
056
JK hairstyle look for this Chapter!♥️
🌼🌼🌼
JLE : 057 🌹
CHAPTER : Morning + Jeon Hyesun 🌹
♥️♥️♥️
Sinaran matahari menerombos masuk melalui celah-celah langsir yang terbuka sedikit. Jeon Jungkook masih setia meniarap atas katil itu hanya menyarungkan seluar paras lutut dan tidak berbaju.
Rambut hitam yang dipotong pendek itu setiap pagi akan serabai seiras baru lepas berperang seakan Perang Dingin yang berlaku antara kuasa-kuasa barat.
Jejaka itu mula bergerak-gerak apabila tiada apa untuk dipeluk. Sebelah tangan mula meraba tempat Eunbyul dengan mata masih tertutup akibat mamai.
Namun, apa yang dia dapat rasakan hanya dakapan kosong. Peluk angin.
" Eunbyul.."
Suara serak basah baru bangun tidur itu memenuhi segenap ruangan bilik tidur. Tiada sambutan. Jungkook menggeliat kecil dan mengambil masa satu minit untuk sedar sepenuhnya.
Badan diringan supaya dapat duduk.
" Jeon Eunbyul.. " Panggil Jungkook sekali lagi. Sebelah mata ditenyeh perlahan. Dada yang terasa gatal digaru dahulu.
Mana pula sayang aku ni?
Mata Jungkook mula melilau mencari bayangan si isteri. Mana pulak isteri aku tu pergi ni?
Jungkook mengemas katil. Hah nanti kena bebel sebab tak kemas jadi baik dia kemas dahulu. Seusai menggosok gigi, Jungkook melangkah keluar daripada bilik dan menuju kearah dapur yang berada di tingkat bawah.
Sasarannya ruang tamu tapi ruang tamu itu kosong dan kelihatan tenang sahaja. Jeon Jungkook yang masih shirtless itu menuju kearah dapur apabila terdengar suara seseorang menyanyi.
" Eunbyul? Sayang? " Laung Jungkook sedikit kuat.
" Saya dekat dapur! " Jerit Eunbyul yang menghadap kuali.
Dengan langkah biasa Jungkook akhirnya sampai ke dapur. Kornea mata hitam berkilat itu dihiasi permandangan seorang isteri yang menghadap dapur gas. Hidungnya menusuk-nusuk bau yang enak.
" Sayang. "
" Eo, good morning shuben~ " Eunbyul melemparkan senyuman. Melihat Jungkook tidak berbaju itu nampak hot!
Jeon Jungkook menuju kearah Eunbyul dan memeluk isterinya itu dari belakang.
Sekucup ciuman di pipi Jungkook berikan. Eunbyul pusing kebelakang sedikit dan mengucup sekilas bibir Jungkook.
MORNING KISSEU!!
" Saya ingat nak kejut awak lepas sarapan siap."
Pelukan dilepaskan . Badan belakang Jungkook bersandar pada kabinet. Tangan disilangkan ke dada. Mata tidak henti merenung cinta hati.
" Dah bantal peluk takde macam mana tak terjaga. " Jungkook mengusap hidungnya.
Eunbyul hanya tersengih. Sorry shuben!
" Tadi eomma ada call sayang. "
Jungkook berkerut kening, kalau call mesti ada apa-apa. Jungkook menggaru lehernya. Kenapa tak call dia sahaja?
" Kenapa call? " Jungkook menyoal malas.
" Appa ajak makan malam dekat rumah keluarga awak. " Eunbyul pandang Jungkook sekilas. Jungkook menghela nafas perlahan.
" Kau cakap apa? " Tangan Jungkook mula mengalihkan helaian rambut depan Eunbyul yang hampir menutupi mata.
Eunbyul mula bergerak mengambil pinggan dalam kabinet dapur dan membuka kabinet dibahagian atas untuk keluarkan cawan. Jungkook menuju kearah Eunbyul dan berdiri belakang Eunbyul kemudian menggapai dua cawan .
" Terima kasih. " Ujar Eunbyul. Jungkook memegang bahu Eunbyul dan memimpin kearah meja makan. Menyuruh isterinya itu duduk.
" Duduk. "
Eunbyul hanya mengikut. Jungkook mengecup dahi Eunbyul. Mata hazel Eunbyul merenung Jungkook yang menggoreng telur membelakanginya.
" Saya iya kan je lah sebab eomma pujuk.
Saya dah kata yang malam ni kita nak dinner dengan nenek saya tapi eomma dah pujuk. Saya tak sampai hati nak tolak." Bibir dimuncungkan. Masih ingat suara ibu mertuanya itu.
" Nasib baik saya tak bagitahu nenek saya lagi. " Eunbyul mencapai buah anggur yang dia letakkan atas meja tadi.
NGAPP!!!
Selama sebulan mereka berkahwin baru satu kali mereka makan malam di rumah keluarga Jeon. Itupun hanya makan malam sahaja. Tidak bermalam walaupun ibu Jungkook minta.
" Eomma tahu kalau dia call aku mesti aku cakap taknak sebab tu eomma call kau. " Jungkook selesai menggoreng telur dengan gerakan pantas Jungkook mencedok nasi goreng kimchi dan diletakkan dalam dua pinggan.
Telur mata itu diletakkan berhati-hati atas nasi goreng kimchi. Jeon Jungkook, jejaka idaman itu datang kearah Eunbyul dengan tangannya membawa dua pinggan nasi goreng kimchi.
" Momom~ " Sengih Eunbyul melihat hidangan di hadapannya.
" Awak nak hidangan sampingan? Saya ambilkan. " Jungkook mengangguk. Lantas Eunbyul bangun dan menuju kearah peti sejuk. Beberapa bekas hidangan sampingan yang dia dan Ahjumma Lee buat dikeluarkan.
" Boleh tak kita tak pergi? Aku malas jumpa nenek. "
Pergerakkan tangan Eunbyul terhenti.
Wajah Jungkook yang madam mencuka dipandang.
" Kenapa pula ni Jungkook? Hm? " Eunbyul menyoal lembut.
Jungkook mengeluh kasar, sakit kepala dia kalau fikirkan kelakuan nenek nya yang seiras budak berumur 5 tahun.
" Bukan pasal kita tapi pasal Junghyun hyung dengan Yeonju noona. " Buah anggur itu diambil dan dimasukkan kedalam mulut dengan geram.
Sakit hati, sakit kepala, sakit semuanya bila pasal nenek Jeon disebut. Eunbyul hanya diam, menunggu ayat Jungkook yang seterusnya.
" Nenek tu tak habis-habis ugut Yeonju noona. Apa dia ingat dia selamanya boleh kawal hidup orang? " Geram Jungkook. Dalam masa sebulan ini, nenek nya tidak menganggu kehidupan nya, dia bersyukur tapi masalah dia ganggu teruk bakal kakak ipar nya itu.
Eunbyul datang dengan beberapa jenis hidangan sampingan. Seusai duduk, lengan Jungkook diatas meja disentuh.
" Dah, sekarang sarapan dulu ni saya masak nasi goreng kimchi kegemaran awak . Lepas tu kita kena pergi University. Banyak benda nak settle. " Sesudu nasi goreng kimchi selamat masuk ke dalam mulut.
" Buat apa pula? " Bingung Jungkook.
Eh Jungkook bingung² nanti bengong kang!
" Hari ni kan kita graduate. " Ringkas Eunbyul membalas. Jungkook menepuk tangannya bila dia teringat akan hal itu.
" Ah lupa.. " Jungkook angguk kepala dan mula menyuap makanan dengan wajah masih ketat.
Raut wajah yang tidak gemar bagi Eunbyul. TAK BOLEH JADI NI!
" Dah jangan masam-masam tak baik depan rezeki tarik muka. Lari rezeki nanti. Momom sekarang. " Tegur Eunbyul.
Jungkook mengubah reaksi wajahnya apabila sedar yang dia terlalu fikirkan hal neneknya.
Dia berdehem sedikit dan mula makan dengan berselera.
" Mana Ahjumma Lee? " Soal Jungkook.
Pelik sebab wanita itu tidak berada di dapur.
" Helo Encik Jungkook, awak sedar tak ni? " Eunbyul melambai dihadapan wajah Jungkook.
" Aku sedar sayang. " Pergelangan tangan Eunbyul ditangkap lembut. Apa kena dengan isteri dia ni?
" Awak lupa ke? Ahjumma ambil cuti seminggu ni sebab balik kampung. " Terus terang Eunbyul. Jungkook terjeda seketika , mengingati kejadian semalam semasa Ahjumma Lee bercakap dengan mereka berdua.
Tak lama kemudian, Jungkook tersengih. Hehe ingat. Mereka menyambung makan. Tiada perbualan antara mereka selepas itu sehinggalah pinggan masing-masing sudah licin.
Jungkook bergerak untuk membasuh pinggan kotor. Eunbyul boleh sahaja buat tapi Jungkook larang, jadi Eunbyul hanya menempel sebelah Jungkook macam koala. Kaki dijengketkan, badan kekar Jungkook dipeluk dari belakang.
" Ni seksi macam ni nak goda siapa? " Soal Eunbyul, jari telunjuk nakal gadis itu mengusik dada bidang Jungkook.
Jungkook menoleh kebelakang sebentar.
" Goda isteri sendiri. Aku ada isteri cukup pakej takut orang kebas pula. "
Eunbyul berdecit. " Saya yang patut goda awak tahu, awak tu makin kacak! Lagipun siapa nak pandang saya yang boyot pastu tembam ni? " Pipi tembam itu disandarkan pada badan belakang Jungkook.
" Ada. "
" Siapa? "
" Aku. " Jungkook yang sudah selesai membuat kerja itu menanggalkan sarung tangan getah merah jambu itu.
Badan dipusingkan menghadap isteri tercinta. Eunbyul tersengih penuh makna, tangan diangkat tanda minta didukung.
Dengan kekuatan yang ada Jungkook mendukung Eunbyul. Langkah kaki ditujukan kearah ruangtamu.
Leher Jungkook dipaut manja. Setibanya di ruang tamu Jungkook terus duduk diatas sofa. Eunbyul yang masih diatas peha Jungkook ditahan bila gadis itu mahu bangun.
" Duduk je dekat sini. Macam tak biasa." Jungkook mencapai remote TV yang berada diatas meja. Siaran Netflix menjadi pilihan.
50 Shades of V .
" Hai anak-anak dadda. " Perut besar Eunbyul yang sudah mencecah 5 bulan di usap-usap. Jungkook kembali merenung wajah Eunbyul yang kelihatan sedikit tembam.
" Wae? " Eunbyul menyoal dengan manja.
" Thank you sayang, mesti penat mengandung kan kembar. " Bibir lembap Eunbyul dikucup manja berkali-kali.
OH YA MEREKA DIKURNIAKAN KEMBAR! ATOTOOTOT!!
" Sama-sama kasih, penat tu perkara biasa . Adatlah dua kali ganda penat tapi saya bawa cahaya mata kita jadi small matter. " Kepala disandarkan pada bahu Jungkook. Mata mula terarah pada skrin TV.
" Aku masih tak boleh bla, kita baru dapat tahu yang sayang mengandung kembar. Seokjin tu dah tahu lama tapi dia diam je sebab lupa. "
Boleh Seokjin tu lupa.
" Seokjin kata dia nak bagi suprise waktu kita scan gender baby tapi dah awak suruh Seokjin periksa juga. " Eunbyul menarik tangan Jungkook dan memeluk lengan sasa itu.
🌼🌼🌼
Dapat rasakan ketegangan antara dua orang wanita yang sebaya itu. Ini sekua gara-gara Jeon Hyesun mahu bersemuka dengan Cha Damhee. Hampir lima minit mereka berdiam diri.
" Eunbyul mengandung. " Hyesun memeluk tubuh.
" And then, what's matter? " Damhee hanya tenang.
" Dah mengandung baru nak kahwin? " Kata-kata Jeon Hyesun membuatkan Damhee tersenyum sinis.
" Salah diri sendiri tapi palitkan dekat orang. Hyesun sedar tak yang kau dah buat Jungkook susah hati nak kahwin dengan Eunbyul. Walaupun dia dingin dengan kau, dia tetap nak restu kau. Bila Jungkook cakap Eunbyul mengandung baru kau nak restu. " Bidas Damhee.
Jeon Hyesun terdiam. Lidahnya kelu.
" Cucu mana tak sayang nenek dia? Jahat sekali pun rasa sayang tu tetap ada. " Damhee pandang sayu wajah Hyesun.
Damhee mengeluh. " Cukup-cukuplah dengan ego kau Hyesun. Semua benda dah jadi bubur. Kau nak berdendam tiada guna."
" Aku dah cukup baik hati tak bongkarkan perkara terkutuk kau. Aku simpan sebab aku tahu tiada gunanya aku hamburkan dendam aku. Memang puas tapi hati aku tak tenteram."
Hyesun tersentak dengan ayat Damhee, selama dia membalas dendam mesti sesuatu yang tidak diingininya berlaku. Salah satunya, sikap cucunya itu.
Sudah lama dia tidak dinasihatkan begini.
" Ini masalah kita Hyesun. Jangan libatkan keluarga kita. " Damhee mengeluh.
Masalah mereka tetapi yang kena tempias orang lain.
" Huh. " Hyesun yang sebak itu mengalihkan pandangan.
" Jangan berani sakitkan keluarga kita lagi-lagi Eunbyul dan Jungkook. Mereka tak salah, yang salahnya kita yang jadi punca. " Damhee menepuk dadanya.
" Buang ego kau Hyesun, aku tak pernah sentuh keluarga kau tapi kau? " Hyesun memujuk. Itulah Hyesun, karakter nya lemah lembut tapi dia tegas.
Tangan Hyesun, Damhee capai dan genggam. Buat kesekian kali, nafas dihela.
" Tolonglah jangan kacau hubungan mereka. Dari dulu kau halang hubungan diorang. You make everything worse waktu aku tak ada dekat Korea. Kau buat macam-macam tapi kenapa mereka masih bersama? " Sengaja Damhee membiarkan soalan itu tergantung.
" Aku.. "
" Hyesun. " Tangan Hyesun yang digenggam itu Damhee pandang sekilas.
" Kita makin menua Hye.. bila-bila masa ajal akan tiba. Cubalah berfikiran terbuka dan matang. Dah berdekad kita macam ni. Aku dah tak sanggup nak tanggung semua benda. Daesung pun dah pergi. Hye.. kau nak tahu? "
Damhee dan Hyesun berpandangan. Bibir Damhee mengukir senyum. Air mata Hyesun yang mengalir itu Damhee kesat sedikit.
Jujur Hyesun katakan, setiap kali Damhee memujuknya mesti dia lembut hati sebab Damhee tahu macam mana dirinya.
NAK INSAF KE TUU?!
" Daesung pernah cakap dengan aku, dia cintakan kau lebih walaupun kau ada sifat yang kurang menyenangkan. Aku pun tak marah sebab aku tahu, aku cuma yang kedua. Sebelum Dae meninggal . Dia amanahkan aku, berbaik dengan kau nanti dia pun gembira. Dia nak kita jadi keluarga sebenar. Satu lagi, dia nak semua orang tahu kita ni satu keluarga." Hyesun merenung anak mata Damhee. Mencari kejujuran.
Damhee mengangguk dan senyum nipis.
Damhee jujur.
" Itu yang Dae minta. "
" Aku tak pernah tipu dekat keluarga aku tentang status kita. Jungkook, dia pun tahu tentang hal ini. "
Tersentak Hyesun, apa? Jungkook tahu?
" Game is over? " Hyesun menunduk. Bahu Hyesun diusap lembut.
" Biarkan mereka bahagia Hye, berubahlah sementara kita masih berpeluang untuk pulihkan segala benda. Buka hati kau, apa yang Dae minta kita kena tunaikan. Kesian, dah berapa lama dia tunggu? "
" Damhee.. maafkan aku.. "
Daesung, maafkan saya.
Damhee tersenyum lega. Dia harap Hyesun betul-betul menerima takdir..
🌼🌼🌼
" WOI mak buyung! Kau jangan lompat tinggi. Nanti ada yang beranak dekat sini! " Jerit Junghwa yang berada dekat dengan Eunbyul yang sengih sinis apabila dengar arahan suruh lompat tinggi-tinggi.
" SEKALI JE! " Rayu Eunbyul. Jari telunjuk menunjukkan nombor satu ditunjukkan kepada Junghwa. Tidak lupa, mimik muka kesian.
Junghwa menjeling tajam. PENINGLAH JAGA MAK BUYUNG DEGIL NI!
" JUNGKOOK MANA JUNGKOOK?! " Jerit Junghwa sambil memandang sekeliling. Tapi, tak ada!
Jebon kau pergi mana?! Isteri kau ni hah geram aku nak sumbat stoking!
Eunbyul tersengih kemenangan!
" BLUERKKK! JUNGKOOK DENGAN HOSEOK SEMUA DEKAT DEPAN! "
" JEON JUNGKOOK!!!!!! " Junghwa jerit sepenuh hati walaupun tenggelam dalam kebisingan lautan manusia.
Lengan Junghwa ditampar laju. Berdesis sakit gadis itu.
" Kau pehal main tampar-tampar! " Minah tomboy ini hampir menyiku sahabat di depannya ini.
" Kau diam Hwa! Sekali je! Aku gian nak lompat! Kau dengan yang lain guard lah aku! " Eunbyul memeluk lengan Junghwa.
Mia memicit kepalanya. DEGIL BETUL EUNBYUL NI!
" Baby patutnya keluar lagi empat bulan. Tak pasal-pasal keluar pramatang. " Sampuk Mia yang berdiri sebelah kanan Eunbyul.
" Tahu tak apa Byul, janganlah nanti tergelincir macam mana? " Tegur Nara lembut.
" Please Hwa, Mia, Nara. Baby nak.. " Eunbyul membuat muka kesian. Tangannya mengusap perut sendiri. Riak sedih dipaparkan.
" IYALAH! Kau tu hati-hati , Jungkook suruh kitaorang jaga kau! " Junghwa menggigit bibir geram.
Baru jaga Eunbyul sekejap boleh ment dia. Macam mana Jungkook yang 24/7 dengan Eunbyul?!
Pipi Junghwa dicubit manja. Awhh!!
" Mamabyul tahulah~ "
Eunbyul menayang senyum nakal.
Dia sudah bersedia untuk melompat!
" Selepas kiraan tiga, lompat ya! " Arah jurugambar.
1
2
3
Dengan sekali cubaan Eunbyul membuat lompatan yang tinggi. Topi konvo turut dilambung.
Jangan risau gais, Eunbyul tak jatuh pun.
Dia pandai seimbangkan badan walaupun berbadan tiga ehee tambah kembar.
Selesai sesi bergambar bagi jurusan tarian. Sekarang mereka boleh tanggalkan jubah konvo tersebut.
" GILALAH EUNBYUL BAPAK TINGGI KAU LOMPAT! " Junghwa hampir mencarut!
Bukan kaleng-kaleng perempuan ni!
" KAU NI BIAR BETUL MENGANDUNG LIMA BULAN?! " Mia menggoncang bahu Eunbyul.
" APA YANG PENTING BERUSAHA! " Eunbyul bersorak riang. Lepas juga hasratnya. Ini kalau Jungkook tahu, pengsan suami dia tu!
"MEH PELUK! YEYYY !!! " Nara menarik
mereka bertiga dalam pelukan secara bulatan.
Eunbyul, Junghwa, Nara dan Mia berpelukan. Walaupun tempoh persahabatan mereka tidak lah lama mana tapi akrabnya itu macam 10 tahun kawan.
" Aku harap persahabatan kita kekal selamanya. Plus Jungrien ehee. "
Hanya beberapa saat berpelukan, bahu Eunbyul ditepuk.
" Weh, tu Jungkook dengan yang lain cari perempuan diorang. " Chungha menunjuk kearah Jungkook dan yang lain berada tidak jauh daripada mereka.
" Ohkeyyy thanks Chungha! " Eunbyul berikan senyuman manis. Chungha membuat tanda okay dan berlalu pergi.
Empat orang gadis itu melangkah kearah empat jejaka selepas menghantar jubah konvo tersebut.
Taehyung dan Jimin yang melihat kelibat Eunbyul yang berlari anak itu terus berlari kearah empat orang gadis yang sudah mendekat.
Dengan riangnya Eunbyul berlari anak. Jungkook sudah terlopong mulut.
SAYANG!!!
" WEH WEH BYUL KAU MENGANDUNG LAH GILA PEHAL LARI! NAK KENA DIA NI! " Taehyung, Jimin dan Hoseok memeluk Eunbyul serentak.
" AAA LEMASLAH KORANG DAHLAH TINGGI! "
Mia, Nara dengan Junghwa hanya tergelak melihat Eunbyul sudah dikepung. HAH JUNGKOOK KAU TENGOK PERANGAI ISTERI HIPER KAU TU!
" KAU SALAH PASANGAN TU! TAEHYUNG, JIMIN, HOSEOK! " Jerit Jungkook yang sudah berlari mendapatkan Eunbyul.
" AAAAA JUNGKOOOKKKKK!!! " Raung Eunbyul bila Jimin mengepit kepala Eunbyul hingga hidung mancung itu mencium ketiak Jimin.
🌼🌼🌼
" Hah sampai pun! "
Puan Jeon mendapatkan Eunbyul yang melangkah masuk ke dalam rumah diikuti Jungkook yang berada di belakang.
Tubuh kecil Eunbyul dipeluk oleh Puan Jeon dan dibawa ke ruang tamu. Menantu ku shayangg!! Eunbyul hanya tersengih.
" Baby sihat ke? " Puan Jeon mengusap perut Eunbyul. Dengan pantas Eunbyul angguk.
" Sihat, kekadang tu main tendang-tendang. " Pipi Eunbyul Puan Jeon cubit sedikit. Comelnya menantu ai!
" Eunbyul sihat? " Soal Puan Jeon, rambut hitam lurus Eunbyul diusap penuh kasih sayang.
" Sihat je eomma, Jungkook jaga memanglah. Makan pun bertambah. " Cantas Jungkook yang duduk sebelah Eunbyul. Matanya memandang sekeliling rumah yang masih sama susunannya.
" Betul tu. " Sokong Eunbyul.
" Junghyun hyung mana? " Soal Jungkook. Dia mula memandang ibunya itu. Pelik, selalunya suara abangnya itu yang riuh.
" Oh, dia ambil Yeonju . Sekejap lagi adalah tu. "
Kening Jungkook terangkat. Ambik Yeonju noona?
" Halmeoni tak bising ke hyung bawa noona? " Bahu Eunbyul Jungkook peluk dari tepi.
Puan Jeon mengeluh.
" Tak bising apanya, petang tadi abang kamu tu perang mulut dengan halmeoni. " Puan Jeon menggeleng kepala, tak pernah dia lihat anak sulungnya itu berperang mulut dengan neneknya itu sehingga didengari olehnya.
Selepas kehadiran Junghyun dan Yeonju mereka terus makan malam. Keadaan di meja makan hanya senyap. Seperti makan beradab. Hanya bunyi sudu dan penyepit yang berlaga.
Eunbyul memandang daging panggang yang berada dihadapan matanya itu. Mahu menambah tapi malu. Jeon Jungkook dengan senyap meletakkan beberapa keping daging panggang itu di mangkuk Eunbyul.
Hehehe Jungkook~
Eunbyul membuat gerak mulut mengatakan terima kasih.
Jungkook hanya tersenyum dan menyambung makan. Jeon Hyesun hanya mencuri pandang. Melihat cucunya itu tersenyum membuatkan dia gembira.
Seusai makan, Jungkook membuat untuk balik. Malas berlama di rumah ini.
" Eomma, appa Jungkook nak balik dulu. " Jungkook meminta diri.
" Jungkook. Makan pencuci mulut ni dulu. Kamu datang rumah ni bukan setiap minggu. " Jeon Hyesun datang mencelah.
Jungkook hanya mengeluh perlahan.
Tanpa banyak cakap dia duduk sebelah abangnya. Matanya meliar mencari Eunbyul. Baru dia teringat, isterinya itu pergi tandas.
Puan Besar Jeon ataupun Jeon Hyesun menuju kearah dapur.
Yeonju yang berada di dapur bergurau senda dengan pekerja dapur. Yeonju menolong membuat pencuci mulut.
Melihat kelibat Jeon Hyesun, pekerja dapur terus keluar dari dapur memberi ruang kepada Yeonju dan Jeon Hyesun.
Jeon Hyesun mengambil gelas yang sudah diisi air masak dan diletakkan dihadapan Yeonju. Sebuah botol kecil dibuka dan cecair putih itu bercampur dengan air masak.
" Minum. " Dingin Jeon Hyesun.
" P-Puan.. " Terketar-ketar tangan Yeonju.
" Aku tak suka kau dengan cucu aku.
Aku boleh terima Eunbyul tapi bukan kau." Hyesun berbisik. Yeonju mula menunduk.
Eunbyul berjalan masuk kedalam dapur dengan riang. Tekaknya terasa kering jadi dia nak minum air. Masih tak perasan Jeon Hyesun yang berada dihadapan Yeonju. Membelakanginya.
Mata Eunbyul menangkap gelas yang dihadapan Yeonju. Malas mahu mengambil air lain, Eunbyul ingin mencapai gelas tersebut.
" Unnie, air unnie ke ? Nak sikit! " Eunbyul tersengih lebar.
" EUNBYUL JANGAN- " Yeonju menahan. Dia tidak mahu membahayakan Eunbyul.
Jeon Hyesun gelabah, dia rancang lain! Kenapa Eunbyul masuk dapur waktu ni?!
" Eunbyul, minum lah air lain. Halmeoni boleh ambilkan. " Jeon Hyesun mengambil cawan lain.
" Eh tak apa Puan-halmeoni. Eunbyul dah biasa kongsi air dengan Yeonju unnie. "
Tak sempat Yeonju dan Jeon Hyesun ingin menghalang. Eunbyul meneguk air tersebut. Serentak itu Jeon Hyesun menarik gelas tersebut.
Matanya membulat!
Yeonju menekup mulut. CHA EUNBYUL!!!!!!
Tidak sampai beberapa minit, hidung Eunbyul berdarah.
Jemarinya menyentuh hidung.
Terbeliak mata Eunbyul melihat cecair darah.
" ARGHHH!!! " Jerit Eunbyul bila nafasnya terasa tersekat-sekat kemudian pengsan tidak sedarkan diri.
Jeon Hyesun memejamkan mata dengan bibir diketap.
Ya Tuhan!!!!
Yeonju sudah terduduk ditepi Eunbyul. Tangannya terketar-ketar.
" AKU SURUH KAU MINUM! BUKAN DIA! " Bahu Yeonju digoncang kasar. Yeonju sudah menangis.
Serentak itu suara lantang Jungkook menjerkah neneknya itu
" HALMEONI! APA HALMEONI BUAT NI?! "
Merah wajah Jeon Jungkook melihat Eunbyul sudah terbaring tidak sedarkan diri dengan hidung berdarah. Naik turun dadanya.
" Hei Eunbyul! Sayang! Bangun! " Pipi Eunbyul ditepuk-tepuk.
" TERGAMAK HALMEONI BUAT MACAM NI?! " Tengking Jungkook. Timbul urat-urat dibahagian leher menandakan jejaka itu dilanda api kemarahan.
Encik Jeon, Puan Jeon dan Junghyun terhenti di pintu masuk dapur.
Tersentak dengan suara petir Jeon Jungkook.
Jeon Hyesun memejamkan matanya.
" Apa masalah halmeoni ni?! "
" Apa-apa yang jadi dekat Eunbyul. Jungkook tak akan berdiam diri! " Jungkook mencempung badan Eunbyul dan berlari keluar.
Puan Jeon mengikuti langkah anak bongsunya itu. Tidak betah dia duduk di situ lama-lama.
Jeon Junghyun menuju kearah Yeonju yang mengesot kebelakang sambil menekup telinganya. Tubuh itu dipeluk.
" Halmeoni! " Kali ini Junghyun pula meninggikan suara.
" Halmeoni buat apa ni?! "
Jeon Hyesun terkelu. Bibirnya terketar-ketar.
Yeonju mengenggam kuat kain baju Junghyun.
" Air.. air tu. Ra-cun. Awak.. saya takut.." Bisik Yeonju dengan suara getarnya.
" Halmeoni nak racun Yeonju ke? " Wajah bengis Junghyun kelihatan. Bergerak rahang nya menahan amarah yang memuncak.
" Halmeoni! Jawab! " Jerkah Junghyun.
" Ya! Tapi kenapa Eunbyul yang minum! Junghyun halmeoni boleh terima Eunbyul tapi bukan perempuan ni! "
" Eomma! Cukup! Jae tak tahan dengan semua ni! "
🌼TO BE CONTINUE 🌼
♥️3219 words♥️
JOM KITA BAHAN NENEK JEON!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro