
048
JLE ; 048💜
CHAPTER ; Sayang, I'm coming 💜
++++
Aku dah update ni. Support lah, vote Komen!
++++
Apa seorang manusia berjantinakan lelaki yang bernama Jeon Jeongguk mahukan?
Apa?
Semestinya, Jeon Eunbyul.
Hak miliknya telah dirampas.
Kebahagiaan diambil.
Boleh kah dia bersenang lenang seperti pergi kelab malam? Berjoli?
Huh.
Kalau dia tidak serius dengan hubungan dia dan Eunbyul tidaklah dia kusut sekarang.
Eunbyul, kau tak apa-apa kan?
Ya Tuhan, lindungilah insan yang amat bermakna buat ku. Tolong lah dengar rayuan hamba mu yang sentiasa meminta pertolongan mu.
Walaupun aku cuma cari kau dikala aku susah atau bersyukur. Please god..
Rambut warna peach diraup kasar kebelakang. Otak yang serabut membuatkan Jungkook pening kepala. Sebelah tangan yang mengepit sebatang rokok dengan jari telunjuk dan hantu dibawa ke bibir merah jambu nya.
Dia merokok kalau dia terlampau tertekan. Asap dihembus keluar.
Dia risau sangat kalau Seungyoun mendera Eunbyul. Jungkook tahu, Seungyoun dibawah pengaruh dadah peringkat awal. Takut Seungyoun memberi dadah kepada Eunbyul yang mengandung itu.
Sudah semestinya orang sebegitu panas baran. Sentiasa mahu naik tangan. Sedangkan dia jarang sekali naik tangan dengan Eunbyul.
Jeon Jungkook berdiri di hadapan kereta mercedes miliknya. Mata setia tertancap pada bangunan rumah yang paling dia tidak mahu jejak.
Iris hitam nya yang kosong tetapi berkaca di dalam merenung kosong. Keluhan dilepaskan. Sudah dua jam sejak Eunbyul diculik.
Jungkook, dia ingin mengacau bilaukan keluarga Choi Seungyoun tetapi.. jika Eunbyul tahu mesti gadis kesayangan nya itu kecewa dengan perbuatannya.
Bukan setakat kecewa mungkin nyawanya itu bakal meninggalkan nya lagi, paling kurang pun mesti semuanya berubah.
Dan..
Semuanya tidak boleh berpatah kembali.
Jadi, Jeon Jungkook terpaksa kawal amarah yang menebal di dada dengan menggunakan cara yang lebih lembut.
Walaupun itu bukan cara Jeon Jungkook. Demi Eunbyul yang membawa keturunan Jeon. Darah daging dia yang berada di rahim Eunbyul. Dia sanggup mengendahkan cara kasar.
Boleh sahaja dia terus ke Ilsan dan serang tempat persembunyian Cho Seungyoun.
Tetapi, dia malas mahu melakukan kerja gila.
Apa yang dia tahu. Dia dapat sahajalah Seungyoun. Tidak sekali dia akan lepaskan lelaki itu.
Puntung rokok yang sudah separuh itu dilempar kan ke jalan tar dan dipijak dengan kasut nya.
Nafas dikeluhkan apabila dia mengorak langkah kearah loceng rumah tersebut. Tanpa menunggu jari telunjuk menekan punat loceng tersebut.
Beberapa saat kemudian..
“Nuguseyo?”
Jungkook kedepankan sedikit badannya. Menatap skrin kecil dihadapannya ini.
“Ahjumma, saya Jeon Jungkook. Senior Seoul University tempat Seungyoun belajar.”
“Eo, masuk lah dulu Jungkook.”
Seorang anak mesti sayangkan ibunya, betul tak?
Inikah cara lembut yang dia gunakan.
🌼🌼🌼
JEJAKA LIMITED EDITION
🌼🌼🌼
Stik yang berada di atas pinggan aku pandang tanpa perasaan. Kosong pandangan diberikan. Jujurlah kalau aku tidak kecur liur melihat hidangan enak sebegini tetapi selera dia hilang bila melihat wajah Seungyoun yang mengukir senyum seperti tiada apa berlaku.
Derap kaki Seungyoun yang menghampiri menggamit perhatian aku. Tolonglah jangan datang.
Kau dah pukul aku pastu buat macam tiada apa berlaku. Minta maaf tetapi buat lagi.
Semuanya tiada guna. 0 per 0 , aku ukir senyum yang palsu melihat makanan di depan mata. Garfu yang digenggam mencucuk-cucuk daging di hadapan ku.
Aku nak Jungkook.
Aku rindu belaian Jungkook.
Haruman Jungkook.
Renungan Jungkook.
Sentuhan Jungkook.
Ciuman Jungkook.
Bukan Seungyoun.
Keluhan terlepas jua. Aku pandang stik yang sudah terpotong kepada bahagian kecil. Dapat aku rasakan Seungyoun merenung aku.
Langsung aku tidak toleh kearah Seungyoun. Buat apa nak tenung wajah lelaki ini.
Aku meluat.
“Sayang, kenapa tak makan? Tunggu Seung ya?” Tawa kecil terbit di belahan bibir Seungyoun. Seungyoun mengambil tempat duduk di sebelah aku.
“Tak lapar.” Ringkas sahaja aku balas. Seungyoun mengeluh. Garfu yang berada di genggaman aku diambil.
“Noona.. jebal makan? Penat tahu Seung beli untuk Noona. Inikah makanan kegemaran noona. ” Daging disuakan ke mulut aku.
Tanpa membuka mulut aku hanya pandang kosong.
Dia nak suap?
Lagi Aku taknak.
Tangannya ditepis perlahan tanda tidak mahu. Lagi sekali dia suakan ke mulut aku dan kali ini aku tepis kasar sehingga garfu terpelanting jauh.
Aku dah kata aku taknak.
Tak faham bahasa ke?!
Mod aku melayang jauh sekarang. Aku kena ingat yang aku ni mengandung. Banyak ragam nak keluar.
Itu ini tak kena.
Seungyoun menolak lidah di dalam mulut. Dapat aku dengar dia menggerakkan leher sehingga mengeluarkan bunyi.
Aku mengecilkan diri apabila dia memandang tepat kearah ku. Baru sahaja ingin membuka langkah untuk melarikan diri. Tubuhku ditarik dan ditolak ke meja makan.
“Hey perempuan! Kau ingat senang ke aku nak dapatkan makanan ni?! Aku beratur untuk dapatkan makanan yang terbaik untuk kau!” Buat kesekian kali pipi gebu aku ditampar kuat.
Bergetar bebola mataku apabila sakit itu mula terasa pedih. Dia ni sakit mental ke?!
Rahangku dipegang kasar. Serta merta kepala terdongak keatas. Wajahnya memerah menahan amarah. Muka aku berkerut sakit.
“Kau makan sekarang.” Garfu di pinggan dia, dia ambil dan masukkan daging secara paksa ke mulut aku. Tetapi aku ketapkan bibir.
Sos stik sudah comot sehingga ke pipi.
Aku meronta-ronta agar dilepaskan. Bahu Seungyoun ditolak sekuat hati sehingga tubuh sasa itu jatuh ke lantai.
BBUK!!!
“TAK NAK LAH SEUNGYOUN!” Jerit aku sekuat hati. Bergema suara aku di rumah banglo sederhana ini. Bergetar bibir aku menahan amarah yang membuak-buak.
“Yah.. perempuan.. kau tolak Aku?” Seungyoun gelak sinis tetapi gelakan itu terhenti. Wajah tegang yang menunjukkan betapa barannya seorang lelaki bernama Cho Seungyoun.
Aku menapak kebelakang apabila Seungyoun mahu bangun. Tanpa menunggu aku terus lari selaju mungkin tetapi semua usahaku meleset apabila dengan senang Seungyoun menarik kasar rambut aku belakang.
Kemudian aku terjelopok jatuh kedepan namun sempat aku tahan tanganku agar tidak terbaring penuh di lantai.
Badan aku dipusingkan menghadap dia. Aku sudah terbaring atas lantai, aku penat dengan hari ni.
Seungyoun dengan muka sinisnya duduk di atas perut aku.
Baby, maafkan mummy..
Rahangku dicengkam kasar. Sebelah tangan nya menekan lenganku supaya tidak bergerak. Dia membongkok dan menggeselkan hidung kami.
“Sekarang. Aku jaga kau. Kau tu milik aku. Jangan nak melawan cakap aku!” Dia tengking aku.
Renungan dia aku balas apabila dia menekan rahangku. Bibirku dicium kasar oleh Seungyoun. Tersentak dibuatnya. Aku meronta-ronta agar dilepaskan.
“Seungyoun! Berhenti!” Dadanya aku tolak kuat.
“KAU SAKITKAN AKU!”
Mampu ke aku mahu meneruskan hembusan nafas jika berada dengan Seungyoun?
🌼🌼🌼
JEJAKA LIMITED EDITION
🌼🌼🌼
Siling berwarna putih itu direnung kosong. Hampir 10 minit aku merenung siling tersebut.
Aku mahu menghamburkan tangis tapi setitik air mata tidak merembes di pipi.
Dapat rasakan pipi yang terasa bengkak akibat tumbukan padu Seungyoun sebentar tadi. Sakit tadi tak hilang lagi. Tambah pula yang baru.
Gara-gara aku tidak menyentuh langsung makanan yang dibeli oleh Seungyoun kerana tiada selera.
Mata dipejamkan serapat yang mungkin. Cuba menghilang kan fikiran yang menerawang kearah peristiwa sebentar tadi.
Pejam sahaja mata, bayangkan Jungkook dalam fikiran buatkan aku makin rindukan dia. Wajah yang sering aku tatap setiap kali bangun tidur dan sentiasa berada di samping aku .
Jungkook, cepatlah datang. Saya nak awak!
Saya taknak hidup dengan lelaki psiko macam Seungyoun.
Saya nak awak. Jeon Jungkook, saya nak awak.
Baby pun nak awak, sayang.
Kenapa awak tak cari saya lagi? Awak tak sayangkan saya dengan aegi ke?
Huh..
“Byeong nak Jung.” Gumam ku perlahan.
“Cha Eunbyul..”
Suara Seungyoun yang kedengaran di hadapan pintu bilik aku pandang sekilas. Aku kembali mengalihkan pandangan pada jendela.
“Seung datang nak rawat noona. Muka noona dah lebam.” Dia menapak kearahku sambil menjijit peti kecemasan.
“Jangan dekat. Boleh beri Noona masa?
Noona nak bersendirian. Tolong ya?” Ucapku selembut habis.
“Tapi.. biarlah seung rawat.” Degilnya tetapi langkahnya tidak diteruskan.
“Choi Luizy, I'm hurt because of you. Tak sampai sehari saya dekat sini tapi awak dah pukul saya teruk. Macam mana saya nak tahan dan terima awak? Beri saya masa. Can you just leave me for a while. I'm beg you.” Rayuku dihujung ayat.
“Huh.. arraseo.. Seung salah. Seung minta maaf. Seung ada dekat ruang tamu. Kalau noona lapar, ada makanan atas meja.” Seungyoun meletakkan peti kecemasan ditepi aku. Sempat dia memandang wajahku sebelum melangkah keluar.
Tak payah, kenyang makan tumbukan daripada kau.
Keluhan panjang dilepaskan bila kepalaku berdenyut-denyut. Peti kecemasan yang berada di tepi dicapai oleh aku. Bukak sahaja aku mencari ubat yang sesuai untuk aku rawat lukaku.
Geledah punya geledah aku jumpa gunting. Gunting tersebut aku capai dan aku tenung dan belek.
Aku bergerak kearah cermin besar di sudut bilik. Biasan diri sendiri di cermin ini aku tatap. Rambut yang baru sahaja Jungkook potong itu aku sentuh.
Lama berdiri dihadapan cermin. Aku mengambil keputusan untuk melangkah kearah bilik air bersama gunting di tangan.
🌼🌼🌼
JEJAKA LIMITED EDITION
🌼🌼🌼
“Aku nak kau jaga depan. Aku, Taehyung dengan Puan Choi masuk.” Jungkook memberi arahan kepada Hoseok dan Daniel. Mereka berada di tepi rumah banglo yang jauh sedikit daripada perumahan banglo lain. Rokok yang berada di tangan dihisap sedikit dan dihembus.
Mereka berkumpul secara bulatan. Sesekali Jungkook melarikan pandangan ke arah ibu dan kakak Seungyoun yang berdiri ditepi kereta.
“Mingyu , kau godam passcode pintu dia.
Jimin dengan Mingyu.” Sejurus mendapat anggukan daripada Mingyu, Jungkook menuju kearah bonet kereta , bersandar pada bonet kereta. Buat kesekian kali rokok dihisap kembali.
Matanya tertumpu pada mesej yang Eunbyul berikan beberapa jam yang lalu. Perjalanan Seoul ke Ilsan mengambil masa tiga jam tambahan pula tadi terdapat kemalangan jalan raya dan segalanya berjalan dengan lambat.
Lagipun dia mengaturkan rancangan dengan Sarjan Park Seonghwa. Pegawai polis Ilsan. Merangkap kawan si Yoongi.
Sayang❤️
Jung kerek, ppali. Nan appeo. Saya nak awak.
Sedikit tetapi cukup membuatkan Jungkook tidak duduk diam. Dia tahu Eunbyul yang tulis kerana Seungyoun tidak tahu panggilan Jung kerek itu.
Baru sahaja Jungkook ingin menghisap kembali rokok yang hampir habis itu seseorang mengambil puntung rokok itu.
“Dahlah Jungkook, berhenti merokok.
Aku tahu kau tertekan. Kalau Eunbyul tahu nanti dia marah kau.” Taehyung menolak bahu Jungkook supaya sedar.
Jungkook mendengus kasar. Matanya mencerlung Taehyung tajam. “Tak ada susahkan kau pun Tae.” Rokok tersebut diambil kembali.
Jungkook membetulkan leather jacket hitamnya dan meninggalkan Taehyung yang sudah mengeluh.
“Tapi Jungkook.. ni rumah siapa?” Soalan daripada Daniel membuatkan Puan Cho memandang Daniel. Jungkook memandang Puan Cho seakan meminta Puan Cho memberitahu.
“Rumah kedua ahjumma.” Celah Puan Cho.
Yang lain mengangguk. Jimin menapak kearah Jungkook apabila melihat Taehyung mengeluh selepas bertemu dengan Jungkook.
Bahu Jungkook dipeluk dari arah belakang. “Kook-yaa, kalau Eunbyul tahu kau merokok mesti dia dah cubit kau satu badan. Buang rokok ni, kau tahu kan Eunbyul mengandung. Dia tak akan suka bau rokok.” Lembut sahaja pertuturan Jimin. Nanti melenting pula jejaka ni. Maklumlah beremosi lebih.
Jungkook mengeluh, betul apa yang Jimin cakapkan. Eunbyul memang tidak suka bau rokok. Perlahan-lahan rokok yang berada di bibir merah jambu Jungkook diambil dan dibuang jauh.
Lega rasanya melihat jejaka itu tidak memberontak. Pelukan dilepaskan.
“Daniel, Sarjan Park dalam perjalanan kan?
Nanti bila dia sampai suruh dia masuk.” Arah Jungkook kemudian melangkah kearah Puan Cho yang dipeluk oleh anak perempuan nya.
Jungkook berdiri di hadapan Puan Cho.
“Ahjumma tak apa-apa? Maafkan Jungkook sebab pilih ahjumma—”
Kata-kata Jungkook dicantas. Tangan Jungkook ditarik. Anak mata hitam milik Jungkook jatuh memandang tangan putih Puan Cho yang memegang tangannya.
“Jungkook.. Ahjumma tahu Seungyoun liar sebab pengaruh duduk di luar negara. Ahjumma tahu mengenai tu. Ahjumma tahu dia ambil dadah tapi apa yang ahjumma boleh lakukan kalau akhirnya dia akan memberontak. Seungyoun ada kisah silam perit bersama bekas teman wanita dia. ”
Jungkook sudah tahu tentang kisah Seungyoun bersama bekas teman wanita dia. Hanbyul Jang yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Jungkook tidak terkejut semasa Puan Cho memberikan gambar Jang Hanbyul kerana wajah mendiang Hanbyul mempunyai iras yang hampir sama dengan Eunbyul.
Memang patutlah Cho Seungyoun tidak dapat melepaskan Eunbyul.
“Makin lama dia makin teruk sampai menculik. Dia muda lagi Jungkook.. ahjumma tak boleh tengok anak ahjumma macam tu dan ahjumma setuju dengan cadangan kamu. ”
“Ahjumma kenal Eunbyul.. dia selalu juga tengokkan kebun kecil ahjumma. Dia baik orangnya, bertuah kamu dapat dia. Ahjumma tak sangka Eunbyul orang yang Seungyoun culik. Mungkin disebabkan Eunbyul ada iras dengan bekas teman wanita dia.. dia tak boleh lepaskan Eunbyul. ”
Cho Saera , kakak Seungyoun memeluk bahu ibunya.
“Ahjumma minta maaf bagi pihak anak ahjumma.” Puan Cho memejamkan mata. Jungkook hanya diam memandang wajah Puan Cho.
🌼🌼🌼
JEJAKA LIMITED EDITION
🌼🌼🌼
Jeon Jungkook duduk diatas sofa. Matanya meliar sekeliling ruang tamu . Taehyung, Puan Cho dan Cho Saera yang berada disebalik rak besar diberi isyarat supaya bersiap sedia.
Ekor mata tajam Jungkook mengesan bayang Seungyoun yang datang dari arah dapur. Jungkook membetulkan leather jacket nya.
“Cantik rumah , Seungyoun.” Tegur Jungkook apabila matanya bertembung dengan Seungyoun. Hujung bibir menarik senyum sinis.
“Jungkook?” Derap kaki terhenti. Perasaan resah mula bangkit apabila melihat wajah Jungkook yang nampak tenang duduk di kerusi satu berhadapan dengannya sekarang.
“Yah, kenapa kau tak kunci pintu?” Soal Jungkook berbasa-basi.
Seungyoun menggenggam penumbuk.
Macam mana Jungkook tahu tempat ini?
Jungkook mengerling kearah Seungyoun yang seakan menahan marah.
“Kenapa? Terkejut macam mana aku jumpa tempat persembunyian kau? Cuba teka, aku jumpa siapa?” Meleret senyum sinis Jungkook apabila Seungyoun seakan tahu yang dia mesti jumpa dengan ahli keluarga nya.
“Tak guna kau Jeon Jungkook!” Seungyoun melangkah laju kearah Jungkook. Kolar leather jacket hitam Jungkook ditarik kasar.
“Kau tahu tak, kau berurusan dengan siapa sekarang?” Ujar Jungkook dengan penuh sabar. Seungyoun mengetap gigi apabila dapat rasakan yang dia bakal kalah.
“Walaupun kau tak tinggalkan jejak.
Aku tetap dapat cari kau sebab kau bawa lari perempuan aku. ”
“Kau tak akan dapat Eunbyul.” Balas Seungyoun. Jungkook menaikkan keningnya. Sungguh?
Tidak terusik langsung dengan ayat Seungyoun.
“Iya? Jadi kau memang tak takut masuk penjara dengan umur semuda ni? Satu-satunya anak lelaki keluarga Cho masuk penjara.” Bidas Jungkook bersama tawaan sinis .
“Diam!”
“Jang Hanbyul. Bekas teman wanita kau?” Jungkook melemparkan sekeping gambar keatas meja. Mengeluarkan senjata utama.
Merah muka Seungyoun apabila Nama bekas kekasihnya disebut oleh Jungkook. Berdesing rasanya telinganya.
“Patutlah kau culik Eunbyul.” Jungkook berseloroh. Jaket hitam dibetulkan. Wajah tanpa perasaan ditunjukkan.
Seungyoun mendapatkan gambar yang berada di atas meja. Wajah yang dia sangat cintai.
“Mana— kau.. dapat..” Terketar-ketar suara Seungyoun.
Jeon Jungkook hanya berdecit sinis.
“Agak-agak kalau keluarga kau tahu, kau tak boleh move on dengan Hanbyul. Apa reaksi diorang?” Jungkook membuat reaksi teruja. Dia suka bermain emosi dengan Seungyoun.
“Lagi-lagi ibu kau—”
“Jangan libatkan keluarga aku! Jangan sentuh diorang!” Jerkah Seungyoun. Dia kembali mencekak kolar jaket hitam Jungkook.
“Tapi kau sentuh hak aku. What the fuck?” Sejurus Jungkook berkata demikian , Seungyoun mengambil pisau miliknya yang berada diatas meja dan menikam dada bidang Jungkook.
“Arghhhh!!” Jeritan Jungkook bergema. Berkerut wajah Jungkook menerima tikaman daripada Seungyoun. Eunbyul yang berada di dalam bilik itu mencelikkan matanya. Jungkook...
Seungyoun ketawa puas apabila mendengar jeritan Jungkook tetapi tawanya hilang apabila hujung mata pisau tidak menembusi dada bidang kiri Jungkook. Berkali-kali dia menikam dada bidang Jungkook tetapi hasilnya tetap sama.
“HAHAHAHAH!” Jungkook pula menghamburkan gelak. Wajah yang berkerut sakit sebentar tadi lesap. Bertukar dengan riak wajah yang gembira berserta gelakan.
“Kau tikam aku dengan pisau tumpul. CHINCHA-YEO?!” Anak mata mereka bertembung. Berbunyi rahang Seungyoun. Bengang apabila diperbodohkan oleh Jungkook.
Tidak berputus asa. Pasu yang disebelah Jungkook diambil. Pasu tersebut diangkat tinggi bersedia untuk menyerang kepala Seungyoun.
Jungkook hanya beriak biasa.
“Cho Seungyoun! Berhenti!” Suara Puan Cho memberhentikan segala perbuatan Seungyoun. Seungyoun memandang wajah Jungkook yang tenang. Jungkook mengangkat bahu.
“Eo..mma..” Seungyoun berpaling ke belakang. Melihat wajah ibunya yang sudah menangis. Hati seorang anak terkesan dengan tangisan seorang ibu.
“Anak eomma.. berhenti jebal..” Pinta Puan Cho. Seungyoun mengetap bibir sambil menggenggam kemas pasu yang berada di tangan. Air mata turut merembes di pipi.
Seungyoun berpaling ke arah Jungkook kembali. Dia tetap mahu memukul Jeon Jungkook.
“Jangan bergerak! Berhenti! Kalau tak anda akan ditembak!”
Suara Sarjan Park Seonghwa sekali lagi memberhentikan gerakan tangan Seungyoun. Jungkook senyum sinis lalu menendang perut Seungyoun sekuat hati. Pasu terlepas dari genggaman Seungyoun dan bunyi deraian kaca memenuhi ruang tamu. Pegawai polis berlari kearah Seungyoun yang sudah terbaring atas meja.
“Semoga kau tenang dekat penjara.”
Seusai berkata sedemikian Jungkook melangkah kearah Taehyung yang meluru kearahnya.
“Kook, tingkat dua bilik yang pertama. Pintu bilik berkunci. Aku tak sempat nak redah bila dengar suara kau.” Ujar Taehyung. Bahu sasa Taehyung ditepuk sedikit.
“Tak apa, kau keluar dulu. Biar aku yang pergi.” Jungkook menghadiahkan senyuman nipis dan berlari laju kearah tangga.
Dalam hati dia sahaja yang tahu betapa kerap dia berdoa agar keselamatan Eunbyul terjamin.
Ya Tuhan , tolong selamatkan Eunbyul.
Setiap langkah yang bercampur baur risau, sedih, gembira akhirnya Jungkook berhenti dihadapan pintu bilik yang dikatakan oleh Taehyung.
Jungkook berundur sedikit kebelakang mengambil lajak. Dengan segala kekuatan yang ada, pintu kayu tersebut diterajang kuat oleh Jungkook.
Dengan sekali cubaan pintu tersebut terbuka. Eunbyul memejamkan mata kuat apabila dia ingatkan itu Seungyoun.
Anak mata hitam berkilat Jungkook memandang susuk tubuh kecil Eunbyul yang meringkuk atas katil dengan rambut yang masih basah.
Dengan langkah laju dia menghampiri Eunbyul. Dari jauh dia dapat lihat Eunbyul dengan rambut pendek paras leher, baring membelakanginya.
Mesti Eunbyul kecewa kerana menjadi mangsa culik. Jungkook menyembunyikan riak sedihnya.
Jungkook perlahan-lahan duduk ditepi katil, tangan besarnya menyentuh bahu Eunbyul dan menarik perlahan agar berpaling ke arah nya.
“Jangan! Arghh!”
Eunbyul memberontak apabila fikirannya memikirkan itu Seungyoun. Dia trauma kerana sentiasa dipukul oleh Seungyoun. Dia bergelut apabila Jungkook memeluk tubuh genitnya.
Jungkook terkejut bukan kepalang. Dengan cepat dia menarik badan Eunbyul supaya menghadapnya. Betapa terkejut nya dia melihat wajah yang dibasahi air mata serta tompokkan lebam di wajah Eunbyul.
“Eunbyul! Ni aku, Jungkook!” Jungkook mengoncang sedikit bahu Eunbyul. Bagaikan tersedar dari mimpi ngeri, Eunbyul terus memeluk leher Jungkook seerat yang mungkin.
“Awak..” Lirih suara Eunbyul. Dia ingatkan Jungkook sudah cedera sebab itulah dia menangis.
Jungkook mengeluh, badan belakang Eunbyul diusap tanda menenangkan gadis ini. Belahan bibir Jungkook mengucup lama kepala Eunbyul apabila mendengar bunyi esakan kecil.
“Sayang..” Panggil Jungkook setelah seminit mendiamkan diri. Jungkook meleraikan pautan di leher nya. Sebelah tangannya memeluk pinggang ramping Eunbyul.
Eunbyul menunduk kan wajah, tidak mahu Jungkook melihat nya dengan wajah lebam sebegini. Dia tidak mahu menambah gusar yang sedia ada dalam diri Jungkook.
“Look at me.” Bisik Jungkook.
Dagu gadis ini di dongakkan ke atas.
“Ya Tuhan,
sayang apa jadi dengan muka kau.” Jemari panjang Jungkook menyentuh lembut kesan lebam yang berada di pipi kanan dan di tepi bibir Eunbyul.
“Seungyoun.. dia—”Eunbyul memberhentikan ayatnya apabila tidak mampu untuk meneruskan penerangannya. Cepat sahaja tangan Jungkook menekup lembut pipi Eunbyul. Dahi licin Eunbyul dikucup lama.
“Tak apa sayang. Dah berhenti nangis. Jung ada dengan Byeong. Like what I've said before. I'll save you no matter what happens. Sekarang aku ada depan kau. Berhenti nangis okay?” Tempat lebam tersebut di cium lembut oleh bibir merah jambu Jungkook.
Air mata yang berada di pipi dikesat lembut oleh jemari Jungkook. Alahai sayang, maafkan aku sebab lambat.
Anak mata hazel Eunbyul merenung anak mata hitam berkilat Jungkook.
Tangan Jungkook yang mengelap air matanya ditarik dan diletakkan di pipi. Sesekali tangan Jungkook dikucup.
Dia tak mahu berjauhan dengan jejaka ini.
“Jungkook.. saya nak awak sorang.” Ujar Eunbyul perlahan.
“Arra.. aku tahu.” Badan genit Eunbyul dibawa ke dalam pelukannya. Eunbyul mendongak memandang wajah kacak Jungkook. Ingin memastikan jejaka itu tiada sebarang kecederaan.
Jungkook membalas pandangan gadis kesayangan nya. Dia rindukan gadis ini. Hilang segala tekanan yang kusut dalam otaknya.
Bibir munggil Eunbyul dicium sekilas. Eunbyul menarik senyuman nipis, bauan Jungkook yang menusuk ke dalam rongga hidung membuatkan dia terbuai.
Jungkook mendekatkan jarak merrka sehingga hidung mereka berlaga.
“I’ll protect you sayang. ” Bibir mereka bercantum buat masa yang lama.
🌼TO BE CONTINUE 🌼
💜3206 Words 💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro