati awak hari ini? ”

Jungkook mengangguk dengan senyuman.

“ Thanks sayang. ” Ucap Jungkook. Tangan Eunbyul yang dekat itu dikucup sedikit.

Rambut hitam Jungkook diusap pula.

“ Saya tahu suatu hari nanti kita dapat rasai suasana keluarga lengkap. Pada detik ini semua yang saya inginkan terjadi. ” Senyum Eunbyul.

“ Saya rancang dengan halmeoni saya, sebab saya yakin halmeoni awak akan berubah. Jungkook, halmeoni dah tua.. Makin lama semangat untuk menyempurnakan keluarga itu kuat. Selama ini ego menguasai diri , dan percayalah ego tidak akan menang. ”

Jungkook diam, fokus dengan ayat yang meluncur di bibir isteri.

“ Jauh disudut hati halmeoni.. dia rindukan awak, Jungkook. Dari pandangan awak memang halmeoni seperti tegas dan mengongkong hidup awak tetapi dia sayang awak sangat. Kecil tahu hati dia selama ini awak tengking dia. ”

Jungkook menunduk, selama ini dia melampau batas tetapi demi memperjuangkan hak nya juga.

Baju Eunbyul diturunkan semula setelah selesai menyapu losyen. Tangan Eunbyul digenggam lembut. Dibelek-belek tangan kecil itu.

“ Halmeoni Jeon juga menantikan saat ini. Until that moment.. Sekarang kita dah berjaya. Awak ingat kata-kata saya? ”

Sepasang mata hazel bertembung dengan mata hitam berkilat.

Not Afraid, we'll follow the light..
Do not give up until then. Do not shed tears until then, we'll together. ”

Sejurus itu mereka mengukir senyum serentak. Itulah kata-kata saat Jeon Hyesun menguji mereka. Selama ini Eunbyul banyak memberi kata-kata kepada Jungkook supaya Jungkook kuat menghadapi tentangan hebat itu.

Jungkook terharu, akhirnya perjuangannya membuahkan hasil dengan bantuan Eunbyul.

Tubuh Eunbyul ditarik rapat kearah pelukan. Bahu isterinya dipeluk. Menepuk-nepuk tanda dia tenang dengan ayat Eunbyul.

“ Macam mana aku tak jatuh cinta dengan kau sayang? Kau banyak sedarkan aku dan berikan aku kata-kata semangat. ” Dahi Eunbyul dikucup lama.

Thanks to God kerana jodohkan kita. ” Balas Eunbyul.

I'm better than yesterday , right sayang? ” Soal Jungkook.

Always better.

Pipi Jungkook dicium.

🌼🌼🌼

     Waktu berlalu dengan pantas. Masih segar dengan memori malam semalam. Malam keluarga yang diimpikan oleh Jeon Jungkook.

Akhirnya keluarga mereka sudah berdamai. Menjadi satu keluarga yang bakal mencipta detik-detik gembira dan sempurna. Detik bahagia sebagai satu keluarga yang lengkap sudah sampai ke kemuncak.

Tiada lagi masalah.

Tiada lagi porak peranda.

Tiada lagi permainan atau rancangan kotor untuk menumpaskan sebelah pihak.

Dan.

Tiada lagi dendam.

Dendam yang terhabus seakan abu berterbangan jauh daripada keluarga tersebut. Kini, diberi peluang untuk bahagia mutlak.

Gunakan lah dengan sebaik mungkin.

Setelah sekian lama terhurung dengan pelbagai cabaran rumit ingin mengecapi kehidupan yang sempurna akhirnya, waktu tu telah memunculkan diri.

Bunyi riuh yang datang dari rumah hijau milik keluarga Jeon kedengaran sangat meriah dengan suara lima orang wanita yang kecoh berborak.

Siapa sangka?

Satu malam membuatkan segalanya berubah. Dari kelam berubah cerah.

Jeon Jungkook dan Jeon Junghyun si adik beradik Jeon itu keluar mencari perempuan mereka yang hilang sejak tadi.

Dua beradik itu menuju kearah rumah hijau yang menempatkan pelbagai tanaman organik mahupun sayuran-sayuran dan bunga-bungaan.

“ Kook rasa eomma nak pinjam Eunbyul dengan Yeonju noona sekejap je kan? Tapi— ”

“ Dah masuk tiga jam. ”

Junghyun dan Jungkook pandang satu sama lain dan mengangguk. Bahu adiknya itu dirangkul sambil menuju ke destinasi.

Katanya cuma mahu membawa Eunbyul dan Yeonju melawat rumah hijau yang unik itu tapi ini bukan setakat melawat sudah ini.

Dari pagi, Jungkook langsung tidak dapat berkepit dengan Eunbyul.  Isteri kecilnya itu diculik oleh tiga orang wanita.

Bayangkanlah, sepatutnya hari ini Eunbyul perlu buat pemeriksaan kandungan yang sudah mencecah 6 bulan.

Tetapi...

Tiga wanita itu dahulu mengambil tugasnya yang bersama Eunbyul ketika membuat pemeriksaan.

Lagi satu.

Beria Jungkook mahu menyertai tetapi dipiat telinga oleh ibunya. Kata Puan Jeon, ini hal perempuan jadi jangan menyibuk kalau tidak mahu jadi Korean BBQ nanti.

Elok-elok nak jadi bapa nanti jadi makanan.

Pintu rumah hijau ditolak. Terlihatlah sosok-sosok tubuh yang menghadap pokok bunga yang baru dipindahkan ke tanah. Aura ceria dan gembira di tempat ini menguar.

Dua beradik Jeon itu tersenyum sesama sendiri. Terpancar riak bahagia di wajah Jungkook dan Junghyun.

“ Ui, rancak berborak. ”

Tegur Junghyun. Mereka menghampiri keberadaan wanita-wanita itu.

“ DATANG BAPAK ORANG DENGAN BAKAL BAPAK ORANG NI! ” Sahut Cha Damhee sambil melambaikan tangan kearah dua orang lelaki itu.

“ Tch.. ”

“ Tahu tak apa. Dari jauh dengar suara lagi-lagi yang ni. Tak padan dengan mengandung. Suara macam makan pembesar suara. ” 

Pipi Eunbyul ditarik sedikit kuat. Geram melihat pipi tembam Eunbyul. Lepas gian katanya disebabkan tidak dapat melekat dengan isteri kesayangan.

“ Arrghh Jung! SAKITLAH!”

Teriak  Eunbyul yang automatik berdiri setelah dicubit sedemikian. Kaki panjang Jeon Jungkook disepak kecil. Jungkook hanya tertawa kecil.

Seronok mengacau isterinya itu. Bahu kesayangan nya ini dipeluk longgar. Eunbyul menjeling tajam.

“ EH, kamu kenapanya cubit menantu eomma? Meh sini eomma cubit kamu balik! ”

“ Eommunim.. ” Rengek Eunbyul apabila Jungkook mahu menggigit pipinya.

“ Alolololololo kesian menantu eomma. ” Puan Jeon bangun dan mengusap rambut hitam Eunbyul kemudian menghadiahkan jelingan maut berbisa kepada anak bongsunya itu, Jeon Jungkook.

Heol.. ”

“ Pipi labuh mana tak geram. Rasa nak gigit je. ”

Eunbyul membuat gerak bibir mengejek Jungkook. Sedari tadi Jungkook hanya lihat Eunbyul yang mengejeknya itu memperlihatkan betapa comelnya Cha Eunbyul.

“ Eiiii , geram! ”

“ JUNGKOOK! ”

Eunbyul mengejar Jungkook yang sudah melarikan diri setelah mencubit kuat kedua bahagian pipi gebu Eunbyul.

Punggung Jungkook disepak geram.

“ HAH GERAM AKU. ”

“ ADUH DUH DUH DUH— ”

Mereka yang melihat adegan itu hanya tergelak. Bayangkanlah Eunbyul dengan perut memboyot menyepak punggung Jungkook.

Berderai tawa dibuatnya.

“ Halmeoni , eomma! Kook ambil isteri Kook balik ya! Tata! ”

Jungkook mendukung Eunbyul secara pengantin dengan sekali cuba sahaja. Langkah seribu dimulakan. Berdesup suami isteri itu hilang dengan tawa.

“ JEON JUNGKOOK! ”

“ EOMMA TAK HABIS LAGI DENGAN ISTERI KAMU! ”

Puan Jeon mencekak pinggang. Ekor matanya menangkap Junghyun yanh menarik lengan Yeonju dan senyap-senyap untuk melarikan diri.

“ HAH KAMU JUNGHYUN! NAK BAWA LARI MANA YEONJU! ”

“ TAK ADA .. TAK ADA  Hyun separuh mati rindu Yeonju. Eomma tu baik pergi dekat appa. Kesian Hyun tengok appa duduk depan TV. Acerrrr urut-urut sikit.. ”

“ BERTUAH PUNYA ANAK! ”









❤️TO BE CONTINUE ❤️
🌼2573 WORDS 🌼

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro