
045
JLE : 045 ❤️
CHAPTER : Plan + Kiss you❤️
××××
Seoul University
Keadaan adik beradik Eun masih dingin. Dua hari sudah berlalu. Eunwoo kembali sibuk dengan syarikat. Si adik, Eunbyul sibuk dengan latihan untuk pertandingan akhir. Keadaan rumah juga sudah kembali seperti biasa apabila nenek Eunbyul iaitu Puan Cha membuat keputusan untuk bermalam di rumah anak kedua nya.
Hari ini Eunbyul dan Jungkook mengambil keputusan untuk berlatih di university sahaja lagi pun Jeon Jungkook dia mahu menguruskan Cho Seungyoun. Tak mahu hal ini berlama kerana dia dah beri banyak masa kepada Seungyoun untuk bersiap-sedia dengan apa yang bakal diterimanya nanti.
‘Hadiah’ khas daripada Jeon Jungkook dan jejaka ini tidak sabar mahu menangkap hoobae nya itu. Dia dah cukup bersabar selama beberapa hari ini.
Pertandingan akhir akan bermula lagi tiga hari jadi mereka harus menyambung latihan. Perserta lain juga melakukan sehabis baik. Siapa sahaja tidak mahu menjadi juara. Kalau boleh pihak university mahu meletakkan semua nombor satu kerana persembahan mereka semuanya terbaik.
Keadaan koridor fakulti Seni dan Kebudayaan mula penuh dengan mahasiswa yang lalu lalang kerana waktu sudah menginjak ke pukul 10 pagi. Di mana mereka bersiap-sedia untuk pergi ke kuliah ataupun kelas masing-masing.
Kim Mingyu jejaka tinggi lampai itu berjalan di koridor dengan lollipop berada dalam mulut. Setiap kali pelajar hoobae menyapanya dia turut membalas dengan senyuman. Arah tujuannya sekarang mahu ke bilik latihan berjumpa dengan rakan-rakannya.
“Annyeong gyu sunbae, sunbae kacak harini!” Tegur mahasiswa tahun pertama. Mingyu memandang gerangan yang memujinya itu.
“Hari-hari sunbae kacak. Gomawo Eunna!” Bahu gadis itu ditepuk lembut dan dia menyambung langkahnya.
Mingyu memang rapat dengan budak junior jadi itu perkara normal bagi Kim Mingyu. Bukan sahaja perempuan tetapi berjantinakan lelaki juga dia rapat.
Hah engko jangan nak cakap aku gatai!
Matanya menangkap seseorang orang berada tidak jauh berjalan berhadapan dengan nya. Orang itu memakai cermin mata dan pakaian warnanya gelap seperti hijau tua. Memegang secawan lemonade sambil sebelah lagi tangan memegang telefon bimbit.
Mingyu memasang mimik wajah yang sukar ditafsir. Lollipop perisa strawberry yang sudah tinggal batang itu dikeluarkan daripada mulut. Rambut hitamnya diselak ke belakang. Menyerlahkan dahi licinnya. Lirikan matanya memandang satu arah sahaja ketika ini.
Sengaja Mingyu mengubah laluannya. Kini dia berjalan selaras dengan orang itu yang masih memandang telefon bimbit.
“Assa.. sasaran.” Sinis senyuman dibibir nya. Gigi taringnya menonjol. Telefon bimbit dikeluarkan dan membuat dia sedang bercakap dengan telefon
Jarak mereka kini hanya beberapa meter sahaja. Pandangan mata Mingyu yang berkarisma hanya memandang sasarannya sahaja.
Semakin dekat langkah mereka, sengaja Mingyu bercakap dengan kuat seakan dia benar-benar bercakap dalam telefon.
Orang itu pula masih tidak perasan.
Satu...
Dua...
Tiga...
Dengan sengaja dia melanggar bahu orang itu yang merupakan Cho Seungyoun. Disebabkan pelanggaran bahu yang kuat , air lemonade habis tertumpah pada baju mahal milik Kim Mingyu.
Kim Mingyu yang sudah tahu ianya bakal berlaku mula berpura-pura juga. Membuat telefon milik nya juga jatuh menimpa lantai.
Cho Seungyoun,jejaka itu mengeluh kasar. Habis melekit tangannya. Telefon nya juga terjatuh. Sudahlah dia mahu masuk kelas kerana kelas akan bermula sebentar lagi.
Malang APA lagi ni?
“Yah buta ke?” Ujar Seungyoun kasar. Berkerut dahinya apabila melihat skrin telefon nya pecah sedikit. Sudahlah jenama iPhone. Berdecit kuat dibuatnya.
“Err! Mianhae!” Mingyu membuat seakan-akan dia menggelabah melihat kesalahan yang sengaja dibuatnya.
“Aigoo-yaa..” Keluh Mingyu, habis bajunya basah. Apabila Mingyu melihat Seungyoun yang membongkok ingin mencapai telefon yang terjatuh di lantai cepat sahaja dia meletakkan cip kecil di baju milik Seungyoun dan membongkok juga mengambil telefon nya.
Sempat Mingyu memandang sekeliling koridor, tidak ramai berbanding tadi. Mungkin sudah menghadiri kuliah.
Saat itu mata mereka bertembung. Membulat mata Cho Seungyoun. Dia langgar Kim Mingyu? Apa nasib dia ni pagi-pagi dah jumpa kawan Jeon Jungkook?
Wajah meluat cuba di simpan sebaik mungkin. Cermin mata dibetulkan. Mata nya menatap Mingyu yang memegang telefon bimbit nya.
“Gyu sunbaenim?
Maafkan saya.. sunbae tak apa-apa?” Seungyoun menunduk hormat. Telefon diletakkan ke dalam poket seluar.
“Luizy?”
Soal Mingyu dengan nada suara yang dibuat terkejut. Matanya dibulatkan. “Neo gwaenchana? Maaf sunbae terlanggar. Tengah on-call tadi.” Mingyu menunjukkan telefonnya.
Seungyoun mengeluh meluat dalam hati. Tak pasal-pasal habis melekit tangan dia. Mingyu menggosok belakang lehernya.
Mata Seungyoun memandang baju warna biru gelap Mingyu yang sudah basah dibahagian dada hingga abdomen . Mingyu hanya tenang walaupun dia tidak selesa ketika ini.
“Maafkan saya Gyu sunbaenim. Habis basah baju sunbaenim. Salah saya. Maafkan saya!” Seungyoun menunduk hormat lagi. Cuba mengeluarkan sapu tangan untuk mengelap baju Mingyu tetapi cepat Mingyu menghalang.
“Eh tak apa lah sunbae ada baju lebih dekat loker jadi tak apa.” Mingyu tolak perlahan. Terhenti perbuatan Seungyoun.
“Saya kena pergi, kelas dah nak mula. Mianhae sunbaenim.” Kepala ditunduk sedikit. Tangan sudah tersemat di hadapan. Kelihatan sopan tetapi dalam hati sudah menyalahkan diri sendiri kerana terserempak dengan kawan Jeon Jungkook.
Matlamat dia hari ini tidak mahu bertembung dengan kawan Jungkook atau Jeon Jungkook sendiri.
Dia tahu Jungkook boleh lakukan apa sahaja untuk hak miliknya. Tetapi selagi Eunbyul bukan isteri Jeon Jungkook bermakna dia masih mempunyai peluang.
Seungyoun tidak boleh berlengah lagi.
“Gojeongma.. kha pergi kelas nanti lambat.”
“Kamsahamnida sunbaenim! Juseonghamnida!”
Cho Seungyoun menunduk hormat beberapa kali dan melangkah pergi dengan tergesa-gesa meninggalkan Kim Mingyu yang masih berdiri ditempat tadi dengan bajunya yang basah dengan lemonade. Mingyu memusingkan kepalanya melihat Seungyoun makin menjauh. Telefon bimbit ditekan dan serta merta skrin memaparkan titik merah bermakna tempat Cho Seungyoun sekarang.
Mingyu menyungging senyuman sinis.
“Game, started.”
“Aishh basah dah baju aku.” Rungut Mingyu. Baju yang sudah melekap pada badan disentuh. Dia membebel sepanjang perjalanan ke loker.
🌼🌼🌼
Dari 9 pagi pasangan Jeon ini berada dalam bilik latihan yang sentiasa digunakan oleh geng hotstuff. Sekarang sudah menunjukkan waktu 10:30 AM mereka masih berlatih. Hampir satu jam pasangan ini bertungkus-lumus menyempurnakan gerak tari yang tidak kemas.
Mereka berlatih dan terus berlatih. Jungkook mematikan lagu. Badan disandar pada dinding, matanya memandang Eunbyul.
Cha Eunbyul, gadis itu terus duduk selepas bahagian penamat tarian mereka. Peluh yang menitik dikesat dengan baju t-shirt crop top puma yang tersarung di tubuhnya.
“Jung!” Panggil Eunbyul setelah menanggalkan t-shirt crop top meninggalkan bra sukan. Jungkook berjalan kearah beg galas nya dan mencapai sebotol air.
“Apo sayang oi?” Jawab Jungkook sambil memandang Eunbyul sekilas. Telan air liur Jungkook lihat Eunbyul dah tanggalkan t-shirt crop top.
“Rehat.. jebal? Urm? Jebalyeo~” Suara dimanjakan.
Setelah mendapat greenlight dengan anggukan kepala sambil meneguk air Eunbyul tersenyum lebar. Rambut paras dada diikat tinggi. Keberadaan Jungkook yang masih meneguk air di tenung. Rahang tajam yang berkilat kerana peluh menjadi tatapan. Matanya jatuh pada dada bidang Jungkook yang t-shirt putihnya melekat pada tubuh.
Tambahan pula, rambut warna peach yang mencairkan hatinya.
Auchhhh bangkook seksi! Awumm!!
“Aku tahu aku seksi.
Pandang macam tu nak goda aku ke?” Suara Jungkook kedengaran. Bahagian bawah baju dikibaskan.
Eunbyul mencebik. Nak pandang pun kena tegur bukan kita nak terkam dia.
“Duduklah sini. Bawa air sekali.” Arah Eunbyul. Dia dah duduk memang malas nak bangun lah masalahnya.
“Pemalas betul mak buyung sorang ni.” Ngomel Jungkook. Sebotol air yang diteguknya tadi dibawa kearah Eunbyul yang sudah senyum lebar. Setiap langkah jejaka itu membuatkan Eunbyul berdebar macam selalu.
“Malas pun awak sayang.” Mata kanan dikenyitkan. “Keureomnyeo~ (Sudah semestinya)” Jungkook duduk sebelah gadis ini. Selepas membuka penutup botol. Botol air tersebut bertukar tangan. Matanya tidak lepas merenung wajah cantik itu. Sejak mengandung makin naik seri Eunbyul. Dia pula makin tak lepas menatap wajah tersebut walaupun sentiasa bersama.
“Gomawo~” Bibir seksi Jungkook dikucup sekilas. Jungkook senyum manis. Sisi kepala Eunbyul diusap-usap.
Eunbyul meneguk air tersebut dengan rakus kerana dia dahaga sangat. Jungkook yang melihat mula menegur.
“Perlahan-lahan nanti tersedak.” Tegur Jungkook. Menggeleng kepala dia melihat Eunbyul ketawa kecil saat selesai meminum air.
Geram dia dengan gadis genit ni. Pipi gebu Eunbyul dicubit lembut kemudian tangan kekarnya memaut pinggang ramping Eunbyul supaya berada diatas pehanya. Keadaan mereka dekat ketika ini.
“Saya ringankan?”Ujar Byul dengan sengihan. “Ya, sebab aegi baru nak masuk 3 minggu. Cubalah masuk 3 bulan. Aku rasa aku kena main gym hari-hari.” Seloroh Jungkook.
“Baguslah.
Awak boleh angkat saya hari-hari.” Sengaja digeselkan kepala pada rahang Jungkook.
Jungkook hanya ketawa kecil. Pipi gebu Eunbyul dikucup lama.
“Mana yang lain? Kata pukul 10:00 pagi nak berkumpul dekat sini.. tapi batang hidung pun tak nampak.” Rungut Eunbyul.
Janji mahu berkumpul di bilik tarian pukul 10 tetapi sudah mahu masuk 10:30 . Satu batang hidung pun tak kelihatan. Dasar sembang lebih!
Bibir seksi Jungkook melepaskan pipi gebu Eunbyul. “Nanti datanglah tu.” Ringkas Jungkook membalas.
“Jungkook. Kenapa harini awak nak berlatih dekat uni?” Soal Eunbyul. Tangannya menyentuh lingkaran tangan kekar berurat yang bersatu dengan kulitnya.
Nasib tubuhnya kecil dan Jungkook pula jenis berotot jadi si kecil ini bersandar pada dada bidang Jungkook. Mereka memandang biasan mereka di cermin.
Hembusan nafas Jungkook dapat Eunbyul dengar. “Nothing, mood aku nak practice dekat sini. Wae? Tak selesa?” Jungkook menyoal gadis ini kembali. Dia tahu gadis ini banyak kali menyoal nya betul ke harini mereka berlatih di tempat pengajian mereka.
Kerana.
Cha Eunbyul, trauma ingin berjumpa dengan Cho Seungyoun walaupun baru kali pertama diserang begitu. Tetapi cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam.
Eunbyul terdiam. Jungkook menilik air wajah gadis ini yang kelihatan berfikir sesuatu.
“Aku tahu kau takut kan?” Teka Jungkook.
“Anniyo, selagi ada awak saya tak apa-apa. ” Eunbyul berpaling sedikit kepala nya ke arah Jungkook serentak itu Jungkook melagakan hidung mancung mereka.
Dagu gadis ini dipegangnya. “Aku sentiasa ada dengan kau. No need to worry. Kau segalanya bagi aku. I'm promise I will hold you tight.” Dahi licin Byul yang ditutup rambut hadapan dikucup beberapa saat.
“Ara.. nan mideo.” Senyumnya manis.
Eunbyul yang duduk di atas peha Jungkook mula menghadap Jungkook. Mata hazel itu merenung lembut wajah kacak Jungkook dan turun memandang bibir merah jambu Jungkook.
“Wae?” Soal Jungkook dengan nada rendah dan seksi itu. Matanya turut menatap wajah cantik tersebut.
Tangan Eunbyul mula merangkul leher Jungkook longgar membuatkan jejaka itu menaikkan sebelah keningnya. Sebelah tangan Jungkook memegang pinggang ramping Eunbyul. Lirikan mata gadis ini menjeling sekilas bibir seksi Jungkook.
“Nak cium.” Pinta Eunbyul tanpa segan silu. Bibir nya dimuncungkan sedikit. Jungkook ketawa kecil melihat gelagat comel berbahaya Eunbyul.
Kalau dulu nak minta cium pipi pun berkurun nak cakap dekat Jungkook.
Jadi Jungkook patut bersyukur sebab hormon mengandung Eunbyul mahu bermanja dengannya bukan bila bersama asyik nak marah macam ibu dan ayahnya semasa si ibu mengandungkannya.
Jungkook merapatkan wajah mereka. Bibir yang dioleskan gincu berjenama Colette's code Vièux Boúquét ditenung lama oleh Jeon Jungkook. Bibir merah jambu merekah Eunbyul yang ditambah calitan gincu membuatkan bibir itu lebih menyerlah.
Jeon tertarik. Mungkin jika dia
mencium bibir munggil Eunbyul, bibirnya juga berwarna merah jambu pekat.
“Aku suka hormon mengandung kau.” Hidung mancung mereka berlaga. Dengan deruan nafas yang perlahan menghembus bibir mereka makin mendekat.
Belakang leher Jungkook disentuh lembut. Mereka mengukir senyum sebelum bibir yang makin mendekat itu bersatu menjadi satu. Pautan bibir merah yang saling memberi peranan.
Mereka tertawa sedikit apabila
Jungkook menggigit bibir Eunbyul sedikit. Tangan besar Jungkook memeluk pinggang ramping itu menarik rapat lagi sehingga jarak mereka teramat rapat.
Bunyi riuh dari luar bilik tarian tidak mengganggu pasangan ini berasmara polos-polos.
Pautan bibir terlepas seketika ingin mengambil nafas. Selepas itu Jungkook mendekatkan kembali bibir mereka.
Pada masa yang sama bibir mereka ingin bersatu pintu bilik tarian dibuka dari luar.
“Wasseo!!”
Park Jimin mendepakan tangannya sambil melangkah masuk. Masih tidak perasan akan pasangan yang hangat bercumbu. Perut sudah kenyang jadi hati pun senang tetapi dia bakal tidak berapa senang selepas ini kerana masuk tak ketuk pintu dahulu.
Hoseok pula yang berada di belakang Jimin menolak tubuh Jimin yang menghalang jalannya. “Tepilah manusia.” Tawa Hoseok sedikit.
“Ahhh hyung!” Rungut Jimin habis ditolak badan genitnya.
Taehyung pula yang bercakap di dalam telefon menjadi yang terakhir masuk. Juga tidak perasan kerana fokus pada telefon.
“Opss salah timing!” Lantang suara Hoseok yang perasan akan pasangan yang bercumbuan dihadapan mereka. Terbeliak mata mereka melihat kedudukan pasangan ini.
“YAH! TAK RETI KETUK PINTU KE?!” Jerkah Eunbyul. Bibir diketap geram.
Ei orang nak romen ni!
Jungkook pula memejamkan mata dan menyandarkan dahinya pada bahu Eunbyul.
Stress dia nak cium-cium kena potong line. Lagi satu kenapa dia lupa untuk kunci pintu?
Arghhh!!!
“Weh keluar keluar keluar!” Ujar Taehyung dan Jimin serentak apabila
Eunbyul menatap mereka tajam.
Takut kita dengan mak buyung ni. Garang!
Tergedek-gedek tiga jejaka itu keluar daripada bilik tarian. Eunbyul mencapai botol air yang sudah suku airnya da dan dibaling kearah mereka bertiga tetapi mengenai pintu.
“PARK JIMIN! JUNG HOSEOK! KIM TAEHYUNG! JANGAN LARI !” Jerkah Jungkook dan Eunbyul serentak.
“JUNGKOOKKKK!!!”
Bentak Eunbyul geram. Wajah sudah masam mencuka tambah mahu menangis. Time nak beromantik lah nak datangnya!
INGAT SENANG KE NAK DAPAT FEEL ROMANTIK MACAM NI!
Jungkook menekup pipi gebu Eunbyul. Hidung mancung Eunbyul dikucup sekilas.
“Haih sayang.. kita kena hold and then sambung dekat rumah nampaknya.”
Eunbyul menyembamkan wajah nya pada bahu Jungkook. Nak nangis sebab tiga bersaudara tu kacau detik-detik romantik. Bukan senang nak dapat feel kissing manis tahap cipan bila mengandung ni.
“HUWAAA , Neohuideul-eul Jugilgeoya! (I'LL KILL YOU GUYS!) ”
Jeon Jungkook menepuk-nepuk badan belakang Eunbyul.
Pandai-pandailah tiga sahabatnya itu layan merajuk Eunbyul.
🌼TO BE CONTINUE 🌼
💜2161 WORDS💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro