Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

046


Jangan lupa Komen gais!
Seminggu sekali je aku update. Every Sunday aku update.

++++

JLE : 046❤️
CHAPTER : You messed with wrong person + Kidnapped 🌼

++++

“Gyu, macam mana?”

Jeon Jungkook menyoal Mingyu yang duduk disebelah nya. Seusai makan tengahari mereka berdua duduk di gazebo yang berada di luar bangunan.

“Aku dah letakkan cip tu .
Segala rangkaian dia aku dah godam.” Ujar Mingyu.

“Sorry Gyu susahkan kau je. Aku tahu kau pun nak berlatih. Bukannya aku taknak buat sendiri tapi everytime Eunbyul dengan aku jadi susahlah aku nak buat rancangan ni.” Jungkook mengeluh. Dia rasa bersalah dengan Mingyu dan yang lain.

Pandangan dibuang ke arah pokok dihadapan mereka.

“Aku tahu. Tak apa kook aku ikhlas lagi pun untuk kebahagiaan kau. Lagi-lagi Eunbyul mengandung. Aku dengan yang lain cuba sedaya upaya untuk tolong kau.”

Walaupun dia terpaksa basahkan baju dia dengan air lemonade.

Jungkook senyum manis. Nasib baik dia mempunyai kawan yang memahami.  Mingyu memandang Jungkook yang seakan termenung.

“Kook, kau tak nak selesaikan dengan cara elok?” Mingyu menyoal secara perlahan takut pula melarikan mood jejaka bak ais kutub utara tu.

“Aku dah jumpa dia secara baik. Try to talk nicely without punch him face. Tapi dia tetap degil.”

Membulat mata Mingyu. Apa? Dah jumpa Seungyoun?!

“Kau jumpa dia? Bila?”

“Semalam.”

Jungkook teringatkan kejadian malam semalam. Dia dapat mesej mengatakan seseorang ingin berjumpa dengan nya. Sampai sahaja di pub tempatan dia lihat Cho Seungyoun sudah meneguk bir.

Jeon Jungkook kini bersemuka dengan Cho Seungyoun.

Jejaka dingin beku itu memandang Cho Seungyoun yang duduk dihadapan nya.
Gelas bir langsung tidak disentuhnya.

“Kau nak apa jumpa aku?”

Jungkook menyilangkan tangan ke dada. Jelas menampakkan otot lengannya kerana dia memakai singlet .

Cho Seungyoun menarik senyuman sinis. Cermin mata yang berada atas meja dikuis-kuis.

“Keunyang.. nak main tarik tali dengan orang berpengaruh macam kau.” Sinis nadanya. Jungkook menaikkan keningnya.

Oh iya ke?

“Iya? Aku tak sabar juga untuk jadi gunting putuskan tali nanti. Nak tengok kau jatuh.” Mereka saling berbalas senyuman sinis.

Seungyoun tergelak sinis. Dia tidak mengenali Jungkook secara mendalam tapi dia tahu sifat lelaki ini yang keras kepala.

“Cakap besar. Keureom aku akan pastikan Eunbyul pilih aku.” Yakin Seungyoun bercakap.

“Walaupun kau tahu peluang kau tipis?” Cepat sahaja Jungkook membalas. Dia rasa kelakar dengan ayat Seungyoun. Sangat menggelikan hatinya.

Mendengar gelak sinis Jungkook membuatkan Seungyoun rasa sakit hati.

“Kalau aku tak dapat maknanya kau pun tak akan dapat Eunbyul.”  Mereka membalas pandangan mata yang melihat tegang antara mereka tapi Jungkook hanya kekal tenang.

“Oh yeke, rugilah kau sebab— eh buat apa aku bagitahu.”  Gembira rasanya dapat mempermainkan Seungyoun.

Seungyoun terdiam. Dia rasa seperti dipermainkan oleh Jeon Jungkook. Rambut dikuak ke belakang. Dia yang ajak Jungkook jumpa tapi dia pula dibahan oleh Jungkook.

“Kalau kau sayang ibu, dua orang kakak kau dan nenek kau. Jangan pernah sentuh Eunbyul.” Jungkook meletakkan syarat. Dia malas membuang masa dan menghabiskan tenaga belasah Seungyoun.

“Jeon Jungkook. Jangan pernah sentuh keluarga aku.” Meja ditepuk sedikit kuat.
Berang rasanya bila melibatkan keluarganya.

Oh tahu marah?

Jungkook menjeling sinis.

“And then jangan berani sentuh hak aku.” Gelas bir Seungyoun dicapai dan diteguk sedikit.

“Oh yes, kau boleh masuk lokap sebab pecah masuk rumah orang dan cubaan merogol .
One more thing, aku tahu kau bawah pengaruh dadah.”

Terketar bibir Seungyoun mendengar ayat terakhir Jungkook. Macam mana Jungkook tahu? Itu rahsia terbesarnya.

“Apa—kau merepek...” Gugup Seungyoun.

“Aku boleh selesai dengan cara baik. Berhenti kejar Eunbyul atau kau masuk lokap dan aku musnahkan keluarga kau. Choose it.”

Seungyoun terdiam. Rasa buntu dengan pilihan tersebut. Jungkook berpuas hati. Mula bangun dan meletakkan beberapa keping not duit.

“Jangan lupa tinggalkan keputusan kau.
Ingat, kau cuba buat benda bodoh. Maknanya kau pilih yang kedua.”

Jungkook melangkah meninggalkan Seungyoun yang terkulat-kulat.



“Kesian, baru 19 tapi dah terjebak dengan dadah.” Mingyu menggeleng kepala. Jungkook juga terkejut semasa mengumpul maklumat tentang Seungyoun.

“Aku dah sharekan lokasi cip tu dekat kau jadi jangan lupa periksa.” Mingyu menukar topik baru.

Jungkook mengangguk. “Dia ada rancang apa-apa tak?”

Mingyu terus duduk tegak bila teringatkan
satu perkara. Bahu Jungkook ditepuk.

“Kau jaga Eunbyul tu elok-elok sebab aku dengar perbualan Seungyoun tadi. Dia minta tolong Nahee tapi Nahee taknak. Sekarang dia tengah bengang. Don't ever lost focus okay.”

“Jeongmal.. okay gyu. Thanks a lot.”

“Gyu, aku ada rancangan.”

🌼🌼🌼

   Petang menjelma. Jeon Jungkook dan Cha Eunbyul juga sudah siap berlatih. Sekarang mereka bercadang untuk pulang ke rumah tetapi sebelum itu mesti Jungkook dibodek oleh Eunbyul dulu kerana mahu pergi ke Baskin Robbins.

Eunbyul memeluk pinggang Jungkook seakan-akan memujuk. Tangan menguis-nguis dada bidang Jungkook.

Mommy nak aiskrim!!

Jungkook hanya memandang sipi.

Tapi, Jungkook tidak layan kerana dia tahu yang gadis ini sudah menelan aiskrim semalam dan kuantiti nya bukan biasa-biasa tapi luar biasa. Sengaja pandangan ditumpukan pada skrin telefon.

“Jungkook.. jom lah pergi Baskin Robbins. Saya janji pesan aiskrim je.. tak pesan makanan lain dah.” Suara dimanjakan. Mulut kata lain tapi hati kata lain.

Dia nak makan makanan manis!
Tapi masalahnya overdose!

Kebetulan lihat pula dalam Instagram mukbang aiskrim Baskin Robbins. Lagilah kecur air liur mak buyung ni.

Jungkook mengeluh kecil.

“ It's risk sayang makan banyak makanan manis. Kau mengandung. Pukul 3 pagi tadi kau makan dua bekas besar aiskrim vanila senyap-senyap waktu aku tidur.” Ujaran Jungkook membuatkan Eunbyul terkejut.

Macam mana Jungkook tahu? Dia rasa Jungkook tidur nyenyak waktu tu. Bibir bawah diketap. Wajah Jungkook yang dingin beku dipandang meminta simpati.

“Ingat aku tak tahu?”

“Macam mana awak tahu?”Laju sahaja membalas. Dia dah pastikan yang Jungkook tidur nyenyak walaupun puas dia nak alihkan tangan Jungkook yang memaut erat pinggang nya.

“Ahjumma Lee bagitahu yang dia nak pergi minum air tapi nampak kau lahap aiskrim dengan senduk nasi. Jadi ahjumma patah balik tak nak kacau kau. ” Terang Jungkook.

Nasib Ahjumma Lee memaklumkan kepadanya. Jika tidak memang sampai kesudah dia tak tahu.

“A-alaaaa.. kookkkkkkkkk!” Rengek Eunbyul.

“When I said no it's means no.” Tegas Jungkook. Dia risaukan keadaan Eunbyul dan juga bayi. Buat nya nanti bakal ibu itu sakit perut ke apa.. Jeon Jungkook juga yang susah hati.

Nak buat anak memang senang tapi nak dapat anak bukannya senang.

Cha Eunbyul menarik wajah masam mencuka. Orang tengah mengidam ni. Jungkook hanya pandang sipi je wajah masam Eunbyul.

“Dekat rumah ada lagi aiskrim Baskin Robbins yang kita beli semalam. Makan yang tu je.” Dikira bersyukur lah sebab Jungkook bagi makan aiskrim lagi.

“Taknak yang tu. Nak perisa lain. Nak mint chocolate chip! Jungkook! Dengar tak apa saya cakap ni?! ” Bentak Eunbyul. Badan belakang dihempas geram pada penyandar sofa.

Jungkook menarik nafas panjang.

“Jeon Eunbyul,
apa degil sangat ni? Cuba dengar cakap aku.” Tegas Jungkook. Eunbyul yang membentak itu dipandang tajam.

hmm..” Balas Eunbyul sedikit. Dia kena diam bila Jungkook dah pandang tajam kearah nya.

Tangan disilangkan ke dada dan langsung tidak memandang Jungkook. Merajuk! Hampir tiga minit mereka diam, Eunbyul yang duduk di sebelah Jungkook mula bangun.

Jungkook menoleh memandang Eunbyul.

“Kau nak pergi mana?” Panik juga Jungkook lihat tindakan Eunbyul yang sah-sah merajuk dengannya.

“Tandas.” Balas Eunbyul sepatah kemudian mengatur langkah menuju kearah pintu bilik latihan.

“Biar Kook teman. Lepastu balik terus.” Jungkook bangun dan mengambil beg selimpang. Dia menuju kearah suis lampu.

Eunbyul menggulingkan mata mendengar ayat terakhir Jungkook. Lagilah dia menarik wajah tidak puas hati. Langkah dilajukan setelah keluar daripada bilik latihan.

“Nak makan aiskrim tak bagi.” Bebel Eunbyul.

“Aegi juga nak. Pastu nak ikut orang. ” Dengan geram dia jalan sambil menghentakkan kaki kuat apabila mendengar derap kaki yang mengejar nya dari belakang. Tahu sangat dia yang itu mesti Jungkook.

“Jungkook jebon.” Kutuk Eunbyul tak puas hati.

“Aku dengar.. sayang.” Bisik Jungkook yang berada dibelakang Eunbyul.

Eunbyul mencebik geram dan berjalan laju meninggalkan Jungkook di belakang. Jungkook menggeleng kepala melihat perangai Eunbyul.

Aduhai sayangku!

Jungkook hanya membiarkan dan mengikuti langkah gadis itu. Angin ibu mengandung memang mengerikan.

🌼🌼🌼


Baskin Robbins🍧

“Apa senyum-senyum?” Jungkook menjeling manja kearah Eunbyul yang melekat dengannya. Jungkook mematikan enjin kereta.

“Baskin Robbins. Hehe.” Jari telunjuk Eunbyul menunding kearah bangunan Baskin Robbins. Pipi Jungkook ditarik dan bibir merah jambu Eunbyul mengucup pipi jejaka ini.

“Suka sangat cium-cium tadi dah tumbuk aku.” Perli Jungkook. Berasa jugalah tumbukan bahu tadi. Senyuman disembunyikan.

“Memang kalau nak ikutkan hati saya judo awak.” Leher Jungkook dipaut kasar. “Sayang! Kau nak bunuh aku ke?! Siapa nak jadi bapak kepada anak kita!” Lengan Eunbyul ditepuk-tepuk.

Eh perempuan mengandung ni!!!

“Saya jadi janda hot!”

“Sayang!” Jerit Jungkook. Aduh sayang tolonglah jangan ganas sangat!

Habis babak wrestling tadi mereka sudah berada dihadapan kaunter Baskin Robbins. Eunbyul memeluk pinggang Jungkook. Kepala disandarkan pada dada bidang Jungkook.

Tadi dah belasah Jungkook sekarang nak bermanja Swalla monolo pula. Bawak balik minah ni please!

“Jungkook, mint chocolate chip tahu.” Ujar Eunbyul. Jungkook berdehem sahaja. Dah dekat sepuluh kali ulang ayat sama.

“Jungkook awak dengar tak?”Wajah didongakkan untuk memandang Jungkook. “Ya sayang, aku dengar.” Dahi licin Byul dicium lembut tujuannya untuk diamkan Eunbyul yang asyik menyoal hal yang sama.

Seorang pekerja lelaki Baskin Robbins datang ke kaunter.

“Selamat datang ke Baskin Robbins. Encik nak pesan apa?” Soal pekerja lelaki yang memakai pakaian putih untuk pekerja Baskin Robbins.

“Saya nak set Quarter,Take out”

“Encik boleh pilih empat perisa. Perisa apa yang Encik mahukan?”

Eunbyul hanya memandang Jungkook yang menunduk memandang peti aiskrim dihadapan mereka. Kacaknya laki kita!

“Urm, dua skop mint choco chip, jamoca’ coffee dan chocolate. Geuge daya (That's all.)”

“Semuanya 13,500 ₩ .  ”

Jungkook mengeluarkan beberapa keping not duit dan menghulur kearah pekerja tersebut. Jungkook mengalihkan pandangan kearah Eunbyul dan mencuit hidung mancung Eunbyul.

“Baki—” Pekerja lelaki tersebut menghulur kan baki wang tetapi Jungkook menolak perlahan. “Simpan je.” Senyum Jungkook segaris.

Eunbyul tersenyum bangga melihat Jungkook. That's my Jeon!

Jungkook tidak pernah lupa dengan nasihat nya. Sentiasa berbuat baik walaupun orang lain memandang secara palsu.

“Terima kasih,
encik boleh duduk dahulu nanti saya hantarkan dekat encik.”

Mereka mengangguk dan bergerak kearah tempat duduk yang berhampiran dengan ice cream cake. Tangan kecil Eunbyul yang berada dalam genggamannya ditarik apabila ekor mata hitam berkilat Jungkook terperasankan sesuatu yang mencurigakan.

Seusai sahaja duduk. Mereka saling berbalas pandangan. Jungkook menongkat sebelah tangan untuk menampung sisi kepala untuk merenung Eunbyul yang duduk di sebelah nya.

Makin comel Eunbyul sejak mengandung ini dengan rambut depan menutupi dahi juga rambut paras dada. Tak lupa pipi makin gebu dan Jungkook makin geram nak sedut pipi gebu Eunbyul. Patutlah Seungyoun nak cantas si genit ini daripada nya.

“Sayang, kau dah dengar kan yang graduation ceremony tahun kita tunda ke bulan empat.” Jungkook mengusap cincin lamaran tiga tahun lepas yang masih tersemat pada jari manis Eunbyul.

“Ada, Jungrien bagitahu saya.”

“Kau boleh ke pergi?
Waktu tu kandungan dah cecah lima bulan.” Jungkook terlebih dahulu mengira usia kandungan bakal isterinya itu.

Eunbyul mengangguk.  Sebelah tangan nya menguak rambut peach Jungkook kebelakang. “Saya kan wonder woman. Lagi pun awak ada dengan saya.” Senyumnya lebar.

Pipi gebu Eunbyul dicubit sedikit.
Cair dia lihat Eunbyul senyum lama-lama.

“Aegi nak makan apa lagi?” Perut Eunbyul disentuh oleh Jungkook. Telapak tangan besar Jungkook melekap penuh pada permukaan perut Eunbyul.

“Ketam kukus.” Sengaja Eunbyul mengepit suaranya seakan bayi. Mata mereka berlaga kemudian mereka terkekeh ketawa.

poppo haejukhae (berikan ciuman)” Jari telunjuk panjangnya menunjuk bibir merah sendiri. Tanpa menunggu.

Emuahhh!

Mereka berbalas mencuit hidung masing-masing. Tak lama kemudian pekerja Baskin Robbins tadi datang bersama bungkusan aiskrim.

“Encik, ni pesanan Encik.
Terima kasih datang ke Baskin Robbins.”  Seusai menunduk hormat pekerja tersebut berlalu pergi.

Eunbyul dan Jungkook juga beransur keluar daripada kedai ini. Entah kenapa Jungkook dapat rasakan ada seseorang mengekori mereka.

Hanya dua orang terlintas di fikiran nya.

Orang neneknya.

Atau

Cho Seungyoun.

Keluar sahaja daripada bangunan tersebut mereka melangkah kearah kereta yang dipakir jauh. Baru sahaja Jungkook ingin membuka pintu untuk buah hati dia terpandangkan seorang datuk yang menolak troli yang penuh dengan kotak yang terjatuh akibat ditolak oleh sekumpulan orang yang melintas jalan.

Kasihannya.

Jungkook tak boleh dengan perkara sebegini.

“Kau masuk dalam kereta dulu aku nak tolong harabeoji tu.” Jungkook menunjuk kearah datuk tersebut. Eunbyul turut memandang. “Jangan lambat tahu.” Pipi Jungkook diusap.

“Ya, duduk dalam kereta okay. Kunci kereta terus. I love you sayang.” Pintu kereta dibuka oleh Jungkook. Bibir munggil Eunbyul dicium beberapa saat.

“Love you more.” Ucap Eunbyul setelah ciuman terlerai. Jungkook menoleh kearah Eunbyul seketika sebelum menuju kearah datuk tersebut yang jauh sedikit dari keberadaan mereka.

Eunbyul masih tidak masuk ke dalam kereta kerana melihat Jungkook. Aiskrim sudah selamat di kerusi penumpang belakang.

“That’s why I love you, Jeon Jungkook.”

Baru sahaja dia ingin masuk ke kereta mulutnya ditekup oleh seseorang menggunakan sapu tangan.

Klorofom?

Eunbyul meronta-ronta ingin melepaskan diri apabila dirinya ditarik kasar ke kereta dihadapan kereta Jungkook.

Jungkook!!!

Membulat matanya melihat wajah Cho Seungyoun yang tersenyum sinis. Kemudian, Cha Eunbyul tidak sedarkan diri.

Tubuh kecil itu dihumban masuk ke dalam kereta. Dengan tergesa-gesa jejaka itu masuk kedalam kereta dan kereta dipandu laju.

Pada masa yang sama kereta tersebut berlalu pergi. Jungkook kembali kearah keretanya. Musykil dia lihat pintu kereta bahagian Eunbyul tidak tertutup.

“Sayang kenapa tak tutup—Eunbyul!”

Rasa mahu gugur jantungnya melihat tiada siapa dalam kereta miliknya. Seat yang selalu menjadi tempat duduk Eunbyul ditumbuk geram.

“Arghh shibal!” Carut Jungkook. Rambut diramas geram.

Telefonnya berdering. Jungkook melihat nombor telefon yang tidak dikenalinya. Naik turun nafasnya. Dia dapat agak ini kerja siapa. Tanpa menunggu dia menjawab panggilan tersebut dan disambut tawa seseorang.

“Hahahhaha! Tak sangka Jeon Jungkook ada hati perut. Good job bro, you make my work easier.”

“Kau memang nak mati.” Balas Jungkook sebelum panggilan telefon dimatikan oleh Seungyoun. Seusai sahaja mematikan panggilan. Telefon tersebut dilempar keluar tingkap dan kebetulan lori lalu dan menggilis telefon tersebut.

Jeon Jungkook mengawal nafas yang tidak terkawal. Laju dia masuk kedalam kereta dan menutup kasar pintu kereta.

“Bodoh!” Setereng kereta ditumbuk geram. Rahangnya bergerak tanda Jeon Jungkook sedang marah ketika ini.

Jungkook menelefon seseorang.

“Gyu, call yang lain suruh jumpa dekat kondominium Hoseok. Dangjang!” Jungkook memberi arahan. Kereta sport miliknya mula membelah jalan raya.

“Wo wo wo kenapa ni Kook?” Bingung Mingyu. Dia baru keluar bilik air. Seluar dalam pun tak pakai lagi.

“Eunbyul, Seungyoun culik dia.” Ringkas sahaja kerana Jungkook tengah panas ketika ini.

“Apa?!”

Panggilan telefon dimatikan dan telefon dilempar ke seat sebelah. Pedal minyak ditekan, deruman ekzos kereta mula liar.
Kusut rasanya Jungkook ketika ini.

Kena saman?

Kita settle belakang.

Sayang, na mianhaeseo..


🌼TO BE CONTINUE 🌼
❤️2364 WORDS❤️


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro