
047
JLE : 047 💜
CHAPTER : I need you girl 💜
🌼🌼🌼🌼
Kunci kereta dilempar atas meja ruang tamu. Jeon Jungkook orang pertama sampai di kondominium Hoseok memandang kan rakan-rakannya itu berada ditempat berlainan.
Langkah diatur laju ke arah bilik nya. Laci kabinet tepi katil dibuka. File berwarna merah gelap itu diambil. Dia tidak habis menggeledah maklumat dalam file ini. Setelah melabuhkan punggung diatas katil , helaian kandungan dalam file tersebut diselak. Jungkook menyelak helaian kertas tersebut. Biodata mengenai setiap ahli keluarga Choi Seungyoun terpapar.
"Choi Yeomi?"
Tak silap dia, Choi Yeomi doktor yang membedah Eunbyul semasa kemalangan tiga tahun lepas. Matanya tekun melihat biodata kakak pertama Seungyoun. Oh, masih berkerja dekat hospital Jeju.
Jungkook bergumam sedikit dan beralih kepada muka surat lain. Satu persatu biodata keluarga Choi dilihat. Seketika Jungkook mengeluh kuat. Rambut diraup kasar. Otaknya berserabut sekarang.
Satu gambar terjatuh ke atas lantai dari celahan helaian kertas. Jungkook membongkok sedikit ingin mengambil sekeping gambar tersebut.
Sebuah gambar keluarga bahagia.
Keluarga Choi Seungyoun semestinya. Hujung bibirnya menaik senyuman sinis.
"Keluarga bahagia. You messed with wrong person." Gambar keluarga itu ditenung tanpa perasaan.
Beep!
Koklea telinganya menangkap bunyi pintu rumah yang dibuka dari luar. Kemudian suara Hoseok kedengaran. Tanpa menunggu Jungkook keluar dari bilik miliknya bersama file dan gambar keluarga Choi.
"Jungkook! Gwaenchana? Macam mana Eunbyul boleh kena culik?" Hoseok meluru kearah Jungkook yang serabai rambutnya.
"I'm not in a good mood enough." Balas Jungkook mendatar. Tubuh sasa Hoseok yang dekat dengannya ditolak perlahan. Dia melangkah kearah sofa.
Hoseok mengeluh sahaja, menghantar dengan pandangan mata sahaja. Tahulah dia yang emosi jejaka itu sangat tersasar sekarang. Silap langkah mungkin dia yang tidak bersalah bakal terbang nyawa.
Jeon Jungkook, bukan boleh bawa bincang.
Lebih baik dia pergi dapur, ambil air dan beri kepada Jungkook yang tengah panas tu.
Sepuluh minit kemudian. Jeon Jungkook, Park Jimin, Kim Taehyung, Jung Hoseok, Kim Mingyu dan Kang Daniel berkumpul di ruang tamu kondominium Hoseok.
Jungkook yang duduk di kerusi satu mula menceritakan semuanya.
"Kau dah cuba jejak nombor yang dia call kau?" Mingyu menyoal sambil menekan sesuatu pada MacBook Pro. "Aku tak rasa dia akan guna nombor telefon asal dia." Daniel bersuara.
"Betul, telefon yang dia call aku tu pakai buang." Jungkook bersandar pada sofa. Keluhan panjang dilepaskan. Benak fikirannya kosong sekarang, yang dia fikirkan hanya Eunbyul sahaja. Mata dipejamkan.
Apa lah yang malaun tu tengah lakukan kepada Eunbyul.. Rambut sudah serabai diabaikan.
Bagai orang hilang arah. Jimin mengerling kearah kekura tangan kanan Jungkook yang luka akibat menumbuk setereng kereta. Dia menepuk peha Taehyung yang disebelah.
Taehyung mengerdipkan matanya, kenapa wahai soulmate? Jimin menunjuk dengan bibir kearah tangan Jungkook. Taehyung mengalihkan pandangan nya.
Jimin bangun dan melangkah kearah kabinet. Taehyung membontoti Jimin. Jejaka tinggi lampai berambut hitam itu menggigit bibir.
Dia ada sesuatu mahu diberitahu...
"Chim." Panggil Taehyung yang mendekati Jimin.
"Eo, Tae.. wae?"
"Aku sebenarnya.. "Percakapan Taehyung tersekat. Jimin menghampiri kawan baiknya itu. Bahu sasa Taehyung disentuh.
"Tae, kenapa ni?"
Taehyung memandang wajah Jimin yang pelik dengan sikapnya. Membulat sedikit mata Jimin memandang wajah tampan Taehyung.
Taehyung memejamkan matanya sekejap.
Dia rasa bersalah. Nafas dihembus perlahan.
" Sebelum kau call aku. Aku baru lepas hantar Hwa balik. Tengah syok buat carpool dalam kereta. Aku nampak Seungyoun. Lintas kereta aku." Ujar Taehyung. Jimin membulatkan matanya.
"Kau yakin?" Soal Jimin pula. Taehyung mengangguk yakin. Dia pasti kerana dia kenal nombor plat kereta Seungyoun sebab mamat tu sentiasa parking disebelah kereta nya.
Mana mungkin Kim Taehyung lupa.
"SY1204C , tu nombor plat kereta dia." Ujar Taehyung yakin. Tanpa menunggu Jimin mengambil peti kecemasan dan dia menarik sekali Taehyung.
Sampai sahaja di ruang tamu, Taehyung kembali duduk di tempat asal dan Jimin pula menuju kearah Jungkook. Park Jimin melutut dan memegang pergelangan tangan kanan Jungkook.
Berkerut dahi Jungkook, apa mamat ketot ni buat? Baru sahaja ingin menarik tangan yang digenggam oleh Jimin, satu suara menegur.
"Tangan kau luka, pabo." Ujar Jimin. Jari telunjuk menunding kearah tangan kanan Jungkook. Jungkook mengangkat sebelah keningnya dan membiarkan Jimin merawat lukanya .
Rasa perit yang disapu iodin tidak langsung menyentakkan nya kerana hatinya lagi sakit , susah hati kerana Eunbyul diculik.
Anak mata hitam berkilat terarah pada Mingyu yang sejak tadi fokus pada skrin MacBook. Penggodam berjaya.
Hoseok dan Daniel yang disebelah Mingyu turut membantu.
"Mingyu, kau dapat trace Seungyoun tak?" Soal Jungkook.
"Buat masa sekarang tak. Aku dah dapat rakaman CCTV berdekatan dengan tempat kejadian. Sekarang aku nak periksa rakaman CCTV tu." Ujar Mingyu. Sempat dia mengambil rakaman CCTV berdekatan tempat kejadian tadi.
Sudah semestinya dia godam.
Kalau minta sampai esok tidak dapat.
Ada kebolehan baik kita guankan , betul idok?
Park Jimin mengerling kearah Taehyung yang menggigit bibir bawahnya. Diberi isyarat mata supaya Taehyung bersuara. Cakaplah Tae, jangan diam.
Taehyung diam sejenak, dia cuba mengingati kejadian dimana kereta Seungyoun lalu dihadapannya.
"Gyu, SY1204C ,
nombor plat kereta dia. Betul tak?" Taehyung kedepankan sedikit badannya. Sebelah tangan yang berurat diletakkan pada meja. Mingyu menoleh kearah Taehyung sedikit dan melihat rakaman CCTV. Gambar yang berada dalam skrin di perbesarkan.
Mingyu mendongak memandang Taehyung. "Cham.. betul. Mana kau tahu?"
Taehyung mengeluh, tangan disilangkan ke dada. "Lepas aku nak hantar Hwa balik.
Aku nampak dia lintas kereta aku tapi benda tu jadi 5 minit sebelum yang lain call aku.. Mianhae kook." Taehyung menunduk kan kepalanya. Jikalah dia cepat dapat maklumat. Tetapi dia tidak boleh salahkan sesiapa.
Dia tidak bleh salahkan Jimin dan yang lain.
Jungkook merenung wajah Kim Taehyung yang penuh dengan riak wajah bersalah, dia tidak boleh marahkan Taehyung. Bukan salah sesiapa. Salah dia kerana tidak menjaga Eunbyul betul-betul.
Paling tepat salah Choi Seungyoun yang mengambil Eunbyul daripadanya. Ya, Jungkook tahu Eunbyul juga bukan miliknya yang sah bukan isterinya lagi. Tetapi dia terlampau cintakan Eunbyul juga. Infiniti...
"Gojeongma.. bukan salah sesiapa." Balas Jungkook dengan senyuman nipis.
"One more thing, aku perasan kereta dia menuju ke Ilsan." Ujar Taehyung lagi. Jungkook mengangguk. Ilsan? Nasib baik bukan Busan.
Jauh juga Seungyoun membawa lari Eunbyul.
"Gyu, dia tak perasankan cip yang kau letak dekat baju dia kan?"Jungkook teringatkan tentang cip. Yang lain hanya diam kerana mereka tidak tahu tentang cip tersebut. "Ah tentang cip tu! Aku rasa dia tak perasan. Sekejap aku periksa."
"Siap." Sesuai meletakkan plaster band aid , Jimin menutup peti kecemasan dan mengambil tempat duduk sebelah Taehyung, bakal abang ipar.
Jungkook membelek tangannya, melihat tangannya begini dia teringatkan Eunbyul yang merawat lukanya. Makin dia merindui gadis itu. Dia harap gadis itu tidak disakiti.
"Ya, dia tak perasan. Aku rasa dia dekat Ilsan tapi kedudukan dia masih bergerak." Mingyu fokus pada titik merah yang berkelip itu.
Jungkook menaikkan sebelah keningnya. Dagu didongakkan sedikit dan kepala dipusing kekiri dan kekanan menghasilkan bunyi. Rahang yang tajam jelas terlihat.
"Aku ada rancangan."
🌼🌼🌼
[JEJAKA LIMITED EDITION]
🌼🌼🌼
Kepala aku berdenyut kuat setelah aku berusaha membuka mata. Dahi milik sendiri aku cuba sentuh untuk picit berkali-kali tetapi terhalang perbuatan kerana tanganku terikat kuat secara hadapan.
"Arkhh.. aku dekat mana.." Berkerut dahi saat rasa pening mula menerjah kembali setelah mencelikkan mata. Aku sedar yang aku dalam keadaan terbaring jadi dengan kudrat yang ada aku bangun dengan bantuan tampungan siku.
Mata aku bertemu dengan seseorang yang duduk dihujung kaki ku.
"Sayang dah bangun?" Seungyoun menyapaku dengan eyesmile nya. Dia mula merapati aku. Argh baru aku ingat yang Seungyoun culik aku. Perlahan-lahan aku mengest kebelakang sehingga badanku bertemu dengan kepala katil.
ARGH KACAULAH KATIL NI!
"Seungyoun.. apa kau buat ni?" Aku menyoal tatkala tangan Seungyoun ingin menyentuh rambut aku. Bergetar bebola mata saat bahu dicengkam oleh tangan Seungyoun. Mata hitamnya merenung aku tanpa lepas. Pandangannya menusuk kedalam mataku. Renungan matanya memberi maksud, kau milik aku seorang.
"Aku buat apa?
Ambil apa yang sepatutnya hak aku." Seungyoun tertawa kecil. Pucuk hidungku dicuit dengan jari telunjuknya. Jarak aku dengan lelaki ini sangat dekat. Aku menyandarkan diri sepenuhnya di kepala katil. Tidak mahu berada di jarak maut ini tetapi apa yang boleh aku lakukan?
Jadi, aku perlu hadapinya.
"Aku bukan hak kau."Ucap aku senada sambil merenung tajam anak matanya. Tangan yang diikat ketat dengan tali dirapatkan ke dada.
Seungyoun menyentuh rahang aku dan menarik sedikit rapat kearahnya.
"Sweetie, what are you try to saying? You're mine okay. Please accept that fact." Dia berbisik, nadanya kedengaran sangat psiko.
Sabar Eunbyul, manusia depan kau ni mesti pesakit mental jadi kau pun harus psiko.
"Aku nak Jungkook! Mana dia!" Bentak aku geram. Aku cuma nak Jungkook itu sahaja. Tolonglah! Dada bidang Seungyoon aku tolak dengan tangan yang berikat. Sejurus itu aku menjerit sekuat hati.
"TOLONG!!!"
BBUKK!!
Pipi kanan aku ditumbuk kuat sehingga aku terjelopok jatuh ke sisi katil. Aku memejamkan mata menerima kesakitan ini. Tangan yang menggeletar mula menggenggam cadar katil.
"Bila aku cakap kau hak aku. Maknanya kau hak aku!" Jerkah Seungyoun. Bahuku ditarik dan leher jinjangku dicekik. "Jungkook? dia tak layak langsung!" Aku menepuk-nepuk tangannya apabila dia mencekik kuat sehingga tubuh aku terbenam sedikit di katil empuk ni. Dapat rasakan aku hampir kehilangan nafas dan wajahku memerah.
Seungyoun melepaskan leher aku. Dia mengesot sedikit kebelakang sambil mengenggam rambut hitamnya. Aku terbatuk kuat.
Ya Tuhan.. apa takdr yang harus aku lalui?
"Noona tak apa-apa? .. Seung sayangkan noona. Terima Seungyoun, jebal?" Seungyoun kembali datang merapati aku. Dia menarikku supaya duduk, sebelah tangannya menekup pipi kananku yang mungkin bengkak.
Aku hanya diam sambil mengalihkan pandangan.
"Janji, jangan cuba lari kalau tak Seung akan bunuh Jungkook kesayangan noona." Ugut Seungyoun. Walaupun aku tahu Jungkook mampu mengatasi lelaki ini tetapi ianya tetap berbahaya.
Dengan lambat aku anggukkan kepala. Aku menghulurkan tanganku yang terikat kemas.
"Lepaskan tangan saya dulu. Saya janji tak lari." Janji manis ditaburkan.
Mata Seungyoun kelihatan bersinar. Aku hanya mampu memberi senuman palsu sahaja.
"Sayang janji?"
"Ya, saya janji. Jebal? " Seungyoun merenung wajahku ingin melihat kejujuran. Aku terpaksa menyentuh tangannya dengan jemari .
"Jangan lari ya." Seungyoun terpujuk. Dia merungkaikan ikatan yang entah kenapa kemas sangat. Aku hanya diam sambil perhatikan cara dia buka ikatan tali.
"I'm kidnapped you from Jeon Jungkook. Sekarang mesti kesayangan sayang hilang akal kan? Pity him." Seungyoun tertawa sinis. Aku pasang telinga sahaja. Malas mahu membalas nanti lain jadinya. Tap hati meronta ingin membalas setiap percakapan.
" Dia tak layak untuk kau. Aku ambil risiko tinggi untuk ambil kau daripada dia walaupun aku dah bahayakan nyawa keluarga aku. I love you so damn much." Belahan bibir Seungyoun mengucup pipi aku. Rasa geram aku simpan didada.
Jungkook.. apa saya nak buat dengan orang gila ni?
"That's enough to show you how much I love you. I'll not accepted no , only yes or yes. " Jari telunjuk Seungyoun menyentuh daguku.
"Kekal dengan aku atau kau mati.
Jungkook.. aku tak dapat kau." Pilihan diberikan. Aku hanya mengangguk., mata aku tertumpu pada pergelanggan tangan yang memerah.
" Seung nak keluar.
Mungkin lama. I want to buy your necessary. Remind your self, jangan lari." Seungyoun mencium dahi licin aku dan aku hanya membalas dengan senyuman.
Aku menghantar kepergian Seungyoun dengan pandangan mata yang kosong. Setelah koklea telinga menangkap bunyi seperti pintu dikunci dari luar. Aku mengeluh lega dan menyandarkan diri ke bantal. Keluhan berat aku hembus..
Bantal satu lagi aku ambil dan aku tekup ke muka dan aku menangis tanpa suara.
Tidak lama, aku memandang sekeliling bilik yang sederhana luas. Kemas ruangannya, ada sebuah meja solek, almari,set sofa dan beberapa kabinet. Aku dekat mana sekarang?
Aku memeriksa poket seluar belakang yang aku letakkan telefon.
Fuh mujur ada. Aku lihat waktu yang tertera.
Hampir tiga jam aku pengsan.
Dengan segala kudrat yang aku ada, aku bangkit menuju kearah tingkap. Dapat lihat suasana malam sudah memonopoli.
Aku membuka telefonnya. Nafas lega dikeluhkan melihat bateri masih berbaki 50%. Dengan pantas aku menaip sesuatu dan dihantar kepada Jungkook sebelum Seungyoun pulang dan aku tertangkap.
Arghh gila, aku rasa mahu mati. Sumpah aku tak mahu Seungyoun. Pasu digenggam erat apabila hatinya berat. Dia tak boleh..
Nyawa lagi satu ini tidak bersalah langsung. Jungkook pasti tersungkur jatuh jika melihatnya tidak bernyawa.
Jungkook.. tolong..
Kekuatan saya adalah awak.
Saya nak awak seorang.
Saya yakin kita ditakdirkan bersama.
Ya Tuhan, Masih kau dengar kah rintihan hamba mu ini?
Jika ya, tolong hindarkan aku daripada manusia syaitan ini.
🌼TO BE CONTINUE 🌼
💜1997 WORDS💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro