
058
JLE : 058❤️
Chapter : BBQ party + Merajuk❤️
+++
Haiii berjumpa lagi kita di segmen
“eh bila nak update lagi?”
Mengikut perancangan kasar, cerita ni hanya sampai CH 60 & epilogue jadi total 61 chapter.
Semoga merindui saya ya nanti. Jemputlah baca The EROS.
Sorry lately ni aku writer block.
Muah, idapyou❤️
Btw aku dah tukar cover!
Jjang!!
+++
Kookie ke Jungkook?
🧐🧐🧐
++++
“ EOMMA! ”
Kim Saena memanggil ibunya. Tergedek-gedek budak berumur 3 tahun itu ingin menuju kearah bilik yang menempatkan ibunya itu. Bergema suara Saena di rumah Eunbyul dan Jungkook.
CHOP!!
Kim Seokjin si ayah dengan cepat mengejar anak perempuan nya itu.
“ OHSOMM! ANAKKU! ” Seokjin berdiri dihadapan Saena seraya tubuh kecil itu didukung dan dibawa jauh daripada bilik tidur.
“ Eomma tengah susukan adik.
Nanti appa kena piat telinga.
Awww sakit tahu kena sepit ketam. ”
“ Appa! ” Jerit Saena tepat pada telinga kiri Seokjin. Bahu Seokjin ditepuk kasar. Habis bahu si ayah menjadi sasaran. Mencebik habis wajah comel Saena.
“ Ya Tuhan anak aku ni jerit dari tadi. ” Gumam Seokjin apabila dapat rasakan dia hampir pekak.
“ Kenapa Saena? Seojun buat apa lagi? ” Seokjin menyoal lembut. Tubuh Saena diturunkan bila anaknya itu menggeletis tidak duduk diam.
“ Tengok tu oppa musnahkan barbie Saena! ” Adu Saena. Kaki dihentakkan tanda marah.
Seokjin mengeluh, apalah Seojun buat dekat paying bab—barbie itu.
“ Mana.. biar appa tengok. ”
Lantas Saena menarik tangan ayahnya itu kearah ruangtamu. Sesampai sahaja di destinasi Seokjin hampir benamkan kepala dia celah sofa.
“ Seojun—AAAAAAAHHHH MAK KAU GILA! Seojun macam mana boleh terlerai semua badan patung ni?! ”
Seokjin seakan hilang akal melihat anak patung berjantikan perempuan itu terputus segala anggota badan. Kelihatan menggerikan...
Siap ada reben lagi..
Hilang kata-kata selepas menyoal Seojun. Kim Seokjin terkaku. Mengkelan air liur dibuatnya.
Wahai anakku kenapa jadi begini...
Seojun dengan wajah sesuci lembaran di hari raya memegang kepala anak patung itu.
“ Namjoon samcheon yang ajar Jun. Kenapa appa? Jun buat salah ya? ” Polos sahaja balasannya.
Seokjin mengetap bibirnya mendengar nama Namjoon meniti di bibir anak lelakinya itu. Anak mata nya bertembung dengan Namjoon yang senyap-senyap keluar daripada sebalik langsir dan ingin melepaskan diri.
“ YAH KIM NAMJOON! KAU GANTI BALIK BARBIE ANAK AKU! BIBAAAAAAA!”
“ AAAAAAHHHH HYUNG! MIANHAE MIANHAE HAJIMAAAAAA ! Aku nak pasang balik kaki patung tu tapi terburai semua! ”
Namjoon melarikan diri.
Habislah dia kena ganyang dengan Seokjin!
“ PERGI BELI SEKARANG! BELIKAN YANG BARU! ” Pistol mainan Seojun diambil dan dibaling tepat kearah kepala Namjoon.
HAH AMBIK KAU!
Ditangan Saena terdapat tangan anak patung miliknya yang terburai. Menatap dengan penuh sedih kearah tangan itu.
“ APPAAAAAA SAENA NAK PATUNG SAENA BALIK! ” Raung Saena.
“ SEOKJIN-AH APA YANG BISING TU? ” Hyesun si bini Seokjin melaung dari pintu bilik.
Terkaku Seokjin dibuatnya.
“ Habislah aku! ”
“ A-arrr sayang! Takde apa— ” Seokjin duduk bersila dan cuba memasangkan kembali anggota badan anak patung itu.
“ EOMMMAAAAAAA HUWAAAAA! ”
Saena meluru kearah Kim Hyesun si ibu yang menuju kearah mereka. Makin gelabah Seokjin dibuatnya.
Prakkkkk!!!
Kaki .. yang sudah tercabut itu terpatah dua. Serentak itu anak mata laki bini itu bertembung.
“ YAH KIM SEOKJIN! ”
Eunbyul yang melintasi itu hanya terkekeh kecil. Gembira rasanya dapat berkumpul begini. Dia baru sahaja keluar daripada dapur bila tiada apa yang dia ingin lakukan. Semuanya sudah disediakan oleh kawan-kawan nya itu.
Dia bosan, Bangtan langsung tidak bagi dia buat kerja banyak. Sebentar tadi di dapur juga dia hanya sempat memotong apa yang patut dan memasak japchae.
“ Lambat lagi ke Jungkook ni? ”
Bibir merah itu mengendur. Mengeluh seketika.
“ Jimin-ah! Tolong ambilkan arang dalam kotak tu! ” Laung Yoongi dari halaman belakang rumah. Dia sudah bersedia dengan perkakas untuk BBQ.
“ Jimin tak ada dia pergi beli barang dengan Jungkook! ” Balas Taehyung yang berguling atas lantai.
Ternaik sebelah kening Eunbyul kemudian terpandangkan sekotak arang yang berada di sampingnya. Tangan ditepuk dan kotak berisi arang itu diangkat. Berkerut sedikit dahi Eunbyul apabila terasa berat. Namun dia teruskan langkah.
KERJA KERJA!
“ Aigoo, Byeong-aa anja-iseo! ” Taehyung berlari kearah Eunbyul dengan riak wajah risau. Patutlah dia cari benda tu tak jumpa rupanya mak buyung ini sudah ambil.
“ Takut aku tengok kau jalan kesana kesini kesana kesini eh— hah dengan perut bulat kau tu. ”
Taehyung mengekori langkah Eunbyul.
Dia nak ambil tapi Eunbyul sudah menjeling tajam jadi Taehyung teragak-agak mahu mengambil.
“ Alahh sekejap lah. Bukan berat sangat. ” Langkah dilajukan kearah belakang rumah.
“ Oihh degil betul dia ni! ” Taehyung menarik hujung rambut Eunbyul.
“ Kau diam lah Tae. ”
Ah—dia perlukan bantuan kecemasan! Anak mata yang melilau itu berhenti tepat pada Seokjin yang mengusap bahu yang terasa pijar itu.
Taehyung menunjuk kearah Eunbyul.
“ YAH! ”
Buat kesekian kalinya Kim Seokjin terkejut, terjerit lalu terkenyit.
“ Jin hyung! Tengok sini. Byul ni angkat benda berat! ” Adu Taehyung. Dia cuba mengambil kotak tersebut tapi Eunbyul masih berdegil.
“ Hei Byeong! Degil betul! ”
Seokjin datang dan dengan senang nya mengambil kotak tersebut dan diserahkan kepada Taehyung. Eunbyul sudah mencebik.
“ Jungkook mana Jungkook? Suruh dia tengok perangai degil bini dia ni. ” Seokjin mencekak pinggang.
“ Keluar beli daging tambahan dengan Jimin. Hyung dia ni memang degil. ”
Seusai itu Taehyung melarikan diri kearah Yoongi bila mendapat jelingan maut berbisa daripada seorang wanita mengandung.
“ Habistu Byeong dapat buat apa je? Buat itu tak boleh. Ini tak boleh. ” Eunbyul mengetap bibir dan memeluk tubuh memandang arah lain.
“ Byeong, duduk je. Kami fikirkan keadaan kau. ” Sampuk Hoseok yang berselisih untuk menyerahkan bahan bahan-bahan kepada Yoongi.
“ Jeon Eunbyul, kenapa tak dengar cakap ni? Jin selaku doktor Eunbyul tahu keadaan Eunbyul macam mana. Mudah penat kalau buat kerja melebih. Dari tadi Jin tengok Byul tak duduk diam. Duduk lah sayang, rehat.” Seokjin memujuk lembut.
Rambut hitam Eunbyul dilurut perlahan.
Tidak boleh kasar-kasar nanti terasa adiknya ini HAH KAU NAK PUJUK KE?
“ Kalau taknak duduk main dengan kembar , pergi dapur duduk sana. Dekat sini bahagian lelaki. ”
Eunbyul melangkah kearah halaman belakang rumah.
“ Eunbyul tak nak. Tak ada apa yang Byul patut lakukan. Eunbyul taknak duduk saja, tak manis lah tuan rumah tak buat kerja. ”
“ Eunbyul— ”
“ Duduk , kau tu mengandung. Sedar sikit. ” Sampuk Yoongi yang berdekatan.
Serta merta Eunbyul dan juga Seokjin, Hoseok, Namjoon dan Taehyung diam bila Yoongi sudah buka mulut. Eunbyul sudah menekur memandang rumput.
“ Bukan satu tapi dua. Jangan fikir pasal orang lain lah. Kau tu kena banyak rehat. Ongi tak nak dengar alasan lagi. Dah, duduk dekat sana dengan Seojun Saena. ” Sampuk Yoongi yang memegang peralatan BBQ.
“ Buat apa dekat sini lagi? Pergi lah duduk sana. ” Tegur Yoongi.
Eunbyul muncung sedepa, kalau Yoongi dah bersuara tu memang dia tak boleh bantah. Dengan gerakan perlahan Eunbyul melangkah masuk untuk duduk di ruang tamu.
Wajah masam mencuka terserlah. Yoongi hanya mengeluh bila Eunbyul hanya jalan melepasi nya tanpa memandang nya.
🌼🌼🌼
Barangan diletakkan di dapur. Jungkook sempat menegur isterinya itu yang baring atas sofa di ruang tamu. Sekarang dia menolong sahabat-sahabatnya itu di halaman belakang rumah.
Hampir setengah jam berada di sana Jungkook melangkah masuk ke dalam rumah. Eunbyul yang masih berbaring itu menjadi destinasi Jeon Jungkook.
Jungkook mencangkung dihadapan Eunbyul. Wajah masam mencuka Eunbyul dapat dikesan. Pipi gebu Eunbyul diusap-usap.
“ Hey sayang. Kenapa monyok ni? ”
Diam, itu yang dia lakukan. Mood nya melayang. Dengan Jungkook juga dia tak mahu berborak sekarang ini.
“ Sayang aku cakap dengan kau ni. ”
Baru sahaja Jungkook ingin memegang lengan Eunbyul yang sudah duduk itu tetapi Eunbyul bangun dan mengorak langkah kearah bilik mereka.
Berkerut dahi Jungkook. Dia ada buat salah ke? Setahu dia, tidak ada pula dia cari pasal dengan Eunbyul tadi.
Taehyung datang dan duduk atas sofa sambil mengunyah gula-gula getah.
“ Kenapa dengan bini aku? Hyung semua ada buat apa-apa ke? ” Soal Jungkook.
Mesti ada sesuatu yang terjadi semasa dia tiada di rumah. Pelik juga dia, Eunbyul langsung tak tegur dia semasa pulang dari kedai.
“ Oh, merajuk. Kitaorang tak bagi dia buat kerja. Tadi dia angkat benda berat. Keluar anak tekak Jin hyung tegur Eunbyul. ”
Sekarang Jungkook faham. Dia tahu Eunbyul bosan tak buat kerja bila mood rajin dia datang.
“ Kau tahu sajalah Eunbyul tu degil. Dia tetap buat juga, kau pun tahu siapa je boleh bantah arahan Yoongi hyung? ”
“ Yoongi hyung tegur. Itu yang terus merajuk tak nak cakap dengan sesiapa. Yang tak bersalah pun kena tempias. ”
“ Jungrien tegur pun taknak layan. ” Sampuk Namjoon yang baru duduk di karpet atas lantai.
“ Aku dah cuba pujuk tadi tapi kena palau teruk. Kiciwaaaaa aku. ” Taehyung menekup wajahnya.
Jungkook pandang Taehyung dan Namjoon silih berganti kemudian mengeluh kecil.
Nampaknya, siapa yang kena pujuk?
HAH JAWAB.
“ Memang aku lah ni kena pujuk? ”
“ Kau harapan terakhir. Mata aku hampir buta kena jeling dengan Eunbyul. ”
🌼🌼🌼
Keadaan dalam bilik yang gelap itu menyukarkan Jungkook untuk melihat. Suis lampu ditekan.
Kelihatan lah Eunbyul sedang baring dengan siap berselimut bagai. Langkah diaturkan ke arah katil. Berhati-hati lelaki ini duduk di samping Eunbyul.
Dengkuran halus milik Eunbyul dapat didengari. Jungkook merenung lama wajah Eunbyul yang tembam dan sembab mungkin menangis sambil jemarinya mengusap rambut hitam itu. Tangan kiri pula mengusap perut Eunbyul.
Anak dadda, tengok momma merajuk pun comel.
“ Eunbyul.. ” Hanya dua kali goncangan lembut Eunbyul sudah terjaga. Mata yang masih kabur di gosok. Sejurus penglihatannya jelas , kornea mata bertembung dengan iris hitam berkilat Jungkook.
“ Hm? ”
Redup sahaja renungan mata Jungkook seakan memujuk gadis ini. Tatapan itu dibalas dengan tatapan yang sama , ikhlas dan lembut.
“ Buat apa dekat sini sayang? Jom turun. Makanan semua dah siap. ”
Kepala digeleng sedikit. “ Tak lapar. Awak makan lah dengan diorang. ” Pergelangan tangan Jungkook diusap sedikit. Sejujurnya dia benar-benar hilang selera disebabkan mood nya berterbangan jauh.
Mata bulan sabit itu masih kuyu. Suara Jungkook kedengaran sayup-sayup sahaja.
“ Janganlah macam ni sayang. Mari kita turun makan. ” Pujuk Jungkook.
Telapak tangan Jungkook dicapai dan dipegang erat. Sejujurnya dia mengantuk sekarang.
Orang nak bobo ni biskut.
“ Diorang tegur sebab sayangkan kau. Kalau tak sayang diorang suruh kau buat lagi kerja. ”
Deheman, itu sahaja Eunbyul balas. Demi Tuhan dia benar mengantuk kuasa boboiboy sepuluh. Jungkook menggeleng lihat Eunbyul yang seperti buat segmen telinga kalis bunyi.
“ Cinta aku tak? ”
“ Soalan kbat mana apa awak tanya ni? Kalau awak dah ada jawapan nya. ” Balas Eunbyul dengan mata tertutup.
“ Kalau cintakan aku, jom turun bawah makan. Baby dalam perut sayang pun lapar. Tak perlu mogok tak mahu makan. ” Kepala digaru gatal.
HAH KAU TU LAH AKU SURUH PAKAI DOVE YANG ADA GARAM PINK TU TAKNAK!
SIBUK NAK PAKAI CLEAR MAN.
“ Sayang... ”
“ Ya ya , saya bangun. Janganlah nak menangis. ”
Bangun juga disebabkan suara Jungkook sudah meleret seperti mahu Jungkook tersengih hehehee. Badan belakang Eunbyul dipegang, menolong gadis itu supaya bangun.
Muka kecil tambah tembam dengan sembab Eunbyul ditekup. Mata Eunbyul yang masih tertutup itu dikucup kemudian pipi gebu Eunbyul juga menjadi sasaran bibir nipis itu.
“ Basuh muka dulu. ”
“ Dukung? ”
Jungkook terdiam sekejap, wooo ...
Tanpa banyak cakap tetapi banyak usaha Jungkook mengangkat Eunbyul secara pengantin.
Leher Jungkook dipaut manja. Haruman yang datang dari leher Jungkook membuatkan Eunbyul memejamkan mata. Sekilas ciuman Jungkook hadiahkan di dahi Eunbyul.
Sampai sahaja di bilik air tubuh kecil Eunbyul diturunkan. Jungkook membuka pili air dan menadahkan air sedikit kemudian menyapu air bersih itu ke muka Eunbyul.
Ingat sweet lah ada orang basuhkan muka. T_T Aku sendu😪
Seusai bermanja-manja, mereka turun
ke bawah. Jungkook melingkar kan tangannya di bahu Eunbyul. Menuju kearah jamuan kecil yang diadakan di belakang halaman rumah.
“ Sayang, japchae yang kau buat sedap tahu. ” Puji Jungkook.
Eunbyul tersenyum. Hehe kena puji. Pinggang Jungkook dipeluk dan ciuman hangat singgah di pipi kanan Jungkook.
“ Eomunim bagi resepi. ”
Jungkook tersengih suka, patutlah japchae yang isterinya buat seakan sama dengan air tangan ibunya.
Sampai sahaja, Eunbyul dikerumun. Bukan Eunbyul sahaja tapi dengan Jungkook sekali kena peluk. Tubuh kecil itu tenggelam dalam pelukan-pelukan manusia ini.
Sekarang ini, ada tujuh orang jejaka memeluknya serentak.
“ BYEONGGG AKU MINTA MAAF! ” Taehyung memeluk leher jinjang Eunbyul.
“ Walaupun aku tak buat salah, nak minta maaf juga! ” Jimin dari arah belakang memeluk tubuh Eunbyul.
Eunbyul sudah menggeletis ingin melarikan diri daripada pelukan ketat ini.
“ WEH LEMASLAH EUNBYUL! DAHLAH KECIL! ” Mia menampar bahu abang-abangnya itu. Kim Seokjin, Kim Taehyung dan Kim Namjoon yang melebih-lebih peluk macam tak jumpa lagi.
Jungkook sedaya upaya menolak tubuh abang-abangnya.
“ HAH HAH LEPASKANLAH WOI! AKU TAK BERNAFAS! ” Teriak Eunbyul sekuat hati.
Pelukan dileraikan. Eunbyul tercungap-cungap mengambil nafas. Berkerut hidungnya.
“ YAH BYEONG OKAY? ”
Seokjin menekup wajah kecil Eunbyul yang kemerahan.
“ Panas tahu tak?! Enam orang, berdiri depan ni! BERDIRI TEGAK! ” Eunbyul menepis lembut tangan Seokjin. Tangan dicekekak ke pinggang setelah memberi arahan.
“ MIN YOONGI! PELUK MACAM TAK JUMPA AKU! TADI MARAH ORANG!”
Yoongi dengan sopannya menundukkan wajah apabila dimarahi. Macam kucing kena marah dengan Tuan.
CEPAT CLAIM KUCING NI!
“ KIM SEOKJIN NAK KENA CUBIT? KENAPA CUCUK PINGGANG AKU? ”
“ E..err ”
Mata beralih pula pada Jimin yang berdiri macam budak baik. Acah innocent.
“ PARK JIMIN, APA? KAU KATA
TAK BUAT SALAH? KAU BARU JE BUAT SALAH! ANDA JERIT DEKAT TELINGA AKU. ” Telinga Jimin dipiat.
“ A..Arghh! ”
“ KIM TAEHYUNG, AIR LIUR KAU MERECIK DEKAT MUKA AKU! ” Eunbyul meraup wajahnya. Rasa nak menangis.
Taehyung menggaru kepalanya,
alaaa tak sengaja...
“ Berdiri tegak! ”
Beralih pula pada Namjoon yang paling tinggi itu. Kekiri kekanan bebol mata bila mata Eunbyul menikam nya. Dengan penuh membara, Eunbyul mara kearah Namjoon.
BBUKK!!!
Bahu Namjoon ditampar kuat.
“ KIM NAMJOON!!!! KAU DAH PUTUSKAN GELANG AKU! HUWAAAAAAAAAAA!! ” Raung Eunbyul.
“ JUNGKOOKKKK! ”
Ditangannya terdapat gelang limited edition jenama Gucci yang Jungkook hadiahkannya...
Dua hari lepas..
“ Gelang gucci? ” Soal Jungkook selamba.
“ YA LAHHH! ”
“ Oh okay gelang gucci—”
Terbeliak mata Jungkook. Dia salah dengar ke?
“ GELANG LIMITED EDITION TU KE?! ” Naik seoktaf suara Jungkook.
“ YAH HYUNGGGG!!!! ”
🌼TO BE CONTINUE 🌼
❤️2150 WORDS❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro