Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

051 (open Q&A)

JLE : 051❤️
CHAPTER : SECRET BEHIND THE CURTAIN 🌻

++++

MANUSIA NI BUAT AKU TAK KERUAN! 😭❤️

❗JANGAN SKIP!❗

Hai! Assalammualaikum!

Jangan lupa vote dengan Komen!

Btw tak perasan yg JLE dah cecah 5K vote! Aku gembira!

One more thing! Support aku cecah
2K followers gais!

KALAU LAH AKU TK HILANG ALMOST 1K FOLLOWERS DULU. HMM AKU DH 3K. HAHA TKPE IT'S OKAYY.

SO GUYS BAWAH NANTI AKU AKAN BUAT Q&A. SO STAY STUNED !

🌻🌻🌻

   

     Sepanjang perjalanan ke rumah, Jungkook hanya mengatup kan bibir. Aku toleh kearah Jungkook yang fokus memandu, rambutnya beralun disebabkan tingkap disebelah pemandu dibuka. Aku tahu mata dia fokus dekat jalan raya tapi otak dia melayang tempat lain. Dekat hospital tadi pun, lelaki tepi aku ini kurang bercakap. Kalau tak dialah yang teruja macam beruk bila buat pemeriksaan bayi. Dia yang tepuk-tepuk tangan macam anjing laut. Tapi sebentar tadi Jungkook hanya bercakap sedikit sahaja.

JUNGKOOK BIPOLAR!

Otak aku terngiang-ngiang suara Jeon Junghyun, abang Jungkook menceritakan tentang hal nenek Jungkook sebentar tadi. Aku gelengkan kepala apabila aku tak mahu banyak berfikir.

“Awak..” Peha Jungkook aku sentuh—SENTUH JE EA KAU PIKIR APA HAH READERS. Aku biarkan tangan kiri aku melekap pada pehanya. Acah sweet sikit.

“Hm..?” Jawab Jungkook tanpa memandang ku. Aku mencebik dan mengiring pandang Jungkook. Tak puas hati bila dia tak pandang aku. Pehanya aku tepuk sederhana kuat.

Jungkook tenung aku sekejap dan kembali pandang jalan raya. OHO KAU TAK LAYAN EA JEBON!

“Kenapa diam ni?” Soalan aku mendapatkan gelengan kecil daripada Jungkook, hujung bibirnya menarik senyuman nipis. Sebelah tangannya mencapai tangan kecil molek aku yang berada di peha nya.

EH EH PEGANG-PEGANG KITA PULAK!

Dia menyulamkan jemari kami. Alamatnya tangan aku yang super kecil ini hilang dalam genggamannya. Dapat aku rasakan kehangatan daripada telapak tangan nya.

Dibawa tangan yang digenggam itu ke bibirnya. Bibir merah jambu lembut nya mengucup lama kekura tanganku.

Auch lembutnya bibir awak cayang!

“Awak marah ke?” Soal aku berhati-hati sambil jemari telunjuk kanan menyentuh rahang tajam Jungkook.

“Marah pasal apa pula ni sayang?” Wajah aku dipandang sekilas dengan kerutan di dahi. Jangan begitu Abe Jeon, nggak kuat saya lihat awak pura-pura macam ini.

“Pasal halmeoni lah.” Jujurku.

Jungkook memandang sekilas kearah aku dengan mata redupnya. Aku tak pasti apa renungan nya. Nafasnya dikeluh berat.

“Sayang. Boleh tak kita tak bercakap tentang halmeoni buat masa sekarang? Aku cuma taknak cakap hal tu buat masa terdekat ni. Aku taknak kau tertekan. Doktor dah pesan jangan bagi kau tertekan.”

“Saya nak bercakap tentang ni.” Aku bertegas. Aku tahu Jungkook ada sorokkan sesuatu , berkaitan dengan nenek Jeon. Ah tak kira nak tahu juga!

Degil! Degil! Degil!

“Degil. Okay, kita bincang dekat rumah.
Aku tengah drive ni.” Ujar Jungkook lembut  mungkin tidak mahu terguriskan hati aku? Tetapi secalit senyuman tidak menghiasi wajah tampan bak putera kayangan itu.

“Hm, ikut suka hati awaklah Jeon Jungkook.”

Perbualan kami terhenti disini. Aku membuang pandangan ke tingkap, melayan perasaan. Sengaja radio aku buka sederhana kuat bagi memusnahkan suasana janggal ini.

Mata dipejamkan apabila aku terlampau fikirkan apa Junghyun cakapkan.

Hampir lima minit kami mendiamkan diri. Sebenarnya aku tak tidur pun gais.

“Sayang.. nak singgah mana-mana tak?” Suara Jungkook menegurku. Aku berlakon, pura-pura tidur gais!!!

Soalannya aku biarkan tergantung padahal aku nak cakap yang aku nak makan pizza. Buat-buat tanya pula mamat ni padahal aku dah cakap yang aku nak makan pizza dekat hospital tadi.

KAU BUAT LUPA KE JEBON?!

“Aku dengar ada kedai pizza baru buka dekat simpang lepas ni . Kalau taknak, kita balik terus—”  Jungkook ni memang sengaja Kan?!

“Nak! Jungkook jangan straight!”

Maka, seketul Cha Eunbyul tak jadi nak pura-pura tidur.

KEACAHAN AKU BERAKHIR DISINI.

TARAKUCAH! TARAKUCAH! TARAKUCAH!
(WEH LAMA GILA TAK GUNA TARAKUCAH AKU NI!)

🌼🌼🌼


“Ahjumma Lee, Jungkook ada belikan pizza nanti makan lah dengan pekerja lain.  Tinggalkan sebungkus untuk Eunbyul ya nanti merajuk momma buyung tu tak dapat makan.” Pesan Jungkook seraya meletakkan tiga kotak pizza diatas kaunter pulau.

Sempat kau ngutuk aku ya Jungkook!

Engko en..

Aku hanya pasang telinga dan melintasi dapur untuk menuju kearah tangga. Katil katil! Nak luruskan pinggang!

Arraseo, gomawo Jungkook-ssi.” 

Selepas tu aku dengar suara Jungkook berborak dengan Ahjumma Lee, aku teruskan langkah aku mungkin Jungkook berborak dengan Ahjumma Lee dekat dapur.

Itulah rutin harian Jungkook. Kalau orang yang tidak kenal Jungkook dengan mendalam akan set kan otak bahawa Jeon Jungkook sangatlah dingin dan ganas tetapi Jungkook seorang yang peramah sebenarnya.

Beg tangan aku letakkan atas meja solek. Laci ditarik.Segala perhiasan seperti subang dan gelang aku buka dan letakkan ke dalam ruangan bekas perhiasan.  Rantai peninggalan mendiang omma aku tanggalkan juga.

Tangan kanan aku julurkan ke depan. Mata aku terarah pada jemari aku yang mempunyai cincin lamaran pertama tiga tahun lepas.

“Haih bila lah kau nak dapat teman baru.” Bibir muncung bab itik.

Punggung aku labuhkan ke atas sofa dihadapan katil, penat boh naik tangga!

Kedengaran pintu bilik dibuka dari luar, susuk tubuh sasa Jungkook aku pandang sekilas. Anak mata kami bertembung—CLICHE SIAK!

Aku bermain dengan cincin yang tersarung di jari manis kanan. Rasa diri diperhatikan, aku hanya abaikan.

Kepala didongakkan untuk melihat keberadaan Jungkook. OHMAIMAIMAI OHMAIMAIMAI!

Permandangan lebih Indah daripada coretan warna di kanvas terpapar iaitu tubuh tegap Jungkook yang bogel daripada belakang  menuju walk-in closet wardrobe kami.

Setelah beberapa minit Jungkook keluar dengan tubuh sudah tersarung t-shirt putih lengan pendek.

“Jungkook..” Namanya dipanggil namun aku jedakan ayat seterusnya. SAJA JE NAK BAGI SUSPEND! 😎

“Let it out.” Balasnya. Aku kemamkan bibir bila Jungkook duduk sebelah aku.

“Janganlah marah nenek awak. Diakan darah daging awak?. Lagipun nenek Jeon bukan makin berkurang umur, mesti dia mudah terasa. Mesti dia buat semua ni bersebab.” Satu persatu ayat aku lafazkan. Gugup sebenarnya.

“Sayang, jangan terlalu baik.” Jungkook mendengus kasar. Kau tengok hah dia dah nak keluarga api dekat hidung!

Aku terdiam.

“Sebab aku terlampau ikut cakap nenek lah kita kena pijak macam ni. Aku bukan tak hormat nenek tapi kalau nenek tak hormat privasi aku, aku tak bawa diri macam ni.” 

“Tapi Jungkook..”

Jungkook menoleh kearah aku dengan tatapan tajam.

“Nenek aku tu dah melampau. Aku ingat dia dah diam lama, dia tak buat apa-apa tapi dia sentuh kau lagi dengan gunakan Seungyoun.”

Ya, Junghyun memberi tahu tentang nenek Jeon lah yang memprovok Seungyoun supaya kacau aku dan buat hubungan antara aku dan Jungkook porak-peranda.

Nan gwaenchana, kook..” Aku menunduk kan pandangan bila mata helang Jungkook menikam tajam .

Garang nya Abe kook.

“Sekarang memang kau okay sayang tapi sebelum ni dan masa akan datang?”

“Sayang kau kena pukul tahu? Kena dera. Kalau miscarriage macam mana? Jung yang susah hati tahu?” Pipi kiri diusap perlahan.

“Ingat senang ke nak dapat awak sayang. Nak bina keluarga dengan sayang.
I fight my self. Lawan diri sendiri dan nenek untuk awak. Kalau lah benteng pertahanan saya kukuh, sayang tak sakit macam ni. I know my happiness, sayang takluki. Sayang... Can you see my blood , sweat and tears? To protect you?” Nada suara Jungkook bertukar lembut.

Aku tahu dia sayang aku sangat , aku pun sayang gila tapi aku taknak lah sebab aku, dia bergaduh dengan nenek Jeon. Aku bersalah tahu.

“Jungkook..”

“Jung sayang Byul, sangat. Tolonglah dengar cakap Jung.” Tanganku digenggam kemas.

Jungkook mengeluh.

“Dari kita sekolah menengah sampai sekarang, cuba ingat. Nenek tak pernah nak bagi aku bebas bercinta dengan kau. Ada je idea nak buat kita berpisah. Itulah inilah, bermacam benda nenek buat. Mungkin kau tak ingat tapi aku ingat. Huh..” Riak wajah Jungkook jelas menunjukkan dia sangat kecewa dengan perilaku nenek Jeon.

Aku.. ingat tapi aku jenis tak suka menyimpan dendam. Tidak terkira halangan yang kami tempuhi.

“Aku boleh admit nenek nak kawal hidup aku waktu sekolah menengah but sekarang kita bukan budak lagi. Aku akan bertegas dengan apa cara sekali pun. Dia nak tarik saham aku ke apa, lantak. Aku boleh cari duit sendiri.”

“Aku tak nak nenek kawal hidup aku.” Luah Jungkook.

Aku hanya mendengar. Jungkook jarang berbicara tentang masalah dia. Tiba-tiba dia mengucup lembut dahiku.

“Eunbyul, aku.. tak boleh simpan lagi hal ni. Dah sampai masa aku perlu ceritakan dekat kau. Walaupun perit untuk kau terima aku nak kau janji. Jangan tinggalkan aku.” Tangan aku yang berada dalam tautannya dia genggam kemas. Berharap aku tidak meninggalkan nya.

“Jungkook, no matter what. I'll never left you. Siapa lagi yang saya ada untuk jaga saya?” Jujurku, sekarang Jungkook lah orang paling aku rapat.

“ Sekejam mana takdir yang telah ditetapkan tiga tahun lepas. Saya nak dengar penjelasan awak, Seonhwa dan nenek awak. Kalau saya seorang sahaja tidak tahu, ianya langsung tak adil bagi saya.”

“ Kau percayakan aku? ” Soalan itu terpacul daripada bibir merah jambu Jungkook. Aku anggukan kepala.

“ Saya percayakan awak seperti selalu. Kepercayaan saya dekat awak tak pernah hilang.” Senyumku manis.

Jungkook menarik dan menghembus nafa berat. Aku dah lama bersedia. Fizikal dan mental aku dah sedia dengan hal ini.

“Kemalangan tiga tahun lepas, nenek yang rancang. Nenek yang suruh orang suruhan dia potong break kereta sewa aku.  Seonghwa dapat tahu tapi dia kena ugut. Dia terpaksa larikan diri ke luar negara selepas bagitahu semuanya kepada kami. Sayang, waktu tu you almost die! Kau hampir tinggalkan aku. Keadaan kau teruk daripada aku. Kau tahu betapa sakitnya aku waktu tu bila kau amnesia. Kau tak ingat aku. Aku tanggung rindu aku, aku seorang je ingat kenangan kita. ” Suara Jungkook yang bergetar Jungkook cuba kawal.

Aku menarik nafas, aku dah agak yang nenek Jeon rancang. Siapa lagi yang cemburkan hubungan aku dengan Jungkook selain Jeon Hyesun?

Teka-teki selama ini sudah terjawab.

Aku tak boleh salahkan nenek Jeon.
Aku tahu mesti dia buat bersebab.

“Dengan nenek ugut aku, kalau aku tak ikut cakap dia. Dia nak bunuh kau. Sayang, apa perlu aku buat waktu tu? Separuh diri aku tu kau yang pegang.
My other half is you sayang. Macam mana aku nak teruskan hidup kalau nyawa aku kau ambil?” Lirih suara Jungkook menyatakan ayatnya.  Giliran aku mengusap tangannya, biarlah Jungkook luah segalanya.

“Aku ingat aku dah berada di aras yang sukar tapi tanpa aku sedar kau lagi menderita. You lost your family while you only remember your family. Kau kemurungan sayang.. teruk. Aku nak sangat peluk kau tapi.. nenek kawal aku ketat sangat. Aku berubah 100% dari ceria ke dingin dan bad boy. Almost insane.” Ya, selama aku satu kampus dengannya. Jungkook dikenali dengan perangai yang suka berfoya-foya, langsung tidak serius dalam percintaan. Bad manners but good quality.

Siapa sahaja dalam university tidak tertarik dengan aura Jungkook?

“ Sekarang,dia hantar Nahee sampai bahu kau kena tikam. Lepas tu, Seungyoun culik kau dan kau di dera waktu kau mengandung.. Sayang, kau masih tak sedar ke?” Ayat terakhirnya membuatkan aku tersentak. Anak matanya aku renung.

“ Sayang buka mata kau luas-luas. Sedangkan aku kecewa dengan nenek aku.. lagikan kau.
Kau lalui banyak perkara susah disebabkan nenek aku.” Ayat Jungkook menyedarkan aku.

“The reality is painful , right?” Jungkook ketawa sinis. Dia larikan pandangan seketika dan kembali menatap aku yang sudah tertunduk menahan tangis.

Entah, aku baru sedar betapa sakitnya aku selama ini dengan perbuatan nenek Jeon.

“Sayang.. pandang aku, jawab soalan aku.” Dagu aku disentuhnya.

“Jungkook..” Dengan mata yang berkaca aku memandang nya.

“Sekarang kau masih nak bela nenek Jeon?” Soalan Jungkook mendapat gelengan daripada aku.

“I want know everything about our family. Sebab kenapa nenek awak buat kita begini. Pasti ada rahsia antara keluarga kita yang kita tidak tahu.” Luahku. Aku pasti sangat Ada sesuatu yang tidak kena dengan semua ni.

Kenapa nenek Jeon nak buat semua ini kalau tidak bersebab? Ya, sebab pertama dia tidak menyukai aku tetapi persoalannya kenapa nenek tua th tak suka aku?

“Come.” Tubuh aku ditarik dalam pelukannya. Pinggang nya aku peluk erat dan wajah disembamkan di dadanya.

Pundak kepalaku dikucup lama.

“Aku cintakan kau. Sangat. Macam mana aku nak hidup tanpa kau sayang?”  Bisik Jungkook di telingaku.

“Saya cintakan awak juga.” Balas aku.

Baru sahaja aku nak kucup pipi Jungkook, satu suara menegur kami.

“Eunbyul.. betul ke apa yang nenek dengar ni?”

Suara nenek aku yang bergetar di muka pintu membuatkan aku dan Jungkook melepaskan pelukan dan berdiri menghadap nenek. Pinggang aku Jungkook peluk sebelah tangan.

Nenek Aku, Cha Damhee. Berdiri di hadapan pintu yang terbuka . Memandang lurus kearah kami berdua dengan raut wajah yang tidak dapat ditafsir.

Sejak bila nenek berdiri dekat pintu?

“Ne..nek.” Getar ku.

Nenek melangkah kearah kami. Setiap langkah yang diatur membuatkan aku gementar. Nenek nak buat apa?

Setelah tiba dihadapan Kami, tangan Kami berdua dipegangnya. Barulah terpancar riak sedih di wajah nenek.

“Dah tiba masanya nenek pula yang ceritakan segalanya pada kamu berdua.” Keluh nenek Cha.

“Kenapa Jeon Hyesun buat kamu berdua menderita sebegini.”

Dan..

Aku dan Jungkook berpandangan sesama sendiri. Keluhan berat kami berdua hembuskan.

🌼TO BE CONTINUE 🌼
❤️2103 WORD❤️

So gais!

Aku buka soalan! Q&A!

Apa yang kau nak tanya aku.  Hah Tanya lah weh!

Tanya dekat sini okay?

Aku akan balas semua Komen korang!

Tanya je apa²! Aku nak berkomunikasi dgn readers aku!

(Ty, support aku sampai skrg❤️😎)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro